Saturday, 29 November 2014

Kisah Sayu Keputusan UPSR Adik Ayub (Wajib Baca)


* Saya perlu menceritakan kisah ini.

Ayub bin Mohadjar, anak orang kampung sahaja. Adik beradiknya sangat ramai. Pernah dahulu saya mengajar abangnya Syuaib dan tahun lalu kakaknya Siti Khadijah. Ayub mempunyai dua lagi adiknya di Tahun 5, 3 dan 1. Masih ada kakak yang bersekolah di sekolah menengah harian. Bermakna tujuh kesemuanya.

Ayahnya bekerja kampung sahaja - sesekali melihat abangnya Syuaib atau Ayub membantu ayahnya di kampungnya. Rumah yang didirikan tanpa cat yang indah dan berhias. Tahun lalu, rumah mereka antara yang dipukul ribut. Allah mentakdirkan saya masuk ke rumah bersama suri saya, anak lelaki saya dan sahabat saya pensyarah di IPG Puan Umaimah Mohd Idris. Kami memberikan bantuan sedaya yang mampu. Hati saya pilu dan sebak melihat pingat kebanggaan yang dicapai di sekolah digantung tepi almari rak yang usang, begitu juga itulah sahaja rak yang menempatkan semua buku dan alatan tulis. Masih ingat lagi, senarai barangan Hari Raya yang belum dibeli yang saya nampak di atas meja untuk setiap adik -beradiknya. (Yes, i cried )

Lawatan ke Seremban menaiki komuter dan ETS baru-baru ini sebetulnya dibayar sepenuhnya oleh seorang guru (diminta untuk dirahsiakan) kerana pada awalnya dia sudah berkata dia tidak mampu untuk pergi berhibur walau sekali dalam hidupnya. Bukan keperluan mengikut kata keluarganya.

Ayub; saya sifatkan seorang anak yang pemalu, sekadar ' pengikut - follower', tidak tahu apa yang dimahukannya. Periang dan potensi diri belum diluahkan lagi. Sepanjang tahun sekadar paling kuat 2A atau 1A. Saya sentiasa menitipkan nasihat di telinganya. Malah, leteran itu sentiasa dan acap kali tanpa jemu. Tanggungjawab saya.

" Ayub, ingatlah , emak ayah bukan orang senang "
"Ayub, kurangkan main"
"Ayub, kalahkan kakak Siti yang dapat 3A2B tu"
"Ayub, tengok ayah, kesiankan kerja susah"
" Ayub, dirikan solat "

Ayub hanya sekadar senyum tersengih. Tapi, saya tahu ayat-ayat saya sampai masuk ke dalam hatinya. Saya selalu teringatkan emaknya menghantar mereka adik-beradik satu motor beramai-ramai. Atau, kadangkala, Ayub atau kakaknya berjalan kaki dahulu sebelum diambil ibunya. Ia seperti adegan drama yang amat melekat dalam hati saya. Begitu jugalah gambaran dalaman rumah Ayub. Sentiasa di kepala.

Kelmarin, selaku guru kelas saya memanggil nama Ayub untuk keputusan UPSRnya, saya tahu saya akan 'banjir' dengan air mata saya. Saya berdiri sekeliling melihat ayah Ayub sedang berdiri berdebar.

"Bahasa Melayu Pemahaman A
Bahasa Melayu Penulisan A"

Saya lihat riak mukanya lagi.

" Matematik A
dan, Sains A "

Saya lihat air mata Ayub sudah mengalir. Ya, dia tidak percaya. Kejutan buat dirinya. Kejutan buat warga guru. Kejutan buat keluarganya juga.

Ketika mahu menyebut keputusan Bahasa Inggerisnya ialah B, saya sudah menangis hiba. Saya lihat ayahnya menangis kegembiraan. Anaknya tidak mendapat 5A tetapi dia gembira anaknya memperoleh 4A 1B. Suatu yang tidak disangka selama ini.

Saya menangis kerana terkenangkan keluarganya yang susah. Betapa sukarnya saya selaku cikgu mahu menyuruh anak murid lelaki untuk berubah dan konsisten belajar. Saya membayangkan juga rumahnya yang dipukul ribut. Saya terkenangkan 'senarai' itu. Saya terkenangkan rak almari itu. Saya terkenangkan atap rumah yang terbang hampir hilang semuanya. Saya terkenangkan Ayub yang membantu bapanya di kebun atau kerja-kerja kampung. Saya terkenangkan Ayub yang sentiasa pemalu dan tersenyum, tidak pernah menangis selama ini, tiba-tiba menangis dengan hiba dan sebak atas kejayaan yang tidak disangkanya sendiri.

Masyaallah. Kisah keluarga ini benar-benar satu inpirasi buat saya. Tentang percaya kepada misi mendidik anak bangsa hingga ke semangat yang terakhir.

Akhirnya, hampir semua warga guru dan ibu bapa turut menangis mengikut air mata saya , apalagi selepas itu ayahnya datang memeluk erat anaknya. Ayahnya yang garang dan tegas - sentiasa ditakuti anak-anaknya. Ayahnya yang selalu berharap dari jauh. Namun, kasihnya hari itu telah ditunjukkan.

Allah. Allah. Allah. Allahuakbar. Saya tidak akan lupakan kemanisan ini sepanjang hidup. Ia lebih bererti menjadi seorang 'cikgu kampung' daripada menjadi orang yang berbaju kemas, bertali leher di pejabat berhawa dingin. Hidup saya lebih bermakna di sini. Ia menambah nilai kepada diri keseluruhannya. Demi Allah. Untuk tuhanku.

Tahniah Ayub, cikgu belajar sesuatu daripada kamu tentang hidup.



Sumber: https://www.facebook.com/shahidan.shuib

Wednesday, 26 November 2014

Luahan hati Pensyarah pengalaman buruk Pusat Servis Proton


Tragedi Proton di Pusat Servis Kolombong

1. Serius. Bila menulis entri ini, sebenarnya saya ada sikit rasa bersalah. Seolah-olah anti-patriotik. But enough is enough.

