Peguam kepada 3 orang pemuda Melayu yang kini berada dalam tahanan Polis mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian yang berlaku di Plaza Lowyat. Walaupun tidak secara terperinci, Peguam Mohd Khairul Azam dari Firma Azam & co mengatakan semuanya adalah berpunca dari salah faham. Baca lagi:
Assalamualaikum wbt.
Saya menulis status ini dengan tujuan untuk meredakan ketegangan yang berlaku akibat kes Low Yatt 2 hari sudah, tidak ada niat utk mempromosi diri melainkan ingin membantu mengekalkan suasana aman dan harmoni di negara kita ini.
Saya telah di lantik oleh keluarga 3 orang pemuda Melayu bersabit kes di Low Yatt dan saya baru sahaja kembali ke pejabat selepas bertemu mereka di lokap Balai Dang Wangi.
Sebagai menghormati etika antara Peguam dan anakguam, saya tidak boleh menceritakan dengan lebih lanjut apa yang telah berlaku pada hari kejadian kerana kenyataan saya berkenaan di bimbangi akan menganggu siasatan dan juga akan menyukarkan di pihak saya untuk membuat pembelaan.
Tetapi apa yang boleh saya katakan, apa yang berlaku ini berpunca dari SALAHFAHAM.
APA YG DI VIRALKAN DI LAMAN SOSIAL SEMALAM HANYA 30% BENAR MANAKALA 70% LAGI TELAH DI TOKOK TAMBAH UNTUK MELAGA-LAGAKAN ANTARA KAUM DALAM NEGARA KITA.
Oleh itu saya berharap kita semua bertenang dan kita serahkan kepada undang-undang untuk mengadili kesemua pihak.
Sebagai Peguambela, semestinya saya akan memastikan anakguam-anakguam saya kesemuanya mendapat pembelaan terbaik yang mungkin.
Sekian dan terima kasih.
Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
0129770412

No comments:
Post a Comment