Friday, 3 July 2015
"Mentang2 hidup bawah scholarship... terus lupa diri"
Tulisan ini dikongsikan oleh Mu'adib Shakir, berdasarkan pengalamannya yang menetap di UK selama setahun. Baca lagi...
To those Malaysians who studying in UK and have said living cost in UK is far way more reasonable and affordable than Malaysia .. I think they need to join me chilling out with homeless and spend some times with locals in England. See how the struggles.
Diorang ni kene banyak buat kawan dengan mat saleh dan lawat rumah diorang.. jangan kawan dengan Britons yang kaya sahaja.. kawan dengan sumer jenis Britons and kenal pasti betapa susahnya hidup di UK dengan kadar VAT shingga 20%.
Berapa ramai anak Britons yang decide tak nak belajar kat Uni sebab tak nak tanggung hutang belajar tapi korang mana nampak sebab lepak dengan orang Malaysia and keluarga mat saleh yang korang kenal kat university sahaja.. berapa ramai budak Malaysia yang kuar 2-3 pagi ke London dan duduk melepak dengan homeless dan tanya pengalaman hidup diorang..
Kenapa tak nak cerita sekali kos bilik sewa yang mahal.. baru bilik bukan rumah sewa.. knapa tak cerita harga minyak yang mahal.. cuba cari pengalaman kerja tetap slama setahun di sana sebagai fresh graduate, baru tahu brapa sakit nak byr cukai itu ini.. hidup sana sebagai student memang ar tak rasa sakit sebab student is exempted dari cukai.
amik tahu ar sikit pasal badan plajar di UK yang dikenali sebagai National Union of Student (NUS) yang cube fight kerajaan supaya tak naikkan harga yuran pengajian dan kos sara hidup student... diorang bangkit mlawan polisi kerajaan UK sebab diorang tahu betapa susahnya hidup di UK samada sebagai student ataupun rakyat biasa..
Pernahkah Malaysian ni bekerja scara volunteer di Food Bank UK.. pernah tengok proses catuan makanan untuk keluarga dan individu di UK yang tak mampu sara family diorang.. sampai ada mintak plastik Tesco lebih sebab nak tunjukkan kat family yang diorang beli barang dr Tesco rather than minta dekat Food Bank..
Mentang2 hidup bawah scholarship ataupun ditaja mak bapak.. terus lupa diri.. kalau dah tak suka sistem negara skarang.. belajar gempak2 kat UK pastu balik Malaysia tolong improvekan sistem sedia ada..
Ini pndangan peribadi saya berdasarkan pengalaman saya sebagai
- Pelajar BSc yang pernah dapat peluang kerja di UK selama setahun
- Kutu rayau Melayu yang suka melepak dengan homeless dan kutu rayau UK
- NUS Delegates
- Brunel Volunteer
Labels:
Informasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment