Tuesday, 30 June 2015
Permainan Clash of Clans (COC) jana pendapatan RM10 Juta sehari
MUNGKIN ramai yang tidak tahu aplikasi permainan video Clash of Clans (CoC) mampu menjana pendapatannya hingga RM10 juta sehari daripada permainan video yang ditawarkannya menerusi platform Apple App Store dan Google Play Store.
Tidak mustahil permainan video ini menjadi yang tertinggi menjana pendapatan walaupun secara dasarnya permainan video ini adalah dalam platform percuma.
SuperCell, syarikat yang mencipta CoC mempunyai cara tersendiri untuk menjana pendapatan. Walaupun diberikan percuma tetapi terdapat beberapa perkara yang memerlukan pemain untuk membeli.
COC diketahui umum sebagai permainan video paling digilai buat masa ini, di mana saja pasti setiap orang tidak kira tua dan muda mempunyai permainan video ini di dalam telefon pintar mereka.
Ia kegilaan terbaharu dalam dunia permainan video. CoC adalah sebuah aplikasi permainan genre strategi peperangan. Ketika memulakan permainan, setiap pemain akan diberikan 500 permata percuma.
500 permata percuma ini sebagai modal untuk membina empayar atau perkampungan sendiri dengan pembinaan struktur bangunan. Tetapi selepas naik ke tahap seterusnya permata ini mula hilang. Maka, bermulalah fasa sebenar mengumpul kembali permata jika ingin mengembangkan empayar.
Mengikut pakar psikologi, keghairahan pemain yang terlalu fanatik terhadap permainan ini membuatkan mereka tidak sabar untuk mengumpul permata.
Di sinilah CoC mula menjana keuntungan, pemain yang tidak sabar menunggu akan membeli permata dengan harga tertentu dalam bentuk belian dalam aplikasi. Tidak kiralah ditolak melalui kad kredit atau perbankan internet.
Begitu juga dengan beberapa perkara lain seperti perlindungan, tentera dan alatan berperang selain membesarkan empayar. Semuanya memerlukan permata atau point yang dikumpul.
Jika tidak sabar menunggu, terlalu asyik untuk berperang dan membesarkan empayar, kebanyakan pemain akan membeli dalam aplikasi.
Inilah cara terbaik SuperCell, pencipta CoC menjana keuntungan. Tidak mustahil SuperCell menjadi antara syarikat yang terbaik dalam arena pembinaan aplikasi permainan video ketika ini.
http://www.bharian.com.my/node/64875
Lelaki berbogel di Puncak Gunung Irau, Pahang cetus kontroversi
Sekeping gambar seorang lelaki dipercayai berbangsa cina mencetuskan kekecohan di laman media sosial apabila individu itu bergambar dalam keadaan bogeI di Puncak Gunung Irau yang terletak di Cameron Highland, Pahang.
Namun, tidak ada info lanjut mengenai kejadian itu dan tidak dapat dipastikan individu tersebut rakyat Malaysia atau warganegara asing. Ramai pelayar maya menggesa agar Pihak Polis mencari individu ini dan mengenakan hukuman yang setimpal.

Page Facebook "Tabik Polis" yang memuatnaik gambar individu tersebut
Kejadian seumpama ini telah berlaku di Gunung Kinabalu apabila sekumpulan pelancong asing berbogeI di puncak gunung tersebut. Ramai Rakyat Sabah percaya bahawa kejadian Gempa Bumi yang berlaku beberapa hari kemudian adalah berpunca daripada kelakuan tidak senonoh pelancong asing itu yang menyebabkan kemarahan "Semangat Akinabalu". Akhirnya mereka ditahan dan dihukum penjara 3 hari dan denda RM5000 setiap seorang.
RON95 naik 10 sen, RON97 naik 20 sen mulai 12 malam ini, 1 Julai 2015
Bermula 12 malam ini, 1 Julai 2015, harga minyak Petrol RON95 naik sebanyak 10 sen, RON97 naik 20 sen manakala harga Diesel tidak berubah, lapor portal berita Chinapress.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek menerangkan tiada lagi notis pemberitahuan mengenai perubahan harga minyak kepada orang ramai dan hanya akan dimaklumkan kepada pengusaha minyak pada setiap hujung bulan.
"Setiap hujung bulan jam 12 malam, kita akan beritahu harga baharu kepada pengusaha minyak sama ada harga minyak turun, kekal atau ada peningkatan," katanya.
Sebelum ini, sebarang pengumuman perubahan harga petrol dan diesel untuk setiap bulan dibuat menerusi laman web rasmi kementerian.
"Tak kan laa ko belajar tinggi tinggi kerja jual kueh plak…?"
Semoga kisah yang diceritakan oleh Tuan Ali Russia ini dapat membuka mata kita. Baca lagi:
Alhamdulillah – Penghantar Shushi Pemegang Ijazah Sarjana Bio Medical
Syukur Bhai, mulut tempayan boleh di tutup tetapi mulut manusia tak boleh…ini adalah peribahasa yang paling sesuai untuk di guna pakai bagi menjawab apa yang di kata dan di perkatakan melalui pemikiran sempit lagi kolot.
Seperti insan insan berkeluarga yang lain sudah pasti aku memerlukan usaha ikhtiar untuk mencari sesuap nasi, bukannya makam dan level aku untuk berpeluk tubuh mengharapkan rezeki dari langit, atas idea dan cadangan serta penat lelah isteri aku Ayunie Russ maka kami berdua akhirnya aku memulakan perniagaan di Bulan Ramadhan
Menyediakan beberapa jenis makanan makanan Jepun bagi mereka yang meminatinya…ambil order dan menghantar terus secara COD…pun begitu aku masih pura pura di Tanya oleh sahabat sahabat yang buat buat tak faham malah mungkin mereka memandang aku dengan pandangan sebelah mata…
Cerita
Seperti biasa rutin kami selepas sahur kami suami akan memulakan penyediaan unuk memasak makanan Jepun Shushi, Bento dan lain lain…kerjanya agak cerewet dan mengambil masa tetapi ianya membuatkan kami jadi gembira bila semuanya siap di pack kan untuk di hantar kepada customer customer.
Biasanya kami akan berhenti untuk solat Subuh dan akan sambung kembali selepas Musyuarat Harian Rumah dan Taalim, kemudia berhenti lagi untuk solat Dhuha, lebih kurang jam 12 tengahari semuanya telah dan akan siap, aku akan memasukkan semua Shushi box tadi kedalam bakul bakul besar untuk di agih agihkan.
Kami mengambil tempahan secara Online juga tempahan melalui pesanan Wassap dan aku akan memandu menuju kesemua tempat dan alamat alamat pelanggan untuk di hantar secara COD…cash & Delivery.
Biasanya untuk pelanggan pelanggan wanita, ahlia aku akan berusuran manakala pelanggan pelanggan lelaki sudah pati aku yang menggurusi….
Alhamdulillah semuanya berjalan lancer sehingga lah petang tadi semasa aku dan ahlia aku menghantar pesana pelanggan di stu Pejabat Kerajaan tiba tiba aku di tegur oleh seorang kenalan yang aku tak berapa rapat sangat dengannya dan beliau adalah rakan sekerja aku semasa aku menjawat jawatan di OGP Petronas.
Rakan tak rapat…”Assalamualaikum bro…apa khabar…buat apa kat sini…?
Aku…”Waalaikumusalam…oohh, kau Joe…ingat siapa tadi…khabar baik…?
Rakan Tak Rapat…”waah…lain macam Nampak sekarang…kau tak keja Oil & Gas lagi ker….?
Aku…”Tak lah Joe…dah lama pencen Oil & Gas…”
Rakan Tak Rapat…”Habis kau buat kerja apa sekarang…?”
Aku…”Kerja biasa biasa jer…niaga barang makan…?”
Rakan Tak Rapat…”niaga barang makan…barang apa tu…?”
Aku…”Jual makanan Jepun…Shushi, Bento dan lain lain…hantar ke customer secara COD..”
Rakan Tak Rapat…”waah…susah gak tu…tak kan laa ko belajar tinggi tinggi kerja jual kueh plak…?
Tiba tiba ahlia aku keluar dari Office pelanggannya dan melambai aku dari jauh dengan isyarat…jooom”
Rakan Tak Rapat bertanya lagi…”Isteri kau niaga sekali ker..?”
Aku…”Yer buat niaga sekali laa..”
Aku lalu melambai balik kat ahlia aku dengan isyarat..”5 minutes please” dan aku kata kat kawan aku…
“Bro…isteri aku Pemegang Ijazah Sarjana Muda Bio Medical tetapi dia pernah cakap kat aku…”Bang saya belajar tinggi tinggi ni bukan nyer niat nak menjawat “Jawatan Dunia” tapi cukup lah untuk membuat saya jadi cerdik supaya saya dapat mendidik anak dan zuriat saya agar tidak langgar perintah Allah dan tahu batas batas agama…”
Bhai, sememangnya benar seperti orang orang tua kita kata….mulut tempayan boleh ditutup tetapi tidak mulut manusia, segulung Ijazah Sarjana Mudah milik isteri aku Ayunie Russ masih di simpan di dalam laci almari.
Aku tak kisah apa yang korang nak kata tapi pokok pangkalnya aku juga berpegang kepada prinsip seperti mana yang ahlia aku katakana…tak per lah kalau susah di dunia yang sementara ini asalkan kita akan senang berkekalan di hari kemudian, dan belajar setinggi mana pun kalau halal haram masih tak tau nak beza maka lebih bagus kalau jadi orang kampong makan pakai setakat mana yang ada…
Betul tak…?
Wallahwaalam
Psst : orang kalau dah tak senang dengan Dakwah ni…kita buat apa pun jadi serba tak kena kat mata dia…
Monday, 29 June 2015
"Saya terpaksa beri anak saya kepadanya sebagai syarat bercerai" Ibu kandung Yaya
KOTA BHARU: Sana Abdul Malek, ibu kandung kepada kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang teruk didera berkata, dia terpaksa menyerahkan anaknya kepada suaminya apabila mereka bercerai pada 2013.
Dia yang berketurunan Thai-Muslim dan tinggal di Pasir Mas ini berkata, dia tidak tahan menjalani kehidupan berumahtangga dengan lelaki itu yang juga berketurunan sama.
"Saya tak tertanggung lagi untuk menjalani kehidupan dengannya; Saya terpaksa memberikan anak perempuan saya kepadanya sebagai syarat untuk bercerai, " kata Sana, 28, kepada The Star dalam satu temu bual telefon.
Dia menambah, keputusan untuk menyerahkan anak perempuannya adalah perjanjian peribadi dan bukan merupakan perintah mahkamah.
