Friday, 31 July 2015

"Kau yang tak pandai jaga bini bai!"

Tulisan ini dikongsikan oleh Yat Zakie. Kejadian seperti ini sememangnya semakin kerap berlaku dalam institusi kekeluargaan. Semoga dapat memberi pengajaran dan manfaat kepada pasangan suami isteri diluar sana. Baca lagi:


Kadang-kadang bila keluar berjalan ke tempat-tempat awam.. pasti ada terlihat situasi atau fenomena yg meruntun jiwa.Paling kerap jumpa:-

Kat kedai makan..

Isteri dah macam octopus pegang baby, suap anak pastu anak lagi sorang nak berak lah apelah..si suami makan dengan tenang setenang air dikali sambil tangan pegang hp scroll-scroll fb, belek dan like kat ig, senyum-senyum siamang baca wassap!

Kat parking kereta..

Isteri basah ketiak masukkan anak dalam kereta. Lipat stroller,masukkan barang-barang yang dibeli. Si suami main hp sambil hisap rokok kat tepi. Yang jenis mcm ni.. harap badan kau je sado bang tapi lagi baik kau jadi pondan jer.

Atas eskalator..

Bapa pegang hp lebih erat lagi daripada pegang anak. Anak main-main tali eskalator..si adik lompat-lompat atas eskalator. Ya ampunnnnn...kakak rasa nak bagi flying kick saje daripada belakang biar kau tersungkur dan tertelan hp tu..tu yang selalu gamaknya terdengar kaki anak tersepit eskalator..

Dalam shopping mall..

Si suami jalan sepelaung ke depan. Si isteri dengan bawak perut dah sarat kepit anak kecik dengan anak besar dengan jinjit barag n handbag lagi. Terkedek-kedek tertinggal di belakang.Ni mesti kes takut scandal nampak kau dah berbini kan?itu kejadian diluar rumah, yang nampak dimata masyarakat. Yang kita tidak nampak?? Entah apa lagi

yang perlu dihadap dirumah.Barangkali..isteri buat keje macam nak pitam si suami goyang tutt sambil main hp dan seronok-seronok tonton cerita kegemaran dia. Sedangkan si isteri sendiri lupa bila kali terakhir dia tengok cite fav dia kat tv!

Pernah kakak terbaca...Ada suami yang masih dikategorikan tak tahu nak menguruskan anak walaupun dah beranak pinak. Tak tau jaga anak, mandikan anak, pujuk anak, buat susu anak, dukung anak, suap anak makan, tukar pampers anak. Tak tahu. Tak tahu. Tak tahu. Nasib baik kau tahu buat anak!

Laaa... bang???? Kalau nak belajar berenang. Abang kena berenang. Kalau nak belajar menyanyi kena menyanyi. KALAU NAK PANDAI JAGA ANAK KENA JAGA ANAK!! Ni masalahnya bukan kau tak tau tapi kau yang malas nak amik tau.

Hairan sungguh kakak hairan!

Orang lelaki kenapa gentlemannya hanya time mengorat? Bila dah kawen dah beranak pinak automatic korang transform jadi heartless kalah boss korang kat pejabat. Kat pejabat pandai plak kau kecut tutt..balik rumah kau pretend like a boss n ur wife like a bibik! Bila poket kering tengah bulan pandai plak manis muka suh bini tong tong..tapi kerja rumah kenapa tak nak tong tong sekali??Apa korang fikir orang pompuan ni bila selesai akad nikah nak serah body dia untuk angpa bagi susah ka? Untuk angpa siat-siat hati dan perasaan dia ka even kesenangan dan kemewahan tak mampu kau bagi?

Lately kakak selalu nampak perkara-perkara mcm ni..dan ada kenalan kakak yang menghadapi perkara-perkara mcm ni.. suami pemalas, suami curang, suami suka main coc, suami rampas isteri anak buah..Omg!! Apa nak jadilah dgn dunia sekarang??Aduhaii kaum perempuan..bertabahlah walaupun kau solat pun dihujung-hujung waktu.. tak sempat mandi seharian buat keje umah muka pun dah mcm mak lampir suami plak salahkan isteri dah tak cantikla.. dah tak wangi la.. jangan salahkan diri anda.. sebab si dia kalau kawen lagi 74 kali punnn ... semua bini-bini dia turut akan jadi mak lampir.. sebab kau yang tak pandai jaga bini bai! Dan untuk semua isteri-isteri seperti dalam cerita di atas ini.. u are superwoman! Even suatu hari kau 'dibuang' jangan gundah kerana kau telah terbiasa dgn 1001 kepayahan. U gonna survive! Dan buat yang masih bertahan..insyaallah ganjaran Allah untuk kamu..disana nanti kamulah diantara bidadari-bidadari yang plg tercantik.

Dan jauhkanlah keturunanku dan zuriat lelakiku daripada menjadi spesies rare-type-mintak nak kena lempang beramai-ramai ni, Ya Alllah. Insyaallah. Amin-aminnn.

"Dia tinggalkan aku sebab dia kata aku berkira"



Kisah ini dikongsikan oleh Cik Paah melalui twitternya yang mendedahkan whatsapp seorang lelaki yang berkongsi luahan hati kenapa dia berpisah dengan teman wanitanya. Baca lagi:


Aku cuma akan get back dengan dia kalau dia betul2 dah berubah jadi manusia yang reti bersyukur & sanggup susah sama2, naik sama2 dengan aku.

Tapi kalau mindset dia masih nak lelaki yg dah established, yg terus bagi dia intan permata rumah kereta semua, then she's not worth for me

(Oh, Korang putus sebab itu ke?)

Waktu dia mengungkit pasal benda2 macam itu dengan aku, dia tak ada sikit pun kesian kat mak aku yg masuk hospital sebab kanser dan kami satu family yg kesempitan wang ini nak tanggung kos operation.

(Sebab dia kata kau tak stable lagi ke apa?)

Bukan sebab tak stable, tapi sebab aku jenis lelaki yang tak manjakan perempuan dengan wang ringgit.

Dia break dengan aku sebab dia kata aku berkira. Aku tak macam pakwe2 lain yang kalau apa-apa pun, bayarkan semua untuk makwe.

Sorry, aku mampu je buat macam itu. Tapi, keutamaan aku tetap pada mak aku yang sakit dan abah aku yang dah bersara sebab aku dengan dia bukan ada ikatan pernikahan lagi.

Dia ego untuk menerima yang aku ini lelaki seperti itu. Plus, dia dikelilingi kawan-kawan yang asyik 24/7 berangan ada lelaki kaya yang terus bagi diorang macam-macam dan bila dah kahwin, dia tidak perlu bekerja.

Sorry, aku ada vision untuk bakal anak-anak aku dan legasi aku. Sebab itu aku perlukan perempuan yg sanggup susah sama-sama dan sanggup naik sama-sama dengan aku untuk berjaya.

Sebab aku fikir macam mana nak didik anak-anak aku nanti kalau aku diberi kemewahan atau kesusahan, dengan dugaan zaman akan datang lagi. Tak ada masa nak buat relationship goals yg tak realistik. 

Thursday, 30 July 2015

"Ini adalah ikhtiar terakhir saya"


Mungkin kita terkejut apabila melihat dua kanak-kanak kecil ini dikurung di dalam sangkar seperti haiwan. Namun cerita disebalik kejadian ini sebenarnya amat memilukan dan menyayat hati.

Ibu kepada kanak-kanak comel ini merupakan seorang pelarian Syria di Lubnan. Oleh kerana tidak mempunyai ahli keluarga lain dan memerlukan keringatnya untuk keluar mencari sesuap nasi buat dirinya dan anak-anaknya, dia terpaksa mengurung mereka bersama barang permainan.

''Saya tiada sesiapa yang boleh membantu saya untuk menjaga anak-anak saya ketika saya keluar berkerja. Ini adalah ikhtiar terakhir saya''.

Mahalnya erti sebuah keamanan. Semoga Allah SWT melindungi anak-anak ini dan mempermudahkan setiap urusan si ibu. Doakan mereka...




Sumber: Saidaonline.com

Monday, 27 July 2015

"Dia nak upload apa pun, itu hak dia. Facebook dia"

Tulisan ini dikongsikan oleh Syafiq Fadeli. Semoga memberi manfaat kepada pengguna media sosial yang lain. Baca lagi:


Ada pengguna Facebook yang upload status dan gambar pasal isterinya mengandung, pasal baby, pasal kebahagiaan rumahtangga, pasal hadiah sweet yang suaminya bagi masa birthday, pasal rahsia kecantikan kulitnya... dan lain-lain.

Ada sebahagian pengguna Facebook lain seolah-olah tak suka dengan post sebegitu. Mereka menegur supaya jangan upload gambar sebegitu, takut orang yang takda suami kecil hati, takut pasangan yang susah dapat baby kecil hati, takut orang kulit tak cantik cemburu, dan sebagainya. Maka pengguna Facebook yang selalu upload 'kebahagiaan' tadi pun berubah, dan berhenti upload benda macam tu...

HAKIKATNYA, orang yang kena berubah bukannya mereka yang suka upload kebahagiaan tadi, tetapi orang yang menegur tu! Dia nak upload gambar suami ke, gambar anak ke, itu hak dia. Facebook dia. Dan dia nak share rasa bahagia itu dengan kawan-kawannya di Facebook, malah mungkin juga dia nak share tips kebahagiaan supaya orang tak bahagia boleh cuba amalkan. Syaratnya post itu tidaklah berlebihan sangat, jangan sampai tahap bongkak pulak kan. Jujurnya, saya sendiri pun suka baca status dan lihat gambar kawan-kawan saya yang bahagia. Sungguh memotivasikan dan menginspirasikan!

Orang yang menegur tu kena berlapang dadalah sikit. Sejak rancangan realiti TV Malaysia ni memperkenalkan konsep 'pengkritik mengkritik', semua orang nak mengkritik. Itu tak boleh, ini tak boleh! Semua nak jadi Hakim Facebook, tak perlukan kelayakan undang-undang pun.
Tak pernahkah kita terfikir yang dalam situasi sebegini, mungkin bukan mereka yang upload kebahagiaan itu yang menunjuk-nunjuk, mungkin mereka yang mengkritik itu ada masalah hati, iaitu cemburu dan hasad dengki. Mungkin. Kan?

Jangan cepat nak salahkan orang. Kalau anda ada rakan Facebook yang upload kebahagiaan macam tu, dan anda rasa tak best, sedangkan orang lain semua komen 'happy-happy' je, anda sorang je rasa terganggu (kecil hati, cemburu, dll), mungkin sebenarnya hati anda ada masalah. Saya cadangkan 3 perkara:

1. Sabar, jangan komen apa-apa yang boleh menimbulkan suasana negatif. Pergilah baca post lain yang anda suka.
2. Muhasabah diri, sebab mungkin anda menghidap penyakit hati.
3. Kalau tak tahan jugak, sila UNFRIEND / UNFOLLOW / UNSUBSCRIBE mereka, maka anda tak perlu kecil hati tiap hari. Usah disimpan lagi dalam friends list. Ni tidak, cakap tak suka tak suka, tapi dah berkurun orang tu dalam Facebook anda.

"Tolong bangun sayang, saya janji akan jaga awak seumur hidup saya"


Sayu... kata-kata luahan isi hati lelaki ini meruntun jiwa raga yang membacanya. Pemergian tunangnya menghadap ilahi dugaan yang cukup besar buat Omaw Ridzuan.

Manakan tidak, perancangan yang diatur rapi menjelang hari bahagia mereka tidak dapat mengubah ketentuan takdir Allah. Tunang beliau, Nurul Ezzaty ditimpa kemalangan pada hari raya ke 3 dan mengalami pendarahan dalaman. Arwah menghembuskan nafasnya setelah beberapa hari bertarung nyawa di Hospital Seremban.