Sudah bertahun-tahun Proton beroperasi di Malaysia; menikmati penguasaan pasaran domestik yang berguling-guling jatuh ke riba, natijah dari dasar perlindungan automobil nasional. Bagaimana modusnya? Dengan cara mengherotkan pasaran sebenar harga kereta, sekaligus memberi rakyat beban kewangan yang lebih berat dari sepatutnya.

Jika dihimpun pengalaman kolektif rakyat Malaysia berkait produk dan servis Proton: agak-agak sejijik mana? Piagam "mesra-rakyat" yang sepatutnya jadi teras servis industri kereta kebangsaan ini: tuntas atau mitos? Barangkali Proton adalah contoh klasik sebuah entiti industri yang licik melindungi dosa korporatnya dengan topeng patriotisme.

2. Saya rasa begini. Sudah sampai masa rakyat patut bangkit mempersoalkan secara kolektif: Adakah Proton benar-benar berjiwa nasionalis atau cuma kapitalis yang dipacu ketamakan materi? Persoalan paling penting juga: masih perlukah lagi kerajaan meneruskan dasar perlindungan pasaran untuk menjaga kepentingan Proton, serta menjadikan rakyat sebagai tukaran korban?

Untuk menilai persoalan-persoalan ini dalam konteks realiti; saya mahu berkongsi pengalaman personal dengan Pusat Servis Proton (Kolombong) yang diketuai oleh Doreen James. Biarpun ini cuma insiden peribadi, tapi mungkin boleh beri gambaran asas tentang mod operasi perniagaan syarikat yang dibangunkan dari airmata rakyat ini.

Saya tidak pernah merayu di Facebook. Tapi kali ini saya terpaksa. Dengan rendah hati, saya mohon semua pengguna Proton (khususnya yang ada di Sabah) untuk luangkan sedikit masa membaca pengalaman ini. Suara adalah satu-satunya senjata marhaen untuk berdepan dengan kuasa kapital syarikat-syarikat burjois.

3. Tragedi saya bermula begini.

Saya hantar kereta ke Pusat Servis Proton di Kolombong pada 1 Okt 2014. Hampir satu hari di bengkel untuk buat diagnosis masalah dan anggaran kos serta jumlah hari yang perlu untuk pembaikan. Saya dibagitau kosnya sekitar RM4K ++; serta akan ambil masa seminggu untuk siap. Temujanji pembikinan ditetapkan pada 20 Okt.

Saya pun hantar kereta pada tarikh tersebut. Selepas seminggu, saya masih tidak dapat sebarang maklumbalas. Bila dihubungi, Proton cakap masih dalam proses pembaikan. Pada 31 Okt (selepas 12 hari), bila ditelefon lagi, barulah Proton kata ok. Boleh ambil sudah. Tapi sebab saya kebetulan perlu pulang kampung segera; saya tunda pengambilan itu ke hari Isnin, 3 Nov.

Pada 3 Nov, RA saya datang ke Proton seawal jam 10.00am. Selepas buat bayaran sebanyak RM4200, dia terpaksa menunggu lagi berjam-jam sebelum kereta boleh diambil. Can you believe it? Selama 15 hari kereta itu di pusat servis, ia masih lagi dalam pembaikan. Padahal anggaran asas selepas pre-diagnosis masalah, katanya maksimum 1 minggu. Sisihan piawai lebih 100%!

4. Tapi tragedi saya tidak tamat di sini.

Selepas ambil kereta pada 3 Nov di pusat servis Proton, belum pun sampai di opis: enjin kereta tersedak-sedak. Macam itik terlebih seks. Oil indicator juga tidak berfungsi. Masalah oil indicator ini TIDAK PERNAH WUJUD sepanjang saya memandu kereta ini sejak 2006. Bahkan ia bukan pun satu masalah yang dikenalpasti dalam diagnosis pertama pada 1 Okt.

Maksudnya apa? Masalah 'petunjuk minyak' itu HANYA timbul selepas kereta saya dimasukkan ke bengkel Proton ini.

TETAPI yang paling menakutkan: bila kami komplen, foreman yang in-charge kereta saya (Jainal), memberitahu bahawa sebenarnya kereta tersebut belum siap sepenuhnya (selepas 15 hari di pusat servis!). Saya tanya: kenapa Proton boleh telefon saya untuk ambil, kemudian minta bayaran seterusnya release kereta kalau ia belum siap sepenuhnya?

Jawapan Jainal: "Saya pun tidak tau kenapa diorang buat begitu". TIDAK TAU??? Seriously ladies and gentlemen, THIS confession came from its own staff!

5. Yang membenarkan kereta saya diambil adalah Doreen James, iaitu pengurus tertinggi pusat servis itu sendiri. Pihak akaun juga telah minta dan terima bayaran. Tetapi hakikatnya: mekanik yang membuat kerja baik-pulih dan pemeriksaan akhir belum pun menghabiskan kerja-kerjanya. What does it mean? Doreen James melanggar integriti perkhidmatan dengan membenarkan kereta yang masih dalam pemeriksaan (dan berkemungkinan dalam keadaan bahaya!) dipandu keluar oleh pelanggan.

Saya hantar semula kereta pada 7 Nov untuk proses baikpulih beberapa masalah yang belum selesai; termasuk petunjuk minyak yang TIDAK PERNAH menjadi isu sepanjang saya menggunakan kereta tersebut. Saya tanya Doreen: kenapa pusat servis telefon customer untuk ambil kereta yang belum siap? Kenapa boleh release kereta padahal proses baik-pulih kereta dan prosedur check-up untuk keselamatan belum dilaksana sepenuhnya?

Jawapan Doreen: "Sorry, itu memang 'internal miscommunication' di antara staf opis/akaun, foreman dan mekanik." This is a VERY SERIOUS HUMAN ERROR. Walaupun dia nampak genuinely apologetic; saya tidak fikir dia betul-betul memahami risiko keselamatan yang dia sabitkan kepada saya selaku pengguna kereta tersebut. Akibat kecuaian manusiawi para pekerja di bawah pentadbirannya.

6. Now, this is the BIGGEST issue. Yang bikin saya panas dan menulis catatan ini; serta akan memfilekan aduan rasmi kepada Tribunal Pengguna.