Sana menolak untuk menjawab soalan lanjut mengenai perkahwinan dan perceraiannya serta mengapa dia begitu terdesak untuk menamatkan perkahwinannya itu, lantas menamatkan temubual.
Doktor mendapati 13 tulang anak perempuan Sana telah patah selepas dia dimasukkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana disyaki didera.
Sana berkata dia melihat kesan lebam di badan anaknya itu selepas isteri kepada bekas suaminya berkata mereka mahu menyerahkan semula anak itu kepadanya kerana mereka tidak dapat menjaganya lagi.
Namun, timbul lebih banyak persoalan mengenai ibu bapa kanak-kanak itu sejak siasatan bermula.
Sumber yang rapat dengan penyiasatan itu berkata kedua-dua ibu bapa ini adalah pendatang tanpa izin apabila kanak-kanak itu dilahirkan tetapi kini tidak lagi berstatus pendatang dan menetap di sini secara sah.
Menurut sumber hospital, rekod lahir kanak-kanak itu mencatatkan nama orang lain sebagai bapa.
Pada masa itu, lelaki itu adalah seorang rakyat Malaysia.
"Saya berasa pelik kenapa seorang ibu kandung sanggup menyerahkan anaknya begitu sahaja.
"Adalah menyedihkan anak yang dilahirkan miskin menjadi pajak gadai dalam perjanjian itu dan akhirnya dia disiksa dan dipukul dengan kejam.
"Saya seakan tidak percaya suspek, yang dikatakan sebagai bapa anak itu, akan membenarkan perkara ini berlaku," kata sumber itu.
Pada Isnin, budak perempuan berkenaan telah menjalani pembedahan kecemasan kerana ususnya berpintal.
Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II, Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan berkata usus kanak-kanak itu mengalami masalah, iaitu berpintal sehingga mengakibatkan makanan tidak dapat bergerak dengan betul.
Dr Ghazali berkata dia telah dibawa masuk ke dalam bilik pembedahan pada jam 10.30 pagi Isnin dan pembedahan selesai satu jam kemudian. Keadaannya stabil dan dalam masa terdekat ini, dia tidak boleh makan apa-apa sehingga saluran usus itu pulih.
Ia adalah satu keadaan yang mengancam nyawa kanak-kanak itu.
"Dia tidak akan dibenarkan untuk makan selama 24 jam.
"Pada masa ini, tiada siapa yang dibenarkan melawatnya kecuali ibunya tetapi kita lebih mengambil berat tentang tulangnya yang patah itu.
"Kita perlu menunggu sehingga dia boleh berjalan untuk mengetahui tahap kerosakan fizikal," katanya kepada pemberita di hospital itu. -mStar
Jangan sesuka hati nak cakap "syok ler kakitangan kerajaan dapat bonus!!!"
Hari ni aku cuba untuk memberi penerangan mudah pada kengkawan / korang yg selalu cakap “untung la kakitangan kerajaan ada bonus”… Sebenarnya tiada istilah bonus pada kakitangan kerajaan ,yg ada hanyalah pemulangan “hak gaji kakitangan kerajaan”. Pasal apa?? Meh sini aku tunjuk simple calculation …pasei aku cikgu matematik,kena ler ajor mengkome matematik…
Setahun ada 365 hari, sebulan ada 30/31 hari, Sebulan ada 4 minggu , Seminggu ada 7 hari…
Apa yang berlaku sekarang… Pemberian gaji kakitangan kerajaan adalah mengikut BULAN.
365 / 12 = 30.4 . lebih kurang 30 hari la…
Sistem ni tidak lagi digunapakai di Negara-negara luar,mereka mengamalkan gaji mengikut MINGGU.
7 X 4 = 28 hari.
365/28 = 13 . Bermaksud 13 bulan/kali gaji dibayar setahun....
Sebab itu, Cuepacs cuba memperjuangkan gaji mengikut MINGGU, tetapi Kerajaan tidak mengiktirafnya sebab ianya merugikan.
Mana datangnyer bonus??
Pernah dengar tak kakitangan kerajaan dapat bonus 2 ke 3 bulan??? Tak pernah kan…. Yang ada BONUS SEBULAN DIBAYAR SECARA 2 KALI.
Bonus yang dapat sebulan tu sebenarnya, GAJI YANG BERHAK KAKITANGAN KERAJAAN DAPAT DALAM SETAHUN. Sebab tu Cuepacs mintak bonus 2 bulan, 2 bulan setengah…tapi yang kerajaan lulus sebulan aje…
Ok… Kita beralih plak pada Bantuan Hari Raya Pada Kakitangan Kerajaan yang dapat RM500 tu.. mana datangnya..??
Anggaran gaji kakitangan kerajaan yang bertaraf pemegang ijazah lebih kurang 3 atau 4 ribu…senang kira RM3000 la..jangan kira cikgu cabuk macam aku yg ada diploma ni dah tentu gajinya jauh lebih rendah.
RM3000 / 30 = RM100 sehari
Ingat tak pengiraan 365/12 = 30.4???
Cuba anggarkan gaji sehari RM100. Jadi 0.4 x 100 = RM400. Itu ler dianya bantuan raya tu..kerajaan topup RM100 ajer… Bijak kan??? Untung dapat Bantuan raya ker untung dapat Br1M??? Kakitangan kerajaan tak layak dapat Br1M. hmmmm…..
