Sunday, 29 March 2015

Cerita sebenar Video Kakitangan Kastam Nyayi Lagu GST didedahkan


Beberapa hari lalu tersebar satu Video sekumpulan Kakitangan Kastam menyanyikan lagu GST. Video tersebut mendapat kritikan ramai pengguna media sosial kerana kualitinya yang teruk disamping nyanyian daripada kakitangan yang hambar.

Figura media sosial terkenal, Saiful Nang melalui laman Facebooknya turut memberikan komen troll dengan menimbulkan persoalan adakah video itu video rasmi GST kerana ia seakan dikeluarkan oleh budak sekolah rendah.

Namun, Posting terbaru Saiful Nang mendedahkan cerita sebenar di sebalik pembikinan video tersebut. Saiful Nang yang menerima Private Message daripada seorang pengikutnya menceritakan bahawa video itu diambil pada 3 tahun yang lalu dan bersempena dengan perhimpunan bulanan jabatan mereka dan hanya untuk tontotan dalaman sahaja.

Beliau nyata kecewa dan sedih kerana ramai yang menyebarkan video itu tanpa mengetahui motif disebaliknya.

Baca luahan hati beliau:


Di sebalik luahan hati itu, Saiful Nang turut menerima kritikan pengguna media sosial di dalam ruangan komen yang mendakwa Saiful Nang sebagai figura terkenal sepatutnya tidak menyebarkan budaya Troll di kalangan pengikutnya.


Suami kantoi kahwin lain parah kasut tumit tinggi Chanel melekat di kepala


Sekeping gambar tersebar apabila seorang lelaki terlantar di Hospital Prince Court dengan kasut tumit tinggi jenama Chanel tertusuk di kepalanya. Punca kejadian itu didakwa berlaku apabila isteri pertama lelaki itu mengetahui mengenai isteri kedua yang dikahwini oleh suaminya.

Mungkin akibat berang dimadukan, wanita itu mengambil tindakan diluar jangka dengan menyerang suaminya menggunakan kasut tumit tinggi.

Kejadian ini seharusnya memberi pengajaran kepada lelaki lain yang bercadang berkahwin lain secara sembunyi-sembunyi. Biarlah para suami memberitahu mengenai hajat dihati untuk mengelakkan berita-berita seperti ini tersebar dimasa akan datang. -Tengoktvonline
Kejadian yang dimuatnaik dan tersebar di Facebook 

Saturday, 28 March 2015

Lelaki rela bunuh diri calon isteri pilihan keluarga hodoh (3 Gambar)



Shiyan (China): Seorang pengantin lelaki yang kecewa kerana dipaksa mengahwini wanita yang hodoh, cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam tasik.

Polis tiba di tempat kejadian selepas menerima laporan yang mengatakan lelaki dikenali sebagai Kang Hu cuba melemaskan dirinya dengan menelangkupkan mukanya ke dalam air.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan sempat diselamatkan dan dibawa keluar dari air untuk diberi rawatan dan keadaannya kini dilapor stabil.

Menurut pegawai Hou Kunshan yang menemui lelaki terbabit, dia mengesyaki sesuatu tidak kena apabila melihat seorang lelaki terapung dengan muka mengadap ke bawah air.

“Apabila mendekati lelaki terbabit, barulah kami menyedari dia cuba membunuh diri,” katanya.

Selepas keadaan lelaki terbabit reda, polis menyoal mengapa dia sanggup berbuat demikian.

Lelaki itu menjawab: “Saya tidak gembira dengan perkahwinan yang dirancang oleh keluarga kerana wajah wanita itu hodoh, dan sebab itulah saya membuat keputusan untuk membunuh diri.” - Agensi



Thursday, 26 March 2015

(7 Gambar) Polis Kacak ini jadi kegilaan wanita!

BEIJING 26 Mac – Tugas sebagai anggota polis sememangnya diakui sukar dan mencabar apatah lagi jika memiliki wajah yang kacak menyerupai pelakon terkenal.

Itulah yang berlaku di bandar Chongqing, China apabila seorang polis lelaki menarik perhatian ramai pelari wanita ketiga ditugaskan mengawal acara maraton di bandar tersebut.