Melalui ruangan Instagram Omaw, kasihnya kepada arwah tunangnya dapat dilihat melalui bait-bait ayat yang menyentuh hati kepada sesiapa yang membacanya.

Mungkin ada perancangan Allah yang lebih baik... Titipkanlah doa kepada arwah Nurul Ezzaty binti Ibrahim. Semoga arwah di tempatkan dikalangan orang beriman. Al-Fatihah...

  

"Lebih baik ambik pekerja asing yang rajin dan boleh harap" - Majikan

Baru-baru ini viral mengenai gaji pekerja asing warga Bangladesh yang mencecah RM5241.00. Penyata gaji itu mengejutkan Netizen kerana nilai gaji itu cukup besar dan melebihi gaji rata-rata pekerja tempatan di negara ini. Melalui komen seorang pengguna Facebook dan juga merupakan seorang majikan memberikan alasan mengapa para majikan sanggup menggaji pekerja asing berbanding orang Malaysia. Baca lagi:


Saya sebagai majikan nak cakap. KENAPA majikan nak pekerja asing dari orang Malaysia.

1. Bila bagi arahan bangla ikot bukan macam orang Malaysia sebok main facebook.

2. Kerja ikhlas bukan merungut 24 jam komplen pasal bos.

3. Kerja boleh harap. Kita boleh harap dia settle kerja walau kita cuti. Kalau orang Malaysia saya dah kena banyak. Kita cuti dia pon tak datang. Esok berhenti la. Macam mana bisness nak maju kalau pekerja kejap ada kejap takde. Tak sempat nak train dia bosan. Tak boleh harap.

4. Perangai melayu malas yang susah nak buang. Kena ketuk je baru jalan.

5. Kita bayar gaji dia 900 pun kena ingat bukan sebab bangla ni gaji murah kita ambik. You all tahu tak sebelum dia sampai Malaysia kita dah spend dekat 5k untuk dia. Lagi tiap tahun renewal. Bukan murah kerajaan charge. Tapi kita sanggup pasal Boleh Di Harap.

6. Pekerja asing kalau cuti berpada. Lepas tu takde sikit-sikit MC beli kat klinik.

Pekerja asing takde join geng 3 line ke apa ke sikit-sikit hal dengan budak tempat keje bawak geng gaduh dalam tempt keje.

Sekian. Ini jawapan jujur majikan macam saya. Kalau boleh ingat kita nak sangat ke ambik pekerja asing. Penat tau nak buat medical checkup dia la itu ini dgn imigresen yang kaunter pin malas je keje. Tapi dari kita lingkup pekerja tak boleh harap baik bayar lebih sket untuk dapatkan yang rajin dan boleh harap.


**Tak semua pekerja tempatan seperti di atas. Namun kita ambil komen majikan ini dari sudut yang positif.

"Terpaksa cari isteri baru lah macam ni. Nak dapat anak lelaki"

Kisah ini dikongsikan oleh Doktor Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah yang menceritakan pengelamannya menemui lelaki yang tidak berhati perut ketika isterinya baru bersalin. Hanya kerana tidak mendapat anak lelaki yang diinginkan, lelaki itu sanggup menyakiti hati si isteri dengan kata-katanya yang tidak masuk akal. Baca lagi:


Sang suami & anak lelaki

Selepas tamat pengajian pada 2004, saya menghabiskan housemanship (internship) saya dlm Jabatan Perubatan & Pembedahan di Ireland. Pulang ke Malaysia , saya menyambung housemanship selama 4 bulan dlm Bidang Perbidanan & Sakit Puan. 4 bulan yang penuh pengalaman yang sukar dilupakan

Wanita yang sudah ada 2 org anak, hamil anak luar nikah dengan kekasihnya. Remaja 15 tahun yang dirogol bapa tirinya, hingga melahirkan anak.

"Single parent" yang lari dari wad selepas melahirkan, meninggalkan bayinya di wad. Wanita yang sukar hamil, selepas 10 tahun bernikah akhirnya hamil tetapi kehamilan yang sgt mencabar kerana berat badannya hampir 120kg.

Pengalaman "diterajang" di bahagian perut oleh pesakit yang kesakitan hendak melahirkan, sedangkan ketika itu saya juga hamil.

Tetapi ada satu pengalaman yang betul-betul membuat saya marah.

Seorang wanita, bersabung nyawa melahirkan anak ke tiga, dengan suami di sisi. Sempat suaminya berkata dengan saya, "Harap-harap dapat anak lelaki. Sebelum ini dah 2 orang perempuan".

Saya hanya tersenyum, dalam kesibukan membantu ibu muda itu. Dalam hati saya, apa yang penting ketika itu adalah nyawa ibu dan bayi itu.

Sebaik sahaja bayi comel itu lahir, saya dan jururawat bertugas mengucapkan syukur Alhamdulillah. Terlihat wajah gembira dan lega pada si ibu.

Berbeza dengan si bapa, apabila dia melihat anaknya perempuan. Takkan saya lupakan kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu.

Katanya ,"Terpaksa cari isteri baru lah macam ni. Nak dapat anak lelaki," sambil tersenyum kelat.

Tiada ucapan terima kasih utk si isteri yang baru sahaja menanggung kesakitan melahirkan zuriatnya.

Tiada kucupan tanda kasih buat si isteri.

Yang ada hanya kata-kata yang pastinya menyinggung hati pasangannya.

Saya tidak dapat menyembunyikan wajah marah saya. Saya kerling si ibu muda yang masih keletihan, sedang dibersihkan oleh jururawat selepas uri dikeluarkan. Dia cuba tersenyum kepada saya, seolah berkata "Tak mengapa, doktor."

Saya keluar dari bilik itu secepat mungkin sebelum saya berkata sesuatu yang saya mungkin kesali kemudian hari.

Kalaupun sang suami itu mungkin tidak mengetahui bahawa hanya chromosome X dan Y darinya yang bakal menentukan jantina anak, bukan salah sang isteri anaknya semua perempuan, bukankah sebagai seorang yang beriman, kita wajib meyakini itu semua qadha & qadar Allah?

Jangan rendahkan diri serendah orang jahiliyah seperti yang dikecam Allah dlm Surah An-Nahl.
Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat iman kita.

Sunday, 26 July 2015

"Kan isteri ada, kamu suruh je lah dia"

Tulisan ini dikongsikan oleh Faizal Azmi yang menceritakan kisah ditegur oleh opahnya ketika berada di Kampung kerana dia sibuk mengambil tanggungjawab menguruskan hal-hal rumah tangga. Semoga kisah ini dijadikan sedikit iktibar kepada para suami diluar sana. Baca lagi:


Opah saya di kampung pernah menegur saya apabila melihat saya selalu menguruskan anak-anak saya seperti buatkan susu mereka, mandikan mereka, basuhkan berak kencing mereka, tukarkan lampin dan pakaian mereka. Gosok baju saya sendiri pun dia tegur.

Katanya sepatutnya tugas-anak sebegitu biar isteri yang buat. "Kan isteri ada, kamu suruh je lah dia". Tambahnya lagi "dia tak pernah pun tegok abah saya buat semua tu dulu, semua emak saya yang uruskan."

Jadi baru saya faham persepsi suami macam saya dipandang negatif oleh orang-anak tua yang beranggapan saya dihambakan oleh isteri. Macam kena Queen Kontrol.

Bagi saya, ianyanya dilakukan dengan seikhlas hati. Mereka anak-anak saya. Saya nak mereka terus rapat dengan saya. Selain itu kehidupan zaman dahulu tak sama macam sekarang. Dulu isteri hanya duduk di rumah sahaja.

Sekarang isteri juga terpaksa bekerja membantu suami. Adalah tidak adil bila balik ke rumah hanya isteri sahaja yang menguruskan rumah tangga sedangkan suami hanya goyang kaki duduk melepak. Padahal kedua-duanya penat baru balik bekerja kan.

Saya buat semua itu kerana saya memang suka buat. Harap mereka faham. Saya bukannya di Queen Control oleh isteri saya.. mohon jangan salah faham yer. Wasalam.

Thursday, 23 July 2015

"Macam tu je kau kata dah settle?"

Pengguna Facebook, Natasha Amerludin menceritakan pengalaman ngerinya apabila keluarga mereka berhadapan dengan sekumpulan lelaki ketika berhenti untuk ke tandas sebelum masuk Tol Tangkak. Melalui cerita Natasha, kumpulan lelaki itu seakan satu sindiket yang cuba memeras ugut mangsa dengan alasan sebagai penarik kereta mewakili bank. Namun apa yang lebih mengejutkan Natasha ialah tindakan pihak Polis yang didakwa seperti bersekongkol dengan kumpulan itu. Baca lagi:


Assalam. We all on the way ke Melaka tadi and sebab nak shishi we all stop kat toilet tol Tangkak sebelum masuk ke tol. Which is kalau kite dari Tangkak nak ke Melaka, kat toilet sebelah kanan sebelum masuk tol.

I keluar ke toilet dengan ibu. Ayah pun nak keluar ke toilet juga. Masa Ayah nak keluar dari kereta, lelaki baju hijau umur dalam awal 30-an or akhir 20-an nak rampas kunci kereta, lagak macam nak tarik kete. Kasar sangat.

Kata Ayah tak settle loan kete 8 Bulan dengan Public Bank. Sedangkan loan kete tu dari Aeon Credit. And tak sangkut langsung pun. Then he told us cakap ade grant kete semua tapi tunjuk lepastu lipat lelaju. Dalam masa yang sama die cakap "settle je laa. Bayar je berapa2" Pergh keadaan jadi worse bila die nak belasah Ayah sebab Ayah dah start keluar besi lock kereta untuk protect everyone.

I and Ibu jerit minta "Tolong. Tolong" Tapi kat tempat tu sunyi and tak berapa ade orang and person yang ade semua macam cuak nak Tolong. I was crying and dial 999. Hanya Allah tahu betapa rase takutnya masa tu.

Then, Ibu tanya I mana polis. And I cakap police on the way. And this kind of pig with green shirt terus pura pura call dalam kereta then keluar cakap "Dah call bank. Bank kata dah settle. Bank silap info. Ni kereta lelong" What say you? Kereta ni bukan kereta lelong. And the other pig datang which is chinnese cakap kat Ibu macam ni, "Ni ade cerita belakang. Tak boleh cerita depan Anak Anak. " Ibu jerit cakap ape benda nak sembunyikan cerita je laa. Nampak sangat macam ade sesuatu. On tow pun dah ready siap nak tarik kete.


Bila police on the way tu, chinnese tu dah hilang. Takut ke ape wei.

Then, kereta police sampai dengan kereta Inspira. Masa police sampai, police angkat tangan kat green pig tu. Kau rase tak curiga? Ada 3 orang police. Semua pakai Baju putih. Macam police traffic. Then police tak tanya siapa pelapor. Tak ambik statement. Tak keluarkan ape ape pun untuk ambik statement. Then dia pegi kat green pig to (aku tak taula polis tu buat ape) Lepastu police boleh cakap, okay dah settle. Boleh sambung perjalanan. What the f?!? Macam tu je kau kata dah settle? Macam tu je?!

I sempat tanya betul ke tu plat no kereta tu which is Waja Hitam WPM471. Police cakap die ade alat yang boleh kesan terus. Tu memang betul kereta tu. Kira sync laa. Tapi sekelumit pun aku tak nampak mana mana police pegi check dalam kereta.

Ayah cakap nak pegi balai buat report laa. So that ade copy report tu and police cakap "kite dah ambik statement. Tak payah pegi balai. " Ayah terus cakap takyah nak menipu. Saya taknak buat statement bodoh bodoh macam tu je.

Then kan ade yang green pig tu kata ade grant kete kejadah tu semua kan. Ayah suruh police minta grant kete yang green pig kate ade. Tapi police TAKNAK AMBIK LANGSUNG.