Kereta dihantar semula untuk baik-pulih pada 7 Nov; dan siap pada 19 Nov. I have to pay almost RM800 this time. Tetapi selepas 3-4 hari, masalah oil indicator (yang timbul pada HARI PERTAMA selepas kereta itu keluar dari pusat servis Proton) masih tidak selesai. Kemudian kereta dihantar lagi ke pusat servis sekali lagi. Saya pun tidak tau, lebih sebulan mereka tahan kereta saya: masalah begitu pun tidak selesai. Apa yang mereka buat? Bersenggama beramai-ramai dalam kereta saya?

Semalam saya dibagitau oleh Pusat Servis Proton Kolombong bahawa saya perlu bayar lagi sekitar RM500++ untuk masalah oil indicator tersebut. WTF?

Consider this circumstances. Kereta saya berada di bengkel mereka selama 29 hari; dan saya telah membayar sejumlah lebihkurang RM5K (RM4200 + RM800): kemudian bila kereta itu dipulangkan, saya dapat MASALAH BARU (oil indicator tidak berfungsi) yang tidak pernah jadi isu sepanjang saya pandu kereta itu sejak 2006. And now they want me to pay another RM500++ for it!

Seriously, Mrs. Doreen James: ini pusat servis kereta atau sebenarnya pusat mengutip sial dan laknat hidup?

7. My argument is very simple: that problem WAS NOT THERE when I sent the car to Proton the first time (20 October). Then, the VERY FIRST DAY after taking back my car on the 3 November: the problem BEGAN to occur.

Tapi menurut Pengurus Pusat Servis Proton Kolombong, si Doreen dan juga foreman si Jainal: "Apa boleh buat masalah itu timbul NGAM-NGAM pada hari pertama kereta kamu keluar dari pusat servis kami. Tapi kerosakan itu memang tiada kena-mengena dengan apa yang kami buat di sini. Jadi kami tetap akan charge kamu untuk mengganti spare-part yang menyebabkan oil indicator itu rosak".

Selama lebih 15 tahun saya bergelumang dengan statistik dan hukum kebarangkalian sesuatu insiden berlaku: ini pertama kali saya jumpa dengan manusia yang cukup yakin bersandar pada "teori kebetulan" untuk satu peristiwa seganjil begini.

8. Here my question is: what is the PROBABILITY that my oil indicator suddenly decides to misbehave, selepas keluar HARI PERTAMA dari pusat servis ini? Padahal selama 8 tahun (2920 HARI), saya tidak pernah ada masalah tentang ini. Saya persoalkan ini; dan meminta pusat servis Proton bertanggungjawab. Especially after all the misadventures I was forced to endure.

Tapi kata si Doreen: "Saya tidak sangka kamu boleh berfikiran begitu dengan staf kami di sini. Seolah-olah kami ada buat apa-apa pada kereta itu". TIDAK, saya bukan berprasangka. Tapi saya ada asas yang CUKUP MUNASABAH untuk menyangka bahawa isu itu ada kaitan dengan pusat servis tersebut.

Pertama, kereta saya berada di sana selama 29 hari. Ada macam-macam boleh berlaku. Kedua, telah terbukti bahawa integriti dan kebolehpercayaan pusat servis ini diragui menerusi beberapa kesilapan bersiri sepanjang berurusan dengan mereka. Misalnya: pusat ini release kereta yang belum lengkap kena check, kelewatan lebih 100% dari julat masa yang dijanjikan, internal communication yang bertele-tele kalangan stafnya sendiri dan beberapa insiden lain. Kalau koordinasi dan pentadbiran mereka memang se-erratic begini, tidak logikkah kalau ada kesilapan lain yang boleh berlaku?

9. Saya akan file-kan aduan kepada Tribunal Pengguna pada minggu ini. Tapi saya harap rakan-rakan boleh membantu memberi sebarang info lain yang berkaitan. Misalnya kalau ada sesiapa mengalami insiden yang serupa.

Terima kasih banyak, kerana sudi mendengar suara ini. My simple advice is: avoid buying Proton cars. BANYAK MASALAH. Kalau sudah terbeli, JANGAN SEKALI-KALI datang ke pusat servis Proton di Kota Kinabalu. Baik yang di Kolombong, mahupun di Inanam. I used to have bad experiences at both centres!

Dr. Remzah Dambul
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah

Monday, 24 November 2014

Luahan hati Khalid Senik rasa tertipu beli Honda CRV baru


Luahan hati Khalid Senik:

Assalamualaikum admin Saya ada membeli kereta model crv pada minggu lepas dengan sebuah dealer honda malaysia iaitu Kah motor sdn bhd.harga kereta adalah rm148800.00.kami telah membayar deposit rm64000 lebih dan balance menggunakan loan bank.

Pada jumaat lepas iaitu bersaman 21/11/14 pada pukul 5 pm ,kereta saya telah sampai di dealar bangsar.saya telah membuat satu check sebelum menerima kereta tersebut dimana,bahagian tepi body ada calar terguris dan pada bumper bahgian hadapan. Pintu bahagian dalam sebelah passenger hadapan ada masalah dengan sensor pintu yg kerap bernyala.yang ketiga bahagian atap dalaman kereta telah kotor berwarna karat.

saya telah melaporkan kepada salesman tersebut dan salesman tersebut sgt bertanggung jawab memberitahu datang pada hari isnin pagi untuk pergi ker head office kah motor sdn bhd. pada hari ini tengahari tadi saya isteri anak-anak saya berumur 3 tahun dan 2 bulan baru lahir telah pergi ke bangsar berjumpa salesman tersebut. Kami dibawa ke gudang kereta di jalan ipoh selepas itu dibawa ker show room selayang Kah Motor untuk berjumpa dengan pihak manager di selayang untuk berbincang mendapatkan kereta baru.

Apabila sampai salesman yang jual kereta kepada kami dibangsar telah menerangkan segala masalah kami kepada manager tersebut mengatakan customer iaitu pihak kami ingin ganti kereta baru sebab QC Kah Motor sdn telah gagal memeriksa kereta sebelum deliver kepada kami. manager tersebut telah bersetuju salah mereka tetapi kami telah meminta gantian kereta baru. Manager service selayang itu memberitahu segala masalah ni akan dibetulkan.