Menurut laporan portal Mail Online, polis berkenaan, Long Keyi dikerumuni beratus-ratus wanita yang mahu mengambil gambar bersama disebabkan paras rupanya yang seiras bintang filem Hong Kong, Wallace Chung(Gambar kanan).


Malah kegilaan ratusan wanita itu terhadap kekacakan Keyi, menyebabkan acara maraton terbabit terganggu kerana mereka tidak lagi mahu meneruskan larian selain menyebabkan kesesakan trafik.

Jumlah wanita yang semakin ramai mengelilingi kereta yang dipandu anggota polis berusia 29 tahun itu juga menyebabkan dia sukar meninggalkan kawasan maraton.

Seorang peserta, Chyou Teng, 26, berkata, orang ramai terutamanya wanita tidak lagi tertarik untuk mengetahui pemenang larian maraton itu, sebaliknya lebih berminat untuk bergambar dengan Keyi.

Bagaimanapun, rakan setugas Keyi, Dewei Fu berkata, kegembiraan semua wanita terbabit mungkin tidak lama apabila mengetahui status rakannya yang telah berkahwin baru-baru ini.

“Dia baru bertugas semula selepas melangsungkan perkahwinan, jadi isterinya mungkin tidak terkejut dengan tarikan yang dimiliki oleh suaminya.

“Tetapi, disebabkan kejadian tersebut, Keyi mengambil cuti dan tugasnya digantikan dengan anggota polis lain yang kurang kacak,” katanya.







Kenapa Orang Melayu Susah Nak Kaya? Baca Artikel Ini!


Tulisan otai hartanah, Faizul Ridzuan di Facebook beliau sememangnya sasarannya tepat menuju orang Melayu. Bacalah kritikan ini bukan kosong, tapi kritikan membina:

SOTONG == SONTOT? KENAPA ORANG MELAYU SUSAH NAK KAYA?

Baru-baru ini, ada keratan surat khabar yang menunjukkan bahawa orang melayu cuma memiliki kurang dari 9% daripada jumlah kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia. Walhal kalau ikutkan populasi orang Melayu ada 60%. Kenapa jumlah kekayaan org Melayu di Malaysia ni sikit sangat? Mungkinkah kerana orang melayu sering ditindas atau dibuli oleh orang bukan melayu?

Kalau ikut pendapat saya, orang melayu akan kekal miskin sebab kita tak mahu belajar cara nak tingkatkan ekonomi dan memandaikan diri. Anda tgk gambar buku best-seller di MPH pun anda dah nampak perbezaan kualiti bacaan buku org melayu. Mereka lebih berminat mengetahui bertapa sotongnya, perfect, sombongnya suami-suami mereka.

Nak bukti lagi? Cuba teka majority orang apa yang pergi :

1. Perhimpunan bantahan GST

2. Yang layan drama cerita suami sotong, n raja lawak

3. Turun Karnival mengarut macam JomHeboh!

4. Yang minta dan harapkan BRIM.

5. Yang tukar kereta setiap 2-3 tahun tapi rumah sewa je. Seangkan mereka tahu yang kereta tu akan susut nilainya

6. Duduk rumah sewa lama2. Harga hartanah akan makin lama makin mahal. Lepas tu menyalahkan semua pihak lain kerana harga hartanah dah sampai level "mampu-tengok" saja sbb bila time rumah masih level mampu milik, mereka sibuk beli besi buruk mcm kereta, henfon.

7. Bila suruh berniaga atau kerja sales, mereka cakap pekerjaan ini takde kelas. Lebih senang berkerja pejabat dlm aircon walaupun gaji kecil.

8. Duit takde tapi terus nak kahwin. Sanggup berhutang RM20k-RM50k utk kawin.
Kalau nak terus buat perkara diatas, jgnla lepas ni sibuk nak salahkan org lain, kerajaan, bangsa kenapa kita kekal di takuk lama n tak berharta. Jangan nak salahkan orang Indonesia atau Bangla yang bekerja keras sampai boleh bukak perniagaan sendiri. Allah itu maha adil, siapa yang berusaha lebih akan dapat lebih, tak kira warna kulit ataupun agama.
Ketika kita sibuk di buat semua benda karut di atas, ada yang sibuk buat benda lain :

1. Fikir macammana nak tingkatkan pendapatan 60% sbb GST 6% akan bermula bulan depan secara berniaga atau pelaburan.

2. Pergi belajar ilmu pelaburan sebelum melabur apa pun. Byk sifu-sifu terer yang low profile mcm :
Saham : Alwi Adam EzazWealth, Pakdi Suzardi M,
Hartanah : Abang Ensem, Rohaniahnoor Di Sini, Azizul Azli Ahmad, Shafie Bustan,Ishmael Ho, Wan Infolelong
Emas : Azizi Ali Mentor Wang, Afyan Mat Rawi.
Kewangan (simpan duit): Azizi Ali, Zaidi Ismail

Bukan mahal pun. Kalau anda rasa nak bayar beli buku RM30 dan masuk kursus RM200-RM300 tu mahal, cuba tanya mereka yang pernah kerugian berpuluh dan beratus ribu sbb salah melabur.

3. Belajar ilmu perniagaan dgn pakar perniagaan macam Pn Ainon ( maaf saya tak dapat nak tag beliau. Kalau ada berkawan dgn beliau boleh tag dia ke post ini).

Masih tak percaya lagi? Cuba teka bangsa mana yang tak nak belajar lepas tu kena sontot emas, FX, MLM dan pelbagai variasi skim cepat kaya/sontot? Bila kerja kita asyik baca buku/tgk tv mengenai suami sotong, mmg padanlah kita disontot.
WE ARE, WHAT WE READ.TO CHANGE YOUR LIFE, CHANGE WHAT YOU READ EVERYDAY.

KITA ADALAH APA YANG KITA BACA. KALAU NAK UBAH NASIB, KENA UBAH BAHAN BACAAN

Kisah sayu kehidupan Imam Muda Asyraf di awal perkahwinan


Baca luahan rasa Imam Muda Asyraf yang menceritakan kisah kehidupannya di awal perkahwinan bersama isteri. Semoga menjadi pengajaran dan pedoman buat pasangan baru berkahwin yang lain:

Teringat sewaktu sy mula berkahwin dulu. Masih belajar di UM. Tiada pekerjaan tetap. Apapun Terima kasih kpd mertua yg sudi menerima insan yg serba dhaif ini menjadi menantu. Walaupun ketika itu mrk tahu sy tak mempunyai sumber kewangan yg utuh. Sy buat partime sbg imam rawatib di masjid sebab nak sara anak orang sbg isteri. Dgn gaji RM350 sebulan di Kuala Lumpur apalah sangat yg mampu dinikmati. Sedangkan sewa rumah ketika itu RM450 sebulan. Terpaksa berniaga cari duit tambahan jual kitab. Buat home tuition. Basah kuyup bersama isteri menaiki motorsikal EX5. Menunggu bas di Pudu bersama utk pulang ke kampung.

Apa yg sy kagum dan sy akan ingat selamanya ialah pesanan dari seorang isteri : "Abang.. Ayang tak minta abang bawa balik kemewahan. Tapi cukuplah dgn bawa pulang kpd keluarga rezeki yg barakah"...

Beliau langsung tak pernah minta wang utk beli pakaian melainkan apa yg sy belikan. Beg tangan dan Kasut seadanya. Kadang terusik di dalam hati seorang suami utk membeli sesuatu utk menggembirakan isteri. Tp si suami tak mampu.

Rumah flat yg tiada katilnya beralas toto. Lantai simen tanpa tikar getah. Tiada meja makan, Kotak sebagai alas pinggan. Almari zip yg terkoyak di sisinya. Tapi saat itulah saat yg paling bahagia. Detik itulah yg paling sakinah. Payah namun indah. Rumah sempit namun hati lapang.

Perit dahulu menekan keangkuhan. Sakit dahulu mengingatkan kesombongan. Semua yg kita dapat sekarang adalah pemberian Tuhan. Dia beri pinjam hari ini, maka tak sukar utk Dia ambil semula esok hari. Beringat wahai si tuan badan.

Sy kongsi kisah ini bukan utk khabarkan sejarah diri semata. Krn sy tahu rasa sy ini pernah juga dirasai kebanyakan pasangan. Sy tidak berseorangan dalam merasai pengalaman ini. Ramai yg turut melalui. Bersyukurlah apa yg ada. Sebelum menangis bila dah tiada.

Mereka menerima kita saat kita bukan siapa-siapa. Mereka terima kita saat kita tiada apa-apa. Mereka disisi saat tiada siapa mengenali. Mereka bangga dgn kita walau kita tiada nama. Mereka sudi disisi kita walau kita tidak berharta.

Semoga Allah mengAbadikan bahagia ini hingga ke syurga.

Nukilan : IMAM MUDA Asyraf

Wednesday, 25 March 2015

Pasangan buat aksi tidak senonoh atas motorsikal didenda RM60 (Gambar)



Satu pasangan yang melakukan aksi tidak senonoh di atas motorsikal di Lebuhraya Goa, India berjaya ditahan Polis. Sebelum itu, Gambar pasangan tersebut menjadi viral di media sosial setelah ahli Politik India, MP Vishnu Surya Wagh memuat naik gambar tersebut di dalam Facebook beliau.

"Melakukan seks ketika menunggang motosikal... tiada siapa yang akan menghalang anda…Ini adalah Goa…S#ks pada waktu terang ini berlaku di jambatan Mandovi pada waktu tengah hari Ahad"

“Tidak ada seorang pun anggota polis yang menghalang mereka. Bagi mereka yang merakamkan gambar ini…apa yang akan anda katakan,’’ kata sinis Vishnu.

Susulan itu, polis telah bertindak dengan mengesan nombor plat motosikal terbabit. Rupa-rupanya motosikal tersebut milik sebuah syarikat sewa dan mereka telah memberikan alamat pasangan itu.

Pasangan itu didenda RS1000 (Lebih kurang RM60) atas kesalahan tersebut.

Kisah sebenar bagaimana Guru,52 nikahi Anak Murid,18 (3 Gambar)


Beberapa hari lalu tersebar gambar mengenai pernikahan antara guru lelaki berusia 52 tahun dengan anak muridnya yang telah berusia 18 tahun.

Melalui perkongsian seorang pengguna Whatsapp, Mohd Hisham mendedahkan anak murid yang dikahwini guru lelaki itu adalah kawan karib kepada anaknya di SMK Baling, di tempat dia mengajar.

Menurut Hisham lagi, disebabkan anak muridnya itu datang ke rumahnya untuk tidur bersama anaknya, maka dari situlah hati guru lelaki itu mula tersangkut(terpaut) sehinggalah kini telah berjaya memperisterikan anak muridnya itu.

Kisah ini sememangnya unik walaupun sebenarnya telah banyak perkahwinan yang berlaku di antara guru dan anak murid di Malaysia. Cuma tak dihebohkan seperti sekarang disebabkan kecanggihan teknologi pada masa kini.

Apapun marilah kita doakan agar perkahwinan guru dan anak murid ini diberkati dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Aminnn.


Admin Group Whatsapp Ditikam Kerana Remove Ahli (Gambar)


Screenshot gambar sadis seorang lelaki terlantar akibat ditikam dengan pisau di bahagian punggungnya tersebar di Media Sosial.

Kejadian yang berlaku di India itu berpunca apabila lelaki tersebut yang bertindak sebagai Admin Group Whatsapp telah mengeluarkan seorang ahli dari Group mereka. Mungkin akibat berang dengan perkara itu, ahli tersebut mengambil tindakan diluar jangka.

Kes ini mengejutkan ramai pengguna Whatsapp yang lain. Sudah tiba masanya Admin Group Whatsapp yang ada di Malaysia mengambil langkah berhati-hati ketika mengawal Ahli Group masing-masing. Mungkin selepas ini, perlu ada surat atau notis pemberitahuan awal sebelum mengambil tindakan mengeluarkan mana-mana Ahli Group. -TengokTVonline

Monday, 23 March 2015

(6 Gambar) Majlis "Perkahwinan BogeI" buat pasangan tidak berharta



Sepuluh pasangan menyertai satu Majlis Perkahwinan beramai-ramai di Taman Tema Hangzhou, China pada hari Ahad lepas. Walaupun dinamakan Majlis "Perkahwin BogeI", tetapi kesemua pasangan memakai pakaian dalam dengan dihiasi lukisan berwarna warni.

