Tulisan ini dikongsikan oleh Syafiq Fadeli. Semoga memberi manfaat kepada pengguna media sosial yang lain. Baca lagi:
Ada pengguna Facebook yang upload status dan gambar pasal isterinya mengandung, pasal baby, pasal kebahagiaan rumahtangga, pasal hadiah sweet yang suaminya bagi masa birthday, pasal rahsia kecantikan kulitnya... dan lain-lain.
Ada sebahagian pengguna Facebook lain seolah-olah tak suka dengan post sebegitu. Mereka menegur supaya jangan upload gambar sebegitu, takut orang yang takda suami kecil hati, takut pasangan yang susah dapat baby kecil hati, takut orang kulit tak cantik cemburu, dan sebagainya. Maka pengguna Facebook yang selalu upload 'kebahagiaan' tadi pun berubah, dan berhenti upload benda macam tu...
HAKIKATNYA, orang yang kena berubah bukannya mereka yang suka upload kebahagiaan tadi, tetapi orang yang menegur tu! Dia nak upload gambar suami ke, gambar anak ke, itu hak dia. Facebook dia. Dan dia nak share rasa bahagia itu dengan kawan-kawannya di Facebook, malah mungkin juga dia nak share tips kebahagiaan supaya orang tak bahagia boleh cuba amalkan. Syaratnya post itu tidaklah berlebihan sangat, jangan sampai tahap bongkak pulak kan. Jujurnya, saya sendiri pun suka baca status dan lihat gambar kawan-kawan saya yang bahagia. Sungguh memotivasikan dan menginspirasikan!
Orang yang menegur tu kena berlapang dadalah sikit. Sejak rancangan realiti TV Malaysia ni memperkenalkan konsep 'pengkritik mengkritik', semua orang nak mengkritik. Itu tak boleh, ini tak boleh! Semua nak jadi Hakim Facebook, tak perlukan kelayakan undang-undang pun.
Tak pernahkah kita terfikir yang dalam situasi sebegini, mungkin bukan mereka yang upload kebahagiaan itu yang menunjuk-nunjuk, mungkin mereka yang mengkritik itu ada masalah hati, iaitu cemburu dan hasad dengki. Mungkin. Kan?
Jangan cepat nak salahkan orang. Kalau anda ada rakan Facebook yang upload kebahagiaan macam tu, dan anda rasa tak best, sedangkan orang lain semua komen 'happy-happy' je, anda sorang je rasa terganggu (kecil hati, cemburu, dll), mungkin sebenarnya hati anda ada masalah. Saya cadangkan 3 perkara:
1. Sabar, jangan komen apa-apa yang boleh menimbulkan suasana negatif. Pergilah baca post lain yang anda suka.
2. Muhasabah diri, sebab mungkin anda menghidap penyakit hati.
3. Kalau tak tahan jugak, sila UNFRIEND / UNFOLLOW / UNSUBSCRIBE mereka, maka anda tak perlu kecil hati tiap hari. Usah disimpan lagi dalam friends list. Ni tidak, cakap tak suka tak suka, tapi dah berkurun orang tu dalam Facebook anda.

No comments:
Post a Comment