Kena ingat , kakitangan kerajaan juga merupakan penyumbang kepada cukai pendapatan Negara, Bonus yang diperolehi TURUT DIKENAKAN CUKAI …. So what u give, u take back!!!
So, jangan sesuka hati ler nak cakap ,”syok ler kakitangan kerajaan dapat bonus!!!” …Itu sebenarnya hak kami… Yang paling best ..” Bersyukurlah dapat daripada takde!!”… Yang memang thumbs up bila ada orang cakap “dah bagi pun,tak bersyukur langsung !!!”..wow…memang best ayat2 berkenaan tambah pada mereka yang tak tau apa2 tapi nak berkata-kata.
"Tak sekolah ker or ko memang bodoh"
Belumpun reda di laman sosial isu Azwan Ali memaki hamun seorang peminatnya yang mencadangkan restoran makan yang bernama Me'nate, kini muncul pula isu baru apabila Raja Azmi dimaki hamun hanya kerana cuba membetulkan caption Ramadhan di Instagram Azwan ali.
Alahai Diva AA, bulan yang mulia ini bawa-bawalah muhasabah diri...
Alahai Diva AA, bulan yang mulia ini bawa-bawalah muhasabah diri...
Kes wanita ditangkap mencuri 5 biji telur ini wajar buka mata
Kejadian ini wajar menjadi pengajaran kepada semua. Walaupun berlaku di luar negara, namun ia adalah satu contoh yang terbaik buat rakyat di negara ini. Baca lagi:
Helen, seorang perempuan kulit hitam di Alabama, Amerika Syarikat tertangkap mencuri dari sebuah pasaraya.
Dennis, anggota polis yang dipanggil untuk menahannya mendapati yang dicuri Helen hanyalah 5 biji telur. Dennis tidak jadi menangkapnya.
"Aku mencuri ini sebab aku dan anak-anakku tidak makan sejak 2 hari yang lalu", ratap Helen.
Ratapan Helen menyebabkan Dennis sayu dan pilu. Dennis membuat keputusan untuk menghantar Helen pulang ke rumahnya setelah membelikan untuknya sesarang telur.

Keesokan harinya, Denis dan rakan-rakan sepasukanya sekali lagi datang ke rumah Helen dengan 2 buah kenderaan penuh makanan dan keperluan hari.
"Encik tidak perlu melakukan ini", kata Helen terharu sambil memeluk Dennis.
Denis berkata: "kadangkala kepentingan kita pada KEMANUSIAAN jauh lebih besar daripada kepentingan kita pada undang-undang".
Semoga kita yang muslim mampu mengambil ikhtibar dari kisah ini. Jangan kerana mencuri satu tin susu bayi dihukum sehingga 2 tahun penjara.
Thursday, 4 June 2015
Puan Kalsom dedah kes penipuan pasangan jual anak di Facebook
Jika anda masih ingat dengan screenshot seorang lelaki yang menawarkan bayi dalam kandungan untuk dijadikan anak angkat, rupa-rupanya ia adalah satu kes penipuan. Puan Kalsom yang berasal dari Kedah, berniat untuk menyelamatkan bayi ini tampil mendedahkan penipuan pasangan tersebut. Baca lagi:
kisahnya bermula apabila saya bersetuju menolong seorang wanita bernama SUZEYANA BINTI JAAPA (NO IC : 870624-01-5040) untuk mengambil dan menjaga anak tidak sah taraf yang dikandungnya setelah melihat post di laman facebook bapak kepada bayi yang dikandungnya yang bernama ABDUL HAKIM BIN HAMDAN (NO. IC : 900612-04-5079).
Niat saya adalah untuk menyelamatkan bayi tersebut atas kekhuatiran mereka akan membuang bayi tersebut jika tidak menemui orang yang sanggup menjaganya atas rasa ihsan kepada mereka saya ada menghulurkan sejumlah wang ringgit untuk menolong mereka yang kesempitan wang dalam membayai segala kos rawatan si ibu sehingga bersalin.
Pada 30.05.2015 (sabtu) pukul 8.30 pagi ABDUL HAKIM BIN HAMDAN (NO. IC : 900612-04-5079) telah menghubungi saya melalui panggilan telefon memaklumkan bahawa SUZEYANA BINTI JAAPA (NO IC : 870624-01-5040) telah melahirkan bayi tidak sah taraf mereka. Justeru, saya dan keluarga dari Kedah telah bertolak ke Melaka dimana semasa dalam perjalanan ABDUL HAKIM BIN HAMDAN (NO. IC : 900612-04-5079) telah mendesak saya memasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya
(ABDUL HAKIM BIN HAMDAN akaun MAYBANK No. 104124030519) sebanyak RM800.00.
Saya tidak mengendahkan permintaannya kerana saya mahu melihat bayi dan ibunya terlebih dahulu. Untuk pengetahuan saya dan keluarga bertolak dari Kedah pada pukul 2.00 PM dan sampai di Melaka pada pukul 7.45 PM. Kami menunggu ABDUL HAKIM BIN HAMDAN (NO. IC : 900612-04-5079) di depan MAYBANK Ayer Keroh Melaka seperti yang diarahkannya.
Setelah berjumpa dengan ABDUL HAKIM BIN HAMDAN (NO. IC : 900612-04-5079), dia sekali lagi mendesak dan marah2 kerana kami tidak mahu menyerahkan wang seperti yang diminta kerana kami mahu melihat kewujudan bayi terlebih dahulu atas desakannya kami menyerahkan ke tangannya RM800.00 dan dia menyuruh kami mengekori keretanya dari belakang untuk berjumpa ibu dan bayinya. Malangnya dia telah melarikan diri dan menipu kami.