Mengikut tradisi rakyat China, Majlis 'Perkahwinan BogeI' seperti itu adalah perkahwinan yang menyaksikan pasangan pengantin disatukan atas dasar cinta, namun tidak mempunyai harta seperti rumah mahupun kereta yang didaftarkan atas nama mereka.

Selain menjimatkan kos, ia juga sebagai lambang cinta terhadap pasangan masing-masing, bukannya kerana harta benda.

Tradisi ini sebenarnya baru bermula pada tahun 2008 dan dianggap telah melanggar tradisi lama orang China dimana pasangan berkahwin terutamanya pengantin lelaki seharusnya menyediakan tempat tinggal kepada bakal isteri supaya dapat menyediakan asas yang kukuh untuk keturunan mereka kelak.

Ada di antara pasangan itu baru sahaja memasuki usia 20an, dan ada juga yang sudah berumur kerana baru menemui cinta ataupun telah bercinta untuk jangka masa panjang.

Lagi Gambar-Gambar:





Gambar-gambar perkahwinan tersebar secara meluas di media sosial. 

Luahan hati Aisyah Tajuddin, mohon maaf video perlekeh hudud



“Saya benar-benar kesal dan memohon maaf,” itu luahan hati penyampai radio BFM, Aisyah Tajuddin yang tampil buat pertama kali selepas dikecam orang ramai apabila video bertajuk ‘Hudud Isi Periuk Nasi’ menjadi viral.

Katanya, dia tiada niat untuk mengherdik dan menghina agama dan kini sedar tindakannya telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

Saya benar-benar kesal dan memohon maaf. Saya tidak akan pernah, dalam apa-apa keadaan sekalipun, menghina atau mengutuk agama apatah lagi agama saya sendiri,” dalam satu kenyataan di sini, petang ini.

Menurutnya, objektif sebenar video itu diterbitkan adalah untuk mempersoalkan keutamaan kerajaan PAS Kelantan dan tidak sekalipun berniat menghina Islam.

“€œIa mengenai politik, perkataan, perbuatan ahli politik dan tentunya tidak sekali-kali mengenai agama.

“Bagaimanapun, saya mendapati liputan media berkenaan insiden ini telah mengaburi maksud sebenar yang ingin disampaikan iaitu menggalakkan perbincangan mengenai isu keadaan sosio-ekonomi rakyat Kelantan”, katanya.

Aisyah berkata, sejak video itu tersebar, pelbagai ancaman bunuh dan rogol ditujukan kepadanya termasuk keluarga, rakan sekerja dan rakan lain.

“Ia sangat mendukacitakan. Mengharungi betapa bahayanya ancaman terhadap keselamatan diri ini adalah pengalaman yang buruk dan bukan ciri-ciri Malaysia yang saya tahu.

“€œNamun, saya juga mendapat dokongan dan sokongan daripada pelbagai pihak termasuk rakan dan insan yang tidak saya kenali. Untuk itu, saya sangat bersyukur”€ katanya. - Hmetro

Sunday, 22 March 2015

(8 Gambar) Rumah "mewah" Menteri Malaysia didedahkan


INILAH RUMAH MENTERI SAYA

Apabila sebut menteri dari Sarawak, ramai yang beranggapan mereka adalah wakil rakyat kaya raya. Mungkin ada asasnya di situ kerana ramai pemimpin dari negeri bumi kenyalang tersebut memiliki kediaman yang besar-besar, kenderaan yang mewah-mewah.

Saya akui sering ditanya rakan-rakan mengenai ‘kemewahan’ Datuk Seri Rohani, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia.

Saya hanya mampu tersenyum kerana saya tahu masalah persepsi ini bukan mudah untuk diperjelaskan dengan ayat dan kata-kata.

Pagi tadi saya berada di kediaman rasminya di Taman Sejoli, Kuching.

Hanya rumah biasa yang dibelinya sejak 31 tahun lalu.

Tidak ada pondok pengawal, hanya tiga buah kereta lama dan sebatang tiang bendera.



Kenderaan Land Cruiser Ninja tu pun milik jabatan.

Dalam tempoh itu YB Menteri yang memiliki Ijazah Sarjana (MBA) dari University Of Ohio, Athens, Amerika Syarikat itu hanya buat renovation tiga kali – itupun di bahagian porch dan dapur.

Dan di rumah inilah yang beliau akan tidur setiap kali pulang ke Kuching. Kami yg pegawai ni pulak beliau minta tinggal di Hilton atau Pullman…naik segan kami sheikhhh…

Jadi pada rakan-rakan yang bertanya di banglo mana dan di kawasan elit mana kediaman YB Datuk Seri Rohani Abd. Karim…lihatlah sendiri dan inilah jawabannya.

#‎integriti‬

Petikan: Facebook Pegawai Khas kepada Datuk Seri Rohani Abdul Karim – Ahli Parlimen P201 Batang Lupar, Sarawak merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia)





Wednesday, 18 March 2015

UPDATE: Gambar Ferrari remuk bukan milik Zizan Razak


Sekeping gambar Ferrari F430 dikatakan milik Pengacara dan Pelawak terkenal, Zizan Razak terlibat dalam satu kemalangan di Putrajaya. Melalui laman web hiburan Rotikaya melaporkan sudah menerima pengesahan mengenai kejadian tersebut.
Kami sudah mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa trafik Putrajaya berhubung kesahihan perkara tersebut namun sehingga kini, belum ada laporan yang dibuat oleh pihak yang terlibat di dalam kemalangan.

Pengurus kepada Zizan baru sahaja memuatnaik gambar di Instagram bersama Zizan dan dalam masa memberitahu bahawa kereta Zizan hanya melibatkan kemalangan kecil dan Zizan juga berada dalam keadaan sihat
Kemalangan ini ibarat jatuh ditimpa tangga buat Zizan setelah banyak dugaan yang dilaluinya sebagai anak seni sejak kebelakangan ini.

UPDATE: Melalui siaran berita di Mstar melaporkan Gambar Ferrari F430 yang remuk itu adalah gambar palsu. Sebaliknya kejadian itu berlaku di Negara China.

Jelas pembantu peribadi Zizan, Izwan:
"Dia hanya terlanggar pembahagi jalan sedikit sahaja di bahagian depan kereta tersebut.Bagaimanapun tidak ada kerosakkan teruk dan Zizan juga berada dalam keadaan baik. Buat masa ini saya belum pasti sama ada Zizan mahu buat laporan polis atau tidak,"

"Gambar-gambar yang tersebar tentang Ferrari kuning itu bukan milik Zizan. Selepas kecoh cerita kemalangan itu, banyak berita dan gambar palsu yang dikeluarkan," katanya.
Gambar Zizan bersama Ferrari F430:

Monday, 16 March 2015

"Kabel" punca sebenar masalah pertukaran guru?


Hari ini viral mengenai luahan hati seorang guru lelaki yang bakal bercerai dengan isterinya bulan ini. Beliau menyalahkan Kementerian Pelajaran Malaysia kerana terpaksa berjauhan mengajar di pedalaman Sarawak selama 3 tahun.

Masalah yang dihadapi oleh guru tersebut bukanlah terpencil, malahan saban tahun guru-guru terutama yang sudah berumahtangga dan terpaksa berjauhan dengan keluarga masing-masing turut mengeluh dengan permohonan pertukaran sekolah yang seringkali gagal walaupun telah merayu berkali-kali.