Faham tak bila Kau dalam Kecemasan, bila panggil police Kau akan rasa secure tapi ni tak LANGSUNG tapi rase police bersekutu. Yang paling bodoh bila police ambik statement penjahat bukan mangsa.

And we just reported to Bukit Aman. And kena buat lagi police report.

Lesson learned:

1. Snap sebanyak mana gamba yang boleh termasuk POLICE
2. Tanya police datang dari IPD mana so senang nak refer kalau apa apa
3. Kena keras. Simpan ape ape benda untuk protect diri dalam kereta. Sebab bila Ayah keluar besi terus die slow down

**Dakwaan Natasha ini amat serius dan diharap Pihak Polis dapat melakukan siasatan segera kerana ia melibatkan integriti pasukan keselamatan itu.

"Kita tak payahla balik kampung, duit tak cukup ni"

Tulisan ini dikongsikan oleh Tuan Joe. Beliau menceritakan bagaimana seorang pelanggan datang ke bengkelnya mahu membaiki kereta untuk pulang beraya namun keluarganya mengalami kesempitan kewangan. Tindakan Tuan Joe memberikan pertolongan kepada keluarga itu menunjukkan beliau seorang yang berhati mulia. Semoga lebih ramai pengusaha bengkel Melayu seperti Tuan Joe. Baca lagi:



Semalam ada customer dari Johor.. baru keje kat kontan katanya, nak balik Johor.. kat dashboard ada mafla luaskan kuasamu.. jadi dia memang pure jdt.. suruh cek keta dia bunyi.. budak aku cek, spring berbunyi, aku tengok spring potong rendah giler, sebab tu bunyi kuat, absorber pun dah out, aku sunggest tukar spring... dia terpingga2.. bini dan anak dia pun ada.. 2 orang anak dia.. kecil lagi..dia tanya bini dia, ada duit tak.. dia pun tanya aku kos brape, aku cakap RM250 spring 1 set depan belakang sekali upah.. minta kurang, aku bagi RM230..

Dia mcm berfikir panjang, second takde.. aku cakap takda, kedai pun nak tutup dah.. last-last dia setuju.. masa budak aku tukar spring depan, baru perasan driveshaft boot pecah, bearing hancur, tolak skit terus terkulai, budak aku bagitahu aku.. aku pun cek tengok memang betul.. dalam hati aku, 'ya Allah, mcm mana aku nak bagitahu dia ni, dia memang tengah sesak.. 'aku beranikan diri bagitahu dia, riak wajah dia memang down, yela duit lagi.. dia pandang isteri dia, anak-anak dia, dia cakap kita tak payahla balik kampung, duit tak cukup ni.. isteri dia pun sedih..

Aku pun tak sampai hati tengok.. nak nangis pun ada.. last2 aku bagitahu dia, 'abang macam ni, abang bayar duit spring je dulu, driveshaft ni saya tolong beli dulu, lepas raya abg bayar, kalo tak bayar pun saya halal.. saya kesian tengok keluarga abang tak dapat balik beraya.. riak wajah dia berubah.. terus datang kat aku ucap terima kasih dengan muka terharu sangat.. dan janji akan bayar pas raya nanti.. aku pun cakap, takpa abang, saya pun pernah susah, ada orang tolong..sekarang giliran saya tolong abang..

Sedikit perkongsian untuk semua..bantula mereka yang memerlukan.


**Kami sertakan alamat bengkel Tuan Joe:

Pusat Servis Zulhasymi Enterprise.
No.24, Lorong IM3/3
Mahkota Industrial Park
25000 Bandar Indera Mahkota
Kuantan, Pahang DM

Tuesday, 21 July 2015

"Hinanya kami mak bapa dia... mereka tidur hotel"

Tulisan ini dikongsikan oleh Tuan Abd Ghani Haron yang menceritakan perbualannya dengan seorang ibu mengenai sikap anaknya ketika balik beraya di kampung. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat semua. Baca lagi:
 



TAK SANGGUP TIDUR DI RUMAH EMAK


Seorang wanita yang lebih tua dari saya yang berjemaah solat, berbual lepas solat ketika saya berada di motor untuk balik. Saya bertanya tentang sambutan raya dan hal anak tunggalnya. Air mukanya berubah.

Katanya, "Dia sampai balik pagi raya dengan anak bini. Katanya tak cuti dan jalan jem."

"Takpalah, asal dia balik. Petang raya, dia kata nak pi rumah mentua dan tidok di sana, di Kg Tongplu, dekat Pedu. Saya tak kata apa. Tapi masa depa nak naik kereta, cucu saya bertanya mak dia, kita nak tidor di hotel semalam ka? Mak dan bapa dia diam tetapi saya sempat melihat menantu saya membeliak mata pada anaknya."

Sampai disini dia berhenti bercakap. Dia tunduk dan mula mengesat air mata dengan hujung telekong yg masih dipakai. Saya faham anaknya sebenarnya bermalam di hotel dan pagi itu baru balik ke rumah orang tuanya. Kes pecah tembelang.

"Hinanya kami mak bapa dia. Bapa yg membesaqkan dia, yang mendodoikan dia dalam kain sentung, menepuk hingga lena dlm kelambu takut digigit nyamuk. Hinanya emak dia yang dia gonggong susunya hingga bertahun, disuap nasi hingga membesaq, hinakah kami yang beri dia sekolah dengan titik peluh kami."

"Saya tahu, depa jijik tegok dapor saya, jijik bilik ayaq dan jambannya, jijik bilik tidur yang panas bertilam kabu. Tapi depa tak sedaq mereka membesaq dengan keadaan itu, tapi hari ini depa pandang jijik. Itu sebab depa tak mau tidok rumah ibubapa sendiri, mereka tidok hotel. Bukan tak ada tempat dirumah tu, kerana dia anak tunggal. Tergamak dia." Kesedihannya makin berlarutan.

Wahai anak, bukanlah perkataan dari lidahmu sahaja boleh melukakan hati ayah bondamu, bukanlah tingkah lakumu sahaja boleh mengguris hati emak ayahmu, tetapi tindakanmu juga boleh merobek hati kecil mereka. Jika biasa dengan kemewahan dirumah sendiri, jangan mengharap yang sama dirumah ayah bonda. Kita dibesar dengan kepayahan ayah bonda, sesekali laluilah kembali. Jika kita rasa tidak selesa dirumah ibubapa, kenapa kita biar mereka hidup tidak selesa, kenapa tidak diupgrade rumah ibu bapa seperti rumah kita.

Ingat kekayaan yang kita miliki sebenarnya berpunca dari pengorbanan ayah ibu yang menyekolahkan kita. Maka sepatutnya mereka hidup lebih selesa dari diri kita kerana mereka yang melabur harta dan tenaga utk mencipta kejayaan kita, tetapi hasilnya kita kaut semuanya, meninggalkan ayah ibu dengan hidup dirumah tuanya. Apa juga perkara yang kita rasa jijik pada kehidupan ibu ayah kita, sepatutnya dibeban kepada diri kita, bukan melarikan diri dari keadaan itu. Dalam kes ini, tidur dihotel kerana tak sanggup tidur dirumah ayah yang penuh geli geleman pada kita.

Jika anak anak tidak dididik untuk merasa kepayahan orang lain, suatu hari mereka tidak akan mampu hidup bila ditimpa kepayahan. Jika anak dididik merasa jijik dengan apa yg orang lain lalui, apa lagi keturunannya, suatu hari nanti, mereka akan memandang jijik kepada seluruh mereka yang miskin.

Betapa ibu ayah mengharap anak yang pulang sesekali, menghidupkan kembali suasana rumah yang sunyi setelah anak berkeluarga. Tidurlah semalam dua, makan bersama, berkongsi bilik air dan bilik tidur dsbnya. Jika terasa payah pun, biarlah demi menjaga hati emak ayah, janganlah merungut tidak sempurna itu ini. Mungkin emak ayah teringin naik kereta baru kita, bawalah mengunjung saydara mara, mungkin mereka sedikit ingin berbangga dgn kejayaan anak, bawalah bertandang, bershopping.

Sesungguhnya Allah memberi ganjaran yang baik kerana berkunjung mengerat silaturrahim, menggembirakan ayah ibu. Jangan jadikan kunjungan beraya ke kampung menjadi gurisan tajam ke hati ibu ayah yg akan memahat dosa yang besar.

Tidak salah tidur di hotel atau homestay jika keadaan rumah tidak muat kerana ramai, mohon izin dengan baik pada ibu ayah. Mereka tentu memahami. Menipu itu ibarat bangkai, yang amat mudah tercuim busuknya, apa lagi bila Allah hendak membukanya. Bertindaklah dg rasional, ibu ayah itu keutamaan. Ingat suatu hari nanti kita juga akan berada di situasi ibu ayah kita.

ABD GHANI HARON

Monday, 20 July 2015

"Ustaz, kenapa setiap kali terpandang perempuan cantik rusuk kiri saya bergetar?"

Tulisan ini dikongsikan oleh Tuan Emran Ahmad. Semoga memberikan manfaat kepada pembaca. Baca lagi:

 

Rusuk kiri bergetar


Ada seorang lelaki bertanya : 'Ustaz, kenapa setiap kali apabila saya terpandang perempuan yang bertudung dan cantik maka rusuk kiri saya akan bergetar?

Ada apa-apa maknakah?

Aljawab ;

Itu tandanya anggota badan kita marah kerana tidak menundukkan pandangan. Boleh jadi juga itu petanda bahawa ajal kita sudah dekat, jadi banyak-banyaklah bertaubat.

Lagipun hanya lelaki yang tidak matang dan cetek pengalaman hidup akan terpedaya oleh kecantikan luaran. Lihatlah P. Ramlee dalam cerita "Musang Berjanggut" bagaimana beliau berjaya membezakan di antara perempuan dan betina melalui pengembaraan, ujian dan pengalaman.

Sabda Nabi salallahualaihiwassalam ;

مَا تَرَكْتُ بَعْدِى فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ

“Aku tidak meninggalkan satu godaan pun yang lebih membahayakan para lelaki selain fitnah wanita.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Cantiknya wanita pada luaran itu mungkin kerana mahalnya baju yang dipakai, kadang-kadang kerana lamanya bersiap di depan cermin membuat ikatan tudung atau 'make-up' yang menghilangkan jerawat dan keburukan. Seterika baju mungkin sejam, cari pasangan tudung dan kain yang 'matching colour' pula sejam, tambah aksesori seperti shawl dan barang kemas pula sejam.

Namun saat dihabiskan untuk membaca alQuran? Mungkin cuma 15 minit, solat dan berdoa ? 10 minit. Mempelajari kewajipan agama ? Mungkin 30 minit...

Menyantuni orang tua, menolong ibubapa, adik-beradik dan kaum keluarga mungkin seminit-dua....Waktu lain dihabiskan kepada 'selfie' dan bergambar serta menjadi model syok sendiri....Itu belum lagi 'marathon' melayan filem Korea, Orang putih atau movie cinta dan drama bersiri....berjam-jam!

Itukah bakal pilihan hati? Gadis seperti itukah yang mampu menggegarkan rusuk kiri? Sungguh naif dan menyedihkan hati....

Nanti apabila telah bernikah barulah ketahuan bahawa rupa paras yang sering menggoda akan tamat tempohnya...Bahasa mudah, 'Expired'. Bangun awal pagi memasak sarapan untuk suami memerlukan kesabaran, bukan kecantikan. Membasuh baju dan pakaian kotor yang busuk serta menguruskan rumahtangga memerlukan ketabahan bukan kemahiran memetik gitar sambil menyanyikan lagu kun anta....