Kami tidak setuju kerana kami membayar deposit cukup tinggi disini pihak Kah Motor sdn bhd telah gagal memberi kereta yg dalam keadaan baik dan kondisi yang tidak elok dimana kami sebagai pengguna tidak puas hati.

Kami ajak berbincang dan manager service selayang memberikan kata putus bahawa hanya satu solution dia boleh berikan ganti atap baru serta polish dan betulkan sensor.kami terasa seperti ditipu dimana sepatutnya pihak QC honda malaysia dan Kah motor sdn bhd sepatutnya check sebelum memberikan kereta kepada kami ini mereka memberikan dalam keadaan tidak sepatutnya dan disini saya telah diberikan pendapat oleh manager tersebut dimana dalam kes sebigini honda malaysia tidak Akan mengantikan kereta baru. buat la macam mana.tapi kami tidak bersalah membayar deposit tepat pada masa dan tinggi admin.

Adakah adil untuk kami sebagai pengguna.selepas itu kami tidak memiliki kenderaan lain terpaksa akur dan bagi untuk repair dan terpaksa setuju ngan cadangan yang tidak kami berjaya untuk meminta ganti kereta baru.harap pihak honda malaysia sdn bhd dapat tahu segala issue saya ini.

Sekian terima kasih admin dan saya sungguh menghargai.moga segalanya selesai.

Sumber: FB Page Saya Sayang Tun Dr. Mahathir

Sunday, 23 November 2014

Isteri mengandung dibelasah suami gara-gara tak masak tengah hari


Kuala Lumpur: Seorang suami tergamak mengheret isterinya sebelum memijak kepala wanita itu berulang kali hanya kerana mangsa gagal memasak juadah tengah hari.

Dalam kejadian jam 3 petang kelmarin, mangsa yang berusia 30-an diserang suami ketika mangsa sedang bekerja di pejabatnya terletak di Bangsar di sini.

Lebih menyedihkan apabila mangsa yang dibelasah suami itu sedang mengandung tiga bulan.

Sumber polis berkata, suspek mulanya menghubungi isteri yang sedang bekerja kira-kira jam 3 petang dan meminta wanita itu pulang ke rumah untuk memasak.

“Mangsa bagaimanapun memberitahu tidak boleh pulang ke rumah berikutan masih bekerja. Jawapan itu menyebabkan suspek mengamuk dan menghamburkan kata-kata kesat.

“Suspek kemudian muncul di tempat kerja mangsa dan menyerang isterinya itu. Malah, mangsa diheret suami hingga ke tingkat bawah bangunan pejabat,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang kesakitan bagaimanapun cuba melawan menyebabkan insiden menjadi semakin tegang.

“Suspek kemudian bertindak mencekik isterinya dan membelasah mangsa sebelum berjaya dileraikan rakan setugas,” katanya.

Menurutnya, mangsa sebelum sudah beberapa kali dibelasah suspek yang menendang dan memijak mukanya.

“Suspek dikatakan sering memaksa mangsa berhenti kerja namun mangsa enggan berikutan suaminya adalah seorang penganggur.

“Akibat kejadian itu mangsa cedera di muka dan lebam sebelum menerima rawatan di klinik berhampiran,” katanya.

Bimbang kejadian lebih buruk, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini.

“Difahamkan suspek bertindak menghalau isterinya dari rumah sejurus kejadian serangan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. -Mymetro

Cerita sebenar pekerja Restoran Ali Maju lap meja "tebar roti canai" guna mop lantai


Satu video jijik berjaya dirakam menunjukkan seorang pekerja Restoran Ali Maju, Setiawangsa membersihkan meja didakwa tempat tebar roti canai dengan menggunakan mop lantai. Rakaman itu telah tersebar secara meluas membuatkan ramai yang merasa geli dengan kejadian itu.

Walaubagaimanapun, hasil pertanyaan melalui whatsapp kepada pemilik Restoran itu iaitu Dato Ali sendiri mengesahkan bahawa kejadian itu sememangnya berlaku namun bukan di meja tempat menebar roti canai, sebalik meja untuk membungkus Tom Yam yang telah siap. Beliau juga mengatakan akan mengenakan tindakan ke atas pekerja terbabit dan turut mengakui mungkin ada hikmah di sebalik kejadian itu.

Sumber: Pic @Emanthehalia

Inilah kebaikan teknologi pada zaman kini yang mampu mendedahkan sesuatu kejadian dan perbuatan buruk individu namun informasi yang salah juga kadang-kadang akan menganiaya pihak yang tertuduh. -Tengoktvonline

Lihat Video:

Saturday, 22 November 2014

Gadis marah ayah tak pandai pam tayar kereta Peugeot!


Satu prinstscreen oleh seorang pengguna twitter Farahsyazwanimj tersebar di media sosial menunjukkan gambar seorang perempuan dipercayai mahasiswa yang baru habis berkonvo dilihat memarahi ayahnya di sebuah stesen minyak Petronas.

Semuanya berpunca kerana ayahnya itu tidak pandai menggunakan pam angin pada kereta "Peugeot" milik gadis itu.

Ramai yang melihat screenshot tersebut melemparkan kata makian terhadap perbuatan gadis yang amat biadap itu. Walaubagaimanapun, ada juga yang mempertikaikan kerana hanya sekeping gambar tidak mampu mengesahkan kejadian itu benar-benar berlaku.

Friday, 21 November 2014

Cikgu merungut tak boleh cuti dengan aman


Cuti sekolah tiba lagi, namun para guru tidak dapat bercuti dengan aman kerana memikirkan tanggungjawab berat yang menunggu mereka pada tahun persekolahan 2015.

China Press melaporkan, senarai 100 tugas cikgu dikhabarkan sudah tersebar melalui Internet sementara ramai guru merungut di alam maya selepas menyemak senarai tersebut.

Antara tugas yang menunggu cikgu termasuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS), Mentor Mentee, VLEFrog (pengajaran menggunakan Internet) dan HRMIS (sistem maklumat sumber manusia).

Walaupun bukan semua guru akan terlibat dalam kesemua 100 tugas, namun dijangkakan setiap cikgu masih memikul sehingga 80 peratus tugas.

Beberapa tugas turut mengkehendaki cikgu mengerja masa untuk memasukkan maklumat berkenaan dalam masa yang ditentukan.