Oleh kerana setiap tahun juga bilangan yang  memohon bertambah, maka masalah ini sukar diselesaikan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah di Kementerian Pelajaran Malaysia. KPM hanya mampu memberikan maklumbalas bahawa penempatan dan pertukaran guru ini dibuat berasaskan keperluan perkhidmatan dan kekosongan opsyen dan keutamaan peluang diberikan kepada guru yang telah lama berkhidmat di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Namun jawapan itu tidak dapat dihadam sepenuhnya oleh majoriti guru apabila banyak kes-kes yang berlaku di sebaliknya. Cerita-cerita tersebar seperti guru yang baru sahaja ditempatkan di sebuah sekolah, tidak sampai setahun mengajar namun berjaya dalam permohonannya untuk menukar sekolah. Maka, atas sebab itu timbulnya perkataan yang tidak enak bermain di bibir guru-guru iaitu "Kabel".


"Kabel" membawa maksud orang perhubungan atau kenalan yang dapat memberikan jalan singkat tanpa melalui saluran yang betul. Orang perhubungan ini boleh jadi orang politik atau pegawai serta kakitangan yang berada di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) itu sendiri.

Ramai yang menyalahkan "Kabel" kerana mengganggap peluang pertukaran guru yang sememangnya layak terhalang kerana telah diisi oleh guru-guru yang menggunakan "Kabel" masing-masing.

Menurut Kelab Intelek dan Pendidikan Malaysia, terdapat "tangan-tangan ghaib"  yang memecah sistem pertukaran sedia ada. Jika dakwaan ini benar, Kementerian perlu melihat kepada perkara ini dan tampil memberikan penyelesaian segera.


Jangan hanya disebabkan "Kabel" ini, hidup seorang guru tidak tenteram, rumahtangga porak peranda, si anak tidak sempat melihat pemergian ibunya, dan akhirnya motivasi mengajar seorang guru hilang sepenuhnya. Maka, anak-anak kitalah yang bakal menerima kesannya.

Ikuti penderitaan salah seorang guru daripada beribu yang mengalami nasib yang sama:



Saturday, 14 March 2015

Murid maut dibelasah cikgu gara-gara tak siap kerja rumah


KAHERAH, – Seorang pelajar lelaki maut akibat dibelasah oleh gurunya di sekolah hanya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan.

Memetik laporan sebuah portal, mangsa yang berusia 12 tahun meninggal dunia pada keesokan hari akibat pendarahan di otak.

Berikutan insiden itu, guru terbabit telah digantung kerja berkuatkuasa serta-merta. Guru berkenaan kini ditahan bagi membantu siasatan polis yang sedang mengenal pasti punca sebenar kematian.

Kejadian yang menyedihkan itu mengemparkan penduduk Mesir sekaligus menunjukkan jumlah kes yang melibatkan penderaan kanak-kanak berada pada tahap yang amat membimbangkan.

Statistik serangan ke atas kanak-kanak pada tahun 2014 menunjukkan peningkatan kepada 55 peratus berbanding tiga tahun sebelumnya. 50 peratus dari kes keganasan itu dilaporkan berlaku di sekolah.

Sebelum ini, seorang pengarah sebuah rumah anak-anak yatim dipenjarakan tiga tahun atas tuduhan mendera kanak-kanak, sekitar September 2014.

Video penderaan itu telah dimuat naik di laman sosial yang menunjukkan tertuduh memukul kanak-kanak sehingga mereka bertempiaran lari sambil menjerit.

Anda Tidak Akan Percaya Betapa Menakjubkan Sebuah Proses Melahirkan


Ibu oh ibu..

Ya Allah, hebatnya pengorbanan seorang ibu. Bayangkanlah, selama 9 bulan mengandungkan kita sehinggalah proses melahirkan, ibu adalah insan yang menempuhi pelbagai ujian, perit jerih dan susah payah. Si ibu lah juga yang tidak boleh makan kerana mual dan loya, tidak boleh tidur dengan nyenyak, menahan rasa sakit, mempertaruhkan nyawanya ketika proses kelahiran, kadang-kadang ada ibu yang bersedia perutnya dibedah demi kelahiran anaknya yang tidak boleh lahir secara normal, dan ada ibu yang rela mati demi kelahiran anaknya.

Namun, apabila meningkat dewasa ramai anak-anak yang melupakan hakikat pengorbanan ibu. Ini kerana ramai yang tidak mengalami keadaan yang dihadapi oleh seorang ibu. Kita sering tertanya-tanya, bagaimana seorang bayi yang cukup besar boleh berada di dalam perut seorang wanita yang bergelar ibu dan akhirnya dikeluarkan melalui proses kelahiran yang boleh meragut nyawanya!