Menguruskan emosi seharian sebagai isteri memerlukan kekuatan jiwa, mengekalkan cinta dan kebahagiaan rumahtangga memerlukan kesabaran dan kefahaman tentang erti perkahwinan dan ketabahan hati. Ianya tak diperolehi daripada selfie, juga tak dapat dari asyik melayan 'movie' tetapi daripada pengalaman mengasuh adik-adik dan menolong keluarga dalam rumahtangga.

Petua memasukkan serai, bunga kantan dan daun kari dalam masakan bukan sekadar daripada buku resepi tetapi daripada pengalaman di dapur bersama ibu. Cara menyiang ikan, membuang perut ayam, menyukat nasi untuk dimasak semuanya datang dari pengalaman hidup bukannya buku.

Lelaki umumnya adalah bodoh apabila berdepan dengan wanita yang cantik. Nafsu kita akan menutupi akal sehingga pertimbangan kita menjadi terpesong. Lautan sanggup direnangi, gunung sanggup didaki, sedangkan hakikatnya kebahagiaan hidup kita bukanlah berada pada pelukan gadis jelita tetapi dalam dakapan ibu dan doanya pada kita.

Hati yang tenang, bebas daripada dosa, kehidupan yang berlandaskan ilmu, keputusan yang dibuat pastinya menguntungkan dunia dan akhirat....

Berhati-hatilah teman, janganlah terpedaya pada luaran.

Biarkan rusukmu bergetar tanda takut kepada Tuhan!

Sunday, 19 July 2015

"Saya telah diterima oleh zakat Kelantan" - Zul Ariff Abdullah


Ekoran Artikel "Pegawai kata pandai-pandailah cari... Prosedur mmg cam ni" yang dikongsikan oleh saudara baru kita, Zul Ariff Abdullah telah menjadi viral di blog ini. Ramai yang sedih dengan nasib beliau dan mahu menghulurkan bantuan. Tidak kurang juga yang berang dengan pejabat agama yang dikatakan dalam artikel itu yang gagal memberikan pertolongan yang sepatutnya kepada saudara Zul Ariff.

Terbaru kami menerima mesej dari saudara Zul Ariff yang mengatakan kes beliau telahpun diselesaikan dengan bantuan Pegawai Zakat dan beliau telah dijadikan asnaf Zakat Kelantan.

"saya owner yang saudara post...Hal saya telah di selesaikan oleh Pegawai Zakat...dah saya telah diterima Asnaf Kelantan..dapat belajar sambil kerja disana.."

"saya amat terima kasih sbb tuan telah menarikan pehatian Zakat..mereka datang Jumpa kami..dan selesai kan hal kami..."

Berikut pula adalah status terbaru yang dikongsikan oleh saudara Zul:
Assalamualaikum..Pasal Isu Zakat..Ada beberapa Pegawai Ustza. telah telephone saya dan tanya Keadaan saya.Amat terima kasih kawan kawan FB... Dan terima kasih kepada Pegawai Zakat Namanya Ku Mohd Zaidi Number telephonenya 017 -5917016. dia telah menjelaskan untuk saya cara cara memohon Zakat. Disini saya hanya nak mohon minta maaf atas keliruan saya masa mohon zakat telah menyebabkan ada yang telah salah faham terhadap zakat... Jika ada apa apa yang perlu tahu sila call Ustaz zakat number 017=5917016.. Disini saya mohon minta maaf... Baru Tadi.. saya dapat pehatian daripada Zakat kelantan dengan Bantu Pegawai Zakat ustaz Ku Mohd Zaidi Bahawa. Saya telah diterima oleh zakat kelantan, Asnaf belajar Agama pondok kat kelantan.... Terima kasih.. Tolong share.. harap.. ada yang tak salah paham tehadap zakat
Terima kasih kami ucapkan kepada pegawai Zakat yang mengambil perhatian terhadap kes ini. Sedikit pencerahan daripada pegawai Zakat, Ku Mohd Zaidi dalam ruangan komen bagi menjawab kritikan pengguna media sosial yang lain:
Assalamualaikum..... Isu ini tak besar mana pun... kerana ada sedikit kekeliruan di pihak saudara zul kita... kami telah berbincang dgn berhikmah... pentingnya fb jika digunakan untuk kebaikan...dan bukan menghantam pusat zakat...korang semua dah like fb pusat zakat negeri masing2?..tengok sikit amil2 buat kerje... dan kita betul2 dapatkan info...

Ya islam itu mudah. Kalau xdak segala borang dan pengesahan, siapa2 boleh berlakon jd asnaf. Sapa2 yang xtergolong sebagai asnaf lepas ni berlakon jadi asnaf pi mntak bantuan bulanan kat pusat zakat, bukan ada borang perlu isi bukan ada pengesahan dia betul2 asnaf bukan perlu pi siasat dia asnaf atau tidak. Nah duit zakat telah pon pi ke tangan yang xsepatutnya. Last2 yang kaya terus kaya yang miskin xterbela. Sapa nak menjawab? Semua tuding jari ke pusat zakat lah. Akhirat nanti sapa nak mnjawab depan Allah? Amil2 ni la. Allah bagi akal untuk berfikir tuan2.
Ramai yang mengatakan setelah viral isu ini barulah pejabat agama terhegeh-hegeh menyelesaikan masalah. Namun tidak adil bercakap sedemikian kepada yang benar-benar menjalankan amanah mereka. Mungkin tindakan dan sikap individu sesetengah pegawai zakat yang lain yang gagal menjalankan amanah dan tugas serta gagal memberikan panduan kepada para asnaf membuatkan keseluruhan mereka menerima tempiasnya.

Terima kasih juga buat rakyat Malaysia serta NGO-NGO agama yang lain seperti Islamic Aid Malaysia (IAM) yang prihatin terhadap kes saudara Zul Ariff ini. Semoga anda semua dirahmati dan diberkati Allah swt.

Kepada saudara Zul Ariff Abdullah, semoga kamu diberikan kekuatan dalam menjalani kehidupan yang baru dan tahniah kerana kamu adalah antara insan-insan yang terpilih. -Malaysia Tribune

Saturday, 18 July 2015

"Pegawai kata pandai-pandailah cari, prosedur mmg cam ni"

Tulisan ini dikongsikan Zul Ariff Abdullah, seorang saudara baru yang memeluk agama Islam. Beliau menceritakan pengalamannya menerima hidayah sehinggalah menghadapi kesukaran dalam kehidupannya, berdepan masalah bukan sahaja daripada keluarga, malah daripada jabatan agama sendiri. Baca lagi luahan hati beliau:


Kepada kakak dan abang yg tanya bagaimana saya meluk islam. dan pejalanan saya. disini saya tulis kisah saya bagaimana saya dapat mimpi meluk islam... agak panjang skit.

Dulu bang AZAN sahaja, saya mesti marah. dengan Ayat yg agar kasar. Sebab pasal Azan pernah saya gaduh dengar Imam yang tinggal kat tempat saya. Tetapi imam hanya senyum sahaja. Pernah juga saya koyakkan Al-quran dan Bakar Al-quran. Pernah jugak saya buang Al-quran ke najis anjing. Hati saya masa itu hanya rasa gembira tidak rasa bersalah.

Pada 1 malam. Datanglah mimpi yg amat takut. Kaki saya diikat dan ditarik oleh Seorang yg badan besar hodoh busuk. Saya ditarik hampir 1 lubang yg api panas. Saya menyerit Tolong tolong tolong. Tertiba datanglah seorang badannya agar besar. Saya nampak orang tu bercakap ngan lelaki hodoh tu. kemudian rantai di kaki saya hilang. Orang tu datang ke saya. Saya pandang orang tu. tetapi wajah orang tu terlalu Silau, hanya dapat tengok bentuk badan dan rupa wajahnya. dia ada janggut yg tak berapa panjang rambut taklah panjang. Saya cuba nak tengok orang tu. tetapi terlalu silau. lepas tu dia pun bawa saya ke satu tempat. iaitu masjid.

Setelah sampai ke masjid. Dia bagi tau saya. Masuklah kedalam, Rumah awak kelak disini. Saya pun pandangnya.. Mukanya sentiasa senyum walaupun silau. Apabila saya masuk kedalam masjid. Orang tu pun hilang. Dalam masjid tu saya memandang..wow ramainya orangnya sampai tak nampak penghujungnya. saya hanya nampak mereka tengah duduk baca Al-quran. saya pandang depan.dari tempat diri saya memandang kehadapan susah nak tengok penghujungnya. Saya pandang pulak ke kanan.tak dapat saya melihat penghujungnya begitu juga kiri. Dalam masjid saya tidak nampak dinding, hanya ada tiang tiang yang amat besar. saya pandang keatas. tiada bumbung terus nampak langit yang cantik.

Lepas tu dengarlah Suara Azan. Saya pun terkejut dan terus bangun. oh baru saya tahu tadi tu mimpi. Tapi tak sampai 5 minit Surau dekat dengan balai polis dan Masjid dibawah sikit pun Azan Subuh. pekara amat pelik belaku masa tu ialah. kedengaran suara kipas suara burung, semua tak dapat dengar. Hanya dapat dengar ialah Suara Azan kat otak. Masa tu macam kena pukau. Habis sahaja Azan, suara suara dapat dengar kembali. Perkara ni belaku 3 hari berturut turut. Dan juga mimpi yg sama.

Saya pernah cerita hal ini kepada keluarga apabila sarapan pagi. mereka kata hanyalah mimpi. lupakan sahaja. saya pun pikir camtu. so tak ambil kisah sangat.

Mimpi hari kedua datang sekali lagi. Saya cerita pasal ni kepada keluarga. Abang saya yg agama kristian pun cadangkan pada mak bawa saya jumpa Paderi di Pulau Pinang Gereja besar. Sebelum tu mak bawa saya pi jumpa tok bomoh cina. Tok bomoh kata saya kena pukau black magic orang melayu. dia pun tulis satu kertas lepas tu bakar habuknya letak dalam air lepas tu suruh saya minum. saya pun minum air habuk tu. Bomoh tu cakap saya sudah ok. boleh tidur lena dan mimpi tak datang kacau lagi.. Lepas tu mak dan abang bawa saya ke gereja pulau pinang. Sampai sahaja gereja Abang saya pi jumpa Paderi. dan cerita hal saya kepada paderi. Paderi pun datang dan dengan 2 cawan air..1 cawan air ialah holy water dan 1 lagi air ialah darah jesus(tetapi adalah air ribina)Paderi pun suruh saya minum kedua dua air tu. setelah minum. dia tu baca ayat ayat dalam bible kat saya..Paderi beritahu selepas ni saya tidak akan diganggu mimpi. Sebelum balik paderi bagi saya Salib dia suruh gantung kat dinding bilik. lepas tu balik. saya pun ikut apa yang paderi suruh.

Mimpi hari ketiga datang lagi. Pagi pun saya bangun pi cari kawan baik melayu. Saya cerita apa yang belaku 3 hari ni. Dia pun terkejut terus bawa saya jumpa Imam surau. Masa tu saya rasa malu pulak sebab pernah gaduh ngan tok imam. saya tunggu kat motor. kawan saya tu pi cerita kat tok imam.Tok imam tu pun keluar dari pintu pagar terus peluk saya.. saya terkejutlah. tok imam suruh kami masuk dalam. Tok imam pun panggil tok bilal sekali. setelah datang Tok Bilal, Dari A sampai Z saya cerita habis, masa tu yang buat saya pelik ialah tok imam dan tok bilal air mata mereka kuar. saya pun terkejut juga. saya masa tu pikir.. buat apa mereka menangis pada hal hal ini tak bekaitan ngan mereka.

Saya terus bangun dan beredar dari situ.. dalam pikiran saya .. mereka ni gila kah? tiba tiba menangis.

Hari keempat. mimpi sudah tiada. Kali ini mimpi. kedengaran orang baca Quran pada saya. Saya tahu tu ayat quran sebab saya pernah dengar dulu kawan saya baca. Kedengaran orang baca quran pada saya...

