Friday, 3 July 2015

"Macam la aku ni tak tahu hukum hakam"


Nampaknya, isu keceluparan mulut Diva AA tidak berhenti setakat teguran Ayahanda Abdul Rani Kulup. Terbaru, Azwan Ali tampil memberi jawapan kepada teguran Mufti Perak, Tan Sri Dr Haji Harussani bin Haji Zakaria melalui akaun Instagramnya.
Ulasan Mufti Perak mengenai kontroversi Azwan Ali memaki hamun salah seorang pengikutnya di Twitter:

Sikap dia bukan sikap Muslim yang berpuasa. Bulan puasa begini kita hendak lahirkan orang yang bertakwa. Jadi apa yang dia lakukan itu menggambarkan sifat fasik. Dia seperti tidak menghormati bulan Ramadan. Apa yang dia cakap bukan macam orang berpuasa.Tuduh menuduh dan memaki orang lain bukan sifat Muslim. Dia bukan sahaja menuduh malah kenyataannya penuh dengan prasangka buruk. -
Walaupun mengucapkan terima kasih atas teguran itu, namun Azwan Ali dengan nada bongkak mengatakan dia mengetahui hukum dan fatwa. Malah, mengaitkan dengan arwah ayahnya yang seorang ustaz.

"Jutaan terima kasih mufti besar perak darul ridzuan ! Sempat tegur 1001 cerita panass truly diva aa ! Sikit tak luak after all teruja seorang ulamak punya gigih ambil kisah azwan ali ! Hebat nya penangan nama besar azwan ali ! Ko mampoooo ?

"Fatwa? Hukum? Semua dah ada dalam genggaman hidup azwan ali ! Sah sah arwah abah aku ustaz! #sox3 ? Cuma azwan ali hanya hamba nya if even ko di luar sana meroyan ? #menyalak mencemar busuk nya azwan ali ? Macam la aku ni tak tahu hukum hakam ? #ybotherx3 !

"Go ahead ! But remember doa hamba nya yang teraniaya ! Ko carilah mufti besar arab saudi pulak ? But its ok ! Terima kasih atas teguran ! Tapi ingat semua ? Atas dunia ko boleh buat apa saja untuk berkubur nya nama besar azwan ali ? Akhirat azab ko amat lah pedih !

"Tuhan maha mengetahui siapa benar siapa salah ! Kebenaran mungkin tidak di dunia ? Pasti di akhirat ! Nawaitu ko lebih penting tika memporak peranda kes ini ! #nahuzubillahminzalik read on

Jika dilihat kata-kata Diva AA di atas agak lembut jika dibanding kenyataannya sebelum ini. Apapun, Diva AA sememangnya artis yang unik bila masih mampu mencipta kontroversi dan bertahan walaupun dihujani dengan berbagai teguran dan tohmahan rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment