Status terbaru Peguam bela kepada pemuda Melayu yang didakwa sebagai suspek pencuri telefon bimbit di Plaza Lowyat telah menimbulkan spekulasi baru. Peguam Mohd Khairul Azam dari Firma Azam & Co. mengatakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Bin Abu Bakar berbohong dalam kenyataan medianya semalam.
Tan Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara berbohong dengan kenyataan media beliau semalam.Tan Sri Khalid dalam sidang media itu menjelaskan tiada kes penipuan yang berlaku dalam insiden pergaduhan di Plaza Lowyat.
Nantikan sidang media balasan saya jam 4 petang nanti bagi membela #Lowyatt7
Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
0129770412
"Saya minta media laporkan dengan jelas. Tiada penipuan dalam kes ini oleh sesiapa. Dalam kes ini tiada penipuan oleh penjual.
"Berita penipuan ini diada-adakan sahaja, seolah-olah ini isu perkauman. Jangan main-main isu ini. Isu ini sangat bahaya," katanya pada sidang media di plaza tersebut.
Walaubagaimanapun, rata-rata penyokong di pihak pemuda Melayu itu masih tidak dapat menerima penjelasan KPN kerana menganggap tindakan yang diambil hanya mahu menyelesaikan isu tersebut daripada terus berlarutan.
Apapun, marilah kita sama-sama menunggu sidang media Peguam Mohd Khairul Azam yang akan diadakan sebentar sahaja lagi.
#UPDATE: SIDANG MEDIA

No comments:
Post a Comment