Wednesday, 1 July 2015
"Daripada hidup dimaki hamun serta dihina, baiklah keluar"
Kisah penyewa dianiaya tuan rumah zalim ini dikongsikan oleh Puan Hazirah Hj Hamzah melalui akaun Facebooknya. Baca lagi:
Semalam (28/6/2015) saya membantu adik saya dan juga kawan2 serumahnya menyelesaikan kezaliman. Mereka di aniaya oleh tuan rumah ini.
Tidak pernah seumur hidup saya bertemu orang yang lidahnya sangat bercabang dan penuh fitnah. Saya ingat hanya lihat dlm sinetron indonesia je.Ni lihat dengan mata sendiri kejadian maki hamun, cercaan dan hinaan.. Baru 3 minggu budak2 tersebut masuk, sudah macam2 fitnah di buat dengan alasan mahu menghalau mereka keluar dan mengambil deposit rumah ( kononnya deposit burn)..sedangkan penyewa tidak merosakkan apa2 barang di dalam rumah dan tidak juga melarikan diri.
Hanya kerana mahu minta deposit, macam2 fitnah di tabur dan cerita yang putar belit sehingga mengaitkan tidak tolong pasang langsir dengan deposit rumah.
Kasihan pada mereka bertiga student UNISZA .pertama kali datang ke KL untuk internship selama 3 bulan. Belum sampai sebulan tinggal telah di halau dari rumah tanpa di kembalikan deposit. Tiada hitam putih kontrak sewa rumah. Alasannya owner tak buat lagi kontrak ( makcik dan anaknya tidak mengaku owner rumah kerana tidak mahu membayar semula deposit).
Jadi, pada malamnya selepas berbuka, saya dan adik sy decide untuk cari tempat tinggal sementara sebelum mereka masuk rumah sewa baru pada 1 julai ini. Daripada hidup di maki hamun serta di hina, baiklah keluar. Selepas selesai bawa keluar barang, mereka masih tidak mahu memberikan deposit ( bernilai RM800) walaupun di minta berkali-kali, malah mereka (owner) tutup pintu rumah, kunci dan blah begitu sahaja. akhirnya kami ke balai polis untuk buat report polis. Dan rupanya mereka sudah di balai polis untuk buat report dan menuduh kami buat kacau di rumah. Alhamdulillah pegawai polis di Taman melati bijak dan budiman. Membela yg benar dan yg teraniaya.
Setelah berjam2 fighting mulut serta owner tu berlakon2 baik di balai polis, makcik serta anaknya (owner) masuk perangkap sendiri. Tiada hitam putih dokumen. Maka mereka yang bersalah.deposit perlu di kembalikan walau apa jua cara kerana penyewa tiada apa2 kesalahan..
Saya cuma mahu share kerana tidak mahu ada lagi yang terkena. Jiran2 di situ memberitahu bahawa setiap kali orang sewa, pasti akan di aniaya begini, cuma mungkin mereka tidak bertindak report polis dan keluar dari rumah begitu je.
Mohon share dan viralkan supaya orang lain tidak menjadi mangsa lagi.
Dan untuk setiap orang yang mahu sewa rumah, minta tuan rumah sediakan segala dokumen hitam putih.
Dan nasihat saya lagi, jika terjadi kes teraniaya, di maki hamun, di zaoimi..mohonlah anda record video ketika kejadian sebagai bukti, serta simpan segala conversation dan sceenshot whatapss unuk bukti di balai polis. Dengan segala bukti ini, makcik itu masuk perangkap sendiri. Keterangannya sgt bertentangan dengan bukti yang kami semua miliki.
Semoga..tiada lagi yang terkena dengan manusia ini.
Nama owner flet ini ( anak makcik tu yang turut memaki hamun dan mencerca) : Eryn Fazreen.. seorang atlit maraton, larian.. umur lingkungan 20-22 tahun
Labels:
Berita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment