Wednesday, 22 October 2014

Video Iucah individu mirip Ustaz Azhar Idrus (UAI) pula tersebar


Satu video Iucah dengan individu mirip pendakwah bebas terkenal, UAI pula kini tersebar di media sosial. Sebuah blog beralamat 1cilipadi.blogspot.com memuatnaik gambar-gambar screenshot video itu dengan tajuk "Ustaz mu tunggu Video datang!".

Ramai yang terkejut dengan penyebaran tersebut dan ramai juga yang mendakwa gambar tersebut diedit oleh orang yang tidak bertanggungjawab kerana warna kulit di bahagian badan dan kepala tidak sekata.

Walaubagaimanapun, gambar itu akan kekal menjadi pertikaian pengguna media sosial sehinggalah video screenshot pula itu dimuatnaik oleh pemilik blog itu kelak.

Penyebaran video lucah seumpama ini merupakan pertama kali di Malaysia yang mengaitkan seorang pendakwah terkenal. -Tengoktvonline

UPDATE: Menurut info yang kami terima, penyebaran ini dikatakan dibuat atas motif politik untuk mengalihkan isu-isu hangat yang sedang berlaku dan akan berlaku dalam masa terdekat. Ia juga dikatakan sengaja mahu membangkitkan perasaan marah pengikut sebuah parti politik seterusnya mendapatkan sokongan mereka dalam satu kes mahkamah individu terkenal yang bakal dibicarakan tidak lama lagi. 

UPDATE2: PENAFIAN

Pembantunya UAI, Zulkifli Wahab melalui Harian Metro berkata, ia adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba menggagalkan usaha penyebaran dakwah di kalangan umat Islam di negara ini.
"Bukan... jangan percaya.. itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini.

“Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini.

"Ini kerana pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang.

Monday, 20 October 2014

Luahan hati Ustaz Iqbal jadi mangsa keadaan Program Sentuh Anjing


Penjelasan dari Ustaz Iqbal sendiri tentang program anjing tu di mana beliau dijemput menyampaikan ilmu di sana. Ya, beliau mangsa keadaan, dan sendiri tak setuju dengan perbuatan bodoh melayu Islam yang peluk belai cium anjing di sana. Baca penjelasan Ustaz:

ISU PENJELASAN PROGRAM SENTUH ANJING

Assalamualaikum,
Alhamdulillah dan segala syukur untuk Allah SWT.

Cuaca sosial media pada ketika ini agak panas berhubung program "I Want To Touch a Dog", yang saya terlibat secara langsung di dalamnya untuk memberi perkongsian ilmu, setelah mendapat tahu program ini telah mendapat izin dari pihak MAIS.

Pada awalnya, penganjur program, Syed Azmi,menjemput saya untuk mengisi slot ilmu. Saya merasakan ini adalah peluang yang baik untuk menyampaikan mesej Islam kepada Muslim dan non-Muslim, dan alhamdulillah sehingga kini mereka masih menghubungi saya untuk bertanyakan perihal Islam dengan lebih lanjut.

Saya difahamkan bahawa tempat perkongsian ilmu diasingkan dari tempat anjing-anjing berkumpul.

Saya akui yang saya terlepas pandang bahawa program ini disalah tafsir malah diambil kesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab. Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang menggalakkannya.

Saya memenuhi jemputan ini, dan menjelaskan kepada yang hadir mengenai hukum - hakam yang jelas menurut mazhab Syafi'e, seperti yang terdapat dalam fatwa JAKIM.

Saya ingin JELASKAN disini bahawa saya TIDAK BERSETUJU dengan aksi peluk,cium anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta-peserta program.

Saya juga jelas menerangkan,tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu.

Saya terkilan kerana pihak media hanya menyebarkan sebahagian ucapan saya yang seolah-olah saya menyokong perbuatan tersebut, manakala bahagian hukum hakam tidak disebutkan oleh pihak media

Saya memohon maaf secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yang berlaku. Iktibar dan pelajaran yang berharga saya perolehi dari apa yang telah berlaku. Saya mengharapkan program ini pada masa hadapan dapat dilakukan dalam suasana yang lebih menghormati sensitiviti masyarakat setempat.

Terima kasih di atas segala kritikan dan teguran yang membina.Saya yakin segalanya ada hikmah dari Allah. Semoga dengan pengalaman ini mematangkan lagi diri saya dalam liku-liku perjuangan dakwah.

Mohd Iqbal Parjin

6 Gambar terkini & biodata Cik Khaleeda Bustamam, bakal Isteri TMJ


Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Cik Khaleeda Bustamam di Istana Besar di sini, pada 8 November ini.
Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata istiadat pertunangan dan pernikahan Tunku Ismail akan diadakan di Istana Bukit Serene di sini, pada Jumaat ini.

"Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris memberi perkenan untuk Tunku Mahkota Johor melangsungkan perkahwinannya.

"Justeru, perkahwinan baginda akan dilangsungkan penuh istiadat Diraja Johor serta berunsurkan tentera," katanya pada sidang media di Bukit Timbalan, di sini sebentar tadi.



Khaleeda pernah kelihatan di stadium menyaksikan perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) bersama Tunku Ismail.


Biodata Cik Khaleeda Bustamam Bakal Isteri TMJ

Cik Khaleeda dilahirkan pada 16 Julai 1993 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu kepada lima adik-beradik kepada pasangan Bustamam Daud dan Aziyah Abdul Aziz.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak bermula 2000 hingga 2003, sebelum meneruskan pendidikan awalnya di Sekolah St. George's Hanover Square, London pada 2003 hingga 2004.

Cik Khaleeda melanjutkan persekolahan menengahnya di Westminster Academy London pada September 2004 hingga Julai 2008 dan di Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur sekembalinya ke Malaysia pada 2010.








Friday, 17 October 2014

10 Gambar Puting Beliung landa Bintulu, Sarawak


Puting Beliung atau lebih tepat dikenali sebagai belalai air kini melanda Bintulu, Sarawak yang belaku selama 10-15 minit. Tiada kerosakan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan kejadian yang sama berlaku di Pendang, Kedah. Dalam kejadian itu, beberapa buah rumah dan sebuah sekolah mengalami kerosakan apabila berada dilaluan belalai air itu.











Monday, 13 October 2014

Awas! 5 RAHSIA bilik hotel yang wajib anda tahu!



Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.

Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik

Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja.

Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.

Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas.

Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik

Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk.

Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air.

Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.

Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.

Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.

Rahsia 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka

Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet Jalan Masjid India atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan.

Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa? Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.

Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum

Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.

Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel.

Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa?

Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.

Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik

Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur.

Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat.

5 rahsia ini hanya kakitangan hotel sahaja yang tahu. Jadi nanti bila anda bercuti lagi, pastikan anda bawa sendiri cawan anda dan gunakan air mineral untuk minum.

Restoran Al-Ehsan jawab tuduhan guna Bacon daging Babi


Nampaknya, pendedahan oleh pengguna Facebook Syam Iz (Baca disini) telah dibalas oleh Restoran Al-Ehsan.

Sulthan AlEhsan melalui Facebook peribadinya memberi jawapan balas bahawa dakwaan penggunaan Bakon daging babi itu tidak benar, sebaliknya bacon yang digunakan adalah Bacon daging lembu. Beliau juga mengatakan restoran Al-Ehsan adalah sebuah restoran Muslim dan menjamin 100% kehalalan bagi masakan mereka.

Semoga pencerahan ini menjawab tuduhan yang dimuatnaik oleh Syam Iz.

Baca tulisan Sulthan Alehsan:
Salam to all. Behalf of Restoran Al-Ehsan, I found a false post in Facebook by someone named "Syam Iz" regarding our restaurant food. The post is been uploaded. For the information, it is clearly mentioned "5pkt" and we use bacon beef for breakfast set menu. And 100% guarantee we are serving Halal food in all our outlets. We are Pure Muslim and maintaining as well as following Agama Islam Syariah in our everyday lifestyle. Sorry for the inconvenience caused. Please do share this. Thank you.

Salam kepada semua. Bagi pihak Restoran Al-Ehsan, saya telah mendapati satu pos salah tentang Restoran kami di dalam Facebook oleh "Syam Iz". Pos tersebut telah dimuat naik. Bagi pengetahuan semua, senarai barangan tersebut jelas di tulis "5 pkt" dan kami menggunakan bacon daging lembu untuk set menu sarapan. Kami memberikan 100% jaminan bahawa kami menghidangkan makanan yang halal di semua cawangan kami. Kami adalah Muslim dan mengamalkan Agama Islam Syariah dalam kehidupan seharian kami. Memohon maaf untuk gangguan yang dialami. Harap disebarkan. Terima kasih. 

Saudara Sulthan juga telah membuat laporan Polis untuk menafikan status itu seterusnya meminta pengguna Facebook, Syam Iz agar memadamkan segera status dakwaan itu:

UPDATE: Dakwaan Restoran mamak guna Bacon Daging babi


Satu status menggemparkan ramai peminat makanan di Restoran Mamak apabila mendedahkan sebuah restoran di Wangsa Maju didakwa menggunakan Daging Babi (Bacon) di dalam masakan mereka.

Pengguna Facebook, Syam Iz memuatnaik beberapa keping gambar pekerja restoran itu yang ditemuinya di NSK Seri Rampai yang sedang mencari barangan yang dipesan oleh bosnya. Dia terkejut apabila di dalam senarai barangan itu jelas tertulis perkataan Bacon. Baca lagi pendedahan lanjut beliau.


Restoran AL-Ehsan tampil memberi balasan dakwaan Syam Iz. Baca lagi Jawapan Restoran Al-Ehsan nafi guna Bacon Babi (Baca disini)





Gambar dan Status Pendedahan: Facebook Syam IZ

Friday, 10 October 2014

Anak dara Negara Swaziland diberi RM57 sebulan jika jauhi Seks

Swaziland: Anak dara di Swaziland ditawarkan RM57 sebulan untuk menjauhi s#ks.

Bagaimanapun, pengkritik berkata, raja ranggi itu yang sudah mempunyai 15 isteri mahu memastikan isterinya yang akan datang bebas daripada wabak berkenaan. 

Setakat ini, belum ada cara ditetapkan mengenai bagaimana gadis muda negara itu akan diawasi bagi memastikan mereka tidak pernah melakukan s#ks. 

Anak dara Swaziland menjadi tajuk akhbar setahun sekali apabila puluhan ribu akan menari separuh bogel di depan raja pada acara Reed Dance.


MSWATI III(Kanan) sudah mempunyai 15 isteri.

Raja playboy negara itu, Mswati III, dilapor meluluskan skim faedah itu, kononnya dalam usaha menghalang wabak HIV merebak. 

Setiap tahun Mswati III, 46, akan memilih seorang anak dara untuk menjadi isteri barunya dalam kalangan mereka. 

Bulan lalu, dia memilih seorang gadis berusia 19 tahun menjadi isterinya yang ke-15. 

Program berkenaan yang didakwa dibiayai oleh Bank Dunia menawarkan pendapatan kepada gadis di negara yang dua pertiga penduduknya meraih pendapatan kurang RM3.20 sehari. 

Pekerja kesihatan, Thabsile Dlamini berkata, kerajaan membayar elaun kepada anak dara supaya mereka menggunakan wang itu untuk keperluan masing-masing dan menolak tawaran wang untuk mengadakan s#ks. 


Kadar HIV di Swaziland kekal 26 peratus ketika ini, antara yang paling tinggi di dunia. - Agensi

#Bajet2015: Penjawat Awam dapat BONUS setengah bulan gaji


RASMI

Teks Bajet2015 yang sedang dibacakan Perdana Menteri mengumumkan penjawat awam akan memperolehi BONUS setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 yang akan dibayar pada Januari 2015.

Pesara Kerajaan pula akan menerima bantuan khas sebanyak RM250 ringgit yang juga akan dibayar pada Januari 2015.

Justifikasi bonus ini adalah untuk meringankan beban kenaikan kos sara hidup dan menjaga kebajikan penjawat awam. Tahniah kepada semua penjawat awam! Semoga bekerja dengan lebih integriti demi kemajuan negara

Thursday, 9 October 2014

Kejam - Lagi Kisah Benar Bangsawan Makan Harta Anak Yatim




TEGURAN TERBUKA – PELAJARAN BUAT SEMUA

Selaku Marhaen yang tidak partisan, kami buktikan yang kami tidak berat sebelah, prejudis atau bersangka buruk hingga ke tahap menfitnah. Yang baik kami katakan baik, yang buruk kami katakan buruk, agar kita tidak jadi golongan munafik dan fasik yang tidak jujur dalam membuat penilaian. Kami hanya dedahkan setelah kami beri peluang yang cukup untuk pihak yang terlibat membuat pembaikan secara tertutup lalu kami ampunkan sahaja.

Kami dedahkan isu kali ini agar rakyat dan pemimpin negara tahu ada yang sangat ‘tidak kena’ dengan ‘orang-orang kepercayaan’ mereka yang kami lihat sangat lemah lagi tidak amanah dalam memikul tanggungjawab yang diberikan. Jika wang negara yang diamanahkan, maka rakyat tidak akan merasa. Jika maklumat yang diamanahkan, maka maklumat dari rakyat ke atas atau dari pemimpin ke bawah juga akan turut dimanipulasi.

Demikian pentingnya ‘amanah’, salah satu sifat rasul yang membawa risalah Allah untuk membentuk akhlak umatnya. Kerana itu telah nabi SAW tegaskan bahawa “kehancuran akan berlaku apabila amanah tidak diserahkan kepada ahlinya”

KISAH SEKUMPULAN BANGSAWAN YANG HILANG PUNCA

Peristiwa kali ini dimainkan watak utamanya oleh seorang bangsawan yang berjawatan dalam sayap Pemuda UMNO di salah sebuah kawasan di negeri Kelantan. Beliau merupakan pendokong utama Social Enterprise Malaysia (SEM), sebuah NGO yang kononnya direstui oleh YAB Perdana Menteri sendiri untuk memperjuangkan keusahawanan sosial.

Teguran ini terpaksa disampaikan secara terbuka disebabkan beliau ini sudah tidak respon lagi melalui jalan hubungan kami yang biasa. Sebelum perhubungan terputus juga kata bicaranya sudah sangat berbelit-belit.

Atas kapasiti membangunkan model usahawan sosial, beliau ini telah mengambil RPWP sebagai sampel bagi sebuah rumah kebajikan yang berdiri sendiri melalui perniagaan wakaf. Ini kerana 100% keuntungan perniagaan yang kami jalankan adalah untuk RPWP bagi memastikan kelangsungan operasi RPWP, sebagai sebuah badan NGO yang tidak meminta-minta derma secara paksa. Tidak juga kami menolak sumbangan, bahkan sekali sekala ada kami tawarkan dan mengalu-alukan sumbangan tetapi tidak sampai peringkat meminta-minta secara mendesak.

Dari minat itu beliau menghubungi salah seorang co-founder kami Tuan Haji Saiful Nang (SN) sebagai salah seorang usahawan yang mewakafkan syarikat-syarikatnya kepada RPWP. Secara automatik syarikat beliau menjadi entiti syarikat wakaf yang bagus untuk dijadikan contoh. Pada mereka, ia dipanggil SOCIAL ENTERPRISE. Tambahan pula RPWP tidak mendapat sebarang peruntukan kerajaan atau pinjaman bank samada dalam perniagaan maupun kendalian operasi projek kebajikannya.

Mereka ini perlukan ‘model’ yang baik katanya kerana banyak usaha kerajaan telah gagal dalam usaha sebegini melalui agensi seperti MARA, PUNB dan sebagainya. Banyak peruntukan telah terbazir begitu sahaja. Soal dana tiada masalah kata mereka kerana kerajaan sanggup menyalurkannya tanpa berkira-kira, asalkan ianya mampu membuahkan hasil yang baik.

Pertubuhan mereka memang nampak gah. Kebanyakan anggotanya terdiri dari graduan-graduan luar negara yang dahulunya menyatu di UK menerusi Kelab UMNO. Mereka kembali ke Malaysia bersama jaringan yang sangat kuat dengan pemimpin-pemimpin kerajaan. Selain dari itu panitia SEM ini dianggotai oleh bijak pandai bertaraf professor dan doktor yang masih aktif dalam akademik. Beliau yang kami maksudkan ini juga seorang pengusaha sebuah kilang yang khabarnya agak hebat juga.

Kelibat beliau dengan kereta-kereta mewah melambangkan kejayaan perniagaan yang cuba beliau paparkan. Tinggal di Kelab Golf terkemuka Tropicana dengan 2 orang isteri. Perwatakan beliau yang masih muda ini agak menarik dan penampilan peribadinya amat meyakinkan. Mungkin atas sebab itu juga beliau sangat rapat dengan YB Datuk Mustafa Mohamed (Tok Pa).


MUNGKIRNYA JANJI BANGSAWAN – PART 1

Langkah awal mereka ialah menjemput SN untuk memberi ceramah di bawah label SEM di Politeknik Port Dickson pada 18 May 2014. Beliau minta SN kongsikan model Wakaf Enterprise di RPWP dan bersetuju untuk memberikan token bagi membiayai perjalanan beliau dan ceramah yang diberikan.

Setiap hari SN mengabdikan diri bersama RPWP sehingga ke jam 3-4 pagi. Pada hari itu kami masih teringat beliau sedang keletihan kerana baru pulang dari sebuah ceramah di UTM Skudai dan terus sambung menghadiri syuro harian kami.

Khuatir akan terlewat sampai jika beliau tidur pada malam itu, maka SN membuat keputusan untuk bertolak jam 4 pagi itu juga. Jangkaan beliau jika sampai sana awal, beliau akan ada sedikit masa untuk tidur di masjid atau dalam kereta. Yang penting jam 9 pagi beliau harus berada di lokasi. Risau dengan kesihatan beliau yang pada ketika itu sedang mula demam, kami mengutus Irfan, seorang anak RPWP untuk pergi bersama menemani beliau.

Beliau akhirnya tidak tahan meneruskan perjalanan dan terpaksa tidur di lebuhraya Seremban - PD. Kami memahami komitmen yang diberikan oleh SN dalam usaha mempromosikan wakaf enterprise di kalangan orang Melayu Islam. Pada SN, jika konsep wakaf benar-benar dilaksanakan, Melayu Islam tidak perlu bergantung kepada senaraian awam, riba atau unsur syubahah untuk mendapatkan modal dalam pelbagai projek mega.

Setibanya di sana pada tepat jam 9 pagi, tiada kelibat seorangpun di lokasi. Sehinggalah jam 9.30 pagi barulah bangsawan wakil SEM (kami gelar HH) tiba bersama seorang Tengku dan beberapa orang panitia. Salah satu darinya ialah seorang wanita yang bergelar Professor dari Universiti Malaysia Kelantan. Ya.. Bangsawan benar mereka ini… tetapi tahap pengurusan mereka amat menyedihkan.

Tanpa rasa bersalah mereka katakan ada kesilapan pada pihak penganjur Festival Belia sehingga peserta 400 orang tidak dapat dihantar untuk sessi ceramah SEM itu. Begitu lemahnya perancangan dan perlaksanaan program mereka. SN masih bertindak professional dan tidak melatah sehingga dari sebuah ceramah akhirnya bertukar menjadi sebuah perbincangan yang baik. Tidak pasti juga jika memang ini yang mereka sengaja aturkan.

Dalam perbincangan itu SN kemukakan juga idea dan konsep yang telah dilaksanakan di RPWP. Kami menyokong usaha mereka mewujudkan lebih banyak wakaf enterprise yang mampu membangunkan masyarakat dan ekonomi umat Islam itu sendiri kerana Allah. Perbincangan 3 jam itu berakhir dengan kesemua sekitar 8 orang ahli korum perbincangan itu memutuskan untuk mengatur lawatan ke RPWP 2 minggu berikutnya, iaitu 2 Jun 2014.

Pada hari bekerja berikutnya, pihak pejabat Saiful Nang Academy (syarikat wakaf) yang menguruskan jadual undangan ceramah SN telah membuat banyak panggilan telefon untuk menghantar invois bagi yuran professional SN seperti yang dijanjikan. Yuran itu juga adalah dana wakaf sepenuhnya kepada RPWP. Malangnya usaha itu tidak berhasil sehingga berulang-ulang kali pada hari-hari lainnya sampailah ke hari ini. HH pula terus buat-buat lupa.

Seterusnya sebelum 2 Jun 2014, SN sering bertanyakan tentang hasrat mereka melawat RPWP dan semuanya mengatakan ok. Bahkan HH merencanakan untuk hadir bersama team dari Jabatan Perdana Menteri dan Datuk Ahmad Maslan, seorang timbalan menteri.

Jika pelajar universiti atau pelajar sekolah nak datang lagikan kami buat persiapan, inikan pula ada kenamaan yang nak hadir. Cuma peliknya golongan bangsawan ini suka berjanji namun buat tak tahu sahaja selepas itu. Acapkali kami tanyakan untuk kepastian sehinggalah hari terakhir dan HH masih dengan yakin mengatakan program lawatan itu diteruskan.

Lawatan mereka pada 2 Jun 2014 untuk melihat model perlaksanaan wakaf enterprise di RPWP dijadualkan jam 2 petang. Sekitar jam 12 tengahari, setelah semua persiapan dibuat, beliau hanya menjawab "rasanya kena tunda lawatan ini" tanpa alasan yang munasabah diberikan. Kami akur, sekalipun semuanya telah disahkan sehari sebelumnya dan persiapan telah dibuat.

Kami terkilan di situ kerana ada pembaziran dari juadah yang kami masak lebih untuk tetamu yang dikhabarkan sekitar 20 orang namun akhirnya TIDAK DATANG LANGSUNG. Satu lagi kelemahan nyata kewibawaan pengaturan program mereka.


MUNGKIRNYA JANJI BANGSAWAN – PART 2

HH minta program 2 Jun itu ditunda pula ke bulan Ramadhan untuk majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan asnaf RPWP bersama Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan. Kali ini beliau secara rasminya mengesahkan KEHADIRAN SERAMAI 80 ORANG dan akan berlaku penyerahan sumbangan kepada RPWP. Tambah beliau, dari kita tempah makanan di hotel, lebih baik RPWP yang masak dan mereka bayar sahaja kepada RPWP.

Mungkirnya janji untuk membayar token bagi jemputan ceramah SN dan pembatalan sehingga menyebabkan pembaziran juadah pada 2 Jun membuatkan kami lebih berhati-hati untuk belajar dari kesilapan. Kami membuat follow-up dan sentiasa mengemaskini kedatangan terkini agar tidak berlaku lagi pembaziran. Proses itu berlaku sehingga pada hari sebelum majlis.

Sehari sebelum lawatan, Timbalan Menteri Ahmad Maslan sekali lagi menarik diri atas urusan yang tiada justifikasi. Pada tengahari itu juga team dari Universiti Malaysia Kelantan yang diketuai oleh seorang Professor berdarah kerabat pula menarik diri. Mengetahui timbalan menteri tidak jadi hadir, maka HAMPIR KESEMUA rombongan yang mahu meraikan anak yatim itu ikut menarik diri.

APALAH GUNA DATANG BERBUAT BAIK KEPADA ANAK YATIM JIKA KEBAIKAN ITU TIDAK DILIHAT OLEH TIMBALAN MENTERI ATAU WAKIL JABATAN PERDANA MENTERI. BUKAN BEGITU KAH WAHAI AHLI SOSIAL ENTERPRISE???

Akhirnya, dari 80 ahli rombongan yang dikatakan akan hadir pada petang itu, HANYA 2 ORANG SAHAJA yang tiba, iaitu HH dan seorang Tengku. Itupun sejurus sebelum azan maghrib. Inilah bangsawan-bangsawan yang telah mempermainkan anak-anak yatim yang masing-masing telah bersiap menanti sejak petang.

Lebih memalukan, dengan tidak ada rasa bersalah, kedua-duanya terus meninggalkan majlis selepas berbuka puasa dan berucap berapi-api. Pembayaran bagi tempahan masakan yang dijanjikan untuk santapan lebih 200 orang, iaitu termasuk untuk sajian 80 orang ahli rombongan mereka yang tidak hadir itu di SENYAPKAN begitu sahaja.

SN selaku koresponden kami sentiasa menghubungi beliau untuk membuat tuntutan ke atas kos penyediaan juadah yang dijanjikan. Pelbagai alasan diberikan, termasuk katanya sudah signed cek tetapi ada pada secretary, secretary terlupa nak bank-in cek dan berbagai lagi. Akhirnya terus hubungan diputuskan. Whatsap yang biasanya rancak sudah tidak berjawab lagi dan secara rasmi HH yang mewakili Social Enterprise Malaysia (SEM) mengabaikan semua mesej seterusnya.


KESIMPULAN

Inilah bangsawan-bangsawan yang mendapat hasil negara lebih awal dari apa yang marhaen akan perolehi. Namun begini rupa sikap mereka yang sangat acuh tak acuh, tergamak mempersendakan bahkan sanggup memakan harta anak-anak yatim tanpa mereka sedar.

Kami simpati terhadap SN yang terlalu merasa bersalah kerana team SEM ini datang dari kenalan SN sendiri.

Inilah yang dipanggil pejuang Melayu Islam melalui wadah UMNO. Golongan inilah yang dikatakan bersemangat untuk membela usahawan Melayu dan membangun Ummah... berapi-api menggelar mereka adalah NGO terbesar, tertinggi dan terpenting dalam menaungi seluruh badan NGO dan Enterprise Melayu di Malaysia. “Semua NGO lain mesti merujuk kepada mereka”, kata mereka dengan bangganya semasa berucap (ada rakamannya).

Mereka akhirnya hanya pandai bercakap untuk menerima sorakan. Tetapi akhlak mereka lebih hina dari anjing yang memakan bangkai rakannya yang mati. Luahan hati masyarakat marhaen, anak yatim dan asnaf ini menjadi aura doa kepada Allah melalui para malaikat yang tidak berkepentingan dan sekalian umat manusia.

Seperti mana kes Shangri La, mengapa kami bertangguh, kes bulan Jun tapi baru sekarang kami dedahkan? Kerana kami mahu beri mereka peluang yang cukup untuk memperbaiki keadaan. Setiap yang bersalah tidak bersalah sehingga dibuktikan kesalahannya bahkan harus diberi peluang BERTAUBAT. Kami terpaksa dedahkan agar pihak atasan tahu TABIAT orang kepercayaan mereka dan marhaen juga tahu untuk tidak turut TERKENA.

Semoga cerita ini menjadi iktibar dan pelajaran kepada kita semua.

WARGA PRIHATIN

**Yang masih tidak mampu mengesan dari artikel di mana harta anak yatim yang diguna ialah dua kali pesanan juadah yang tidak berbayar... juga bayaran pemergian SN untuk berceramah bagi memenuhi undangan mereka.

Wednesday, 8 October 2014

Tindakan Cikgu beragama Kristian di Surau Sekolah di Sabah buka mata Rakyat Malaysia!


Tindakan seorang guru di sebuah sekolah di Sabah membuka mata ramai pihak apabila dikongsi ramai pengguna media sosial.

Baca kisah mengenai Cikgu Marcus dibawah:
Orang dalam gambar ini merupakam salah seorang guru mengajar di sk.bawang, Tamparuli dan beragama Kristian, apa yg sedang kamu lihat cikgu ini sedang membaikpulih pagar Surau Sk. Bawang Tamparuli, dgn alasan utk mengelakkan anjing masuk ke ruang solat surau tersebut..moral off story dari kisah ini " walau berlainan agama jika kita mengenali antara satu dgn lain secars ikhlas dan mendalam, tidak akan timbul sebarang jurang pemisah dlm kehidupan sesama kita" #‎respectcikgumarcus (Kredit: FB Saizan Ah Tan)
Sabah memang terkenal dengan hidup harmoni sesama kaum dan agama. Tidak hairanlah apabila Perdana Menteri terus terang mengatakan bahawa rakyat Sabah adalah contoh 1Malaysia yang sebenar. - Tengoktvonline

Komplen minyak naik? Gaji RM2500 tak cukup? Anda wajib baca kisah hidup lelaki ini!

Baca kisah hidup Tuan Faizul Ridzuan, usahawan hartanah berjaya pada usia muda yang wajar diteladani semua orang. Mungkin dapat memberikan aura positif kepada rakyat Malaysia yang terbeban dengan kesempitan hidup ekoran keadaan ekonomi semasa:


Baru-baru ni saya memberikan pandangan saya berkenaan kenaikan harga minyak dan kenapa kita tak patut komplen terutamanya jika kita ada pembaziran dalam perkara lain. Ada yang suka dengan pendapat saya, ada yang benci dan berpendapat yang saya ni lupa diri sbb saya ni orang senang yang tak memahami kehidupan orang lain yang susah. Jadi saya nak kongsikan sedikit kisah hidup saya yang byk org tak pernah tahu dan ini adalah perkongsian saya yang terakhir berkenaan dengan subjek ni.