SAPS (pengisian markah pelajar) juga merupakan tugas yang memeningkan cikgu.

Seorang cikgu memberitahu, komputer di sekolah adalah terhad dan ramai pendidik perlu menggunakannya secara bergilir, namun tempat kosong masih sukar ditemui.

Sesetengah cikgu merungut beban kerja yang berat mungkin memaksa mereka bertugas di sekolah pada Sabtu termasuk bermesyuarat, mengemas kini rekod, menghadiri kursus atau menganjurkan aktiviti.

Sementara itu, cikgu juga perlu menghadiri 25 kursus secara dalam talian dan menjalani peperiksaan melalui Internet.

Sekiranya, seseorang guru memperolehi markah di bawah 60, maka pendidik tersebut perlu mengambil ujian semula.

Kerja yang berat ditambah dengan ujian, maka tidak hairanlah ramai guru merungut. -Malaysiagazette

Sunday, 16 November 2014

Angkara Stres Peperiksaan, biri-biri jadi mangsa nafsu pelajar


Fresno (California): Seorang pelajar universiti yang dituduh mengadakan seks dengan biri-biri berkata, dia bertindak demikian kerana terlalu stres menghadapi peperiksaan.

Lelaki berusia 23 tahun itu ditangkap mengadakan seks oleh rakan pelajarnya di Universiti Fresno State selepas mendengar bunyi bising dari kandang haiwan berkenaan di kampus.

Pelajar yang namanya tidak didedahkan memberitahu polis, dia amat tertekan dengan peperiksaan yang bakal dihadapinya, menyebabkan dia minum terlalu banyak arak.

“Ia sungguk menjijikkan dan membuat saya marah. Kenapa perlu lepaskan geram pada haiwan semata-mata kamu tertekan dengan peperiksaan,” kata Marisa Burkdoll, antara pelajar yang menguruskan haiwan berkenaan di kampus itu.

“Pelajar itu bukan tertekan tetapi mungkin menghadapi masalah mental.

“Dia sasarkan haiwan yang tidak boleh mempertahankan diri mereka,” katanya sambil mendesak pihak berkuasa memenjarakan pelajar terbabit.

Biri-biri berkenaan ialah sebahagian daripada haiwan yang diternak di kampus itu untuk tujuan pembiakan dan ternakan. Ia kini dirawat oleh veterinar. - Agensi

Friday, 14 November 2014

Zahiril perjelas punca sebenar solat di Parkir PWTC



PETALING JAYA: Pelakon Zahiril Adzim menjelaskan tindakannya menunaikan solat di parkir Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebelum ke majlis Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) pada 7 November lalu bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.

Zahiril, 29, berkata, dia terpaksa menunaikan solat Maghrib di kawasan letak kereta tersebut berikutan sudah kesuntukan masa selepas berkejar-kejar dari lokasi penggambaran untuk menghadiri majlis berkenaan.

"Saya terpaksa menunaikan solat Maghrib di parkir kerana waktu solat sudah suntuk dan saya sudah mengagaknya. Jadi selepas selesai penggambaran saya pulang ke rumah untuk ambil isteri saya dan ketika itu saya sudah siap-siap ambil air sembahyang.

Gambar Zahiril yang tersebar di laman sosial selepas dimuat naik oleh seorang peminatnya.

"Selepas sampai sahaja di PWTC saya cari tempat tersorok untuk bersembahyang kerana kalau saya bergegas ke surau sudah tentu penuh, lagi pun saya takut air sembahyang terbatal jika ada yang ingin bergambar ketika dalam perjalanan ke surau," ujarnya kepada mStar Online.

Zahiril berkata demikian ketika diminta mengulas apabila gambarnya sedang bersembahyang di kawasan parkir sebelum bermula majlis ASK 2014 tersebar dan dibualkan di laman sosial.

Gambar dirakamkan oleh peminat yang melihat situasi itu menyebabkan Zahiril dituduh mahu menunjuk-nunjuk kerana tidak menunaikan solat di surau yang disediakan di PWTC.

Jelas Zahiril, dia sendiri terkejut apabila diberitahu tentang gambar itu tersebar dan diperkatakan di laman sosial.

"Saya rasa ia tidak elok untuk disebarkan kerana akan menimbulkan fitnah seperti ini, saya pun tidak perasan siapa yang mengambil gambar tersebut. Kalau benar saya mahu menunjuk-nunjuk baik saya sembahyang di red carpet sahaja.

"Saya sudah cari tempat paling sunyi yang tidak ada orang ramai, namun saya tahu ada pengawal keselamatan berhampiran kerana takut kalau ada apa-apa berlaku ketika sedang solat," katanya. -mStar

Thursday, 13 November 2014

2 Gambar ngeri kayu tercucuk di muka tembus di kepala lelaki


Konin (Poland): Seorang lelaki nyaris maut selepas jatuh di atas sebatang kayu hingga menyebabkan kayu itu tertembus kepalanya. Kakitangan sebuah hospital di Poland terkejut melihat Kamil Podwinski tiba di hospital itu dengan kayu 15 inci itu terpacak pada mukanya.

Lelaki berusia 40 tahun itu memberitahu jururawat, dia sedang bekerja di rumahnya apabila jatuh muka dulu pada batang kayu berkenaan.

Menurut akhbar New York Post, kayu itu menembusi bawah bola mata Pondswinski dan menembusi hingga ke belakang tengkuknya.

Anggota bomba terpaksa dipanggil untuk membantu apabila kakitangan hospital bimbang mereka tidak dapat mencabut kayu itu tanpa menyebabkan kecederaan lebih lanjut.

Jurucakap bomba Sebastian Andrezejewski berkata: "Kami menerima panggilan untuk membantu mencabut kayu dari muka seorang lelaki. Metro

Monday, 10 November 2014

Baca jawapan JPJ setelah dihentam teruk warga Media Sosial!


JPJ vs KEMALANGAN & KEMATIAN DI ATAS JALAN RAYA

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,
diharapkan maklum balas oleh admin FB JPJ ini tidak terlewat untuk memberi sedikit pencerahan terhadap video dan kenyataan-kenyataan yang sedang tersebar melalui media sosial terhadap JPJ.

