Seringkali kita dengar bagasi hilang begitu sahaja di mana-mana lapangan terbang di seluruh dunia. Namun, kejadian yang menimpa Mohd Kamaruddin ini berlaku di negara kita apabila barang di bagasinya hilang dan hanya disedari setelah tiba di rumah.
Menurut Kamaruddin lagi, beg beliau telah diselongkar namun tidak menyedari sama ada berlaku di Lapangan Terbang Senai ataupun di Lapangan terbang Kota Kinabalu Terminal 2. Apabila tiba dirumah, barulah beliau mendapati barangan hantaran kahwinnya iaitu 2 jam tangan jenama G-SHOCK yang berharga lebih kurang RM1000 lebih telah lesap.
Apa yang menyedihkan, tindakan Kamaruddin yang mahu membuat laporan kepada pihak Airasia seolah-olah tidak dipeduli sehingga membangkitkan kemarahannya. Dia juga telah membuat laporan Polis untuk mendapatkan kebenaran melihat CCTV, namun sekali lagi Kamaruddin kecewa apabila dia tidak dibenarkan melihat rakaman itu atas alasan faktor keselamatan.
Kamaruddin yang terkilan dengan kejadian ini mahu kisahnya diviralkan agar menjadi pengajaran kepada orang lain. Baca lagi:







No comments:
Post a Comment