Sunday, 12 July 2015
"Tiada duit nak raya kemudian pergi curi. kesian tul" - Jung Mao
Seorang pengguna Facebook membangkitkan kemarahan Netizen apabila membuat tuduhan melulu dalam insiden pergaduhan di Plaza Lowyat. Pemilik akaun Facebook, Jung Mao mendakwa Pihak Polis sengaja melepaskan lelaki yang didakwa mencuri itu dan turut melabelkan pasukan Polis di negara ini sebagai tidak berguna.
"Entahlah rasuah ke apa pencuri dilepaskan polis dan bawa geng nak balas dendam pada waktu malam. Akhirnya mereka kena belasah balik orang cina. Moral story, polis di negara kita memang tak guna dan lepaskan penjenayah sesuka hati.
Namun apa yang menyakitkan hati apabila Jung Mao mengaitkan perayaan hari raya dengan insiden tersebut.
"Ni budak kaum kau buat salah apa nak sokong balik. Saya rasa kamu orang sama sajalah, tiada duit nak raya kemudian pergi curi. Kesian tul" Tulis Jung Mao lagi.
Jung Mao seolah-olah tidak takut dengan akta hasutan kerana dakwaan terbuka yang dibuatnya seperti menyimbah lagi minyak ke atas bara api.
Labels:
Berita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment