Monday, 24 August 2015

"Mak... adik dah jadi cikgu. adik dah ada kerja" mak Al-fatihah..

Tulisan ini dikongsikan oleh Cikgu Razak Rahim yang menceritakan kisah perjalanan hidupnya yang penuh liku. Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit pengajaran kepada kita semua. Baca lagi:


14 tahun dah aku hidup sendiri.. berdikari.. Sejak mak ayah meninggal semasa aku masih di tingkatan 1.. Sakit aku.. Gembira aku.. Sedih aku.. Semua aku tanggung sendiri.. Ambil report card sendiri.. Dapat anugerah pelajar melayu terbaik stpm di sekolah pun aku raikan sendiri.. Dapat top 5 pelajar terbaik upsi batch aku.. Tapi tak mng.. Pun raikan sendiri.. Hehe .. Ingat lagi dulu.. Masuk asrama.. Cuba utk berdikari.. Sebab kakak bukan orang senang.. Anaknya ramai.. aku tak nak susahkan dia..

Aku dengan tekad dan matangnya.. mohon asrama kat sekolah.. isi borang sendiri.. dan bermulalah kehidupan aku di asrama..kat asrama best.. ada kawan.. tapi sedih sebab tak ada family datang melawat.. Kakak adalh dtg. Tp dis pun busy... sabtu ahad bila kawan2 keluar dengan family.. aku hanya pandang dari tingkap sambil menyapu air mata.. bila mereka pulang.. aku tgk mrk bawa kotak kfc.. bag baru.. baju baru.. macam macam lah.. aku hanya pandang dari jauh.. panjang lg kisah di asrama.. namun.. aku stop disini shj.. Kalau nak cerita lagi.. Pasti aku akan menangis..

Alam remaja ku bermula.. Dapat masuk universiti.. Persediaan nak masuk UPSI .. Semua aku uruskan sendiri.. Naik turun bas.. Nak pergi beli barang.. Excitednya.. Paling aku banggakan.. Aku Bayar yuran pertama UPSI guna duit keje cuci pinggan.. Siang malam aku basuh pinggan.. Tekad sebelum masuk upsi.. Aku nak belajar betul2.. Nak dapat first class.. tak nak bayar ptptn.. Yes.. Aku berjaya lakukan.. Rm34000 tak perlu bayar 1 sen pun.. Waktu Kat sekolah aku tak akan cari pasal.. Org buli aku.. Ejek aku.. Kacau aku.. Aku biarkan je.. Nape? Sbb tak ada orang nak backup aku lau aku bergaduh. Cikgu akan panggil parent.. Mak ayah mrk akan dtg sekolah.. Mak ayah aku mana boleh dtgkan.. Sejak sekolah lagi Tinggal di asrama.. Bila Masuk u.. Sewa bilik. Dah kerja skrg pun Menyewa bilik sendiri.. Ramai tanya nape tak kahwin? Maaf.. Jodoh saya belum sampai..

Bila tak ada parent.. Macam ni lah.. tak ada orang nak uruskan.. Nak tolong fikirkan majlis ku.. In sya Allah.. Jodohku dalam perjalanan.. Sejak di bangku sekolah.. Aku Dah pandai kerja.. Sapu sampah... Cabut rumput.. Cuci pinggan.. Cuci sayur.. Bancuh air.. Jual kerepek.. Nak cari duit untuk belajar.. Makan tak boleh memilih.. Kalau memilih... Pasti lapar.. Pernah dimarahi kerana membuka tutup saji di dapur.. Aku tidur dengan kelaparan.. Aku tidak marah.. Cuba be positif.. Pujuk diri.. Menumpang orang yang susah.. Mereka pun tak cukup makan .. Sbb tu mereka marah.. Aku sayang mereka.. Tiada dendam.. Masih berhubungan baik hingga ke hari ini.. Anggap peristiwa tutup saji tidak disengajakan.. Dan aku rasa tenang beranggapan begitu..Aku tak dimanjakan.. Aku tak dimewahkan..

Apa aku nak.. Aku kena usaha sendiri.. Itu dugaan dan cabaran hidup aku.. Menjadikan aku seseorang pada hari ini.. Hari ini aku seorang guru.. Aku gembira.. Itu cita-cita aku.. Bila dikenang Apalah sangat kesusahan lalu.. Susah payah aku dahulu.. Mendewasakan aku .. menjadi kan aku insan yang tabah.. Terima kasih semua sebahagian dari kenangan hidup ku.. Maaf andai ada menyakiti.. Ber tabah lah kita.. Allah menguji insan yang mampu sahaja.. Itu tandanya kita insan yang kuat..

Setiap kali pulang ke kampung.. aku melawat pusara ibu dan ayah.. Pernah aku titipkan satu kata "mak.. adik dah jadi cikgu.. adik dah ada kerja.. maaf sebab tak dapat jadi doktor.. adik tak minat fizik bio kimia.. tapi adik janji.. adik akan ajar murid murid adik.. moga ada antara mereka menjadi doktor.. mak sehingga kita berjumpa lagi".. mak Al-fatihah.. moga adik menjadi kebanggaan mak.. sayang mak ...

Jangan di kira harta orang.. Rezeki orang.. jangan peduli kemewahan orang lain.. itu rezeki mereka.. rezeki kita in sya Allah.. akan ada lah.. lambat atau cepat je.. lau tak ada.. in sya Allah.. kat akhirat pasti ada nanti.. sentiasa belajar merasa cukup.. in sya Allah pasti bahagia dan gembira..

Pada yang terjatuh.. Bangun lah.. Dihadapan ada sesuatu yang indah.. Coretan ini untuk semua yang rasa hidup mereka malang.. Bukan untuk aku banggakan.. Ingatlah hidup ini sangat indah.. Kita yang pilih.. Mahu tersenyum ke.. Mahu menangis ke..

U can angry.. But until when.. U can sad.. But until when? Every second is ur change to be someone.. To Get what u want., rather than cry.. Better i smile.. Rather then look back better i run to my future.. Go go.. Life is wonderful..

Tq semua pada yang pernah menghulurkan bantuan.. Tq

Thursday, 20 August 2015

"Are you proud of me Abah?"

Tulisan ini dikongsikan oleh Tuan Nazali Noor yang menceritakan mengenai kisah anak ketiganya. Semoga perkongsian ini dapat dijadikan manfaat kepada setiap keluarga di luar sana. Baca lagi:


Najmi - Are you proud of me Abah?

Saya susul entri seterusnya. Kali ini tentang Najmi anak ketiga saya. Najmi tak sebijak Kakyongnya Najwa. Juga tak sepopular Najman anak kedua saya.

Jadi apa istimewanya Najmi? Di mana dia mencari identiti dirinya agar dia tahu akan potensi dan kekuatan dirinya yang dia juga anak yang unik dan penuh keistimewaan?

Jujurnya Najmi adalah klon saya. Wajahnya, fizikalnya, cara berjalannya persis saya. Tapi nalurinya, tindakannya, cara dia memahami dan melontar pandangan saling tak tumpah seperti Ain.

Dia tak banyak bicara tapi seorang pendengar yang sangat baik. Seorang yang sangat patuh dan bertanggungjawab. Dalam banyak keadaan dia yang banyak mengalah dari kakak dan abangnya. Dalam semua keadaan dia mendahulukan adik adiknya Adam dan Awwab.

Dalam kesemua anak anak saya Najmilah yang paling reliable dan paling matang. Disuruh apa sahaja dia tak pernah berkata 'Ahh' atau bertangguh tangguh. Tak kira macamana letih atau penatpun dia akan sentiasa buat apa yang diminta tanpa rungutan.

Dia anak yang paling pandai mengambil hati saya dan Ain. Dalam banyak keadaan acapkali kami rasa Najmilah yang jadi anak sulung dari anak kami berlima kerana sikap prihatin dan tanggungjawabnya.

Dia bukan antara pelajar yang senang dapat dan faham seperti Najwa kerana itu dia selalu kata pada saya.

"Abah, Najmi tak pandai macam Kakyong jadi Najmi kena usaha lebih kan Bah?"

Kerja sekolahnya sentiasa tip top dan sistematik kerana dia tahu dia harus usaha lebih untuk faham sesuatu.

Dia tak betah meminta minta atas apa juga yang dia korbankan untuk abang, kakak mahupun adik adiknya.

Reward pada Najmi sangat mudah. Cukup dengan ucapan terima kasih dan ciuman di pipi dan ubun ubunnya.

Berbanding Najman yang sentiasa suka populariti dan dipuji puji, Najmi lebih senang jika dia dihargai dengan hanya segaris senyuman di bibir kami. Dia yang paling kerap membantu Ain di homestay milik kami. Ke kedai membeli itu ini dan abang yang paling disayangi Adam dan Awwab.

Pernah dalam sembang saya bersama Najmi saya kata

"Najmi.. Abah nak mintak tolong tau kat Najmi"
"Tolong apa bah?"
"Kalaulah abah dah takda kan nanti, Najmi janji dengan abah Najmi akan jaga mama dan adik adik ya Najmi?"

Tanpa berfikir lama dia balas pertanyaan saya

" I promise abah. Najmi anak lelaki kan? I will look after mama, Adam, Awwab and the family. But I am sure you going to live longgggg very very longggg time. Abah jangan risaulah ya?"

Najmi anak saya yang paling suka memeluk saya dan pada usia remajanya kini dia masih senang dipeluk cium oleh saya da. Ain tanpa rasa segan dan malu.

Dia anak remaja yang sentiasa mencari masa untuk menempel dengan kami walau sekadar bergebang kosong.

Seringkali datang menawarkan diri untuk mengurut dan memijak belakang Ain dan saya hampir setiap malam tanpa jemu.

Pernah sekali saya minta dia pijak dan urut belakang dari usai solat isyak kerana keletihan sampai saya tertidur. Bila saya terjaga sudah hampir tengah malam Najmi masih setia mengurut walau dia dah tersangap sangap kepenatan.

"Eh laaa kenapa tak tidur lagi ni? Bila abah dah tertidur Najmi berhenti ajalah urut abah."
"Takpalah abah penat kan bah? Kesian kat abah letih sakit badan"

Di sekolah Najmi disenangi semua guru gurunya. Dia seorang yang sangat aktif bersukan dan mewakili Liverpool dalam pertandingan bola keranjang.

Baru baru ini dia menerima anugerah di sekolahnya sebagai "most valuable player" di anugerah sukan di sekolah. Kerana dia kapten pasukan bola keranjang dan bermain untuk pasukan sekolah dan daerah untuk year 9 walau dia masih di year 8.

Pencapaian akademiknya juga sangat baik. Dia sentiasa mendaoat pujian dari kesemua guru dan digekar "Mr reliable" oleh guru guru sekolah.

Saat paling emosi pada saya bila Najmi tanyakan saya satu soalan

"Abah can I ask you a question bah?"

Saya pandang wajahnya dengan dahi yang berkerut

"Of course Najmi? Ada yang tak kena ke Najmi?"
"Takdalah bah. I just want to ask you this"

Dia diam seketika menyusun ayat saya kira

" Bah.. You know that I am not as clever as Kakyong nor as glamourous and confident as Najman kan bah? I just want to know if you are proud of me? If you are not takpa bah. Show me the way how to improve bah. I will work hard to make you and mama proud of me. I promise"

Tekak saya kering dan mata saya berkaca.

Saya pandang Najmi.

"Can I hug you Najmi?"

Dia hampiri saya dan kami berpelukan.

" I am so proud of you Najmi. You are a perfect son to abah and mama. A son that any parent will be proud and wishing for. Always proud of you Najmi.
Always"

Najmi lepaskan pelukan saya. Dia kata

"That is the best gift I ever had from you abah. Thank you. I love you so much"

Anak anak adalah talian hayat kita kan teman?
Sayanglah mereka sepenuh hati ya?
Setiap mereka istimewa dengan cara tersendiri.
Jangan beza bezakan kasih sayang antara mereka ya?

"Dear Najmi Afiff Nazali, Bila abah dah takda nanti abah nak Najmi baca semula coretan dari hati abah ni ya nak? Show this entry to your children that you are an amazing kid. And tell all of them that I am so proud of you. Always will... And always be...."


Nazali Noor - Ulu Yam Di Liverpool
ANAK ANAK ABAH (#AAA - Buku Terbaru Nazali Noor PenulisTravelog BEST SELLER Ulu Yam Di Liverpool)

Tuesday, 18 August 2015

" Abah... Najman ni memang bodoh ya bah?"

Tulisan ini dikongsikan oleh Tuan Nazali Noor, rakyat Malaysia yang kini menetap di Liverpool menceritakan perbandingan pemikiran masyarakat terhadap kanak-kanak yang cukup berbeza di negara kita dan di UK. Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit pengajaran kepada semua. Baca lagi: 


NAJMAN - Am I stupid Abah?


Najman anak saya yang kedua. A typical second child syndrome kid he was. Najman dulu masa di Malaysia sering rasa rendah diri terutamanya jika dibandingkan dengan kakyongnya Najwa.

Dia tersepit antara sering dibayangi dan dibandingkan dengan kakaknya. Dalam pada itu dia seakan rasa tidak berapa dimanjakan kerana punyai adik dibawahnya Najmi (Masa di Malaysia kami hanya punyai 3 anak kerana Adam dan Awwab dilahirkan selepas hijrah kami di UK).

Barangkali benar juga budaya kebanyakan kita ditanahair yang seringkali menanda aras kepandaian dan keistimewaan anak anak berpaksikan IQ semata mata.

Kalau pandai di sekolah dan periksa nombor 1 dianggap pandai. Kalau tak berapa menyinar akademiknya maka dipandang lesu dan biasa biasa sahaja. Maka di tanahair dulu anak seperti Najman dianggap tidak istimewa kerana akademiknya tidak begitu 'outstanding'

Apatah lagi dia sering ditanda aras guru guru dan jiran tetangga dengan Najwa. Najman pernah menangis pulang dari sekolah di Ulu Yam dulu bila dia dimomok kawan kawan dan guru.

Masa itu usianya 8 tahun. Balik sekolah dia murung dan sebik. Saya jadi terperanjat.

"Eh kenapa ni Najman?" Bila ditanya makin deras airmatanya. Lama dia diam lalu dia pandang saya dan kata

" Abah... Najman ni memang bodoh ya bah?" Saya terperanjat!

" Eh kenapa cakap macam tu??"

Dalam sebiknya Najman jawab. "Tadi kat sekolah kawan Kakyong kata kat Najman. Kau ni betul ke adik Najwa?

Bila Najman kata haah dia kata lagi Dah tu apasal kau tak pandai macam Najwapun? Hari tupun ada cikgu tanya kat kelas. Kata kenapalah Najman tak pandai macam Kakyong? Agaknya memang Najman bodoh kan bah?"

Saya peluk Najman.

" Anak anak abah semuanya pandai pandai. Najman tak bodohpun. Pandaiiii. Lain orang lain istimewanya. Mungkin Kakyong pandai dari Najman tapi Najman special sebab Najman caring, pandai ambik hati orang, tengok kat taman kita ni ramai kawan kan? Kakyong pendiam tak banyak kawan betul tak?"

"Tapi orang tak kata tu specialpun abah. Orang kata kalau tak pandai macam Kakyong tak special"

Saya terdiam. Memang seringkali persepsi ini adalah sesuatu yang normal dalam masyarakat kita kan? Kalau berderet A dalam peperiksaan maka semua memuji dan menyanjung seolah olah inilah penanda aras kejayaan dalam kehidupan anak anak itu nanti.

Ironinya anak anak seperti Najman bukanlah tidak pandai. Purata markah dalam matapelajarannya pada 85% dan masih di tangga A.

Cuma bila dia dibanding bandingkan dengan Najwa yang kesemua sabjeknya diperoleh 100% maka dia secara automatik dianggap tidak pandai.

Persepsi sebegini wajar dikikis dari budaya kita. Setiap anak adalah istimewa dengan kehebatan mereka sendiri.

Kita sebagai ibu bapa mesti menjadi pendorong dan penyokong kuat untuk mengenalpasti keistimewaan anak anak kita dan bukan bersekongkol dengan fikiran masyarakat yang jumud minda menilai kehebatan seseirang pada lensa mata yang sempit!

Semenjak itu saya sentiasa beri keyakinan pada Najman yang dia istimewa dengan keistimewaannya sendiri.

Dan nyata bila kami berhijrah ke Liverpool keistimewaan Najman makin menyinar. Dia tidak lagi dibayangi kepandaian Kakyongnya. Di sekolah semua guru kenal Najwa dan Najman sebagai dua identiti yang berbeza.

Masa saya ke sekolah Najman dan Najwa saya sering disapa guru guru mereka dengan ayat yang menyenangkan

" ahhh so you are the dad's of Brilliant Najwa and the handsome and popular Najman.
Both of them are amazing kids"

Nampak tak bagaimana masyarakat di sini melihat 'intelligence' itu dari pelbagai aspek. Barangkali mereka hebat akademik di panggil IQ intelligence. Anak seperti Najman digelar social dan verbal intelligence kerana punyai personaliti yang popular dan menyenangkan

Ada anak kita yang bijak melukis dan mewarna mereka digekar sensual intelligence. Najman benar benar berbeza sekarang. Confidence levelnya sangat baik dan dia sangat sangat popular di kalangan teman teman.

Kalau di rumah tak henti henti rakan rakan datang menjenguk walau sekadar mahu berbual dan minta pandangan darinya.

" You are so popular eh sekarang? Tak henti henti kawan datang kat rumah ni ya Najman?"
Najman tersenyum.

Kita kena pupuk kehebatan anak anak dan kata pada mereka yang mereka istimewa dengan cara sendiri.

Anak anak adalah amanah Allah pada kita kan? Kalau tak kita kenal mereka dari pelbagai aspek nak harapkan siapa lagi jadi hero dan idola mereka?

I am so proud of Najman.

Walaupun dalam peperiksaan nilai A dalam sabjeknya tak bersusun setinggi KLCC!

I believe you are proud parents to your kids too kan? Kan?

Monday, 17 August 2015

"Dia tak sentuh saya dah selepas malam pertama kami"

Tulisan ini dikongsikan oleh seorang wanita yang sedih dengan keadaan rumahtangganya yang baru dibina hanya kerana keadaan fizikal semulajadinya dipandang jijik oleh suami. Baca lagi:


Assalam Admin. Saya ada benda nak berkongsi. Tapi macam malu sangat nak cerita kat orang. Harap kalau bagitau kat sini ada lah yang sudi dengar dan beri pendapat tanpa judge saya.

Saya baru berkahwin 6 bulan lepas. Isunya di sini, suami tak nak sentuh saya. Selepas malam pertama kami, dia tak sentuh saya dah. Masa honeymoon pun dia buat tak endah.

Bila saya tanya barulah saya dapat tahu. Rupanya suami geli dengan bulu roma pada badan saya. Katanya dia jijik. Tak sangka ada perempuan yang berbulu lebat macam saya. Saya memang berbulu di seluruh badan. Ya, seluruh badan!

Saya sedih sangat. Saya memang dilahirkan macam ni. Apa saya boleh buat? Bila saya jumpa doktor, doktor cakap saya takde masalah. Saya cuma ada sikit hormon imbalance yang mana hormon testosterone saya lebih sikit dari perempuan biasa. tapi doc kata tak lah sampai tahap teruk atau bahaya sebab dia kata kalau kes teruk perempuan tu memang dah macam lelaki dah - suara agak garau etc etc. Doc kata ini hirsutism tapi yang jadi kat saya ni adalah hirsutism paling minima. Kalau hirsutism teruk ada yang sampai boleh jadi mandul tapi doc kata saya tidak. Masih normal dan memang tak ada apa masalah.

Saya terangkan pada suami. Dia kata dia faham tapi dia tetap tak boleh buang rasa jijik tu. Kalau bahagian kaki dan bawah lengan memang takde masalah untuk saya nak cukur ke guna epilator semua. Dan memang saya sentiasa pastikan bahagian yang perlu shave ni saya shave sentiasa. Leceh memang leceh tapi saya anggap semua ni pengorbanan untuk suami. Sayangnya, dia tetap tak pandang pun. Dan dekat bahagian lain macam mana? Belakang badan saya pun berbulu. Walaupun bulu halus lembut dan bukannya kasar bergulung, tetap nampak kat mata. Dan sebab tu suami jijik.

Saya pernah tanya tempat yang ada laser. Katanya boleh buat tapi bayarannya cecah puluhan ribu. Dan hasilnya belum tentu permanent walaupun iklannya kata permanent. Mereka kata kalau bulu banyak sebab hormon, cuma boleh buang je lah. Sebab selagi hormon tak balance memang takkan hilang bulu. Kalau pergi buang selalu entah berapa lagi lah kosnya. Kalau saya berduit memang saya tak kisah. Tapi saya memang takde duit sebanyak tu. Dan sebelum kahwin saya dah resign kerja sebab suami tak bagi kerja. Dan lagi, suami pula hanya tahu complain tapi bila saya cakap dengan dia tentang kos takde pulak dia kata nak tolong bayarkan ke apa.

Saya tak faham perangai dia. Sebelum kahwin dia pernah nampak saya berlengan pendek dan nampak bulu roma lebat di tangan saya. Tapi dia tak kata apa. Di muka dan leher saya pun kalau duduk sebelah saya boleh nampak bulu roma halus. Dia nampak je selama ni tapi tetap teruskan masuk meminang dan kahwin dengan saya. Kalau jijik kenapa tak dari dulu jijik? Kenapa tiba2 nak jijik? Bila saya persoalkan dia diam je. Tak kata apa.

Maaf kalau terlalu open tapi orang yang dah pernah merasai hubungan intim mesti faham apa rasanya bila disentuh cuma sekali dan seterusnya tak dapat. Dan dengan hormon imbalance saya ni memang saya akui s*x drive saya lebih tinggi dari perempuan biasa. Sungguh saya terseksa bila jadi macam ni.
Saya cuba tutup kekurangan yang satu ni dengan cuba untuk jadi isteri terbaik. Masak untuk suami, sediakan makan pakai dia, give up kerjaya untuk jadi suri rumah sepenuh masa supaya boleh kejar syurga dengan melayan suami. Akhirnya hampa.

Suami makan pun tak pandang muka saya. Lepas saya salam dia lepas solat atau bila dia pergi dan balik kerja takde pun dia nak cium saya. Jijik sangat agaknya. Saya geram macam mana pun alhamdulillah tak pernah lagi tinggi suara pada dia. Bila saya marah atau sedih dengan kata2 dia yang menghina fizikal saya ni saya sabarkan hati. Berendam air mata sorang2. Takpelah asalkan saya tak berdosa marah atau tengking dia bila saya terasa hati.

Sampai satu tahap saya terfikir, kalau suami nak tinggalkan saya, saya redha. Tapi ada ke lelaki lain yang sudi nak terima orang macam saya ni? Jijik sangat ke bila berbulu sedangkan Allah yang cipta saya macamni. Sudahlah selama ni memang rendah diri dengan keadaan fizikal saya ni. Bila dah kahwin suami menjauh atas sebab kekurangan yang satu ni, memang membunuh keyakinan diri saya 100%. Rasa terhina sangat.

Dulu saya ada terfikir masalah macamni akan muncul kalau saya kahwin sampai saya takut nak kahwin. Tapi bila suami tunjukkan kesungguhan nak kahwin dengan saya, saya ingat dia tak kisah dengan kekurangan saya ni. Walhal bukannya bulu roma saya ni panjang kasar bergulung macam beruk. Cuma kuantiti lebih banyak dari perempuan lain. Salah saya ke? Tak sangka kerisauan saya jadi realiti. Sedih sungguh rasanya. Saya ingatkan dia sayang saya kerana diri saya. Tapi nampaknya dia lagi kisahkan fizikal saya dari hati saya dan segala apa yang saya telah buat dan korbankan untuk dia.

Saya tak pernah ambil kisah pun tentang betapa tak sempurnanya dia tu. Dia pun muka biasa2 saje. Kalau saya nak kutuk fizikal dia, macam2 saya boleh kutuk. Tapi pd saya semua tu tak perlu sebab saya memang sayangkan dia. Ikhlas cintakan dia. Dalam kebanyakan perkara dia memang calon suami terbaik. Maknanya bila hubungan jadi macamni memang salah saya lah agaknya. Memang berpunca dari kekurangan saya lah.

Dia tak 'dapat' dari saya mungkin dia boleh kahwin lain. Dapatkan dari perempuan lain. Tapi nasib saya ni macam mana? Adake lelaki yang boleh terima perempuan tanpa kisahkan fizikal dia? Saya pun nak ada zuriat sendiri. Nak merasai mengandung dan lahirkan anak sendiri. Tapi kalau dia tak sentuh saya macam mana? Sampaikan saya pernah cakap dengan dia, saya tak kisah saya ni puas atau tak tapi sentuh lah saya sampai dapat anak. Lepastu nak tinggalkan saya ke apa silakan. Kalau saya ni berduit memang saya buat ivf je. Senang. Biar dia tak perlu sentuh saya yang jijik ni.

Yang paling saya risau adalah kalau parents saya tahu tentang ni. Mesti kecewa mereka. Serahkan anak pada lelaki yang mereka sangka dapat sayangi saya dan jaga saya sebaik mana mereka jaga. Tapi rupanya anak mereka ni menderita. Saya tak nak parents saya tahu saya tak bahagia. Tak sanggup nak tengok mereka tempuhi hari tua dlm keadaan yang risaukan saya.

Entahlah. Serabut kepala jadinya. Isunya cuma satu tapi meleret sampai mewujudkan isu lain. Sedih sangat rasanya.

Agaknya kalau bulu ni adalah satu stigma negatif pada lelaki, sanggup ke diorang nak shave setiap 3 hari? Atau sanggup ke diorang nak wax sebulan sekali? Proses buang bulu ni makan masa, kadang2 sakit, penat. Entah lah. Saya tak tahu apa lagi nak buat.

"Bukan tugas jururawat untuk basuh kencing berak hangpa"

Tulisan ini dikongsikan oleh Anwari Hamzah, seorang jururawat yang mempertahankan profesion itu yang sering dipandang sinis oleh masyarakat yang tidak mengetahui tanggungjawab mereka. Baca lagi:


"Nurse, nurse. Sibuk nak tengok k*te pesakit lelaki." - Cham Cham.

"Memang nurse suka tengok k*te..." - Cham Cham.

"Dah bukak bab cebok taik lap muntah segale da, kat sini aku nak kabo dengan hormatnye memang aku takkan puji korang lap or cebok taik segale, sebab tu memang keje ko, kat hospital kalau aku yang kene buat tu semua baik korang duk rumah je bangang, da tau stress jangan mintak jadi doktor ke nurse." - Eastcoast Gaijin
- - - - - - - - - -
**Maafkan saya atas penggunaan kata-kata kesat untuk artikel kali ini.**

Sejujurnya, sebagai seorang jururawat, saya betul-betul rasa marah dan terkilan dengan komen-komen sebegini. Terus terang saya katakan, hampir setiap masa jururawat dihina dan dicaci, banyak lagi tohmahan yang lebih teruk daripada ini yang kami terima. Bukan sahaja didalam dunia maya ni, kat luar pun sama. Sampaikan tangan saya terketar-ketar nak taip artikel ini. Namun, apakan daya, orang macam saya sekadar mampu luah disini sahaja. Bertindak sikit, nama terus ‘naik’. Tak bertindak langsung, nama dipijak. Maka artikel kali ini berbentuk agak kasar dalam sopan, sesuai untuk mereka yang berkasar dengan kami. Namun saya akan cuba ‘maniskan’ kata-kata saya.

Namun, macam mana pun, saya harap semua jururawat di Malaysia yang betul-betul merasakan apa yang saya rasa ni, dapat perjuangkan nama karier kita kehadapan biarpun dihalang dan dicemuh oleh orang-orang tertentu.

Tujuan artikel ini dikarang, tak lain dan tak bukan, untuk membersihkan semula nama #‎JURURAWAT‬. Artikel ini khas buat para pejuang kesihatan seperti anda dan teguran kepada seluruh warga netizen Malaysia, yang hebat tarian jarinya pada papan kekunci.

Disclaimer : Segala apa yang dikarangkan disini, adalah suatu pendirian, pendapat, pengalaman dan pemerhatian diri saya sendiri. Segala apa yang dikarang adalah tidak melibatkan sebarang individu ataupun organisasi lain terutamanya pihak KKM, SPA dan LJM khususnya.

- - - - - - - - - -
1. JURURAWAT

Ramai yang tak faham tentang jururawat ini secara keseluruhannya. Apa yang depa tau, jururawat adalah kuli kepada doktor dan hamba / orang suruhan kepada pesakit / klien dan ahli keluarga. Pada saya, orang macam ni adalah orang yang layak saya gelarkan bodoh sombong. Depa tak tau apa pun pasal jururawat, namun depa secara bangganya nak melabelkan jururawat secara keseluruhan.
 

Jururawat tu, kata dasarnya datang daripada perkataan RAWAT. Kami ni adalah PAKAR DALAM MERAWAT. Tak pernah wujud lagi mana-mana bidang kerjaya atau professional yang layak untuk mendakwa atau mempunyai kepakaran dalam merawat, KECUALI JURURAWAT. Termasuk doktor. No offense, docs. Doktor sendiri tak mampu nak survive jaga puluhan pesakit tanpa kehadiran jururawat, akan tetapi seorang jururawat sahaja dah cukup nak jaga puluhan pesakit semasa ketiadaan doktor. I AM PROUD TO SAY THAT NURSES ARE THE REAL BACKBONE OF ANY HEALTH INSTITUTION.

Bila sebut pasal rawat, kita semua kena faham bahawa perawatan yang diberikan oleh seorang jururawat tu merangkumi pelbagai aspek, sebagai contoh ; kesihatan, pendidikan, kebersihan diri, rutin harian, pemakanan, gaya hidup, rehabilitasi, penjagaan dirumah, perancangan keluarga dan banyak lagi. Dan kami ada kepakaran, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam semua perkara ni.

- - - - - - - - - -
2. SALAH FAHAM


Ramai yang sangka bahawa jururawat ini terdiri daripada kaum perempuan sahaja. Oleh kerana itu, netizen cukup suka nak perlekehkan jururawat perempuan daripada isu pakaian lah, isu aurat lah sampailah ke isu 'gatal nak tengok kote'. Walhal, depa sendiri tak tahu yang wujudnya kaum lelaki dalam bidang ini. Walaupun hanya memegang 1% daripada jumlah keseluruhan jururawat, jururawat lelaki (male nurse) memainkan peranan besar dalam membantu jururawat perempuan (staff nurse) dalam kerjaya ini. Dan para lelaki ini bukanlah seperti dalam drama murah televisyen, yang suka sangat gambarkan Male Nurse ni sebagai lelaki lembut atau pondan.

Dan untuk pengetahuan brader-brader yang bajet 'k*te' depa tu besar sangat sampai kononnya tuduh jururawat 'gatal' nak tengok, sedar sikit bro. Melainkan p*n*s anda tu ada hypospadia (lubang kencing ada kat bawah shaft p*n*s), atau epispadia (lubang kencing timbul kat sebelah atas shaft p*n*s), atau berlaku phimosis (Google sendiri) sampai tahap p*n*s anda jadi gangrene, tak payah nak perasan. Besar mana pun p*n*s anda, tak ada seorang pun jururawat yang ambil kisah, asalkan tiub catheter dapat disumbat dalam lubang kencing tu. Kalau setakat besar, tapi catheter size 40Fr pun kencing berterabur lagi, takda guna.

To be honest, saya rasa brader-brader bajet sado kat luar sana, yang angkat dumbbell sambil mandi pun tak sehebat Staff Nurse kita. Bayangkan seorang SN yang dalam keadaan sarat mengandung, lagi seminggu nak due, masih mampu nak angkat pesakit seberat 200kg tanpa ada sebarang rungutan. SN yang berbadan kecil, yang anda panggil sebagai ‘ranting kayu’ ni, masih mampu nak buat 5 cycle CPR secara berterusan tanpa sebarang keluhan. Anda yang bajet sado, bajet macho dan bajet ayu tu, belum tentu dapat buat compression 100 beats per minit. Apatah lagi nak berdiri dan berlari-lari dalam wad Medikal yang 24 jam penuh dengan pesakit.

Truth be told, anda semua takkan mampu nak bertahan dengan tugas jururawat walaupun sekadar kerja 3 hari di wad.

- - - - - - - - - -
3. SKOP KERJA JURURAWAT

Tak. Tolong faham yang tugas jururawat TAK TERMASUK mencuci najis dan urin pesakit, tak kira lah pesakit tu anda ke, mak ayah anda ke atau siapa sekali pun. Tak pernah lagi saya jumpa Pekeliling atau Peraturan Am rasmi yang mengatakan cuci berak dan kencing tu tugas hakiki jururawat.
Untuk pengetahuan netizen yang cukup hebat bertandang dipapan kekunci sekalian, BUKAN TUGAS SEORANG JURURAWAT UNTUK BASUH KENCING BERAK HANGPA.

Dan untuk pengetahuan anda jugak, jururawat sebenarnya SIMPATI terhadap anda atau ahli keluarga anda yang terbaring kat atas katil wad, tak mampu nak uruskan kencing berak sendiri. Sebab itu kami buatkan untuk anda. Sebab kami ni bersifat TIDAK MELAKUKAN KEMUDARATAN kepada pesakit. Itulah dia sifat NONMALEFICIENCE. Kalau nak diikutkan, tugas membersihkan pesakit, daripada mandi, basuh kencing berak, syampu rambut, menguruskan muntah adalah tugas seorang ahli keluarga kepada pesakit. Kalau mak ayah anda yang sakit, terlantar atas katil tu, adalah tugas anda untuk basuh kencing berak, mandikan depa. Sebab tu keluarga anda. Jangan pandai hantar wad, pastu tinggalkan depa macam tu je. Kalau anda betul-betul bukan anak derhaka, yang ada akal sihat, anda akan bantu mak ayah anda. Bukan kami.

Kalau nak kami bersifat professional dalam mematuhi skop kerja kami, betul-betul ikut skop tanpa seleweng sedikit pun, boleh je kami call anda semua yang tengah duduk goyang kaki menghadap Facebook kat rumah untuk datang ke wad setiap kali mak ayah atau ahli keluarga anda kencing berak dsb. Sebab tu bukan dalam skop kerja kami. Tapi kami buat jugak atas dasar simpati, atas dasar memahami, atas dasar ingin membantu.

"Takpa lah, kesian kat pesakit, nak tunggu anak-anak depa datang, entah sampai bila. Mak bapak sendiri pun buat-buat lupa."

Itu pun anda masih cukup bangga lagi mengutuk dan menuduh kami tak buat kerja yang sepatutnya dah jatuh tanggungjawab kepada korang selaku anak-anak / ahli keluarga pesakit. Sebab tu aku kata, bodoh sombong. Hina orang lain sebab tak buat tanggungjawab diri sendiri.

Sebab itu ada pepatah, seorang ibu mampu jaga 10 orang anak, 10 orang anak belum tentu mampu jaga seorang ibu. Last-last terkedek-kedek si anak cari jururawat sebab mak sendiri diarrhea. Anak macam mana ni?

- - - - - - - - - -
4. AURAT PESAKIT

Yang ini paling best. Untuk pengetahuan anda semua, banyak sangat netizen mendakwa bahawa jururawat (dan doktor) sengaja nak tengok aurat pesakit, terutamanya bagi pesakit perempuan. Ada ke depa kata doktor dan jururawat sengaja nak tengok faraj isteri depa, walhal os dah bukak sampai 10cm, kepala bayi tak boleh nak push. Memang facepalm saya dibuatnya.

Untuk isu aurat, bagi seorang lelaki, adalah dari pusat ke lutut, tak kira yang melihatnya lelaki atau perempuan, kecuali mahram dia. Begitu juga perempuan, aurat dia seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan plantar atau dorsal bagi lelaki yang melihat, dan dari pusat ke lutut bagi sesama perempuan, kecuali mahram dia. (Tolong betulkan jika salah)

Ada ahli keluarga bising, katanya jururawat sengaja nak mendedahkan aurat pesakit (contohnya ketika basuh berak). Kata mereka, jururawat kena jaga aurat pesakit. Betul, tak dinafikan. Tapi kalau difikirkan balik, bukankah ahli keluarga pesakit tu sendiri adalah mahram bagi pesakit? Kalau betul-betul isu aurat adalah suatu permasalahan bagi mereka, kenapa tak mereka je yang tolong basuhkan berak pesakit tu? Bukankah dengan cara itu aurat pesakit akan terjaga dan jururawat dapat menjaga pandangan mereka daripada aurat pesakit? Kan lagi bagus macam tu??

Dah kalau mak ayah sendiri yang masuk wad, anda lah yang kena tolong basuhkan. Sekurang-kurangnya anda dah jaga maruah dan aurat mak ayah anda. Ini tidak. Bila time nak basuh berak (BO), time tu la anda sibuk nak keluar dari wad. Geli lah, tak biasa lah, malu lah. Macam-macam alasan anda bagi. Padahal tu mak ayah anda sendiri. Sibuk nak berhuhuhu di luar skrin padahal boleh je anda tolong masuk sekali, tolong mak ayah turning kalau tak pandai sekalipun. Anda tau tak setiap kali anda duk mengelak nak jaga mak ayah hangpa, depa menangis mengadu kat kami. Bayangkan anak yang ditatang sampai dah besar, dah berjaya dalam hidup, semudah itu je lupa kat mak ayah sendiri. Siap kata geli nak uruskan mak ayah. Wei, kalau depa meninggal, anda yang kena tolong bersihkan jenazah tau! Apa perasaan anda bila anda meninggal nanti, mak ayah dan anak-anak anak taknak tolong uruskan jenazah anda atas sebab geli dengan anda. Nak?

Begitu jugak dengan masalah dalam bilik labour room. Betul, memang anda boleh minta staf perempuan untuk kendalikan kelahiran anak anda di labour room. Tapi kalau keadaan dah darurat, nak taknak doktor yang on call atau on duty pada hari itu terpaksa masuk dan uruskan situasi. Dah nama lagi darurat. Kalau tak darurat sekalipun, ikut logik, semua staf hospital, baik lelaki baik perempuan sekalipun bukan mahram isteri anda. Kalau diikutkan, anda (suami) lah yang kena sambut anak tu, pasal si suami aje yang boleh tengok aurat isteri kan? Tapi ini soal keselamatan anak dan ibu. Nak taknak, staf yang ada kemahiran yang kena sambut. Lain la kalau anda dah ada kepakaran midwifery, ha anda boleh buat sendiri.

Bukan saya nak persoalkan isu aurat atau isu agama. Persoalan yang saya nak bangkitkan adalah, kalau isu aurat jadi suatu bahan untuk anda nak hina jururawat, baik anda sebagai ahli keluarga je yang uruskan soal aurat pesakit. Aurat pesakit terjaga. Maruah pesakit terjaga. Pandangan staf terjaga.
Tapi anda sekadar tahu bising, bising, bising dalam media sosial. Suruh buat laporan lanjut ke hospital yang berkaitan, taknak pulak.

Macam mana kalau suatu hari nanti, semua staf kesihatan cakap "Kami tak boleh nak uruskan pesakit. Kami juga nak jaga pandangan kami. Encik buatkan lah untuk keluarga Encik. Encik mahram mereka." Apa anda nak buat?

Kami jururawat ni sebenarnya kekurangan staf. Maka adalah sangat mustahil kalau nak bahagikan wad mengikut jantina, Male Nurse jaga pesakit lelaki, Staff Nurse jaga pesakit perempuan. Ratio pesakit lelaki dan perempuan juga adalah berbeza. Ada wad sekadar jaga 30 orang pesakit, ada yang jaga sampai 80 orang pesakit. Dan isu tak cukup staf ni bukan salah jururawat. Anda kena rujuk pada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Depa yang menggajikan staf. So jangan la nak salahkan staf, nak maki staf atas sebab tak cukup staf. Kalau anda rasa nak jadi penyelesaian masalah, mai join jadi jururawat. Kami mengalu-alukan sangat.

- - - - - - - - - -
5. ISU "MAKAN GAJI BUTA"

First thing first, benda ini adalah suatu dakwaan yang sangat tak masuk akal. Anda hanya bayar RM1 untuk dapatkan rawatan dan RM3/hari untuk berada di wad. Dan pulangannya, anda balik ke rumah dengan kesihatan yang baik, dibekalkan satu beg plastik penuh ubatan, setelah berpuluh kali jalankan ujian darah, kencing, kahak, ujian diagnostik X-Ray, CT Scan dan dapat makan 3 kali sehari didalam wad, sambil menghirup 15L oksigen setiap minit. Anda ingat dengan RM1 tu, mampu membiayai segala perawatan yang telah anda jalankan di hospital? Anda ingat dengan RM1 tu anda boleh arahkan orang lain seperti kuli dan hamba anda?

Yang peliknya, anda sanggup habiskan berpuluh-beratus-beribu duit keatas benda yang memudaratkan kesihatan anda, contohnya rokok, arak, pelacuran, seks rambang, makanan berlemak yang tak sihat, makanan fastfood, ubatan haram yang tak diiktiraf, semata-mata untuk kepuasan diri. Tapi masih bising bila kena bayar RM1 untuk dapatkan kesihatan yang baik? Bayangkan, berhabis beribu untuk cari maut, bayar RM1 untuk sihat pun dah bising bagai nak rak.

Dan nak tuduh anda mem"bayar" gaji kami melalui cukai? Bukan anda seorang yang bayar cukai, ok? Kami jururawat pun bayar cukai. Doktor dan semua staf kesihatan pun bayar cukai. Semua warganegara Malaysia bayar cukai masing-masing. Anda bayar cukai, lepas tu anda sakit, memang patut la cukai tu pusing balik untuk rawat diri anda dan gajikan staf kesihatan yang merawat anda. Sebab kami dah bekerja demi nyawa dan kesihatan anda. Kalau diikutkan logik, kami dan seluruh warganegara Malaysia ni sebenarnya yang dah rugi. Bayar cukai semata-mata nak selamatkan nyawa anda yang hisap 4 carton rokok sehari sambil lepak atas kerusi, obesekan diri. Bayar cukai untuk selamatkan anda yang jenis tak hargai nyawa sendiri. Tak hargai orang yang menolong anda. Jadi jangan memandai nak tuduh yang anda "menggajikan" kami. Sedar sikit yang seluruh warganegara Malaysia termasuk jururawat ni yang bayar cukai untuk anda terus hidup dan hidup dalam keadaan sia-sia dan memudaratkan.

Dan sedar sikit, kami dibayar gaji bukan untuk layan kerenah manjalitis anda, demand anda tu. Kami dibayar gaji untuk selamatkan nyawa dan kesihatan anda, tak kira apa jenis perangai yang anda ada. Kalau setakat bayar cukai dan demand lebih-lebih mengalahkan anak raja, kami pun boleh demand sebagai pembayar cukai untuk tak bazirkan duit cukai tersebut untuk rawat anda. Boleh je kan? Nasib baik lah jururawat seluruh Malaysia ni masih berfikiran waras dan rasional, tak merungut pasal 'cukai' anda yang 'besar gedabak' tu.

Dan satu lagi, kalau nak viralkan suatu gambar staf sedang 'makan gaji buta', alang-alang tolong viralkan sekali staf yang berlari-lari nak selamatkan nyawa anda tu. Dalam Facebook, masing-masing gempak nak cari kesalahan staf kesihatan, kononnya staf tidur berjam-jam lah, curi tulang lah. Padahal terlelap sekejap sementara tak ada pesakit atau tak ada masalah berlaku. Kami mungkin tak seperti anda, sebab kami manusia. Kami ada rasa penat, ada rasa letih, lapar dan dahaga. Ada rasa nak rehat sekejap, nak recharge. Kami bukan malaikat, tak rasa letih dan penat, tak perlu sumber tenaga pun. Anda ye la kot. Cukup bertuah la kalau kami dapat lelapkan mata sekejap walaupun 5 minit sementara ada peluang. Nak pergi tandas pun tak ada masa. Nak pergi teguk air masak pun terkial-kial cari peluang.

Lepas ni, viralkan lah jururawat yang berpeluh-peluh, menghela nafas pendek yang baru lepas commence CPR 1 jam pada pesakit. Yang termengah-mengah bagging pesakit tanpa ventilator. Barulah adil. Jangan yang negatif je anda nampak, yang positif anda tutup mata.

- - - - - - - - - -
6. KALAU TAK SUKA, JANGAN JADI JURURAWAT

Bro. Dengar sini.

Kerjaya jururawat tu tak ada masalah sebenarnya. Biarlah penat, biarlah termengah sekalipun. Biarlah muka ni terpercik darah dan muntah sekalipun. Biar badan dipenuhi kencing dan najis sekalipun. Kami tetap suka dan tetap akan jalankan tanggungjawab kami pada pesakit, pada kerjaya, pada amanah dan ibadah kecil kami ni. Kerjaya jururawat tak sekali pun buat kami rasa menyampah pada situasi kerja kami.

Masalahnya terletak pada masyarakat yang sentiasa pandang hina pada kami, yang sentiasa mencaci cerca kami, yang sentiasa ada stigma buruk pada kami, yang sentiasa pandang negatif pada kami, yang tak pernah nak hormati dan hargai kami.

Ya, kami berhadapan dengan tugas yang melibatkan human relation antara jururawat dan pesakit. Namun, anda perlu sedar bahawa human relation berfungsi secara dua hala. Segala interaksi memerlukan kerjasama dari kedua-dua pihak. Tak dinafikan ada jururawat yang berperangai teruk, namun begitu juga situasinya dengan pesakit, atau ahli keluarga pesakit sendiri. Namun tak pernah pula saya dengar rungutan jururawat terhadap pesakit yang berperangai teruk sehingga diviralkan dalam media sosial ini.

Dan saya yakin, tak sampai 1% (lebih kurang 1600 orang) pun jururawat yang bersikap teruk seperti yang anda katakan ni. Seandainya ada 50 orang jururawat yang bersikap kurang ajar, tak adil lah untuk anda melabel kami SEMUA JURURAWAT MALAYSIA sebagai kurang ajar. 50 orang jururawat ini hanya merangkumi 0.03% daripada jumlah keseluruhan jururawat di Malaysia. Maka adalah tak adil, dan agak melampau jika anda nak label semua jururawat kurang ajar berdasarkan sikap dari 50 orang jururawat yang anda jumpa tadi.

- - - - - - - - - -
Terus terang saya cakap, dah beberapa kali saya cuba karang artikel ini secara baik, menggunakan perkataan yang baik-baik belaka. Namun, saya rasa saya tak dapat nak sampaikan mesej yang berkesan dengan cara itu. Kerana bagi saya, isu ini dah semakin melampau. Menghina satu-satunya individu yang sudi dan sanggup menjaga dan merawat anda serta ahli keluarga, bagi saya amat kurang ajar dan tidak bertimbang rasa.

Kami jururawat tak minta pun anda ucap terima kasih pada kami. Kami taknak pun anda berikan hadiah, ganjaran dan sebagainya kepada kami. Dan kami taknak pun wang ehsan anda tu. Kami cuma harap anda boleh hormati dan hargai kami sebagai individu yang mengambil berat tentang kesihatan anda walaupun tiada sebarang pertalian darah.

Kesimpulannya, tolong fahamkan diri anda berkaitan apa itu JURURAWAT dan apa tugasan mereka. Jangan sekadar pandai mengucap perkara jahil, kemudian sombong dan bongkak apabila ditegur.

Hormati kami, hargai kami. Maka kami akan hormati anda dan hargai anda.

Saturday, 15 August 2015

"Betapa terseksanya hidup bersama ibu yang GILA MEROYAN"

Tulisan ini dikongsikan oleh Puan Siti Aishah mengenai kisah amalan berpantang dan kesan yang dialami oleh ibunya. Semoga memberi sedikit pengajaran kepada para wanita diluar sana. Baca lagi:


Kesekian kalinya air mata tak mampu ditahan.

Setiap kali bercerita perihal berpantang, akan berlarutan kepada cerita pengalaman saya hidup bersama ibu yang menghidap meroyan dan Endometriosis selama 10 tahun.