Dari mula saya tido sampai lah pagi subuh.. kedengaran orang baca quran waktu malam saya tidur sampai subuh.. belarut 1 minggu, lepas seminggu saya pun terus pi jumpa tok imam ngan seorang diri. Saya cerita kat tok imam. lepas hari tu saya balik. tiap tiap malam orang baca quran kat saya. Imam tanya masih ingat tak apa yg dibaca? saya tidak tahu macamana nak baca. Tok imam pun mula baca Al-fatihah. Tok imam baca dan sampai ayat di Alhamdulillah hirobbil A'lami.. tertiba saya boleh baca ayat yang seterus nya sampai habis.. imam pun terkejut. dan tanya pernah ada orang ajar saya. saya kata tak pernah.. itupun saya dengar waktu saya tidur. Ayat Quran sampai subuh orang tu baca kat saya. Imam pun tanya. Ah heng sekarang u dapat hidayah dari Allah. orang meluk islam 2 jenis. 1 ialah dapat dari mimpi kedua ialah orang tu kawin ngan pompuan melayu.

Tok imam pun tanya. heng, kalau saya tanya ah heng boleh terima islam tak? saya kali ini dengan hati yang cukup tenang. saya kata boleh terima. Tok imam panggil seorang lagi. Barulah saya tahu kena ada 2 saksi. datanglah tok bilai. imam tanya. ah heng u meluk islam tu kerana kerelaan dan tiada paksaan dari orang. saya kata kerelaan sendiri. Imam pun bawa saya mandi. lepas mandi.. imam pun suruh saya ucap 2 kalimah syadah. saya pun ucap 2 kalimah syadah. saya diislamkan hari Jumaat. ..inilah kisah mimpi saya meluk islam.

Dan ini adalah kisah selepas islam Sini saya cerita selepas saya meluk islam, pada mulanya saya pi kursus saudara baru selama 4 bulan. Pada Mulanya saya plan nak cerita selepas 2-3 tahun tunggu yang masa sesuai. Di sini saya tak tulis nama pejabat agama tu...Waktu saya meluk islam. saya dah bagitau jgn kirim sebarang risalah islam kepada alamat rumah saya. saya kata surat meluk islam dan kad islam saya datang pejabat ambil sendiri.. Mereka kata baik... Lepas tu saya pun balik ke tempat belajar.. Bulan january saya balik rumah masa tu ada cuti.

Saya masuk rumah shaja.. tengok muka keluarga semacam sahaja. Abang pun buang surat islam dan kad islam depan saya.. masa tu hati saya marah betul(dalam hati tu saya marah. saya kata dalam hati.. celaka betul ni pejabat agama..haram jadah dan sebagainya. Sudah janji tak akan kirim. tetapi tetap kirim jugak) saya pun mula beri penjelasan. segala penjelasan tak terima. misalnya. saya cakap. saya islam tetapi tetap bangsa cina.. Abang terus cakap.. bukan. u islam u melayu sudah. dalam sejam kami begaduh..mereka tanya bekali-kali nak kuar islam ke tak.. saya kata tak.. saya tetap masih pendirian saya.saya islam saya cina.

Abang sulung saya marah lalu bangun dan pukul saya. gigi depan saya patah 2. yang patah tajam tu tertebus mulut bawah saya.(nanti saya postkan tempat gigi.sampai skerang belum buat gigi palsu sbb kurang kewangan) Mak hanya tengok dan menangis. lepas tu. abang kata u mau islam u keluar dari rumah ini. saya pun keluar dari rumah. waktu tu dah malam. saya pun keluarlah dari rumah dengan sehelai sepingang. pilah saya ke masjid. nak minta tidur semalam. tetapi tidak dibenarkan, saya pun jalan ke bus station dekat bandar penjalanan dari taman ke bus station ambil masa 1jam. sampai sahaja kat bus station.. duduk kat kerusi sana. terjumpa seorang pakcik. dia nampak mulut saya bengkak dan air darah. dia tanya.. adik gaduh ke? saya kata tidak. saya pun cerita kat pakcik tu.. pakcik tu terus bawa saya ke klinik swasta. disebabkan gigi saya patah. doktor tu suruh saya pi ketempat kawan dia. dia kata akan call kawan dia buka untuk cabut gigi patah yang separuh kat mulut. setelah mulut bawah saya dijahit 2 jarum.

Doktor tu terus bawa saya ke ketempat kawan dia. klinik pegigian untuk cabut gigi patah yang tertinggal dalam mulut, setelah selesai semua, saya kata tiada wang nak bayar. Pakcik tu kata dia bayar. doktor hanya ambil separuh harga. lepas tu. saya balik ke bustation untuk rehat. pakcik tu tanya nak pi mana. saya kata belum tahu. pakcik tu hulurkan Rm50 untuk saya.lepastu dia pun balik.

Hari kedua saya pi kat pejabat agama. cerita apa yang belaku. Tak sangka saya dapat bantuan sebanyak Rm50. saya bagitau pegawai tu. Dalam Rm50. saya boleh beli apa? nak beli baju seluar dan barang kegunaan pun tak cukup, Pegawai kata prosedur memang hanya dapat bantuan Rm50. saya kata baik dan beri salam dengan mata yang merah. lepas tu saya pi kat masjid. terjumpa imam masjid dan cerita. imam masjid tanya nak pi mana. saya kata tak berani kat sini.. saya kata nak pi kuala lumpur..imam terus bawa saya pi makan dan beli tiket bus.

Imam beri saya Rm100. saya pun naik bus. ke Kuala Lumpur. sampai di Kuala Lumpur. saya mula cari kerja.. sbb masa tu.. tiada wang nak beli kasut. tak jadi pulak kerja. saya pun berehat kat masjid.. datang seorang pakcik. dia kata tengok saya dah berapa hari kat sini. saya pun cerita hal saya pada pakcik. pakcik tu. pun bawa saya pi beli pakaian, bag gallas dan barang kegunaan harian. pakcik tu kata..anak pi belajar dulu. pi kelantan belajar kat pondok. pakcik tu beri saya sedikit wang lalu beli tiket ke kelantan. mulalah saya cari pondok. dapatlah saya masuk pondok untuk belajar agama. pernah saya post kat fb.. saya nak beli toto dan sebagainya. pada masa raya cina saya ada balik rumah.. masa tu tumpang duk kat surau. saya sebelum masuk magrib dan selepas magrib saya ada balik rumah.. tetapi mereka tahu saya tetap masih dalam islam. mereka tak keluar langsung. saya hanya berdiri di pagar sampai magrib. selepas magrib saya datang kembali sampai isyak. tetapi macam orang bodoh saya diri kat pagar.. mereka tak keluar langsung. kalau tak salah saya. saya buat pekara yang sama selama beberapa hari. hari terakhir cina.. saya masih ingat lagi.. hari tu hari kebesaran orang Hakka pada raya ketujuh. saya balik. dan lihat abang keluar dengan sebungkus oren dan beri angpao kat saya. mereka tak cakap apa apa. saya pun beredar dengan hati yang gembira. saya pikir perasaan mereka dah mula turun akan terima saya kut. saya pun pi tunggu bus..

Saya pun buka orange cina makan. sambil tu buka angpao tu..aduuhhh. dalam angpao tu bukannya ada duit.. tetapi duit tu adalah untuk guna waktu sembah dan bakar pada orang meninggal. Makna keluarga saya ialah anak cina mereka sudah mati. dan saya yang begama islam bukan lagi ahli keluarga. sedihh saya. pernah saya mohon zakat 3 kali. 3 kali tak diluluskan. pertama kali saya mohon..sebabkan borang kena tulis hurut besar. saya tulis hurut besar, borang bantuan zakat saya ditolak... kali kedua saya mohon lagi skali lagi, kali ni saya tulis dengan teliti, Borang lengkap.. ada surat pengesah hospital besar dan dokor. pi masjid tunggu pengerusi cop masjid. semua siap.. hantalah saya kepejabat zakat... Pegawai kata baik encik. encik tunggu 2-3bulan untuk proses borang bantuan.. lepas dah 3 bulan.. saya ada call pejabat. setiap kali call.

Jawapan tetap serupa.. borang anda tengah proses dan sabar ya. saya tungulah tunggu tak ada jawapan langsung. saya mohon kali ke3... Pegawai kata.. kena ada alamat rumah tetap dan pegesah bil electric dan bill air. saya bagi tau Pegawai.. saya kena halau rumah macamana nak cari bil bil electric dan air., Pegawai kata pergi sewa bilik dulu.. saya bagitau pegawai.. mana ada kewangan nak sewa bilik.. Pegawai kata pandai pandailah cari. prosedur mmg cam ni. dengan hati yang kecewa saya pun beredar dari situ, lepas tu ada makcik suruh saya pi masjid minta bantuan. saya pun pergi masjid minta bantuan. Imam masjid nak tolong saya. dia pi bagitau AJK masjid.. AJK masjid pun datang pada saya. AJK masjid kata mereka tak ada peruntukan untuk kes macam ni. AJK masjid kata.. u ada surat dari pejabat AGAMA yang boleh izinkan u megutip derma tak? saya kata saya tidak tahu pulak ada peraturan macam ini.

AJK masjid kata kalau tak ada surat dari pejabat agama tak boleh minta derma. Saya pun kata baik.. waktu saya nak keluar dari masjid. Imam datang dan masukan Rm150 dalam poket saya dan meluk saya.. maaf dik. saya hanya bantu tetapi peraturan masjid tak benarkan. saya hanya mampu tolong sebanyak ni. Sampai sekarang selalu orang tanya saya kenapa tak pi Pejabat agama minta bantuan.. saya hanya senyum balas, nanti saya pi mohon.. dalam hati saya cakap pada diri saya.. saya sah tak pidah ke pejabat agama ni.. dah 3 kali kena reject dah.. Dah lah waktu tu kena interview pegawai agama. dalam tanya soalan tu.. seperti cari duri dalam telur.. sebab pasal ini saya sudah tak ke pejabat agama. dan mulalah saya belajar kat pondok. Selepas raya ni.. saya akan mulalah perjalanan baru saya.

UPDATE ISU ZAKAT: "Saya telah diterima oleh zakat Kelantan" - Zul Ariff Abdullah

Wednesday, 15 July 2015

"Encik... malam ni last terawih... tolonglah kami"

Tulisan ini dikongsikan oleh Tuan Edifice, seorang anggota Polis yang menceritakan pengalamannya ketika bertugas di lapangan. Sememangnya Tuan Edifice mempunyai hati yang mulia, menjalankan amanahnya dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya. TABIK... Baca lagi


CERITA SEMALAM

Semalam kerja tahan... orang...(road block). ada brader dalam lingkungan 30an. bawa anak 3 orang. umur 10, 7 dan 4 tahun. dan isteri beliau. lima orang satu motor..

Saya tanya nak pegi mana? bahaya bawa ramai2 macam ni. bawalah kereta.

Brother tu terus bagi i.c dan lesen dan hp dia. tapi dia cakap ..." encik ambik semua ni dulu.. kami memang tak ada kereta.. nanti lepas terawih saya call dan ambik surat saman dari encik. saya bukan rasuah.. tapi cagaran sementara .. sebab kami nak pergi masjid.. encik... malam ni last terawih... tolonglah kami untuk kami habiskan terawih terakhir tahun ni... " .. terkedu aku dengar jawapan brother ni.. lantas aku suruh isteri dan anak2 beliau turun dari motor tu naik kereta kerajaan yang ada lampu kat atas. aku hantar mereka ke masjid. aku serah balik barang-barang brother tu. aku menangis peluk brother tu...

Balik ke opis jam 1 pagi. aku masuk kereta inspira aku dan.. berfikir..' Ya Allah .. aku terlepas terawih ramadhan terakhir... aku ada inspira. tapi aku seorang yang naik.. brother tadi????.. aduss.. anak bini aku kat rumah sibuk dengan pakaian baru..

RUGINYA AKU.. TAK BAWA ANAK BINI AKU PERGI TERAWIH DENGAN INSPIRA AKU... SEBULAN TAK PERNAH PERGI... Ya Allah ampunkanlah aku.... engkau tunjukkanlah petunjuk pada aku sekeluarga.. Amin.....

‪#‎INSANLEMAH‬

Tuesday, 14 July 2015

"Tiada lagi istilah saya dikunjungi masa berpantang"

Tulisan ini dikongsikan oleh Puan Nur Shazwani yang menceritakan keadaan bayinya yang disahkan dijangkiti bakteria bawaan pengunjung yang datang melawatnya ketika berpantang. Semoga bayi Puan Nur Shazwani segera sembuh daripada jangkitan tersebut. Baca lagi:


Bismillahirrahmanirrahim Allah dah tentukan segalanya.. mumy dady redha.

Hari ni keputusan dah keluar anak syurga ini telah disahkan [Meningitis Meningococcal]. Meningitis adalah satu penyakit melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang. Salah satu bacteria penyebabnya ialah Neisseria meningitidis dan jangkitan oleh bacteria ini dipanggil sebagai jangkitan Meningococcal Meningitis.

Bacteria ini dibawa oleh orang yang melawat saya masa dlm pantang. Mulai hari ini saya dan keluarga tiada lagi istilah 'mengunjungi orang dlm pantang atau saya dikunjungi masa dalam pantang bersalin'. Macam mana doctor boleh kesan??... selepas Hanania selesai menjalani pengambilan cecair selaput otak atau lebih dikenali dengan Lumbar Puncture.

Doctor kata meningitis pada Hanania ni di kesan awal In Shaa Allah boleh sembuh. Hanania kena complete kan 2 jenis antibiotics dalam masa 14 hari untuk bunuh bacteria. Antibiotics tu sangat pekat yang membuatkan dia sakit dan nangis.. hati ibu mana yang tak sedih tengok anak gebuss menangis kesakitan.

Hai ibu2 atau bakal ibu diluar sana ketahuilah ancaman bacteria ini boleh dibawa oleh ssiapa sahaja tnpa kita duga dan senang menyerang anak2 kecil.

: Doakan antibiotics cepat2 bunuh bacteria neisseria meningitidis!!! :

Ya Allah sembuhkanlah Nur Hanania Qhaisara Binti Hazril

"Barisan Peguam Terhandal Negara bakal mewakili anda semua"

Ekoran status kontroversi yang dimuatnaik peguam bela pemuda melayu yang menjadi suspek curi telefon bimbit di Plaza Lowyat lebih kurang sejam lalu, Peguam Mohd Khairul Azam memuatnaik status terbaru mengenai sidang media yang dilakukannya sebentar tadi mengenai "kenyataan bohong" Ketua Polis Negara. Baca lagi:


Update ‪#‎lowyatt7‬

Saya baru selesai membuat sidang media di Mahkamah Jalan Duta sebentar tadi.
Saya membidas kenyataan media IGP semalam diplaza Low Yatt.

IGP bercakap bohong.

1. IGP menyatakan dua orang naik ke tingkat atas untuk mencuri telefon. INI BOHONG. Selepas bersama anakguam di IPD Dang Wangi hari ini, anakguam kami menyatakan hanya seorang sahaja naik ke atas dan bukannya dua orang.

2. IGP menyatakan salah seorang suspek yang di bebaskan telah membuat fitnah berkaitan telefon klon dan berkaitan di tipu peniaga cina, dan isu ini di petik oleh blogger untuk di viralkan padahal INI BOHONG. Anakguam kami tidak pernah menimbulkan cerita telefon klon ini dan anakguam kamitidak pernah ada apa2 hubungan dengan mana-mana blogger.

NAMPAKNYA PDRM DAH SEMAKIN HILANG KREDIBILITI APABILA IGP BERTINDAK MENGELIRUKAN ORANG AWAM DENGAN MENGELUARKAN KENYATAAN BOHONG.

MANA MUNGKIN POLIS MENANGKAP, MENYIASAT DAN TERUS MENUDUH ANAKGUAM KAMI SEBAGAI PENJENAYAH SEPERTI MANA KENYATAAN IGP SEMALAM KERANA MAHKAMAH, HAKIM DAN BUKTI2 BELUM DI KEMUKAKAN .

SESEORANG ITU TIDAK BERSALAH SELAGI BELUM DI BUKTIKAN SEBAGAI BERSALAH.

OLEH ITU JANGAN RISAU LOWYATT7, BARISAN PEGUAM TERHANDAL NEGARA BAKAL MEWAKILI ANDA SEMUA.

ALLAHUAKBAR!!!

MOHD KHAIRUL AZAM BIN ABDUL AZIZ
0129770412

"KPN Bohong" - Peguam bela pemuda Melayu



Status terbaru Peguam bela kepada pemuda Melayu yang didakwa sebagai suspek pencuri telefon bimbit di Plaza Lowyat telah menimbulkan spekulasi baru. Peguam Mohd Khairul Azam dari Firma Azam & Co. mengatakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Bin Abu Bakar berbohong dalam kenyataan medianya semalam.
Tan Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara berbohong dengan kenyataan media beliau semalam.

Nantikan sidang media balasan saya jam 4 petang nanti bagi membela ‪#‎Lowyatt7‬

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
0129770412
Tan Sri Khalid dalam sidang media itu menjelaskan tiada kes penipuan yang berlaku dalam insiden pergaduhan di Plaza Lowyat.

"Saya minta media laporkan dengan jelas. Tiada penipuan dalam kes ini oleh sesiapa. Dalam kes ini tiada penipuan oleh penjual.

"Berita penipuan ini diada-adakan sahaja, seolah-olah ini isu perkauman. Jangan main-main isu ini. Isu ini sangat bahaya," katanya pada sidang media di plaza tersebut.

Walaubagaimanapun, rata-rata penyokong di pihak pemuda Melayu itu masih tidak dapat menerima penjelasan KPN kerana menganggap tindakan yang diambil hanya mahu menyelesaikan isu tersebut daripada terus berlarutan.

Apapun, marilah kita sama-sama  menunggu sidang media Peguam Mohd Khairul Azam yang akan diadakan sebentar sahaja lagi.

#UPDATE: SIDANG MEDIA

Monday, 13 July 2015

"KPDNKK, baru bangun tido ke?"


Langkah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur melakukan serbuan di Kompleks Pertama petang kelmarin mengundangkan respon negatif Netizen.

Dalam ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mendakwa tindakan itu tidak lain hanya seperti melepaskan batuk ditangga setelah insiden pergaduhan di Plaza Lowyat menjadi viral di seluruh Malaysia.

"Dah "berzaman" perkara begini di Pertama Kompleks...konon2 buat kerjalah tu...ni pun pasal insiden di Low Yat lah tu...!." komen Sam Pasir Mas.

"Baru skrg pihak KPDNKK nak bertindak, orang da lama kena tipu....nampak sangat nak tunjuk buat kerja, selama ni pihak KPDNKK TIDO. da kecoh baru nak buat serbuan,semua lakonan sahaja....hari ni buat serbuan, lepas tu senyap..... Kalau pniaga2 melayu jual barang2 tiruan di uptown habis di rampas, cuba di low yat, pertama komplek nape xnak rmpas habisan2." tambah Azhar Cobra.

Respon seperti ini seharusnya diberikan perhatian oleh KPDNKK dan juga agensi penguatkuasa lain yang berkaitan. Semoga selepas ini lebih banyak serbuan dilakukan tanpa perlu timbul sesuatu isu hangat seperti insiden baru-baru ini.

Dalam serbuan itu, KPDNKK telah merampas pelbagai telefon pintar dan aksesori tiruan jenama Samsung, IPhone, Lenovo , Oppo serta Nokia membabitkan nilai sebanyak RM500,000.


10 Tips dan Nasihat kepada "Fresh Graduate"

Jika sebelum ini ramai graduan yang baru tamat pengajian dan baru mendapat pekerjaan mengeluh dengan kos sara hidup yang membebankan. Mungkin tips yang dikongsikan oleh Tuan Md Azree boleh menjadi jalan penyelesaian dalam menyelesaikan masalah tersebut. Baca lagi:


10 TIPS DAN NASIHAT KEPADA "FRESH GRADUATE"

Ingin saya kongsi 10 tips khas buat fresh graduate. Supaya ia memberi manfaat kepada anda semua, insyaALLAH

1. Jangan beli kereta - Elakkan membeli kereta pada dua tahun pertama bekerja kecuali kalau kerja anda melibatkan banyak travelling dan anda boleh buat "untung" daripada travelling claim. Biasa-biasakan naik pengangkutan awam waktu mula-mula kerja ni.

2. Beli Rumah Kos Rendah - Sebab baru bekerja dan gaji kecil bukanlah alasan untuk tidak membeli rumah. Boleh je beli rumah. Advantage kat sini adalah fresh graduate yang gaji kurang daripada RM2,500 boleh beli rumah low cost.

3. Educate Diri Sendiri - Saban tahun ada saja berita berkenaan peratusan fresh graduate yang bankrap yang semakin meningkat. Biasanya yang masuk dalam golongan bankrap ni adalah yang tak berilmu dan melakukan kesilapan kewangan, bukan yang bergaji kecil. Gaji besar tapi kalau bulan-bulan kebocoran sana sini dan takde saving pun no point. So educate yourself.

4. Mengambil Insurans Kesihatan (Medical Card)
Untuk fresh graduate, memadai bajet antara RM100 – RM150 untuk medical card. Bila ada plan medical card sendiri ni, secara tak langsung kita dah tak bergantung pada parents kalau berlaku apa-apa kecemasan. Cukuplah 20 tahun lebih kita susahkan mereka, dah sampai masanya untuk berdikari. Kepada yang dapat benefit medical daripada company atau kerja kerajaan, ambil plan Takaful paling murah sebagai back up. Jangan bergantung 100% pada orang lain.

5. Cuba elakkan mengambil kad kredit
Kad kredit sangat bahaya jika anda jenis tak tahu manage perbelanjaan. Ini juga akan lead ke bankrupsi. Kalau nak ambil sekalipun, ambil selepas dua tahun bekerja dan hanya gunakan bila perlu sahaja. Ambil dengan kredit limit yang rendah i.e RM5000 sahaja. Make sure langsaikan hutang kad kredit sebelum tarikh akhir. Jangan amalkan bayar minimum payment saje, nanti bunga dia akan berganda

6. Sedekah dan Zakat
Percaya yang satu ni. Setiap sedekah, zakat dan pemberian yang ikhlas dari sumber rezeki yang halal, akan Allah gandakan dengan rezeki baru. Disiplinkan diri untuk mula amalkan sejak dapat gaji pertama lagi.

7. Buka akaun Tabung Haji
Buka akaun Tabung Haji secepat mungkin. Cukupkan simpanan RM 1,300 dalam akaun dan terus buat pendaftaran haji, walaupun masih bujang dan belum berkahwin.

8. Mencari Pasangan Hidup
Cari pasangan yang sudi naik kereta buruk sama-sama, asap hitam berkepul-kepul dan menyewa /duduk di rumah kecil-kecil sahaja dahulu. Sekufu dari sudut minda kekayaan.

9. Pekakkan Telinga
Pekakkan telinga dengan kawan-kawan yang asyik ajak melancong, minum kopi Starbucks / ngeteh malam-malam dan kutuk kita sebab tak pakai telefon berjenama mahal. Kalau kita tak cukup duit, ada dia nak bagi duit dekat kita?

10. Monitor, Revise dan Improve
Setiap perkara yang anda buat mesti ada kelebihan dan kekurangannya. Begitu juga jangka waktu ianya patut dilaksanakan. Tak boleh statik dan tiada penambahbaikan (improvement). Benda ni kena praktis, lama-lama jadi biasa. Set perancangan kewangan/bajet jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Lepas tu kena monitor perkembangan. Mana yang ada cacat cela, cepat-cepat perbaiki. Kenalpasti peluang dan ruang untuk tingkatkan lagi sampai korang jumpa bajet yang betul-betul mantap.

Laman Facebook PDRM digodam Islamic State


Laman Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia telah digodam oleh penggodam daripada kumpulan Islamic State. Melalui semakan terbaru di laman tersebut, kumpulan penggodam mendedahkan diri mereka sebagai AnonGhost turut menyenaraikan penggodam yang terlibat.

Dalam status yang dimuatnaik, AnonGhost mengatakan mereka menggodam laman tersebut hanya kerana mahukan mesej mereka disampaikan ke seluruh dunia.

Kumpulan Penggodam ini turut memuatnaik Cover Facebook Khilafa serta Gambar Profile yang menunjukkan mereka daripada kumpulan IS.

Setakat ini belum ada kenyataan yang dikeluarkan oleh Pihak PDRM.




Sunday, 12 July 2015

"30% benar, 70% ditokok tambah" - Peguam

Peguam kepada 3 orang pemuda Melayu yang kini berada dalam tahanan Polis mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian yang berlaku di Plaza Lowyat. Walaupun tidak secara terperinci, Peguam Mohd Khairul Azam dari Firma Azam & co mengatakan semuanya adalah berpunca dari salah faham. Baca lagi:


Assalamualaikum wbt.

Saya menulis status ini dengan tujuan untuk meredakan ketegangan yang berlaku akibat kes Low Yatt 2 hari sudah, tidak ada niat utk mempromosi diri melainkan ingin membantu mengekalkan suasana aman dan harmoni di negara kita ini.

Saya telah di lantik oleh keluarga 3 orang pemuda Melayu bersabit kes di Low Yatt dan saya baru sahaja kembali ke pejabat selepas bertemu mereka di lokap Balai Dang Wangi.

Sebagai menghormati etika antara Peguam dan anakguam, saya tidak boleh menceritakan dengan lebih lanjut apa yang telah berlaku pada hari kejadian kerana kenyataan saya berkenaan di bimbangi akan menganggu siasatan dan juga akan menyukarkan di pihak saya untuk membuat pembelaan.

Tetapi apa yang boleh saya katakan, apa yang berlaku ini berpunca dari SALAHFAHAM.

APA YG DI VIRALKAN DI LAMAN SOSIAL SEMALAM HANYA 30% BENAR MANAKALA 70% LAGI TELAH DI TOKOK TAMBAH UNTUK MELAGA-LAGAKAN ANTARA KAUM DALAM NEGARA KITA.

Oleh itu saya berharap kita semua bertenang dan kita serahkan kepada undang-undang untuk mengadili kesemua pihak.

Sebagai Peguambela, semestinya saya akan memastikan anakguam-anakguam saya kesemuanya mendapat pembelaan terbaik yang mungkin.

Sekian dan terima kasih.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
0129770412

"Jangan kasi pulang saya"

Tulisan ini dikongsikan oleh Dr. Anna yang menceritakan pengalaman sayunya di sebuah Hospital di Sabah ketika merawat seorang pakcik yang seolah-oleh tidak diberi perhatian oleh keluarganya. Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada semua bahawa hargai lah ibu-bapa kita selama mana mereka masih bernyawa. Baca lagi:


Jangan kasi pulang saya.

I was surprised by my patient's reply when I asked him to eat more so that he can go back by weekend.

Aik, kenapa pakcik? I glanced at the case note just to make sure he celebrates Raya.
He refused to tell me. His blood sugar level is persistently low, so I have to explain to him that he cannot depend on iv drip forever.

That evening, I asked him again.
Aiyaaa pak cik macam mana mau balik ni..
He looked away.
Kan saya bilang saya tidak mau pulang.

Every day he will just lie on bed. Both patients beside him are being visited by relatives every day. He would look away and pretend to fall asleep. When night comes he will ask the nurses help to sit him up. And he will stay awake all night.

Yesterday I asked the nephew when I spotted him at the bedside playing COC. Kenapa dia tidak boleh jalan? He shook his head.
Berapa lama suda dia tidak dapat jalan?
He shrugged. Tidak pasti he said.

Kamu tidak tinggal serumah?
Tinggal. Tapi dia d bilik di bawah.
I imagined how he is in the room downstairs, and will stay there throughout the day if nobody assisted him.

Mana anak-anak dia?
Ada. Sibuk kerja.

This is too much.

Today I saw him again. He was expecting me to come. Smiling ear to ear. Face freshly washed.Maybe after dialysis yesterday he is feeling better.

Hai pak cik.
He nodded approvingly.
Nak harini banyak pakcik makan. He pointed at the bowl of porridge in front of him.
Dua mangkuk pakcik makan.

Iya? Wah bagus tu pakcik. Sedap ka?
He grinned. Iya. Sedap. Anak pak cik hantar tadi.

I looked at the porridge. Plain porridge. Cold.Betul lah orang cakap, masakan orang kesayangan kita yang paling sedap di dunia.

Mana dorang pak cik?
Dia kasi kirim saja tu bubur. Ada benda penting dorang mau beli.

Nak. Ada pakcik mau tanya.
He must be in a good mood today. The amount of words he said this morning is more than the whole week I have been seeing him.

Tanya lah pak cik.

Ada sampul duit raya ka jual sini? Mau bagi cucu duit sikit.
I didn't ask further.
Tiada pak cik. Nanti sy cari di kedai.

I finished my review as fast as I could and turned away. My heart aching, tears pooling in my eyes.

Please, include your parents in any celebrations in your life. Don't dump them here.They don't need new cushion, new baju raya, expensive gifts.Even plain porridge can make them happy.

"Nama saya Faizul Ridzuan"



Tulisan ini dikongsikan oleh Tuan Faizul Ridzuan, seorang ikon pelabur hartanah yang cukup disegani. Beliau tampil berkongsi pengalaman hidupnya sebagai respon kepada Video Viral "Nama saya Zahra" yang menceritakan luahan hati anak muda masa kini. Tulisan Tuan Faizul ini seharusnya menjadi inspirasi dan panduan kepada anak muda terutama daripada anak bumiputera supaya mengenal realiti kehidupan yang sebenar. Baca lagi:



NAMA SAYA FAIZUL RIDZUAN DAN SAYA SEDIH TENGOK GRADUAN SEKARANG.

Salam semua. Baru-baru ni saya tengok ramai yang kongsikan kisah graduan berumur 23 tahun yang menceritakan kisah sedih beliau yang bagaimana graduan sekarang adalah umpama pengemis. Saya tak menyokong atau pun mengkritik beliau sebab saya rasa rintihan beliau adalah rintihan orang muda yang masih belum faham realiti kehidupan.

Memandangkan beliau berumur 23 tahun skrg, saya nak ceritakan sikit apa yang saya ada ketika berumur 23 tahun (tahun 2004) :

1. Saya baru graduate dari University Malaya dalam jurusan software engineering. Saya bekerja di Starbucks sejak tahun 1999 sehingga 2004 untuk mencari wang poket. Boleh lah dapat gaji RM800 hingga RM1000 sebulan, cukup untuk bayar motor skuter saya, makan minum dan duit untuk dating dgn ex-GF seminggu sekali.

2. Saya beli motor skuter waktu belajar guna duit saya dapat dari p/time pembancuh kopi. Itulah kenderaan rasmi saya setiap hari. Keluarga saya tak mampu nak beri saya kereta walaupun sambung bayar. Jadi Saudari Z, anda lebih bertuah dari saya. At least bapa anda mampu bagi kereta untuk anda pakai.

3. Waktu itu adalah zaman gawat dalam undustri IT di Malaysia. Berpuluh ribu graduan IT dan komputer sains yang dilahirkan setiap tahun tetapi pekerjaan yang ada mmg terhad. Ini disebabkan kerana dotcom bubble di USA pada tahun 2001/2002 yang menyebabkan banyak syarikat dalam industri ini tutup kedai. Kerja pertama yang saya dapat sebagai programmer, gaji yang ditawarkan cuma RM600 sebulan + penginapan disediakan.

4. Bayangkan, gaji pertama saya dalam indusri ini selepas belajar 4 tahun di university yang di-iktiraf lebih rendah dari gaji saya sebagai pembancuh kopi di Starbucks. Saya tak berani nak komplen pun sebab ada ramai lagi graduan yang kerja pun tiada.

5. Selepas setahun dalam industri IT, saya putuskan saya nak belajar berniaga sebab nak ubah nasib. Tetapi disebabkan tiada modal, saya putuskan untuk bekerja dulu dan kumpul modal. Tapi saya putuskan yang semua pekerjaan yang saya pilih mesti berikan saya ilmu dan ajaran untuk jadi seorang peniaga yang berjaya. Kesimpulannya, saya tak akan ambil apa-apa pekerjaan semata-mata kerana gaji.

6. Pekerjaan pertama yang saya pilih selepas buat keputusan ini, adalah sebagai jurujual kad kredit. Saya pilih pekerjaan ini kerana saya nak belajar menjual, dan teknik jualan adalah perkara asas kalau nak jadi peniaga yang berjaya. Gaji basic saya adalah RM0, sebab saya cuma dibayar komisyen 100%. Kalau saya gagal jual apa-apa, saya akan makan pasir bulan itu. Saya seumpama dicampak dalam air dan kena belajar berenang secepat mungkin sebelum mati tenggelam.

7. Jurujual kredit kad Ini pekerjaan yang anda tak perlukan SPM untuk diterima. Ibu saya cukup risau tapi beliau still merestui keputusan saya. Ayah saya berpendapat ini pekerjaan untuk orang yang tiada pendidikan, dan saya seumpama membuang ijazah yang saya berusaha 4.5 tahun untuk dapat. (matrikulasi dan tambahan 1 semester). Sebulan beliau tidak berbicara dgn saya sebab dia kecewa dengan pilihan saya. Ramai kawan-kawan beranggapan saya sudah hilang akal. Tiada seorang pun rakan dan ahli keluarga saya yang berikan sokongan penuh, mungkin sebab mereka risau. Cuma Ex-girlfren saya beri sokongan penuh walaupun beiiau kurang faham. (Hari ini, ex-GF dah naik pangkat jadi isteri).

Waktu itu, memang rasa seperti kita berseorangan dalam dunia yang besar.

8. Hari pertama saya bekerja, saya dihantar ke stesen minyak BhP di Shah Alam untuk jual kredit card kepada orang yang sedang mengisi minyak. Saya menggigil bila berjumpa prospek. Saya baca dari kertas skrip jualan saya sebab masih tak hafal. Sebelum ni hanya tahu berbicara dengan komputer, sekarang saya kena berbicara dgn manusia lain dan buat pekerjaan yang saya langsung tiada kepakaran.

9. Bulan pertama saya jadi jurujual, alhamdulillah saya dapat jadi top-3 dalam jualan. Saya pun terperanjat sebab saya sendiri tak sangka boleh buat dan dapat top-3 secepat ini. Saya rasa nekad saya membuang ijazah untuk cuba bidang baru buat saya lebih berusaha sebab saya nak buktikan kepada mereka yang tak sokong saya dan menghina saya yang saya boleh buat benda ni dan dapatkan pendapatan yang melebihi apa yang saya pernah dapat. Majoriti rakan-rakan seperjuangan saya pulak orang cina, dan diorang memang sangat berusaha. Jadi saya dapat belajar dari mereka macammana nak tinggikan work-ethic, tingkatkan EQ dan tingkatkan skill komunikasi saya. Saya fikir sebab niat saya elok dan nak cari duit halal, Allah SWT banyak tolong permudahkan. Alhamdulillah, pendapatan saya tak pernah kurang dari RM2000 sebulan. Ini kejayaan kecil saya yang pertama.