Kami telah pergi ke rumahnya yang beralamat No. 11 Jalan BJ 27, Taman Bertam Jaya, Cheng, 75260 Melaka, Melaka seperti tertera di icnya dan kami dapati rumah tersebut kosong tidak berpenghuni.
Di sini saya sertakan IC lelaki dan perempuan penipu tersebut berserta gambar2 mereka dan memohon jasa baik pihak admin memviralkan post kerana saya sedang mencari ibu bapa perempuan dan lelaki tersebut yang tidak mengetahui tentang kewujudan cucu yang baru dilahirkan tersebut.
Kami juga tidak mahu orang lain turut ditipu oleh kedua-dua orang penyangak ini yang pandai memujuk rayu dan meminta simpati orang. Diharap dengan viralnya post ini tiada lagi orang lain yang tertipu seperti kami sekeluarga.
SCREENSHOT WHATSAPP- Perbualan antara Puan Kalsom dengan Abdul Hakim:
Gambar-gambar pasangan penipu:
(Kredit Puan Rose Rozman)
Wednesday, 3 June 2015
6 Perkara yang perlu diamalkan ketika bersama anak-anak
1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.
2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkan kembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.
3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.
4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.
5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.
6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu. Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.
Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.
Gempar Laporan kapal terbang terhempas di Gua Musang, Kelantan (4 Gambar)
Satu mesej viral sedang beredar di media massa pada jam ini melaporkan satu kejadian kapal terbang terhempas di Kelantan. Laporan itu diterima melalui panggilan orang awam yang mendakwa ternampak sebuah pesawat terbang rendah dalam keadaan bernyala seperti sedang terbakar. Mesej tersebar seperti berikut:
LAPORAN KAPAL TERBANG TERHEMPASWalaubagaimanapun, sehingga ke saat ini lokasi kapal tersebut masih tidak ditemui oleh anggota penyelamat yang dikerah. Menurut satu lagi mesej tersebar mengatakan menara kawalan telah melaporkan tiada signal menunjukkan sebarang pesawat terputus hubungan ataupun hilang dari radar.
PGO Kelantan terima panggilan daripada RC KL 15-0011380 ,caller mengatakan kapal terbang jatuh dialamat Block 7 Kampung Lata Manis Gua Musang pada jam 20:35 malam tarikh 03/06/2015 :-
Jentera terlibat - FRT Gua Musang -3 anggota
- RRV Gua Musang -3 Anggota
- Hilux Gua Musang - 2 Bersama Ketua Balai
- PBS - Bertam - 3 orang
Pada jam 22:02 ketua balai gua musang menghubungi PGO Kelantan ,Maklumat terkini mengatakan telah sampai dilokasi yang dilaporkan kapal terbang jatuh tetapi tidak menjumpai kapal terbang yang jatuh tersebut buat masa ini, Ketua Balai Gua Musang masih mencari lagi bersama orang-orang kampung tersebut.
As Salam Ydh Tan Sri, melalui 999 telah menerima panggilan drp Pengadu:Gambar orang ramai berkumpul berdekatan lokasi :
Maklumat
Mengikut pengadu pada jam 8.30 mlm nampak kapal terbang terbang rendah dgn lampu merah biru menyala..mengikut pengiraan pengadu kapal terbng tersebut telah terhempas di limau kasturi/jeram tekoh ( belakang Ecer Rantau Manis ).
Tindakan :
1) Utk makluman Ydh Tan Sri, pihak kita telah menghubungi tower air trafik control Kota Bharu menyemak mengenai perkara ini dan di dapati semua kapalterbang selamat mendarat.
2) Berhubung dgn pihak TUDM yg berpengkalan di Kuantan pun tiada pesawatnya yg hilang.
3)Mengarahkan MPV dan anggota balai yg berdekatan Balai polis paloh utk pergi membuat search..masih negatif atau tidak ada apa2 insiden setakat ini berlaku.Penduduk kpg juga memaklumkan tiada dengar bunyi letupan.
4) Pihak kita sedang memanggil pengadu yg berkaitan utk mengambil statement utk mengetahui lebih lanjut mengenai maklumat yg diberi oleh beliau utk tindakan lanjut.
Utk makluman Ydh Tan Sri..Salam hormat..tq
Info dr bomba kb.

Screenshot Flightradar Pesawat Firefly FY2070 menuju ke Kota Bharu yang turut dikepilkan dalam mesej yang tersebar juga adalah palsu. Pesawat tersebut dilaporkan selamat mendarat.
Bomba menuju ke Lokasi:

UPDATE TERKINI:
Polis Kelantan dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim pada jam 11.45 malam tadi mengesahkan tiada sebarang penemuan bangkai kapal terbang terhempas di RKT Jeram Tekoh, Gua Musang sebagaimana yang diviralkan dalam laman sosial.
Tuesday, 2 June 2015
"Pelarian Rohingya disusukan, rakyat Malaysia mati kelaparan"
Gara-gara sebuah tajuk dalam screenshot Harian Metro "Golongan Tertindas - Pelarian Rohingya layak terima zakat" yang dimuatnaik di laman Facebook portal berita itu, pelbagai respon diterima oleh pengguna media sosial.
Namun, komen Puan Nudra Syafinie mendapat perhatian Netizen apabila meluahkan perasaannya yang gagal dalam permohonan zakat walaupun dalam keadaan yang begitu terdesak. Komen beliau yang mendapat 1,892 jumlah likes itu turut di sokong ramai pelayar maya yang mendakwa ramai lagi rakyat Malaysia yang lebih layak diberikan zakat berbanding Pelarian Rohingya. Baca lagi luahan beliau:
Ibu tetak anak sampai mati kerana tak mahu makan sayur
Palembang: Kerana enggan memakan sayur yang dihidangkan, seorang ibu bertindak kejam apabila menetak anak kandungnya sendiri dengan menggunakan parang sehingga mati.
Kejadian Sabtu lalu itu berlaku ketika Lisma, 53, makan bersama anak lelakinya, Eman Wijaya, 12, di rumah mereka di kampung Tanjung Muning di Muara Enim dekat sini.
Lisma berang selepas Eman enggan memakan sayur yang dimasaknya.
Suspek kemudian mengambil parang dan menetak anak bongsunya itu beberapa kali sehingga mati.
Ketua polis Muara Enim, Nuryanto berkata, mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di belakang kepala, leher dan bahu.
“Wanita itu ditahan selepas beberapa jiran yang terlihat mayat mangsa terbaring berlumuran darah di bawah meja makan membuat laporan polis.
“Mereka masuk ke rumah wanita itu selepas mendengar jeritan suspek dan mangsa,” katanya. - Agensi
Monday, 1 June 2015
Isteri rasa terhina jumpa gambar lucah dalam group whatsapp suami
Tulisan ini dikongsikan oleh Puan Nur Farina Binti Abdullah bagi menjawab persoalan yang timbul oleh seorang wanita yang menghadapi masalah rumahtangganya yang semakin renggang ditambah lagi dengan perasaan dilema apabila terjumpa gambar-gambar lucah di dalam Group Whatsapp suaminya.
Kiriman wanita tersebut:
Salam Kak... Maaf mengganggu akak pagi2 ni..
Happy je tgk family akak.. akak boleh kaunseling pasal rumahtangga kan.. Hehehe
Sebenarnya saya taktahu nak cerita tntang apa tetapi entahh... makin lama, makin rasa sunyi dlm rumahtangga saya..
Suami pendiam, saya jenis banyak cakap.. nak berbual dgn dia pun takde topik..
Sekarang, tgk dia ada group wassup dgn kawan2 tmpt kerja, kadang2 bila cek kawan dia hantar gambar lucah.. Raasa nak marah pun ada...
Ke saya yg cemburu?
Apa yg saya kena buat?
Jawapan Puan Nur Farina:
Saya rasa masalah dalam wassap grup kaum suami dengan kawan2 dipenuhi gambar2 lucah bukan setakat satu dua org isteri sahaja mengalami masalah ini. Saya rasa isteri2 lain pun berdepan dengan masalah yang sama.
Malah saya sendiri pun berdepan dengan masalah ini apabila melihat wasap grup kawan2 suami saya dipenuhi oleh gambar2 lucah yang dihantar oleh rakan2nya.
Nak marah siapa? Nak marah suami? Macam tak patut sebab suami kita tak terlibat dalam acara mencari gambar2 lucah utk disebarkan pada rakan2 tapi rakan2 yang berusaha mencari gambar2 lucah dan sebar utk tatapan mata rakan2 dalam grup tersebut.
Apa yang perlu kita buat sebagai isteri?
Kalau saya, saya suruh jer cik suami keluar dari grup tersebut. Kenapa perlu bertahan melihat gambar lucah perempuan lain sedangkan anda ada isteri yang boleh anda suruh beraksi lucah utk tatapan anda.
Tapi kalau kita suruh suami keluar dari grup mungkin mereka akan mengamuk cakap kita cemburu buta, cakap kita nak kontrol mereka dan sebagainya... kan?
Tapi kalau saya jadi suami, saya keluar jer dari grup tersebut sebab utk apa berada dan berkawan dgn mereka yang suka melihat dan menyebar gambar lucah utk tatapan mata kita? Nak tambah dosa yg sedia ada sedangkan kita ada pilihan utk menjauhi dari orang2 yang masih lagi belum kenal dosa pahala?
Atau tidakkah kita terfikir Faktor usia yang semakin pendek ntah bila akan mati?
Atau tidakkah kita terfikir kalau2 anak2 main hp kita dan jumpa macam2 gambar lucah dalam hp milik ayah mereka dan gambar itu bukan gambar ibu mereka?
Atau tidakkah kita terfikir dalam syok kita mencari dan menyebar gambar lucah, sekali kita terjumpa gambar isteri atau anak2 gadis kita atau ada kawan2 yg menyebar gambar lucah yang kita yakin itu adalah isteri kita?
Mungkin suami tak tahu bahawa isteri rasa terhina bila melihat suami dan rakan2 Saling menyebar dan melihat gambar2 lucah dan suami tidak mengambil tindakan menghindar dari perkara tersebut dengan alasan "saya tak tgk saya tak sebar, yang sebar tu orang lain".
Ok. Sebagai rakan yang baik, tegurlah rakan2 yg suka menyebar dan melihat gambar2 lucah. Jika mereka mengejek kita kununnya kita mahu tunjuk baik dan alim, jauhilah mereka kerana orang2 seperti itu tidak sesuai dijadikan kawan.
Jadi sebagai suami, cuba periksa ada tak diantara wasap grup anda yang suka menyebarkan dan melihat gambar lucah?
Jika ada... fikir2kanlah apa tindakan paling bijak yang boleh anda ambil.
Kisah menantu sombong & "Queen Control" ini wajar buka mata
"RAMAI dalam kalangan kaum wanita yang sudah berumahtangga, mereka boleh berdikari walaupun tanpa suami di sisi. Namun tidak ramai antara mereka lemah seperti saya sentiasa takut, tidak berani bertindak, sebaliknya saya sentiasa bergantung, sama ada dengan ibu atau pun anak, setelah ketiadaan suami.
“Inilah keadaan diri saya. Saya mengaku lemah dan tidak berani bertindak sendirian. Nasib saya bekerja, jika tidak saya boleh mati tegak, sebab tak tahu apa patut saya buat selepas kematian suami. Nasib ada anak lelaki sulung. Izat namanya dialah tempat saya bergantung dan berbincang sebelum saya buat keputusan’’. Itu cerita Rosnani dalam e-melnya.
“Ketika itu Izat belum kahwin, masih belajar di universiti dalam tahun akhir, tetapi dia jadi kekuatan saya bersama tiga orang lagi anak-anak saya yang masih belajar. Sebenarnya saya bukan penakut, tetapi tak berani buat keputusan, sebab sepanjang berkahwin suamilah buat keputusan, saya jadi pak turut. Segala tindakannya saya tak pernah bantah.
“Suami saya meninggal ketika usianya baru masuk 50 tahun. Jadi anak lelaki sayalah yang menguruskan semua urusan harta, pencen, ansuran dan sebagainya. Saya cuma bertanya apa yang belum dan sudah dilakukannya. Pendek kata dialah harapan saya.
“Pencen suami yang saya dapat tak banyak, tetapi dapat tampung perbelanjaan pelajaran anak-anak, sementara Izat ada biasiswa. Dia nasihatkan saya apa patut dan tak patut saya lakukan. Namun saya ada sampaikan hasrat arwah suami yang ingin besarkan rumah yang kami diami ini untuk keselesaan anak-anak yang semakin membesar dan untuk buat kenduri kahwin mereka nanti jika ada rezeki.
“Untung Izat tak bantah, malah dia buat cadangan macam mana kami boleh lakukan untuk besarkan rumah. Paling tidak hajat ayahnya hendak besarkan dapur dan tambah sebuah bilik akan tercapai. Tapi duit tak cukup. Kata Izat saya kena sabar setahun dua lagi untuk kumpul duit dicampur dengan sedikit duit tinggalan arwah untuk besarkan rumah.
“Kata Izat dia izinkan saya gunakan duit tinggalan ayahnya yang menjadi hak mereka untuk besarkan rumah, malah anak anak lain pun izinkan. Lagi pun rumah itu untuk kebaikan semua bukan saya sahaja.
“Saya yang tak faham bab faraid ikut saja keputusan Izat. Malah Izat mohon saya berdoa supaya dia lulus cemerlang dan cepat dapat kerja, bolehlah dia turut bantu saya. Ketika itu besarnya hati hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Saya rasa betuah dapat anak seperti Izat sanggup bantu saya yang lemah ini. Malah Izat berjanji bila bekerja nanti dia akan bantu adik-adik kalaupun bukan dengan wang ringgit, tetapi dia akan menasihati mereka. Dan lebih penting dia tidak akan segera kahwin hinggalah anak kedua saya masuk universiti.
“Tetapi kita manusia mampu merancang, Allah menentukan dan Allah sentiasa menguji hambanya tanpa disedari. Selepas setahun bekerja, tiba-tiba satu hari Izat beritahu saya dia nak kahwin. Ketika itu terasa gelap mata saya mendengar kata-kata Izat. Kelu rasanya lidah untuk bertanya. Terkedu saya seketika.
“Katanya dia sudah lama berkawan dan mereka sama-sama belajar di universiti dahulu. Katanya lagi dia tak boleh tangguh lagi sebab keluarga temannya itu sudah mendesak supaya cepat kahwin. Selepas tersedar daripada terkedu, saya tanya Izat macam mana dengan janjinya dulu. Rumah belum dibuat, janjinya dulu dia hendak membantu. Tetapi jika dia kahwin segera, tentu urusan membesarkan rumah akan terbengkalai.
“Maklumlah bila hendak berkahwin, Izat pasti dahulukan hasratnya mengumpul duit buat hantaran belanja, belanja kenduri kahwin, hantaran persalinan dan macam-macam lagi. Kata Izat saya tak perlu buat kenduri di rumah, tak perlu besarkan rumah, sebab urusan kenduri kendara hanya akan dibuat sebelah perempuan sahaja. Tapi hasrat saya ingin juga buat kenduri di rumah sendiri, paling kurang lima dulang nasi.
“Saya suruh Izat dan temannya berunding dan minta tangguh paling kurang setahun dua, sebab saya ingin besarkan rumah dan nak buat tambahan bilik. Kini tiba pulak giliran Izat termenung. Sebab dulu dia yang berjanji akan bantu saya.
“Sementara itu Izat hendak bawa kawannya jumpa saya dan berkenalan. Saya tak ada halangan, tapi saya ingatkan Izat, lagi cepat dia datang jumpa saya lagi cepat dia mahu segera dinikahkan. Paling tidak dia hendak segera bertunang. Tetapi Izat nafikan, sebulan kemudian dia bawa kekasihnya Intan Adlina jumpa saya di rumah.
“Tepat seperti diduga, Intan mendesak supaya mereka segera bertunang. Sedangkan ketika dia datang ke rumah saya, dia tidak sebut pasal bertunang, dia banyak berdiam diri sambil melihat keadaan rumah kami. Sebenarnya pada pandangan saya Izat masih muda lagi belum pun 25 tahun, jadi mengapa mesti kahwin segera. Lagi pun dia ada tanggungjawab yang belum beres. Sementara Intan baru habis belajar belum pun bekerja.
Janji
“Dalam kerisauan, saya terus meminta Izat supaya bersabar, paling tidak kami mesti besarkan rumah dahulu. Saya tak mahu duit arwah yang terkumpul terpakai, maklumlah duit dalam tangan dan saya bimbang hasrat arwah ayahnya tak kesampaian.
“Saya janji pada Izat kalau nak bertunang pun tunggulah hingga rumah siap. Sebab saya tak tahu nak pilih kontraktor. Macam mana nak reka bentuk bilik dan sebagainya.
“Tambah kecut perut rasanya bila memikirkan mampukah saya mengendalikan anak-anak yang sedang belajar, nak buat tambahan rumah kalau Izat teruskan juga hasratnya nak bertunang dan berkahwin. Kerana itu saya minta Izat bersabar dahulu.
“Syukur Izat dengar hasrat saya, dan segerakan hasrat membina rumah walaupun terpaksa mengecilkan binaan kerana duit tak cukup, sebab Izat tak bantu kerana hendak guna duit untuk kahwin. Sebaik rumah siap Izat mohon hasratnya ingin bertunang dipenuhi. Saya terpaksa ikut. Bila urusan meminang tiba di rumah Intan, ayahnya terus meminta supaya ditiadakan pertunangan dan meminta perkahwinan disegerakan.
“Alasannya dia tak mahu urusan yang baik (berkahwin) dilewatkan, malah katanya bina rumah boleh tangguh, tetapi urusan perkahwinan mesti disegerakan kerana itu lebih wajib dan dia tak mahu tanggung dosa. Terkedu saya dengar ketegasannya. Lebih sedih bila dengar suara ayah Intan yang kasar menyindir dan malukan saya dihadapan rombongan kami. Agaknya kerana saya perempuan tidak ada suami, maka dia boleh bersuara sesuka hati. Meleleh air mata saya terasa dimalukan depan khalayak ramai.
“Kerana di desak, saya ikut kehendak Izat dan ayah Intan. Enam bulan kemudian majlis perkahwinan berlangsung. Selepas kahwin saya bukan sedih kerana Izat pindah, tetapi kecewa bila Izat tidak boleh balik ke rumah sesuka hati. Sebagai contoh, setiap kali Izat datang ke rumah, setengah jam kemudian Intan telefon suruh pulang.
“Lepas kenduri dahulu semua orang puji saya bertuah dapat menantu terpelajar dan cantik. Tetapi mereka tak tahu saya sedih sebab saya tahu perangai Intan tidak sebaik wajahnya. Sejak mula berkawan dengan Izat lagi dia kawal pergerakan Izat. Dia langsung tak berbudi bahasa apabila bercakap dengan adik beradik Izat, dengan saya dia langsung tak bercakap. Perangainya lebih teruk selepas berkahwin.
“Agaknya pada fikiran Intan setelah berkahwin keluarga suami tidak perlu lagi, yang lebih penting cuma menjaga dirinya sebagai isteri sahaja. Tetapi sedarkah Intan bahawa hubungan antara ibu dan anak tidak akan putus, tetapi antara isteri dan suami bila-bila boleh terpisah. Dan tahukah Intan bahawa ibu menjadi tanggungjawab anak lelaki paling utama selain ayah dan adik beradiknya, jadi tahukah Intan di mana kedudukan dirinya sebagai isteri?
“Saya tak bencikan menantu, saya terima apa juga pilihan anak saya, tetapi jangan cuba pisahkan ibu dengan anaknya! Jangan persoal berapa kali Izat balik ke rumah ibunya dalam sebulan. Seperti yang dikatakan, saya perlukan Izat kerana dia anak lelaki sulung dan tiga orang lagi anak-anak saya semuanya perempuan. Mereka juga perlukan nasihat abangnya kerana itulah caranya kami dibentuk oleh arwah suami saya.
“Saya sedih sejak tiga tahun berkahwin, cuma tiga kali Intan datang ke rumah kami itupun pada hari raya keempat. Adakah menantu anda buat seperti itu kepada anda? Saya tak faham mengapa menantu saya benci sangat pada kami. Kesimpulannya, saya nasihatkan kaum wanita jangan jadi macam saya terlalu bergantung pada suami, kerana bila suami tidak ada, isteri jadi macam orang bodoh.
“Kepada kaum wanita janganlah meletak harapan terlalu tinggi kepada anak, kerana biasanya anda akan kecewa setelah anak berkahwin, tak kira anak lelaki ataupun perempuan. Nasihat saya kepada wanita didiklah anak-anak supaya sayangkan ibu mertua sama seperti dia sayangkan ibu sendiri. Dan sayangilah mertua anda seperti anda menyayangi suami anda.’’ Itu cerita Rosnani tentang pengalaman pahitnya bermenantu.
--Utusan
Subscribe to:
Comments (Atom)



