33 tahun dahulu, ketika saya dilahirkan secara pembedahan ibu tidak mampu berpantang dengan rapi akibat keadaan sekeliling yang keliru dengan penjagaan ibu yang bersalin selepas pembedahan.( kes c-sect sangat-sangat asing pada tahun 1982). Dan ibu juga menjalani classical c sect di mana luka pembedahan adalah secara menegak dan sangat-sangat melecehkan.

Semua aturan berpantang ibu turuti. Akan tetapi arwah nenek was-was samada perlu atau tidak ibu mengamalkan herba-herba dan jamu-jamu di dalam pantang. Disebabkan takut, ibu hanya makan antibiotik dan ubat tahan sakit dari hospital. Tiada ubatan herba diamalkan sepanjang tempoh berpantang. Darah nifasnya berhenti dalam tempoh singkat, lalu darah itu meracun kembali sistem dalaman badannya. Ibu mula mengalami masalah ketumbuhan rahim, jerawat batu kronik, obessiti dan meroyan selama 10 tahun (1982 - 1992).

IBU YANG MEROYAN

Hidup bersama-sama ibu yang gila (istilah selain meroyan) sangat-sangat menakutkan. Ibu penghidap meroyan api. Mood swing ibu sangat-sangat ketara.

Bila ibu marah, saya dan bapa akan memencilkan diri. Ibu pernah lumur muka saya dengan cili boh ketika usia saya 8 tahun. Bila ibu marah, ibu seakan orang asing. Orang lain. Saya rasa dibenci.

Lama kelamaan, perasaan takut menjadi benci dan dendam pada diri seorang anak. Saya panggil ibu; singa. Seorang ibu yang bila dalam keadaan waras, beliau sangat-sangat penyayang. Tetapi bila penyakit senggugut kronik (akibat endo) datang menyerang, meroyannya akan muncul dan mematikan segala tawa kami anak beranak.

SUAMI YANG HALIM

Apabila saya bercerita kepada pelanggan-pelanggan bagaimana saya, ibu dan bapa SURVIVE dengan penyakit ibu, saya akan menjadi sayu... dan menangis. Saya tahu... ramai yang pernah tengok saya menangis apabila bercerita perihal ibu yang sakit meroyan selama 10 tahun.

Saya sayu kerana..... selama 10 tahun ibu menghidap gila meroyan, selama 10 tahun bapak dimarah-marah, selama 10 tahun bapak terumbang ambing dalam kegilaan ibu, berkat kesabaran bapak, kami masih utuh bersama sehingga kini.

Setelah saya berkahwin, baru saya sedar betapa pentingnya kesihatan seorang ibu dan isteri kepada keluarga. Bukan sahaja sihat secara fizikal, sihat secara mental tersangatlah penting.

Penyakit endo ibu kadang-kadang membuatkan ibu didatangi haid secara berpanjangan dan banyak. Bila saya sudah berkahwin, saya pernah termenung memikirkan nasib bapa yang satu ketika dahulu masih muda (lewat 20an) dan isteri mengalami pendarahan yang teruk. Sebagai anak, saya terharu kerana bapak masih memiliki sifat ihsan pada ibu. Meskipun ibu kesakitan yang tidak memungkinkan ibu menzahirkan layanan batin buat bapak seperti isteri-isteri yang sihat, bapak masih utuh bersama dengan ibu. Dalam sakit dan dalam deritanya ibu.

Bapak tidak betah melatah berkahwin lagi demi mengadakan zuriat selain saya. Akibat endo kronik ibu, ibu tidak mampu melahirkan anak selain saya. Bila saya menjadi seorang ibu, baru saya tahu betapa beratnya perasaan yg ditanggung ibu dan bapa bila tidak mampu meramaikan zuriat.

Bapak sebagai pegawai di PETRONAS sentiasa dikelilingi wanita-wanita cantik dan anggun. Saya yakin, di pejabat; beliau dihampiri oleh beberapa orang wanita kerana bapa saya merupakan ikon Tall, Fair and Handsome. Sedangkan ketika itu ibu penghidap sakit meroyan, Endometriosis, jerawat batu sepanjang dagu dan leher, obessiti; sungguh tidak serasi dengan bapak pada pandangan mata anak yang naif.

Tetapi alhamdulillah... sehingga bapa berhenti dari PETRONAS, bapa masih bersama ibu. Dan yang lebih penting, kesetiaan bapak hanya buat ibu, dan saya. Semoga Allah membalas setinggi-tinggi Jannah buat bapa, yang kukuh menyayangi ibu saya sehingga kini.


PENTINGNYA UBATAN HERBA DALAM PANTANG

Ternyata, rata-rata ubatan moden hanya mampu menghilangkan kesakitan pembedahan dan jahitan, bertindak sebagai antibiotik untuk mencegah kuman. Tetapi tiada satupun ubatan moden yang boleh membantu melawaskan pengeluaran darah nifas, mengecut dan merapikan rahim dan mengimbangi hormon ibu selepas bersalin; sedangkan ketiga-tiga proses penyembuhan ini sangat penting dalam mengembalikan keseimbangan kesihatan mental dan fizikal ibu selepas bersalin.

Tetapi di zaman sekarang sungguh sayang.... seribu kali sayang..... Ramai memandang enteng perihal amalan herba yang rata-rata menganggapnya kolot dan ketinggalan zaman. Ramai mengatakan mereka moden. Lalu saya bertanya... sejauh manakah modennya kita?

Adakah sperma ayah kita dan ovum ibu kita dibancuh dalam koleh, lalu terbentuknya kita bila dituang di atas meja? Saya pasti fitrah kita masih sama sejak nabi Adam A.S. Kita dilahirkan dari kantung rahim wanita. Dan ubat yang diajar Allah kepada nabi Adam setiap kali Hawa A.S melahirkan anak juga bukanlah vitamin semata-mata (meskipun herba memilik vitamin) , tetapi lebih kepada herba-herba yang diturunkan oleh Allah ke tanah bumi.

Fitrah kita masih sama.

TANGISAN KESYUKURAN SEORANG ANAK


23 tahun lalu, ibu saya diberi pilihan oleh doktor pakar sama ada untuk dibuang rahim atau tidak, dan beliau memilih utk mencari perubatan alternatif sebelum menyerah kepada cadangan terakhir tersebut. Dan alhamdulillah penemuan beliau dengan Datin. Sh. Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy, membuka lembaran baru dalam diari kesihatan ibu saya.

Setelah 6 bulan berubat herba, berpantang makan, dan menjalani hidup lebih sihat, ibu saya sembuh sepenuhnya dari endometrisis dan meroyan selepas memgamalkan herba Nona Roguy. Ketika itu saya berusia 10 tahun, dan saya sudah diberi Nona Roguy oleh ibu sebagai langkah berjaga-jaga.

Setiap kali ada ibu yang tampil dengan simptom ketumbuhan rahim dan meroyan, saya hanya mampu memandang sedih kepada suami mereka dan anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa. Bersungguh saya mengajar si ibu agar mengamalkan herba Nona Roguy supaya mereka cepat sembuh.

Kerana saya sangat-sangat terkesan dengan pengalaman kami sekeluarga yang hidup bersama ibu yang sakit. Sehingga setiap kali saya bercerita kepada anda bagaimana pentingnya kesihatan seorang ibu, saya berharap anda tidak akan melalui apa yang ibu saya rasa, dan supaya anak-anak anda terpelihara dari apa yang saya rasa.....bahawa betapa terseksanya hidup bersama ibu yang GILA MEROYAN.

Jagalah kesihatan anda.
Jika anda sakit, orang sekeliling akan turut merana.
Love yourself in order to be able to love others.

Sayangi rahim anda.
Berpantang jangan lewa.
Dan jangan pandang enteng amalan herba selepas bersalin.

Dari tanah kita datang. Dari tanah juga sebaik-baik ubat.

* Sejak ibu sembuh, ibu sangat berhati-hati dalam pemilihan makanan. Pengalaman penghidap penyakit sakit puan selama 10 tahun menjadikan keluarga kami lebih berhati-hati dalam memilih makanan harian, menjalani aktiviti luar yang sihat (ibu dan bapak sy masih memanjat Broga Hill di usia 60an), dan mengamalkan herba Nona Roguy sehingga kini (23 tahun). Gambar dibawah ialah gambar ibu bapa saya ketika mereka di ambang late 50's. Anak mana yang tidak gembira melihat ibu dan bapa masih utuh bersama sehingga usia emas. Semoga cerita ini memberi semangat dan kesedaran buat ibu2 muda utk tampil lebih sihat demi keluarga tercinta.

Disclaimer: Saya TIDAK IZINKAN mana2 pihak copy paste mana2 status saya atas tujuan pemasaran jualan produk kesihatan anda. Boleh kongsi sebagai perkongsian ilmu berpantang dan kesihatan wanita. Terima kasih.

Friday, 14 August 2015

"Saya belum gaji, duit saya ada 10 ringgit je ni"

Tulisan ini dikongsikan oleh Pnut Syafinaz mengenai kejadian di sebuah stesen minyak. Semoga menjadi iktibar kepada kita bahawa "tiap rezeki kita ada rezeki orang lain". Baca lagi



Sejak petrol naik harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam cik bibah. Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 rggt je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila rm42 dah penuh.. saya pump juga sampai rm45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah2 keluar petrol.

Saya malas nak gi masuk dalam minta refund lagi rm5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot2 ada motor masuk.. takde pon. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle tu sambil tutup lubang minyak tu.. buat lambat sikit. Niat nak tunggu kot2 ada motor masuk.

Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20an saya kira. Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada rm5 lagi, ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah, saya pass nozzle ke dia.

Saya cakap ..

“ambillah akak malas nak refund ke dalam..”

Dia cakap terima kasih. Dia tunduk, nampak sedih. Dia tunduk betul2 macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk syukur pada Allah gitu. Cam speechlesss gitu..

Saya tanya dia, “eh apesal?”

Dia jawab dalam menahan sebak.

“Saya doa akak murah rezeki, tak tau nak cakap macam mana. sebenarnya saya belum gaji, duit sy ada 10 ringgit je ni, dok fikir isi minyak 3rggt, tinggal 7 rggt. Dok atas motor tadi saya dok fikir pasal duit je.. saya serah pada Allah je. Rupanya Allah nak bagi rezeki saya dapat minyak motor free,”

Saya pula sedih.. saya senyum je dan cakap. “Dah tertulis rezeki awak,”

Saya masuk kereta, terus jalan. Dari jauh nampak dia lambai tangan tanda terima kasih. Saya yang cengeng dah ‘banjir’ dlm kereta. YA Allah.. bila hambaMu tawakal padaMu. Ada rezeki yang dah KAU janjikan.

Dan rencana Allah tu pasti. Saya sepatutnya nak drive terus balik Putrajaya, dan isi minyak di Petronas, sebaliknya Allah gerakkan hati saya belok ke Petron di Besraya. Jarang saya berhenti di situ isi minyak, hari ni tergerak hati nak isi kat situ..

Dan patutnya tadi saya guna debit kad, isi penuh ja.. tetapi saya pi masuk bayar rm50 kat dalam, teragak nak isi rm45 sahaja, tapi hati kata rm50 baru penuh.. rupanya betul cuma rm45 sahaja.. rm5 tu bukan hak saya, hak orang lain. Allah dah susun dan atur cantik2.

Itulah yang dikatakan dalam rezeki kita ada hak orang lain, yang kita kena kembalikan semula. Teratur hari ini dalam bahagian saya ada bahagian adik itu. Semuanya dari Allah. Niat kita juga penting.. saya benar niatkan nak kasi je baki petrol dah bayar tu pada sesiapa pun, dan dalam hati terdetik, biarlah dapat pada orang benar-benar layak. Maka Allah temukan kami.

Saya menangis sambil drive sebab saya semakin kuat dan yakin konsep tawakal pada Allah. Benar2 serahkan segala-galanya padaNya. Menulis ini pun saya sebak.

Wednesday, 12 August 2015

"Ibuku sayang, duit yg Along tinggalkan ini untuk ibu" - Nota sayu Arwah


Hari ini saya mandikan dua jenazah. Jenazah yang pertama adalah seorang bayi keguguran dan hanya baru berusia 6 bulan tetapi dah cukup sifatnya.

Yang kedua, saya mandikan anak kecil baru berusia 11 tahun. Saya nak share dengan teman-teman pasal anak kecil yang berusia 11 tahun yang mulia ini.

Anak ini anak yatim. Hanya ada ibu tunggal, mak saudara dan dua adik perempuan yang masih kecil. Bapanya meninggal empat tahun yang lalu. Diagnosis (punca) kematian anak ini adalah demam panas.

Yang menarik nak dikongsi adalah cerita ibu saudaranya tentang kisah beberapa hari sebelum arwah "pergi buat selamanya". Arwah asyik mengira duit-duit raya yang diperolehinya.

Kadang-kadang sampai lima kali sehari sehingga ditegur oleh ibu saudaranya. Apabila ditanya, abang nak beli apa? Ditanya kembali kepada ibu saudaranya, ''Maksu, cukup tak duit ni nak beli baju kurung ibu dengan tudung?'' Ibu saudaranya bertanya, ''kenapa?''

Anak kecil ini menjawab...dia takut kalau dia mati, tapi ibunya tidak menutup aurat dan tidak berhijab sedangkan dia anak lelaki sulung. Ibu saudara hanya mampu terdiam dan mengalirkan air mata. Hari ini, semasa dia meninggal dunia, anak itu meninggalkan semua duit rayanya bersama sekeping nota...

"Ibuku sayang, duit yang along tinggalkan ini untuk ibu. Ibu gunalah untuk beli baju kurung yang tidak terbelah. Along harap sangat ibu beli dan pakai tudung. Bukan tudung yang nampak rambut... tapi hanya nampak wajah ibu yang cantik sahaja. Along sayang ibu... along tak nak ibu masuk neraka. Ustazah kata, kalau tak tutup aurat nanti kepala dibakar. Along tak nak ibu dibakar api neraka. Along sayangkan ibu dan family kita semua. Sayang Ibu......ALONG"

Kalau anak sekecil ini, takut akan api neraka...takkan kita tidak terasa akan bahangnya dan masih sanggup melakukan dosa kepadaNya. Wallahualam.

Alfatihah buat Along Muhammad Fiqry. Terima kasih kepada Maksu yang sudi share cerita ini. Selepas saya kafankan jenazah along, Moga Allah ampunkan dosa along, ibunya dan kita semua. Al Fatihah!

Amir Muttakin
Hospital Ampang, Selangor

Monday, 10 August 2015

Pesan saya - "Kalau suami ada perempuan lain, jangan menangis"

Tulisan ini dikongsikan oleh seorang wanita melalui ruangan mesej dengan harapan agar kisah beliau dapat dijadikan pengajaran kepada para isteri yang menghadapi masalah rumah tangga seperti beliau. Baca lagi:


Saya bernikah dengan suami, awal 2011, salah saya tak berfikir panjang waktu tu.. Ikut hati. Saya perkahwinan ketiga dan merupakan isteri kedua. Isteri pertama bercerai,dan sudah pun berkahwin lain.Yg kedua (dah naik jd no 1) dan saya no 2. Waktu tu suami saya tidak berkerja tetap, ada masa ada duit dan bila tiada maknanya tiada langsung. Saya selalu baca sms dari wife dikampung, tiada duit, susu anak dan pampers. Macam macam lg. Saya jd kasihan.. saya selalu letak Rm50 atau bila awal gaji Rm100 dalam dompet suami. Saya tahu dia pasti bank in kat kampung (isteri pertama dikampung ). Pada masa tu saya fikir, saya harus menolong kerana siapa yg ada selain saya. Walaupun serangan fb berkaitan saya mengambil suaminya hebat bermula. Tak mengapa, siapa tak sakit hatikan?

Tp betul org tua kata, isteri diuji disaat suami tidak mempunyai apa, suami diuji disaat punya segala..

Anak saya yg pertama baru 4 bulan, suami main cinta dgn budak umur 19 tahun, pelajar universiti. Seminggu habis 40k, macam macam dia beli handfon, perfume sampai adik beradik budak tu semua dia beli.Sampai satu tahap mereka bercuti berdua. Saya sabar, saya tak marah dan tak bergaduh. Saya fikir masa saya sudah sampai.. karma saya sudah sampai. Saya pasrah saya redha.

Sewaktu mereka bercuti, Allah swt menguji saya, isteri pertama dikampung yg memujuk saya secara tiba tiba, pada dia saya meluah segala.. saya tak tenang, jgn kata hati tak tenang.. duit, sedikit harta saya korban sebab saya tak suka suami bersedih. Muram. Kami menjadi kawan baik. Kami menjaga antara satu sama lain. Bila dia memerlukan kewangan, saya membantu sekiranya mampu.

Satu hari, suami pergi out station, saya tahu.. tp saya tak bertanya. Senyap senyap saya follow sampai ke airport, tak nampak pun. Saya ke rumah budak perempuan tu dgn anak dan ibu, kereta suami ada disitu. Allah... menggigil kaki saya, macam2 perasaan, marah bengang semua ada. Saya balik ke rumah.. saya pack barang barang suami dan niat saya hantar kerumah budak tu. Ayah saya kata jangan hantar ke rumah budak tu, jika betul betul nekad, hantar rumah ibu bapa suami. Dengan hati yg membara, saya hantar ke rumah mak mertua dan saya ambil kereta suami dirumah budak perempuan tersebut. Setelah bersemuka, dgn keluarga perempuan tersebut baru saya tahu yg mereka membohongi keluarga dengan mengatakan saya gila talak. Nasib saya bawa ibu bapa saya sebagai saksi.

Lepas 2 bulan, saya menerima sms, dari budak perempuan tu.. mengatakan sudah memutuskan hubungan dgn suami saya. Saya balik yg bertanya, mengapa? Bukankah kamu saling menyayangi? Saya tak pandai jaga suami.. saya itu dan ini, mcm mcm kurang.. saya dah redha, saya mengalah.. kata saya. Allah menguji saya dan budak perempuan tu.. saya mengandung anak kedua.. akhirnya mereka putus dan saya tak tanya lg. Saya hanya menonton wayang di fb dan twitter, mereka berperang sesama sendiri.

Saya maafkan suami.. kami kembali bersama cuba..utk membina kembali. Tapi masih tidak serumah , kerana sepanjang kami serumah lebih kurang dua tahun, 2 kali suami hampir memukul ibu saya. SAYA ULANG, IBU SAYA . Pada suami dia bebas buat apa sahaja, jgn ditegur. Dia berhak kerana dia SUAMI. Kami teruskan hidup dgn setiap minggu berjumpa, habiskan masa menonton wayang, bercuti dgn suami, kdg2 dgn anak2 tiri.Saya nampak perubahan,setiap hari saya berdoa agar perubahan tu berpanjangan..r ezeki dipermudahkan.

Selepas 2 tahun, saya diuji lagi.. suami bernikah di sempadan dgn janda anak 4, dan suami saya adalah perkahwinan ke tiga beliau. Saya dengar melalui bekas isteri suami, Saya kata saya tak tahu.. hampir sebulan kami tidak berhubung, berikutan hubungan suami dgn perempuan juga. Tulah bercinta org lain, nikah org lain. Pada hari itu saya hairan dengan diri saya sendiri, saya tak menangis, mungkin saya tak ambil peduli.. mungkin sudah lali.

Awal tahun ini saya menerima pm dari fb, dari seorang perempuan katanya mahu berterus terang. Saya terima, orang baik saya sepuluh kali baik. Kami bertukar no fon, kami whatsApp sepanjang malam. Suami dan isteri barunya minta saya mencuba kehidupan baru ni. Saya cuba, tetapi mereka mempermainkan saya, kebaikan yg dihulurkan hanya untuk melekakan saya agar tidak membuat sebarang laporan. Isteri baru suami menyatakankata kekurangan saya.. saya terlalu pentingkan kerja,tak ada masa bersama dan terlalu mengikut kata ibu. Bagaimana saya tak pentingkan kerja ? Jika rumah, api air,unifi, pampers susu, insurans, duit dapur dan duit bg emak semua atas saya?

Wallahi, saya tak minta suami sepanjang kami bernikah, ada bagi.. tak ada saya diam. Bagaimana saya tidak mementingkan ibu? Disaat yg paling sukar ibu berada disamping saya, menjaga anak anak disaat saya mencari sesuap nasi. Saya berusaha sendiri. Pada fikiran saya yg dikatakan kolot ni,tak mengapa suami tak ada duit,saya ada. Kita org tua tak makan tak apa, anak2 perlu makan minum, susu pampers mesti ada. Tu belum sakit mereka lagi, kita sakit makan panadol tidur . Budak? Mereka tak tahu.

Setiap hari saya pulang kerumah, saya tinggalkan masalah saya dan suami didalam kereta, saya ukir senyuman utk anak2. Ibu saya tak tahu perihal suami berkahwin lain. Suami dan isteri baru,daftar menggunakan surat cerai suami dgn isteri lama. Saya termenung dipermainkan lagi, bukan seorang kini dua org. Saya hanya melihat gambar kegembiraan mereka di fb dan instagram. Kadang kadang anak anak tiri menghubungi saya bertanyakan khabar dan mengadu.Saya hanya mampu mendengar.
Tak mengapalah, saya kata once for all. Jaga hati sendiri, salah saya tak hormat hati sendiri. Saya berfikir, saya tak rugi apa2, saya cuma tak ada suami, saya masih beruntung ada kerja tetap, rumah, kereta dan anak2.

Saya bersyukur Allah SWT masih sayang , ujian saya ni kecil jika dibandingkan dgn isteri2 yg jd mangsa aniaya. Akhirnya, saya membuat permohonan cerai, Alhamdulillah, saya tenang, walaupun saya ke mahkamah seorang diri tanpa ditemani sesiapa,saya tahu saya kuat. Allah ada,Allah lindung saya. Saya tak tuntut apa2 dengan suami, hanya lepaskan saya cara baik. Kalau dia ingat anak-anak, berilah duit belanja, jika tidak..tak apa, ada rezeki lain utk anak. Kalau dulu saya ikut hati, sekarang saya serah kepada Allah, bulat- bulat.

Buat isteri diluar sana, kalau suami ada perempuan lain, jangan menangis atau murung, bangkit.. kalau tak kerja, cari kerja. Belajar berdikari. Doa banyak banyak. Doakan urusan saya dipermudahkan. Thanks admin.

Sunday, 9 August 2015

"Ke hadapan Ustazah Fatimah Syarha yang saya kasihi"

Tulisan ini dikongsikan oleh Cik Syahira Hozami, seorang graduan pengajian Islam dan Sains (Genetik & Biologi Molekul) daripada Universiti Malaya yang mengulas kenyataan seorang ustazah mengenai isu Susu Lembu dan DNA didalam tubuh bayi menggunakan fakta yang dipelajarinya. Baca lagi:


Ke hadapan Ustazah Fatimah Syarha yang saya kasihi, assalamualaikum dan salam sejahtera mudah-mudahan rahmat dan kasihNya melimpahi kehidupan kita, dan mudah-mudahan redha Allah jua mengiringi setiap perbuatan kita dan mudah-mudahan, salah dan khilaf kita diberi keampunan oleh Tuhan

Baru ini saya melihat tersebarnya kenyataan ustazah dalam Fiqh Wanita TV3, mengenai isu DNA lembu yang masuk ke dalam badan kalau minum susu lembu.

Saya menghormati ustazah sebagai seorang yang proaktif dalam memberi pandangan, berhati-hati dalam memberi pendapat, dan tersusun bahasa apabila menyampaikan. Kupasan ustazah dalam bidang fiqh wanita banyak membuka minda wanita yang mengikuti kupasan ustazah baik dalam ceramah, di youtube, dalam buku atau novel dan sebagainya. Ustazah ke hadapan membawa idea yang baik untuk diketengahkan. Saya juga pernah menghadiri mukhayyam yang mana ustazah merupakan penceramahnya, di hadapan pada satu subuh yang hening, berkisah mengenai wanita dan perjuangan dalam Islam.

Atas dasar hormat itu saya ingin mengetengahkan seperkara yang saya lihat ustazah sampaikan telah tersasar dari fakta, meskipun niat ustazah baik dan mahukan yang terbaik bagi orang lain.
Iaitu, ustazah memberitahu mengenai DNA lembu yang masuk ke dalam tubuh bayi. Bagi saya, kenyataan ustazah ini mendatangkan sedikit kekeliruan, dengan ustazah meletakkan kenyataan ini dalam kondisi negatif kepada semua pihak.

