Wednesday, 8 July 2015

"Tidak hairan semakin ramai tinggalkan profesion ini" - Luahan Doktor




Ekoran tulisan seorang doktor yang terkilan apabila 2 sahabatnya maut gara-gara terlalu letih dan mengantuk selepas post-call di Hospital Kerajaan, tampil seorang lagi doktor menceritakan pengalaman realiti bagaimana pengorbanan oleh seorang yang bergelar doktor  tidak dihargai. Baca lagi

Rentetan seorang doktor muda yang maut dalam kemalangan after postcall (selepas bekerja on call 30-36jam), yang juga merupakan juniorku di UKM pada petang semalam. Bukan kali pertama, tahun lepas seorang rakan seperjuangan sewaktu HOship turut maut akibat kereta yang dipandu after postcall mengalami kemalangan. Housemate ku dulu juga pernah terbabas melanggar pokok after postcall (tp alhamdulillah beliau selamat). Kehilangan mereka ini berat bagi ahli keluarga yang menanggung. Malah mereka ini juga antara aset bijak pandai yang menyumbang kepada sistem kesihatan negara.

Siapa yang tau apa itu erti ONCALL, maka ariflah dengan rasa penatnya. Kadangkala meleleh airmata tanpa sedar dek tak terdaya. Tapi itu semua orang tak nampak. Pesakit nak tengok kita senyum dan ramah je depan mereka. Kalau dulu aku postcall tapi nak balik kampung, bukan jauh mana MELAKA-SELNGOR..tapi berhenti tido sampai 3x. Mesti ada yang cakap " napa tak rehat je dulu. Tidur kat rumah dulu". Ada yang terpaksa balik juga kerana pelbagai sebab musabab. Nak dijadikan umur masih panjang, walaupun mengantuk dan beberapa kali terlelap, akhirnya dapatla rehat kat RnR.

Walaupun sekarang aku telah bekerja di Health Centre, peritnya pengalaman bekerja melebihi had kemampuan physiology manusia masih kekal terpahat diingatan (mungkin tu jugalah antara sebab aku beralih angin). Takkan pernah dapat dilupakan, belum kira lagi dimarahi sama ada oleh org superior mahupun patient yang expect kita function 100% walhal kudrat telah mencecah 200%. Perut acapkali dipaksa 'berpuasa' kerana tuntutan kerja yang tak menentu. Tidur apatah lagi. Tunggang terbalik sleep cycle. Dah biasa dengar Ayat2 seperti "pagi semalam Dr kerja, malam tadi pun tengok Dr ade, pagi ni bangun tido tengok Dr jugak yang ambik darah..Dr tak balik2 ke?"...Petang tu belum tentu balik lg encik. Hahah.

Nampak tak. These scenario dah diperturunkan dari zaman dulu kala malah semua yang bergelar doktor seakan 'WAJIB' melaluinya, jika tidak, doktor-doktor muda seakan dicemek & dianggap tidak berdaya tahan. Dan ada 1001 lagi kisah disebalik tabir yang para doktor lalui. Jika diungkapkan satu persatu, pasti ada yang mempertikaikan keikhlasan kita bekerja & berkata "anda yang memilih untuk jadi doktor"... Ikhlas itu semua pekerjaan pun kena ikhlas .Namun sesekali suara2 kecil ini perlu diambil kira sekiranya dapat memberi perubahan ke arah yang lebih baik.

Di peringkat induk, sistem kesihatan sentiasa di upgrade & dibuat penambahbaikan setiap tahun untuk mencapai KPI yang ditarget negara, macam2 program dan pelan direka. But it doesn't fits the capability of human resource at field. Mengapa tidak sistem pekerjanya juga dinaiktaraf? Jika graduan medic dikatakan sudah melambak, tidak lansung memberi apa2 impak pd workload. Sudah tiba masanya kementerian mengubah situasi kerja pekerja kesihatan. Pertimbangkan hak fitrah manusia bergelar doktor. Manusia yang sentiasa peduli akan kesihatan orang lain namun tiada yang peduli akan kebajikan mereka.

p/s : Tidak hairan semakin ramai yang meninggalkan profesion ini. Mungkin lelah dgn sistem kerja, felt unappreciated, disrespect & kecewa dgn sikap public yang byk menentang fakta2/mengviralkan fitnah/mewujudkn group2 anti itu & ini ... Selepas dah berkorban seperti yang diceritakan di atas.

Salam takziah buat keluarga Dr Afifah
in a memory of Dr Kathyrason...

No comments:

Post a Comment