Nah, tayangan video dibawah ini bakal menjawab semua persoalan anda bagaimana proses kelahiran yang begitu menakjubkan berlaku kepada seorang ibu. Semoga tayangan ini mampu memberi kita pengatahuan dan menginsafkan kita agar menghargai pengorbanan ibu setiap masa kerana pengorbanan mereka tidak ada tolok bandingnya. 



Kata-kata pujangga:

Seorang ibu boleh membesarkan 10 orang anak, tetapi 10 anak belum tentu boleh membesarkan seorang ibu.
__________

Rasulullah SAW pernah bersabda ketika ditanya seorang sahabat :
"Siapakah yang harus kita cintai setelah ALLAH dan Rasul-Nya?
Nabi SAW menjawab : "Ibumu"
Sahabat itu bertanya lagi : "Selepas itu siapa?"
"Ibumu", jawab Nabi.
"Kemudian siapa lagi?" tanya sahabat.
"Ibumu", kata Nabi
"Kemudian siapa lagi?" tanya sahabat lagi.
"Ayahmu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya" kata Nabi
(Riwayat Bukhari)

Punca lelaki ini dikurung dalam reban ayam selama 13 tahun (2 Gambar)




DAHULU hidupnya seperti lelaki lain yang bebas bekerja untuk mencari teman hidup serta menjaga ibu tercinta.

Namun selepas ditinggalkan kekasih, Tang Shuangqiang, 46, yang tinggal di sebuah perkampungan di China mula tertekan dan kehidupannya tidak lagi normal seperti orang lain.

Lelaki itu kemudian disahkan mengalami gangguan mental apabila bapanya meninggal dunia.

Dia juga mula mengganggu kehidupan jiran-jiran. Bagi memastikan Tang tidak lebih agresif, ibu lelaki berkenaan terpaksa merantainya dan memenjarakan dia di dalam sebuah reban ayam sejak 13 tahun lalu.

"Dia terlampau tertekan dan pernah menyerang jiran kami. Disebabkan faktor kewangan yang terhad untuk merawatnya, saya mengurungnya demi keselamatan semua," kata ibunya kepada XinHua News.

Walaupun hampir kesemua penduduk tempatan kampung Yangliu, Bandar Shaoyang di wilayah Hunan mengetahui dan sedar akan perkara ini, namun tiada sesiapa yang mengambil tindakan sehinggalah bekas rakan-rakan sekolahnya bercadang untuk membuat perjumpaan semula.



Bekas rakan sekolahnya memutuskan untuk berjumpa dengan ibu Tang dan ingin mengetahui kejadian sebenar apabila lelaki itu gagal menghadirkan diri semasa perjumpaan semula.

"Sudah hampir 28 tahun kami tidak berjumpa dengannya dan ingin mengetahui apa yang berlaku, namun kami berasa terkejut apabila mendapati Tang dikurung dan dirantai di dalam reban ayam.

"Ibunya berpendapat bahawa Tang menghidap Skizofrenia, padahal dia tidak pernah menerima apa-apa bantuan atau rawatan pakar. Lebih menyedihkan lagi, Tang dikurung di bilik sempit yang berkeluasan enam meter persegi selama 13 tahun," kata Guo Hsiung.


Beberapa gambar diambil dan dimuat naik ke beberapa laman sosial dengan harapan ada pihak yang boleh menghulurkan bantuan dan mencari jalan penyelesaian untuk Tang.

"Saya sudah uzur dan ketiadaan suami menyukarkan saya untuk menjaganya jika dia bertindak ganas. Mengurungnya adalah jalan penyelesaian yang sesuai.

"Saya bersyukur sekiranya ada cara lain untuk merawat Tang, namun saya hanya bergantung kepada duit pencen yang terhad," kata ibunya yang berumur 66 tahun.

Perasaan sebak dan pilu dirasai oleh ibunya apabila memikirkan kehidupan Tang sekiranya dia sudah tiada lagi di dunia ini.