Saya ingin memberitahu ustazah, susu lembu yang masuk ke dalam tubuh bayi (dalam hal ini saya merujuk susu lembu itu masuk melalu mulut dan oesophagus, kemudian masuk dalam perut ia dicerna, kemudian ke bahagian usus untuk diserap), ia diserap sebagai nutrient, dan tidak memberikan tindak balas kepada DNA manusia kecuali, susu itu mengandungi bahan radioaktif atau bahan-bahan yang merangsang mutasi kepada DNA seperti bahan yang mengandungi proflavin ( rujuk : http://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/.../Proflavine ), bahan yang mengandungi 5-bromouracil ( rujuk : http://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/.../5-Bromouracil ), mustard gas ( rujuk : http://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/.../Mustard_gas ), hydroxylamine ( rujuk : http://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/.../hydroxylamine ) dan lain-lain yang mana ia tidak dicampurkan dalam mana-mana susu yang diproses.

Bahan-bahan yang diproses meskipun kebiasaannya dilalukan dengan ionizing radiation, tetapi ia tidak mendatangkan kesan kepada manusia dan hanya cukup untuk bunuh bakteria sahaja - ia dipanggil food irradiation. Namun, proses bunuh bakteriapada bahan tenusu kebiasaannya menggunakan proses pasteurization (rujuk : http://www.milkfacts.info/.../Pasteurization.htm )

Dengan fakta yang saya sebutkan di atas, mengatakan DNA manusia berubah atau terkesan dengan meminum susu lembu adalah satu kenyataan yang tidak berasaskan kepada rujukan yang berautoriti dalam bidang sains. Perbicaraan mengenai mutasi dalam tubuh badan manusia merangkumi tulisan yang lebih panjang, cukuplah saya menyatakan bahawa kenyataan ustazah sebelum ini tidak tepat dan perlu kepada rujukan semula.

Saya memahami tujuan ustazah mahu menonjolkan sisi baik mengenai susu ibu dan bagaimana, susu ibu itu lebih baik daripada susu yang lain. Tetapi saya juga berharap agar ustazah juga tahu dan mengambil kira, ada ibu-ibu di luar sana yang tidak mampu menyusukan anaknya atas faktor-faktor biologi, mengambil supplement atau ubat perangsang pengeluaran susu ada pro dan cons -nya yang tersendiri, dan selain itu ubat tersebut mahal bagi ibu-ibu yang tidak mampu untuk membelinya.
Saya berharap ustazah dalam mengetengahkan kelebihan susu ibu, supaya lebih berhati-hati dalam membawakan fakta.

Susu ibu lebih baik bukan kerana faktor DNA, tetapi kerana susu ibu mampu memberi antibodi yang lebih baik kepada tubuh badan bayi berbanding susu lain. Susu manusia, mempunyai kandungan antibodi yang banyak dan cukup untuk melawan bakteria dalam tubuh anak-anak. bayi yang masih kecil tidak mampu untuk menghasilkan sistem imunisasi yang kukuh, manakala susu ibu mampu memberikan antibodi (IgA terutamanya) yang sudah siap sedia untuk melawan bakteria. Dari sisi lain, susu lembu yang dibancuh ada risiko memberi alergi kuat kepada bayi yang masih belum ada antibodi lawan alergi (IgE). Secara kesimpulannya, untuk mengatakan susu lembu atau susu lainnya tidak bagus untuk bayi secara total, adalah tidak tepat sama sekali.

Saya ingin membawakan rujukan yang saya kira mempunyai autoriti mengenai hal 'breast feeding' dalam laman :-

How Breast Milk Protects Newborns :
http://kellymom.com/..../ewborns/

Immune factors in human milk :
http://kellymom.com/nutrition/milk/immunefactors/

Breast feeding: overview and breast milk immunology (abstract, article journal)
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/7825463

Transfer of antibody via mother's milk (abstract, article journal)
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12850343

Saya berharap orang lain yang membaca post ini membuka link-link yang saya sertakan, atau setidak-tidaknya 'bookmark' page tersebut untuk rujukan mendatang.

Saya tidak mengatakan, bahawa pendapat saya lebih betul dari sesiapa, baik kepada ustazah sendiri.

Saya cuma sampaikan apa yang saya tahu, dan semoga kita sama-sama dapat membaiki silap kita dan saling menegur dengan baik, dan semoga kita dijauhkan dari menjadi keyboard warrior.

Dari saya, yang banyak kelemahan,

Syahira Hozami
Pengajian Islam Dan Sains (Genetik & Biologi Molekul)
UM

Saturday, 8 August 2015

"Puan saya tak tahan lagi. saya pulang dulu"

Tulisan ini dikongsikan oleh Puan Syazween Fara mengenai pembantu rumah jirannya yang lari akibat tidak tahan walaupun menerima gaji yang tinggi. Justeru, membuktikan bahawa menjadi surirumah bukanlah satu pekerjaan yang mudah dan perlu dihormati. Baca lagi:


Jiran sebelah mengadu maid indonesia dia lari smalam tinggal anak dia berumur 3 tahun sorang-sorang kat rumah. Maid dia cuma sms.. "puan saya tak tahan lagi. saya pulang dulu"

Maid tu gaji RM1200 jaga anak berumur 6 dan 3 tahun. Kerja dia cuma jaga anak.. and kemas rumah yang tak besar mana. majikan dia tak kasi dia masak.. selalunya majikan akan masak sendiri before pergi kerja and lepas balik kerja.

Maid tu lari sebab dia tak tahan katanya. PENAT!!

Ni bukan nak kutuk maid indon tu. My point is .... saya respect surirumah yang terpaksa berhenti kerja duduk rumah jaga anak and family.. pakai baju selekeh kejar anak.. sambil masak dan kemas rumah . kerja dia 24/7.

So sapa-sapa surirumah kat sini..

I am proud of U!

kalau dah Maid yang diberi gaji pun lari sebab penat..

apatah lagi ibu-ibu yang takde gaji terpaksa sacrifice diri duduk rumah jaga anak.. memasak sambil memastikan keadaan rumah cantik dan bersih.

Salute!

Friday, 7 August 2015

"Minum susu lembu, DNA lembu masuk badan bayi... bayi jadi pemarah"



Gara-gara ulasan seorang Ustazah dalam rancangan Fiqh Wanita di TV3 yang membincangkan mengenai kebaikan dan khasiat susu ibu kepada bayi, ramai ibu-ibu berang kerana kata-kata yang dikeluarkan oleh Ustazah membelakangi ilmu sains yang sebenar mengenai susu lembu.
"Kalau kita bagi susu lembu, maka DNA lembu akan masuk ke dalam bayi. Jadi ia akan mempengaruhi akhlak bayi. Mungkin bayi akan membesar menjadi orang yang pemarah sebab lembu ini cepat marah." katanya dalam 3 screenshot rancangan itu yang tesebar.
Berikut respon pengguna media sosial yang rata-ratanya daripada para ibu:

Cikgu Al Mumin Al Kanta: "DNA hanya boleh bercampur melalui persenyawaan, kejuruteraan genetik atau serangan virus. Rasanya itu saja, setakat ilmu yg aku adalah...

Mushaibah Fauzi : "Kalau bg anak minum susu kambing jd busuk mcm kambing ke cane ustazah..sbb tadi ustazah kata bg minum susu lembu jd pemarah mcm lembu. Ustazah minum susu apa ea dulu?"

Nor Umie Shamsul : "Lepastu ape bende merepek kalo susukan ank gune susu formula anak jd pemarah mcm lembu?bile pulak lembu pemarah?? kerbau yg pemarah.. Y org tak mampu nak susukan anak tu mcmne?? Altenatif terbaik bagi orang susukan anak. kite lebih baik dari bagi susu formula?? apebende ustazah ni?? nak ikut masa zaman nabi ibu susuannya halimatul saadiah... Tu zaman nabi.. Nabi soh berdakwah ikut zaman.. Cakap pakai otak sikit.. Jg hati ibu2 yg tak mampu susukan ank.. Ibu mana yg taknak susukan anak sndri???

HasRien MamaNaaila : "Aku betoi xpuas hati bila dia kata bila susukan anak dgn susu lembu akan dpt DNA lembu dan akan jadik pemarah mcm lembu. Sbb lembu tu kan pemarah.... weeeeiiii ostajah..... ko kena ingat walaupun sume saluran ssu ibu adalah kecik dan sama Allah kurniakan...tp ko kena sedaq...yg rezeki manusia allah bg xsama... aku mmg xpuaih hati bab ni... mintak ko jelaskan jap...."

Bella Tc : sakit hati dengaq cara ustazah tu cakap,seakan mghina kmi yg xdpt bg susu ibu utk anak..kmi.dah berusaha tp nk wt mcm mna..sedap mlut dia ja ckp ank nt jd pemarah mcm lembu..bodo punya ustzah..ckp xberlapik langsung..meluat aku..skit hati !!!!!

"Si bodoh manalah yg ambik course tu? Jenis SPM takde A"

Tulisan ini dikongsikan oleh Cik Suzyana Naim mengenai pandangan skeptikal masyarakat terhadap jurusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Baca lagi:



let me tell u all a story ..

saya seorang pelajar diploma jurusan pendidikan awal kanak-kanak di kolej swasta di KL . kalau nak ceritakan kelebihan ambik course ni mungkin still tak layak lagi . sebab saya baru semester 6 daripada 8 semester . still ada 2 semester . tapi , saya boleh ceritakan serba sedikit pengalaman diri sendiri bila ambik course ni .

mula-mula ambik course ni dulu memang rasa tak dak hala tuju . rasa macam , "eh, kenapa aku ambik yang ni? macam la xdak course lain" . that time rasa rendah diri sangat bila tengok kawan-kawan semua ambik course yang besar-besar macam akaun (saya course akaun masa form 4 & 5), ekonomi , medik , engineering semua . kadang-kadang rasa menyesal ambik course ni . orang sekeliling pon selalu pandang rendah bila dapat tau saya amik course ni .

depa pon selalu la tanya sambil buat muka sinis , "kenapa amik course tu ? minat budak ka ? nak jadi cikgu tadika ka ?" di sini saya nak bagitau dekat semua , memang dulu saya menyesal , tapi sekarang saya bangga saya ambik course ni . sebab semakin banyak ilmu yang saya dapat , semakin saya kagum dengan para guru and ibu bapa .

childhood education jugak dah ubah hidup saya daripada tak suka budak (sebab saya tak ada adik) , tak boleh tolerate dengan budak , sampai saya rasa sayang sangat dengan budak and boleh cakap and handle perangai budak dengan sabar . dan untuk pengetahuan semua jugak, skop untuk childhood education jugak bukan hanya setakat jadi cikgu tadika . fyi, kami di sini belajar tentang semua benda , daripada baby dalam perut sampai ke alam remaja .

daripada ilmu parenting sampai ke medik diteruskan dengan perubatan untuk orang-orang kurang upaya . tak lupa jugak , kami jugak belajar pasai bisnes . kami ada peluang kerja yang luas bukan saja cikgu tadika tapi penasihat kekeluargaan , pakar kaunseling , trainer fisioterapi , boss di tadika sendiri and macam-macam lagi yang berkaitan dengan kanak-kanak , penyakit kanak-kanak and psikologi sebab childhood education adalah tiket permulaan ke bidang psikologi . so , janganlah pandang cikgu tadika ni tak dak mata .

jangan la berbangga kalau awak ambik course-course yang hebat sebab semuanya bermula daripada cikgu tadika . dia la yang mula ajar ABC 123 dekat kita sampai kita boleh berjaya sampai sekarang . btw , lelaki jugak janganlah nak perlekeh kengkawan lelaki anda yang ambik childhood education sebab honestly saya cakap , saya tabik lelaki yang ambik childhood education sebab lelaki yang ambik childhood education ada potensi jadi bapak yang baik untuk anak-anak depa nanti . bukan saya nak promot course ni .

tapi ni based on pengalaman yang saya tengok daripada kawan-kawan dan pensyarah-pensyarah lelaki saya sendiri . bukan la nak cakap laki yang tak ambik childhood education ni tak bagus . ada ja yang bagus . tapi sebab saya tengok sekarang ni ramai sangat yang suka perlekeh golongan macam kami (termasuk orang bawah tu) . sedangkan kita tak tau yang mungkin orang yang ambik childhood education ni lebih bagus daripada anda walaupun kerja depa biasa-biasa , gaji depa tak berkepuk macam anda .

so , jangan la terlalu sombong dengan apa yang anda ada sebab Allah boleh tarik balik apa yang anda ada bila-bila masa ja . sekian tazkirah malam ni . semoga orang yang suka memperlekehkan orang lain tu diberi hidayah . btw , last but not least , untuk pengetahuan semua , kalau tak salah saya Malaysia sekarang dah buat syarat semua yang bakal jadi ibu bapa pergi kelas parenting sebab banyak sangat kes dera budak zaman sekarang .

so , disini anda akan nampak , pentingnya course chilhood education zaman sekarang . terima kasih sudi luang masa membaca . selamat hari guru . hari-hari hari guru .

