Monday, 13 July 2015

"KPDNKK, baru bangun tido ke?"


Langkah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur melakukan serbuan di Kompleks Pertama petang kelmarin mengundangkan respon negatif Netizen.

Dalam ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mendakwa tindakan itu tidak lain hanya seperti melepaskan batuk ditangga setelah insiden pergaduhan di Plaza Lowyat menjadi viral di seluruh Malaysia.

"Dah "berzaman" perkara begini di Pertama Kompleks...konon2 buat kerjalah tu...ni pun pasal insiden di Low Yat lah tu...!." komen Sam Pasir Mas.

"Baru skrg pihak KPDNKK nak bertindak, orang da lama kena tipu....nampak sangat nak tunjuk buat kerja, selama ni pihak KPDNKK TIDO. da kecoh baru nak buat serbuan,semua lakonan sahaja....hari ni buat serbuan, lepas tu senyap..... Kalau pniaga2 melayu jual barang2 tiruan di uptown habis di rampas, cuba di low yat, pertama komplek nape xnak rmpas habisan2." tambah Azhar Cobra.

Respon seperti ini seharusnya diberikan perhatian oleh KPDNKK dan juga agensi penguatkuasa lain yang berkaitan. Semoga selepas ini lebih banyak serbuan dilakukan tanpa perlu timbul sesuatu isu hangat seperti insiden baru-baru ini.

Dalam serbuan itu, KPDNKK telah merampas pelbagai telefon pintar dan aksesori tiruan jenama Samsung, IPhone, Lenovo , Oppo serta Nokia membabitkan nilai sebanyak RM500,000.


No comments:

Post a Comment