Wednesday, 1 July 2015

"Jangan nak ganyang orang kak. Saya lelaki" - Baby


Gara-gara gelaran "baby", seorang lelaki jadi mangsa maki hamun isteri pegawai di tempat kerjanya apabila dia disalah anggap sebagai seorang wanita perampas di dalam mesej telefon bimbit suaminya.

Mungkin kebiasaannya gelaran baby itu diberi kepada perempuan, namun bagi Fariz, dia diberi gelaran itu di pejabat kerana usianya yang paling muda di kalangan pekerja lain.
#mohonbaca dan faham. Kat office orang panggil aku baby sebab aku paling muda . .  Termasuk pegawai ni dia panggil aku BABY . Jadi aku mesej lah pegawai ni untuk ingatkan dia tentang esok . Tak tahu jadi macam ni. Isteri dia cemburu terlampau kuat. Sampai aku kena hamunn. Adoi kak saya lelaki. Adoii. Tujuan upload. Kepada isteri kat fb ni jangan lah cemburu sangat . Mungkin suami2 ada kawan nama baby. Jadi siasat dulu. Jangan nak #ganyang orang kak. saya lelaki.... #selamatmalam #isterinyasangatgarangmcmharimau
Mungkin dalam kes ini hanyalah salah faham sahaja. Semoga si suami dapat menjelaskan cerita sebenar kepada isterinya. -Malaysia Tribune


No comments:

Post a Comment