Saya akan bawa pembaca ke suatu bentuk persoalan dan jawapan pencerahan terhadap tomahan yang dilemparkan kepada JPJ.

1) Apa punca kuasa yang ada pada JPJ?

JPJ merupakan sebuah AGENSI PENGUATKUASA JALAN RAYA DI MALAYSIA. Kuasa yang diberikan kepada agensi JPJ termaktub di bawah AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 yang mana secara umumnya JPJ berkuasa utk menjalankan penguatkuasaan terhadap pemandu, kenderaan dan jalan raya.
Sebab itu JPJ tidak boleh mendakwa penjual aksesori cermin gelap dan nombor plat. Namun begitu, walaupun penguatkuasaan tak boleh diambil keatas kedai aksesori tetapi JPJ tidak biarkan sahaja. JPJ telah turun ke kedai2 ni untuk sebarkan garis panduan yang ditetapkan oleh undang-undang.

2) Apa matlamat JPJ sebenarnya?

Saya percaya semua sedia maklum melalui video yang disebarkan. Semua tahu JPJ bermatlamat untuk MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN DAN KEMATIAN DI ATAS JALAN RAYA.

Mungkin perlu saya jelaskan dengan lebih terperinci atau 'rephrase' kenyataan
Ketua Pengarah JPJ bahawa, kematian di atas jalan raya merupakan pembunuh nombor 3 di Malaysia. Menurut statistik pada tahun 2013, sebanyak 6,915 kematian dicatatkan. Daripada jumlah tersebut satu kajian telah dibuat dan mendapati sekiranya tiada langkah penguatkuasaan diambil terhadap pengguna jalan raya maka unjuran kes kematian pada tahun 2020 akan mencecah kepada 10,716 kematian.

Melihat kepada jangkaan tersebut JPJ sebagai agensi yang bertanggungjawab perlu lakukan sesuatu. Oleh itu, Ketua Pengarah JPJ dengan penuh iltizam bersama2 dengan anggota JPJ telah tekad untuk memastikan jumlah kadar kematian ini perlu dikurangkan. Penunjuk Prestasi indeks (KPI) telah dijadikan kayu ukur kepada semua warga JPJ untuk mencapai matlamat murni Ketua Pengarah tersebut.

KPI yang telah ditetapkan pada tahun 2020 adalah pengurangan jumlah kadar kematian di jalan raya sebanyak 50%. Makna kata, daripada jumlah unjuran yang dijangka iaitu 10,716 kematian pada tahun 2020, JPJ perlu memastikan kadar kematian tersebut tidak melebihi 50% (atau 5,358 kes kematian).

3) Kenapa tidak KPI jumlah kematian dikurangkan sehingga 100%?

JPJ sentiasa realistik dalam isu penguatkuasaan, kerana perlu diketahui bahawa jumlah kenderaan baharu sentiasa meningkat saban tahun, malah purata hampir 600,000 pemandu baharu bakal didaftarkan setiap tahun. Justeru itu KPI tersebut adalah sesuatu yang rasional seiring dengan matlamat antarabangsa untuk menjadi negera maju pada tahun 2020 nisbah kematian dijalan raya sebanyak 2:10,000 kenderaan.

4) Penguatkuasaan nombor pendaftaran kenderaan (no plat) boleh menyebabkan kemalangan dan kematian ke?

Saya cukup bersetuju bahawa plat no kenderaan tidak langsung menjadi punca kemalangan. Tapi anda semua juga perlu bersetuju bahawa plat no kenderaan merupakan medium KAWALAN KESELAMATAN kepada 7 KESALAHAN UTAMA yang menjadi punca atau penyebab kemalangan dan kematian:
-tali pinggang/topi keladar
-telepon bimbit
-potong garisan berkembar
-langgar lampu isyarat
-potong garisan
-lorong kecemasan
-had laju

Langkah PENCEGAHAN/KAWALAN/PENGUATKUASAAN ke atas 7 Kesalahan Utama ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya identiti kenderaan (melalui spesifikasi no plat kenderaan yang ditetapkan) dapat dikenal pasti.

Contoh kesalahan had laju tidak dapat dicegah sekiranya no plat 'fancy' digunakan. Contoh lain pula laporan polis yang dilaporkan oleh orang awam untuk kesalahan langgar lari akan menjadi sukar sekiranya pengadu tidak menyatakan no plat kenderaan. (Alasan yang selalu diterima ialah plat no kurang jelas).

5) Penguatkuasaan Lampu HID dan strobe light pula apa kaitannya?

Sebagai pengguna bagi kedua2 item ini anda mungkin anggap ianya sesuatu 'keperluan' (mudah dilihat/ nak nampak cantik) kenderaan anda tapi perlu diingatkan bahawa daripada uji kaji yang dibuat pengguna kedua2 item ini boleh menyilaukan mata pengguna jalan raya yang lain serta kebarangkalian untuk gagal mengawal kenderaan dan terbabas akan berlaku. Mengambil kira faktor untuk memastikan SEMUA PENGGUNA JALAN RAYA SELAMAT, JPJ perlu menguatkuasakan item2 ini.

6) Penguatkuasaan cermin gelap adalah undang-undang lapuk?

Kita semua perlu bersetuju bahawa mentaliti rakyat Malaysia masih di kelas ketiga (lain dengan negara maju yang membenarkan penggunaan cermin gelap). Mengambil kira perkara ini, seperti isu no plat kenderaan, penguatkuasaan cermin gelap juga merupakan medium bagi KAWALAN KESELAMATAN.

Contoh, sekiranya pemandu bagi kenderaan yang menggunakan cermin gelap ini tidak memakai tali pinggang keladar atau menggunakan telepon bimbit semasa memandu, anggota penguatkuasa sukar untuk melaksanakan tindakan pencegahan terhadap kesalahan tersebut sedangkan kesalahan yang dilakukan ini boleh menjadi punca berlakunya kemalangan.

Untuk makluman semua, peraturan penggunaan cermin gelap dibuat adalah berdasarkan kepada input dan pandangan daripada beberapa agensi yang berkepentingan seperti PDRM, MIROS, JKJR, SPAD, MOT, dan beberapa agensi penguatkuasaan yang lain. Mereka terlibat atas alasan membawa matlamat agensi masing2. Masihkah anda ingat kes Noor Suzaily Mukhtar yang dirogol di dalam bas bercermin gelap. Kesemua ini telah diambil kira dalam mencapai satu keputusan yang relevan untuk kesejahteraan bersama.