Thursday, 6 August 2015

"Hati-hati dengan towing ini, saya bukan mangsa pertama"

Tulisan ini dikongsikan oleh Pengguna Facebook, Pn. Noru Akmal yang menceritakan pengalaman buruknya berurusan dengan servis towing yang disedikan oleh pihak LPT. Baca lagi :


Tujuan saya up status ni bukan nak menutup periuk nasi sesiapa, cuma sebagai peringatan buat mereka yg menggunakan lpt 2. Hati-hati dangan towing yang disediakan pihak lpt. Kejadian ni berlaku akhri bulan april 2015, suami saya otw dari terengganu ke seremban, kemudian kereta breakdown di highway perasing. Plus bagi nombor towing yang pakai baju hijau tu.

Siap la towing sampai ke bukit goh, wokshop brader towing ni jugak. Dia cakap kat suami kereta rosak gearbox. So suami tinggalkan kereta dan mintak dia baiki sebab suami rushing nak onshore. Beberapa hari sebelum flight suami, brader zul ni call bagitaw kereta xcdent masa dia test. So suami tak nak susahkan brader tu, bagi la cover note untuk cover insurans.

Bila suami dah naik keje, bini dia ni la yang pegang tnggungjawab uruskan kereta yang baiki kat bengkel. Hampir 3 bulan baiki, kereta tak siap2. Kalau call tanya bila siap brader ni akan marah dan kata bukan nak jaga kereta saya ni je. So saya sabar lagi..... Saya nak mintak ambil kereta susah sangat, macam saya ni nak kereta dia. Asalnya dia bgtaw suami saya harga baiki 1800, kemudian dia mintak dengan sy 4200. So saya rasa saya dah ditipu....

Walau bukan ditipu berbilion, namun saya rasa orang macam ni harus kena tindakan. Sebelum ambil kereta, saya buat satu report polis. Saya ditemani 2 orang polis masa ambik kereta. Tapi malangnya, brader ni janji pkol 11 pagi, smpai pkol 7 baru dapat kereta. Itu pun dia tinggalkan kereta saya di wokshop orang lain. Keadaan kereta saya sangat menyedihkan, dan sebenarnya dia tak baiki pun.

Dalam pada menunggu kereta, saya sedar kami diperhatikan oleh gangster. Sampai sekarang kereta saya blom siap. Tapi lega sebab dihantar di bengkel yang kita kenal. Dan pomen yang baiki kereta saya cakap gearbox asal tak rosak langsung, cuma bocor sikit. Tapi brader zul dah ambil semua barang dalam gearbox tersebut... So, buat yang gunakan lpt 2, hati-hati..... Saya bukan mangsa yang pertama, tp apa tindakan pihak berkuasa kawasan bukit goh?

"Cukuplah dengan semua pembohongan" - Waris Mangsa MH370


Berikutan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri yang mengesahkan flaperon yang ditemui di Pulau Reunion adalah milik pesawat MH370, keluarga mangsa memberikan respon yang bercampur baur. Rata-rata masih belum dapat menerima keputusan itu sehinggalah bangkai kapal bersama bukti kehadiran penumpang ditemui.

Begitu juga respon daripada Intan Maizura, isteri kepada kru pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang menganggap pengumuman itu adalah satu lagi penipuan kepada keluarga mangsa. Melalui Instagram, beliau memuatnaik status yang ditulis khas kepada Malaysia Airlines. Baca lagi:
Kepada Malaysia Airlines

Kesemua 4 point yang kamu nyatakan dalam televisyen semuanya adalah penipuan!!! Tiada seorang pun adik beradik suami saya, ibu-bapa termasuk saya sendiri sebagai isteri menerima sebarang berita daripada kamu mengenai pengumuman ini .. Berhenti buat kenyataan palsu kepada dunia !! Cukuplah dengan semua pembohongan .. Dari hari pertama hingga sekarang, kamu semua berbohong kepada kepada kami semua !! Saya tidak tertarik dengan drama kamu malam ini. Terima kasih
Sehingga bangkai pesawat dan mangsa belum ditemui, selagi itulah banyak persoalan belum dapat dijawab. Semoga keluarga mangsa terus tabah menghadapi dugaan ini dan kebenaran dapat dirungkai sepenuhnya.

Wednesday, 5 August 2015

"Kedai makan paling celaka...Tauke dia makcik si mulut puaka"

Kami muatkan dua luahan pelanggan yang tidak berpuas hati dengan kedai makan ini bukan untuk menutup periuk nasi pemiliknya, namun sebagai panduan agar tidak ada lagi pelanggan lain terkena dan mendapat pengalaman buruk yang sama. Kita gunakan kuasa pengguna dan kuasa media sosial untuk memberikan pengajaran kepada pemilik kedai makan seperti ini.


Luahan Pengguna Facebook, Alfonso de Lorenzo:


Kedai makan paling cilaka... di dunia... tauke dia makcik si mulut puaka... dah la bayar mahal... sambal sesudu pon nak charge sampai 2 ringgit... pastu cakap kene bayar juga lepas ambil lauk.. takut awak lari tak bayar..pastu anak dia lelaki lembik cakap mak kire meja tu.. takut dia orang lari... dengan tak puas hati.. aku dan isteri aku.. terus naik angin la...

dia plak melawan balik.. terus jadi pergaduhan la... dengan amarah saya terus maki dia.. lauk dan pingan saya campak je depan kedai dia... orang ramai jadi saksi.. terus bangun, ada yang tak jadi makan situ... makcik tu memang kurang ajar... lokasi pantai kelebang melaka..

Ini pula luahan Pengguna Facebook, Maznah Rahmat pada 21 Julai lalu yang turut tidak berpuas hati dengan kedai makan tersebut. Baca lagi:


Tokey kedai ni sombong betul. Alkisah aku berhenti makan kat satu gerai di medan selera KLEBANG, MELAKA semalam. Kedai makan yg aku singgah tu tak de air batu jadi aku minta izin nak oder air kedai lain.aku pon oder la kat kedai no.7 ni. pekerja dia buatkan air hantar 1 jug air sirap kat tempat aku makan.

Oleh kerana air batunya sikit sangat.. aku suh anak aku p kedai tadi tambahkan air batu.. sebab dia caj rm10 1 jug untuk air sirap... tiba-tiba anak aku datang balik tanpa jug air tu. Aku tanya mana jug air? Dia kata towkey kedai marah dia. Ehh aku pon nak p tanya la apa pasal...anak aku nak minum air kan kenapa lak tak dibaginya air tuu... bila aku tanya... tokey kedai dan anak dia maki aku kaw-kaw depan customer. dorang kata makan meja mana... aku terpinga-pinga lahh of course tak tau apa sebenarnya yang dia marah...

Aku tanya lagi.. apa pasal ni.. apa yang salah nya... aku bayar kan... apa pasal nak marah. rupanya tokey kedai no.7 ni tak suke orang oder air dia tapi makan meja lain...

Aku pon naik hantu le sbb anak aku nak minum ni dia tak bagi. Dah la caj rm10 untuk 1 jug air sirap.. abis dia rampas air tu separuh jug lagik dia tak bagi aku abiskan.. dia amik rm10.. mana hak aku sebagai pembeli..

Dia maki plak aku depan orang lain tanpa kesalahan yang aku sendiri tak tau apa salah puncanya.... mana etika dia sebagai peniaga...???

Aku bagi tau laki aku. dia datang jumpa makcik tu dan anak dia..laki aku tanya baik-baik anak dia pondan tua nak mamposs tuu tepekik-pekik makikan laki aku.. kuang ajau betul.

Laki aku kata nak bagitau usop soroj...
Makcik tu jawab dengan sombongnya..

SAPA USOP SOROJ TU...?? AKU TAK TAKUT DGN DIA..DIA SAPA?? AGONG KEE???

Ewahhhhh!!!! Betul-betul makcik tu belagak mcm rezeki dia.. dia yang tentukan.. ko bayangkan keringnya ati dia amik duit rm10 tp aku tak dapat barang seperti hasil yang aku kene bayar..dia rampas air tu..aku merayu dia bgi air tu anak aku nak minum dia halau aku kuar dari kedai dia..... depan customer laintauu takk dia tjerit-jerit mcm aku ni salah beso....

Itu aku tak puas ati.. aku maki dia balikkk aku kata cakap baik-baik ar..jangan maki orang tak tentu hala.. dia hengat anak tekak dia je.. dia tak tau anak tekak aku macam nee...

Eeee kedai dah la kotor... makanan terdedah tanpa penutup.. lalat hinggap makanan dia jual kat orang... Ehh mana pergi penguatkuasa.. kenapa tak datang pantau dia nii... tak patot dapat lesen meniaga macam ni punya etika..buat malu melaka je kalau orang luar datang dia maki hamun... busuķk nama orang melaka...

Itu pon tokey kedai tempat aku makan kata sebelum aku kena marah.. ada sorang customer dah kene maki sebab customer tu komplen makcik tu bagi nasi berkerak..makcik tu kata apa...

TAKKAN MAMPOS KO MAKAN NASIK KERAK NIIIII!!!

Korang tengok betapa kurang ajar nya peniaga kedai no.7 ni dengan customerr...

POST NI FOKUS PADA NO.KEDAI. Dalam gambar ni ada beberapa pelanggan dan pekerja kedai MAKCIK TUDUNG UNGU DALAM GAMBAR TU BUKAN TOKEY KEDAI NI.

Tuesday, 4 August 2015

"Saya merayu peniaga vapor tidak jual kepada budak sekolah"

Penggunaan rokok elektronik atau dikenali sebagai Vapor kini telah menjadi trend di Negara kita. Ramai perokok tegar telah beralih kepada vapor dengan rata-ratanya berniat mahu berhenti daripada ketagihan rokok tembakau.

Sehingga kini, tiada undang-undang khusus diperuntukkan kepada penggunaan vapor. Walaubagaimanapun, beberapa perkembangan tidak sihat yang membimbangkan berlaku seperti penjualan vapor kepada kanak-kanak dibawah umur oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Tulisan Cikgu Zahran ini bukti kebimbangan para guru mengenai perkara tersebut. Baca lagi:


Kepada peniaga, pembekal dan penjual vapor yang budiman... saya merayu agar benda alah ini tidak dijual kepada budak budak dan remaja sekolah. Kesannya sangat besar. Harga benda ini mencecah rm200 dan perisa pula antara rm15-rm30.

Kami terpaksa berhadapan dengan kes membawa dan menghisap vape di sekolah.Kadang kadang melibatkan jumlah yang ramai sebab boleh dikongsi. Cecair perisa ini mengandungi minimun 6mg nikotin yang lebih tinggi daripada rokok biasa. Budak budak bukan tahu kesannya. mereka seronok lihat asap berkepul tetapi tidak fikir tentang ketagihan yabg bakal mereka alami.

Letaklah perisa sirap bandung.. kopi o.. teh o beng atau sarsi sekalipun... ianya tetap salah jika melibatkan murid bawah umur...

P/s:murid ini guna duit raya berjumlah rm250 untuk beli benda ini...ibu bapa mohon pantau anak anak...jangan sampai terjebak.

Ikhlas...

cikgu cakkang saja..