Thursday, 2 July 2015

6 nasihat bisnes Puan Ainon Mohd. pengasas syarikat buku PTS


(Tulisan ini dikongsikan oleh Tuan Roslan Ab Hamid. Semoga menjadi panduan kepada semua yang ingin menceburi bidang bisnes)

Puan Ainon Mohd. merupakan seorang usahawan berjaya di Malaysia. Beliau merupakan penulis kreatif yang aktif dalam dunia penulisan. Beliau adalah pengasas syarikat penerbitan PTS Publications and Distributors Sdn Bhd. Beliau juga kerap kali memberikan inspirasi melalui status-status yang dikongsikan di laman Facebook beliau. Baca lagi...

KUASA AINON.

Puan Guru saya namanya Ainon Mohd. Matang usia, bijaksana pula. Apakah yang saya pelajari dari beliau. Tentulah banyak perkara, namun untuk kali ini cukup saya nukilkan 6 perkara.

Pertama, kata beliau, Jalan Terus. "Action Creates Clarity". Buat dan kita akan nampak. Hukum logik tidak berlaku pada perkara yang belum ada.

Kedua, semua bisnes ada harganya. Mulakan dengan modal kurang dari rm2000. Terbakar tangan tidak apa, boleh bangkit semula. Utamakan growth dari margin. Ada tiga perkara pembuka mula bisnes." Fast. Cheap and Good".Tambahkan sesuatu yang extra dan bisnes pun bermula.

Ketiga, Untuk dapat melangkah jauh, buat syarikat. Belajar ilmu persyarikatan. Bekerjasama itu lebih tinggi nilainya dari sekadar pandai berkawan kawan.

Keempat, Business itu memuliakan manusia. Ia lebih tinggi dari menghormati. Manusia ingin berbisnes dengan manusia yang mereka dengar boleh dipercayai. Al Amin gelaran untuk Muhammad (baca selawat). Itu modal diri paling besar.

Kelima, Untuk menang dalam "mass market success", usah bersaing. Minda bersaing adalah minda menang -kalah. Asingkan diri kita dari "competitive herd". Cipta "new market space" dan berlumba lumba dalam trek sendiri.

Keenam, Untuk mengawal, lepaskan. Puan Guru Ainon memberitahu kita tidak boleh "command and control customers or staff" kita. Mereka manusia. Tidak boleh ada pelunggul tampak menambat mereka. Urut mereka dengan jari jemari seni balairong seri (baca- social grammar). Empower mereka untuk "cdb- create, dream and believe" dan syarikat kita akan berkembang menjangkaui apa yang ada dalam masa yang singkat.

Terima kasih Puan Guru Ainon Mohd. 10 tahun lagi saya mahu macam Puan Guru. Hidup tenang dipergunungan itu.

No comments:

Post a Comment