Kesimpulannya, keselamatan jalan raya sebenarnya isu sejagat yang memerlukan perhatian dan tindakan secara bersepadu oleh kita semua rakyat Malaysia. Selaku agensi yang bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan di atas jalan raya, kami memohon jasa baik dan kerjasama daripada semua untuk kita bersatu padu dalam menangani isu kemalangan dan kematian di atas jalan raya.

Diharapkan penjelasan ini dapat memberi sedikit sebanyak perkongsian untuk semua.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Luahan hati Polis Trafik pula disaman JPJ ketika bertugas!


Apa nak jadi, kali ini Anggota Polis Trafik sendiri membuka mulut mengenai sikap JPJ yang menggunakan kuasa mereka dengan cara tidak bertanggungjawab. Dalam status di Facebook, Polis Trafik itu menceritakan kejadian dimana motosikal Anggota Trafik yang sedang menjalankan tugas telah disaman oleh Anggota JPJ.

Kejadian itu amat mendukacitakan buat Polis Trafik kerana sikap anggota JPJ itu menyebabkan keadaan yang tidak harmoni di antara Jabatan Penguatkuasa di Negara ini. Baca luahan hati beliau:

Sumber: Daily Traffic Report

Luahan hati Nabila ditahan anggota JPJ


Minggu ini sememangnya mimpi ngeri buat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) apabila dihentam teruk oleh warga media sosial. Gambar-gambar melibatkan kenderaan JPJ turut dimuatnaik dan turut tidak terkecuali kereta Pengarah JPJ sendiri yang didakwa jelas spesifikasi aksesori melanggar peraturan yang ditetapkan.

Kini, seorang wanita yang memuatnaik status luahan hatinya apabila ditahan oleh anggota JPJ ketika berada di KLIA tersebar secara meluas di Internet. Baca luahan hati beliau:

Sumber: FB Pencuri Movie

Kesahihan cerita ini sememangnya boleh diragui. Walaubagaimanapun, mungkin JPJ juga perlu muhasabah diri mengenai tatakerja serta tanggungjawab terhadap kuasa yang diberikan. Bak kata peribahasa "Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang".

Saturday, 8 November 2014

Luahan hati pelanggan dilayan kurang ajar oleh Cik Jaga Kaunter JKM


Seorang pengguna Facebook, Puan Anne memuatnaik status luahan hati mengenai layanan buruk yang diterimanya ketika berurusan dengan seorang penjawat awam di Kaunter Jabatan Kemajuan Masyarakat Cawangan Hulu Langat, Selangor.

Baca luahan hati beliau:


Akibat sikap buruk penjawat awam itu, luahan hati Puan Anne dan Gambar penjawat awam itu tersebar di media sosial dan mendapat respon negatif dari ramai orang. Bahkan penjawat awam yang lain turut sama menghentam wanita itu.

Di dalam komen itu juga, seorang penjawat awam dari Pejabat Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWM) turut memberikan respon mengatakan tindakan telah diambil terhadap wanita itu. 


Semoga menjadi pengajaran kepada penjawat awam yang sering berurusan dengan orang awam. Teringat kempen  3S: (Sapa Senyum Sopan) yang dilancarkan satu masa dahulu untuk kakitangan awam.

Thursday, 6 November 2014

7 Gambar Indah Persiapan Perkahwinan Diraja TMJ & Cik Khaleeda



Biarpun istiadat perkahwinan TMJ dan Cik Khaleeda diadakan secara tertutup, namun rakyat negeri Johor berpeluang melihat lebih dekat pasangan itu pada 8 November ini.

Menurut Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, pasangan tersebut bakal menaiki kereta tanpa bumbung dari Istana Bukit Serene menuju ke Istana Besar Johor, bermula pukul 8 malam hari tersebut.

Beliau berkata, selain berhimpun di sepanjang jalan laluan berkenaan sejauh tiga kilometer itu, rakyat juga boleh menyaksikan istiadat perkahwinan pasangan tersebut menerusi skrin besar yang akan dipasang di Dataran Bandaraya di sini.

"Rakyat boleh berhimpun di sepanjang jalan dari Istana Bukit Serene ke Istana Besar Johor sekiranya mereka mahu melihat lebih dekat pasangan Tunku Ismail dan Cik Khaleeda pada 8 November ini," katanya seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

TMJ merupakan putera sulung Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.






Tuesday, 4 November 2014

Pendedahan ngeri saksi kes cubaan culik bayi di Johor Bahru!


Seorang pengguna Facebook, Safitah Adilah memuatnaik beberapa screenshot gambar perbualan whatsapp pendedahan oleh rakan beliau mengenai satu kejadian cubaan culik kanak-kanak di Johor Bahru. Screenshot itu juga mendedahkan bahawa kejadian itu seperti satu operasi sindiket penculikan apabila terdapat penglibatan individu lain yang dilihat oleh rakan beliau.

Baca penuh screenshot dibawah:


Semoga para ibu bapa mengambil perhatian yang lebih kepada anak-anak semasa berada di luar rumah. Beringat sebelum kena!

Monday, 3 November 2014

Anggota JPJ kemalangan diludah penunggang scrambler



Seorang pengguna Facebook memuatnaik status yang tidak berperikemanusiaan mengenai satu kejadian kemalangan yang melibatkan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Beliau mendakwa telah meludah anggota JPJ yang dalam kesakitan dan memerlukan pertolongan pada masa itu. Baca status beliau:

JPJ yang memuatnaik screenshot status lelaki itu melalui Facebook Rasmi mereka mendapat sokongan moral daripada ramai pengguna Facebook yang lain. Walaubagaimanapun, ada juga yang menyokong tindakan lelaki itu kerana mengganggap JPJ lebih kejam dalam menguatkuasakan undang-undang di Jalan Raya.

Baca luahan hati JPJ mengenai kejadian ini:


Sokongan moral daripada kelab penunggan scrambler

Sunday, 2 November 2014

Luluh hati mak ayah bila anak gadis dapat Hadiah Smartphone Canggih


Hancur Hati Mak Ayah: Apabila Anak Perempuan Baru Tingkatan 2 Dapat Hadiah Smartphone Canggih! Warkah Terbuka Untuk Mak Ayah Yang Sayang Anak.