10. Selepas hampir setahun, saya ditawarkan bekerja dalam bank pula sebagai management trainee. Saya dah mahir menjual dan berbicara ( bahasa inggeris saya ada slang amerika ) , dan saya rasa pekerjaan ini berikan saya peluang yang baik untuk belajar ilmu duit dan macammana sistem perbankan kita berfungsi bila saya berniaga kelak.

11. Mereka hanya ambil 20 calon daripada hampir 1000 calon yang apply. Bila waktu interview ada 2 jabatan yang memilih. Saya dianggap tak layak untuk masuk ke jabatan perbankan-korporat, tetapi Pn Z di Consumer Banking pilih saya sebab saya ada attitude dan semangat yang positive. Dan masuk hari pertama, saya dapati yang majoriti dari mereka yang dipilih semunya graduan universiti luar negara, dengan keputusan yang hebat. Sekali lagi, saya bermula dari kosong dalam pekerjaan yang saya langsung tiada pengalaman atau kepakaran, dan kena bertarung dengan 19 calon lain yang lebih berkelayakan dan lebih bijak dari saya untuk dapatkan jawatan tetap selepas satu tahun. Tapi sebab saya dah ada pengalaman dan keyakinan selepas berjaya menjadi penjual kredit kad, saya positif yang saya boleh gunakan EQ saya untuk berjaya dalam bidang ini. Gaji tetap saya dalam posisi ini RM2500 sebulan.

12. Sebagai management trainee, memang standard la kalau kita disuruh buat kerja kuli dan kerja yang tak berapa penting. Ramai rakan-rakan saya yang hari hari waktu makan akan komplen sebab boss mereka bagi kerja yang tak penting. Saya hanya diam dan bersyukur sebab masalah-masalah ini JAUH LEBIH MUDAH berbanding dgn waktu saya jual kredit kad. Waktu jual kad kredit, kalau saya gagal jual, saya tak makan. Di sini, saya tak perlu jual apa-apa pun masih dibayar gaji penuh. Jadi attitud saya mmg sgt positif sebab bagi kerja ini sgt mudah. Saya tak pernah komplen, dan saya akan buat apa yang diminta dan saya akan tambahkan sikit lagi. ( Extra 10% effort).

13. Masalah? Memang ada kalau betul saya nak jadikan issue. Di dalam bidang perbankan, orang Melayu dan orang Islam adalah minoriti. Saya pernah ada rakan sekerja yang berkata “Ini bank Cina, orang melayu tak patut kerja di sini”. Tapi saya ada beratus lagi rakan sekerja berbangsa Cina yang sgt baik. Takkan sebab seorang bangsat saya nak kena salahkan seluruh bangsa dan biarkan orang bangsat ni rosakkan hari saya?

14. Saya juga pernah dapat 1 boss yang sentiasa mahu makan makanan tak-halal dalam lunch yang dibuat untuk jabatan. Sebab itu lunch untuk jabatan (department) saya ikut sahaja, dan saya tak perlu makan. Bila ditanya, saya cakap saya dah makan kenyang pagi tadi. Saya tak marah sebab saya seorang sahaja yang tak boleh makan benda tak halal, dan kalau majoriti yang nak makan, saya biarkan. Kita tak perlu makan. Tapi hanya boss ini sahaja yang macam tu, rakan sekerja dan boss lain semunya sgt baik dan selalu join saya makan benda halal yang boleh saya makan. Malah kalau nak diikutkan, 90% mereka akan teman saya makan benda halal sebab diorang tak kisah. Kadang-kadang saya pulak rasa bersalah sebab diorang tak boleh nak makan benda yang mereka nak makan semata-mata untuk temankan saya.

15. Dengan gaji RM3000 sebulan, saya boleh menyimpan lebih RM1300 sebulan sbb saya naik moto dan duduk dgn keluarga. Tak sampai setahun saya bekerja di bank dan saya dapat beli rumah pertama, tanpa pakai duit. Saya belajar ilmu hartanah 2 tahun sebelum beli. Rumah pertama saya beli adalah kondo di Kelana Jaya berharga RM140,000. Rumah landed? Memang tak mampu la tapi saya bersyukur sebab umur 25 tahun dah boleh beli rumah. Zaman ibu-bapa saya, jarang boleh jumpa orang boleh beli rumah sebelum umur 35 tahun. Saya masih naik motor waktu ini.

16. Selepas kerja 3 tahun di bank saya ditawarkan bekerja disyarikat MNC lain sebagai “Businesss Development Specialist” oleh ex-boss saya yang dulunya bekerja di bank yang sama. Beliau tgk saya boleh buat kerja, so bila ada opening di syarikat baru dan beliau perlukan pekerja yang rajin, beliau cari saya. Beliau orang Cina. Saya sengaja highlight bangsa beliau sebab ramai orang komplen yang orang cina tidak akan bagi peluang pada orang Melayu. Memang ada minoriti kecil yang rasis, tapi bukan semua. Orang melayu pun ada yang macam tu kan?

17. Saya diinterview 4 kali sebab jawatan yang diberikan itu, biasanya untuk orang yang berumur 30 tahun ke atas. Jawatan iddle manager. Kalau saya dapat, saya akan jadi orang plg muda di seluruh asia pasifik yang memegang jawatan itu. Mereka ambil saya sebab saya cerita kisah saya dari A-Z dan mereka ambil saya sebab mereka suka attitude saya. Saya tiada pengalaman menjaga 50 orang dan buat korporat sales tetapi saya diambil sebab attitude saya betul. Gaji saya mereka naikkan dari RM3300 sebulan ke RM9000. Tak sampai 4 tahun lepas saya berkerja jual kredit kad tanpa gaji tetap. Sekarang dapat RM9000 sebulan. Saya syukur lagi banyak sebab rezeki saya Allah yang bagi.

18. Tahun yang sama, saya melangsungkan perkahwinan. Belanja hampir RM30,000, satu sen pun saya tak hutang. Masih naik motor tapi dah beli 4 bijik hartanah sebelum nikah.

19. Saya kerja di syarikat ini hampir 5 tahun, sampai gaji berbelas ribu. Gaji dah naik sampai 11 ribu, baru beli kereta RM75,000. Second hand je. Graduan sekarang? Baru gaji RM2500 dah menggelupur nak beli Honda City dan VIos.

Saya berhenti kerja tahun 2013 untuk kejar impian saya, buat bisnes konsulting hartanah pertama kat Malaysia. Saya dah puas bekerja dengan orang, saya nak berniaga sbb itu impian saya. Tinggalkan gaji berbelas ribu. Tak ramai orang yang akan ambil jalan yang saya pilih untuk bermula dari kosong bila dah ada gaji berbelas ribu, hartanah dah beli lebih dari 20 puluh.

20. Seminar yang saya buat memang muhibah, semua bangsa dan agama datang belajar. Saya sengaja buat seminar dalam bahasa inggeris sbb majoriti ilmu pelaburan dan informasi dalam bahasa inggeris. Saya cukup bangga sebab seminar saya 1Malaysia untuk orang yang rajin nak timba ilmu. Orang malas saya memang benci, tak kira bangsa apa.

21. Bila saya buka FAR Capital Sdn Bhd, sekali lagi saya diberitahu yang saya tidak akan ada orang yang sanggup bayar beribu untuk dapatkan nasihatkan pelaburan. Saya kurang bersetuju sebab hanya orang yang tak faham kepentingan masa dan kos kesilapan akan cakap fee saya mahal. Ramai client FAR Capital cakap fee saya murah sebab mereka faham kelebihan yang mereka dapat bila mereka jadi klien saya. Dan bukan susah untuk saya buat balik 5-10 kali ganda keuntungan berbanding dengan apa yang mereka bayar saya.

22. Masa saya sekarang bernilai beratus untuk setiap jam, dan ada yang sanggup bayar beribu sejam untuk dengar pendapat saya. Tapi peningktirafan paling besar saya dapat ialah bila saya diberi kepercayaan untuk membentangkan proposal berkaitan perumahan kepada Perdana Menteri Malaysia ( 100% tiada kaitan dgn 1MDB). Saya tak dibayar apa-apa bila saya dipanggil utk kongsikan kepakaran saya, tapi saya cuba sebaik boleh sebab bagi saya ini sgt penting. Ada cadangan yang saya bentangkan saya tgk telah diimplikasikan dalam Budget 2015. Saya bersyukur diberi peluang berbakti balik kepada negara gunakan kepakaran saya dalam bidang. Kalau saya dipanggil balik beratus kali pun saya akan buat secara PERCUMA sebab saya nak berbakti balik kepada negara saya. Saya tak perlu dibayar dan saya pun takkan minta projek sebab ini bukan saluran rezeki yang saya nak.

 
Faizul Ridzuan ketika menjadi panel dalam diskusi Bajet 2015 di Astro Awani

Dah berjela saya ceritakan pengalaman hidup saya. Kalau saya boleh ringkaskan pengalaman dan pendapat saya :

a. Kalau nak berjaya EQ kena tinggi. Banyak orang berjaya lain saya tengok bukan sebab mereka pandai, tetapi mereka punya attitud yang sangat positif dan susah nak putus asa.

b. Kena usaha cari ilmu. Bila ada ilmu, duit insyaAllah akan confirm datang. Fikir jangka-masa panjang.

c. Kena fikir international, dan english kena bagus kalau nak berjaya dalam karier atau business. Orang tak peduli kalau anda petah berpidato waktu university kalau nak jawab soalan waktu interview pun tergagap-gagap.

d. Jangan takut nak buat benda baru. Saya bermula sebagai programmer, lepas tu buat sales, jadi manager di bank, buat korporate sales dan sekarang berniaga. If you dont like where you are today, just move. You are not a tree.

e. Jangan harapkan bantuan kerajaan untuk berjaya. Paling penting kita sendiri kena usaha keras. Kena sanggup kerja sampai pagi, kena travel keluar negara bila diperlukan. Orang yang gaji berbelas ribu tak balik kerja tepat 5.30 ptg. Mereka balik lepas kerja dah siap.

f. Ijazah anda atau apa-apa kelulusan anda hanya permulaan. Macam bila anda masuk maraton, anda kena bayar duit untuk masuk. Ijazah anda adalah duit tu. Semua org pun ada ijazah sekrang ni, so ia takkan beri anda apa-apa kelebihan. Macammana anda habiskan maraton tu yang penting. Maraton karier anda adalah sampai umur anda 55-60 tahun. Kalau anda bermula perlahan, no problem. Gaji saya cuma RM600 bila bermula kerja, dan bila saya berenti berbelas ribu, semuanya tak sampai pun 10 tahun. So kat mana kita mula tak penting, yang penting kita postif dan usaha keras.

g. Semua benda boleh jadi issue kalau anda nak jadikan issue. Boss jahat, rakan sekerja minum depan anda waktu puasa pun anda akan jadikan issue. Orang nak berjaya, kena selesaikan issue besar. Kalau orang minum depan anda yang berpuasa pun anda boleh jadikan issue, maaflah saya boleh cakap sekarang anda memang susah nak berjaya sebab masalah kecil macam ni pun akan ambil banyak masa anda.

h. Belajar melabur dan ilmu duit. Macammana anda gunakan duit anda akan membentuk masa depan anda. Kalau saya mula pakai kereta vios tahun 2005, saya takkan dapat capai apa yang saya dapat hari ini.


Agak-agak korang, kalau saya putus asa waktu umur saya 23 tahun dan mengadu dan menangis teresak-esak pada TPM sekalipun, hidup saya akan berubah tak?