Anda ada anak gadis. Umurnya sekitar 14 tahun (Tkgtn 2). Manis & Sedikit cantik.

Bagaimana budak lelaki boleh 'tackle' dia?
1) Masa di sekolah: dalam dan luar kelas.
2) Dlm perjalanan rumah-sekolah-rumah, kecuali mak/ayahnya hntar dia.
3) Barangkali petang: aktiviti ko-Kurikulum.
4) Mungkin 2-3 kali seminggu ke tuisyen.
5) Atau ketika aktiviti hujung minggu di sekolah.

Ternyata terbatas. Memang terhad. Syabas anak anda terkawal.

TETAPI...
kini tidak lagi.
Sepanjang masa anak gadis anda terdedah.
Anytime, Anywhere.
Mana-mana budak, remaja, malah dewasa lelaki boleh hubungi & berbicara dgn anak gadis anda tanpa anda ketahui.
Yes, yes, yes. That's true. Very true.
Sampai ke bilik tidurnya!

Sampai jam 12 tengah malam,
Sampai boleh berbicara bersemuka,
Sampai boleh lontar ayat2 pujuk rayu,
Sampai boleh pujuk dia tunjuk semua yg ada pada dirinya termasuk yg sesulitnya,
CUMA tak boleh sentuh dan pegang!
Tak apa itu lain kali "bisa diatur"

Bagaimana semua boleh berlaku?
Mudah saja. Puncanya kerana "sayang" anak!!!

Anak 14 tahun.
Malah ada yang 11, 12 tahun sudah diberikan Samsung, Lenovo, Asus, Oppo, Sony ...malah i-Phone.
Nokia 3310 tak main la!

Asalnya nak berinternet, berselfĂ­e, berFB, berWhatsApp, berWeChat, bertelegram, berinstagram.

DAN MENGAPA MAK-AYAH Beli telefon pada anak namun...
— tak pernah pantau
— tak tahu pantau
— tak ada masa nak pantau

Maka tunggulah saatnya.
Bukan dia pandai2,
Dia mungkin akan terikut kawan,
Dia belajar dari kawan.

Lambat laun pasti menyesal...
Anak itu kini boleh dan akan:
1) masuk video Iucah
2) anak p'puan tengok kemaIuan lelaki
3) anak lelaki tengok kemaIuan p'puan
4) tonton video Iucah
5) nampak semua jenis aksi
6) Seks lelaki sama p'puan
7) Seks p'puan sama p'puan
8) Seks laki sama laki
9) Seks sorang p'puan 2-3 lelaki
10) terima video dihantar orang lain
11) kekadang dia juga hntr kat orang lain

Itu belum masuk:
1) foto berahi
2) cerita berahi

Anak yg tersangkut fenomena ini:
1) Lupa sasaran.
2) Lupa pelajaran.
3) Ditakuti lupa Allah SWT.

Berikan telefon KONONnya:
1) anak senang contact ibubapa.
2) ibubapa mudah contact anak.
3) takut ada kecemasan.
4) konon anak nak bicara hal pelajaran dgn rakan2.
Namun...itu tidak lagi berlaku hari ini.

Setelah baca setakat ini masih relaks, tak rasa risau, bimbang @ takut anaknya memiliki handphone...
entahlah I'm dumbfounded.

Mak ayah perlu fikir 99 kali sebelum:
- izinkan anak miliki handphone.
- berkata "tak apa" anak aku tak camtu.

Sayang anak ...kawal
Sayang anak ...tegas
Sayang anak ...renung dalam posting ini.

SHARE/LIKE untuk kita sebarkan kepada seramai mungkin mak ayah tentang hal ni.

Berbahagialah bagi ibu bapa yang dapat bertegas mengawal anak2 remaja kini..bukan senang..mak ayah kena kuat.. Takut selangkah lagi nak ke syurga.. malaikat tarik kaki.. nanti dulu.. anak panggil, isteri panggil..

ADUUUUHHH!!!

Saturday, 1 November 2014

6 Gambar wajah Bayi Perempuan Rozita Che Wan & Zain Saidin


Kuala Lumpur: "Kalau diikutkan hari ini (1 November) adalah tarikh yang dicadangkan doktor untuk dia bersalin. Sebaik tiba di hospital doktor kata dia sudah boleh bersalin dan terus ditahan," kata Afeeq Abdul Wahab, pengurus kepada Rozita Che Wan mengenai kelahiran bayi perempuan pelakon dan pengacara itu pada jam 2.18 petang tadi di KPJ Ampang Puteri di sini.

Afeeq yang dihubungi berkata, pihaknya tidak menyangka proses bersalin Rozita, 41, berjalan dengan lancar dan teratur.

"Macam tak percaya saja sebab semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Malah pagi tadi sebelum ke hospital kami sempat sarapan nasi lemak dan bergurau macam biasa.

"Dia menunggu dalam bilik bersalin lebih kurang lima jam dan bersalin secara normal. Alhamdulillah Rozita dan bayi selamat dan okey," katanya.

Bayi perempuan yang masih belum diberikan nama itu adalah anak pertama Rozita hasil perkahwinannya dengan pelakon Zain Saidin.

Sebelum ini, Rozita turut mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan lalu.





Pada pertengahan bulan lalu, kekecohan timbul semalam apabila sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan mempersoalkan relevan disebalik keputusan hospital itu untuk menaja kos bersalin golongan artis yang berkemampuan berbanding membantu kos perubatan masyarakat yang kurang bernasib baik.

Dalam kenyataannya kepada Harian Metro, Rozita berharap isu penajaan itu tidak disensasikan kerana ia adalah rezeki dan peluang yang dihargainya atas kepercayaan diberikan hospital berkenaan.

Afeeq berkata, Rozita masih ditahan di hospital untuk pemeriksaan lanjut sebelum dibenarkan keluar dalam masa sehari dua.

"Rozita tak dibenarkan untuk diganggu dan dia masih berehat di hospital. Tapi mungkin hanya sehari dua saja.:" Hmetro