- Bapa saya hilang pekerjaan ketika gawat 97-98, dan selama setahun kami sekeluarga hidup dgn sardin dan telur sahaja kerana tak cukup wang simpanan. Semua barang kemas milik ibu saya dipajakkan untuk menampung hidup kami 5 beranak. Saya tak boleh merungut sbb ramai lagi yang takde duit untuk makan.

- Selepas bapa saya dipecat, beliau gagal mencari pekerjaan. Selepas hampir setahun, dia nekad bukak carwash untuk menyara kami. Modal bukak carwash kami dapat dari pinjaman rakan, dan saya merupakan pekerja pertama di carwash ayah sebab kami tak mampu nak ambil pekerja. Saya mula bekerja pada umur 14 tahun, tolong ayah selepas habis sekolah. Saya tak berani merungut sebab masih ada adik 2 org yang masih kecil dan bersekolah, dan carwash ni adalah satu-satunya punca rezeki keluarga kami.

- Saya mungkin tak senang tetapi ramai kawan saya yang lain lebih susah dari saya. Kawan baik saya ibunya kena sakit buah pinggang dan duit belanja sekolah untuk makan pun takde. Seorang lagi dapat bapa jenis pukul dan ada isteri lain di luar. Ujian kawan-kawan saya jauh lebih besar dari saya jadi apa hak saya nak merungut?

- Selain dari membantu ayah bila diperlukan, saya tak pernah tak bekerja waktu cuti sekolah. Saya bekerja di A&W, McD, Hotel Legend, PWTC, dan macam macam tempat lagi setiap cuti sekolah. Saya tak suka duduk rumah sahaja tanpa buat apa-apa. Gaji pertama saya RM230 sebulan di A&W.

- Sebab lapar sgt, saya pernah 2-3 kali makan lebihan fast food org lain ketika bekerja. Alhamdulillah masih hidup sihat walafiat sampai hari ni bila dipikirkan macam-macam virus yang mungkin saya dapat dari org lain.

- Waktu form 3-5, kadang-kadang bila tak cukup duit, saya dan rakan rakan berjalan kaki je bila balik dari pusat tusyen di kotaraya sampai ke Sentul. Tanya la kawan sekolah saya Wan Shahriman dan Shirkan Rahim kalau tak percaya.

- Ketika di universiti, carwash ayah saya ditutup kerana tuan tanah nak pakai dan buka carwash sendiri. Sekali lagi kami hilang sumber pendapatan dan tak mampu untuk memberikan duit belanja kepada saya belajar di uni. Saya cari kerja dan syukur saya diberi peluang untuk kerja di Starbucks sebagai barista. Dapat sahaja gaji pertama, saya beli skuter untuk permudahkan saya pergi dan balik bekerja.

- Saya bekerja di Starbucks semenjak masuk uni sampai la tamat pengajian. Pernah jatuh motor 2 kali sebab tertidur waktu pergi dan balik kerja sebab penat sangat nak belajar dan bekerja terutamanya waktu exam. Alhamdulillah saya dapat CGPA 3.3 walaupun tak belajar sepenuh masa. Result tak bagus mana tapi saya syukur dapat lulus pengajian.

- Banyak kali takde duit nak makan waktu bekerja tetapi alhamdulillah saya ada ramai rakan dan supervisor yang bantu belanja makan. Tanya bro Ibrahim Halim, bro Amir, Kak Gay kalau tak percaya, diorang selalu belanja saya makan. Saya cukup suka buat closing waktu kerja sbb mesti ada lebihan pastry, salad atau kek yang saya boleh bawa balik untuk dijadikan makan mlm atau sarapan untuk esok.

- Semenjak umur saya 16 sampai lah 25 tahun, pakaian semua dibeli sendiri, dan majority dari bundle. RM5 sahaja sehelai dan saya boleh pakai bertahun-tahun.

- Gaji pertama saya selepas dapat degree adalah RM600 sebulan sebagai komputer pragrammer. Alhamdulillah cukup untuk tanggung diri sendiri sementara belajar ilmu dan dapatkan pengalaman.

- Selepas saya putuskan yang saya mahu berniaga pada jangka masa panjang, saya berhenti kerja sebagai programmer (bergaji RM2300 ketika itu) untuk jadi penjual kredit kad the tepi jalan atau direct selling. Saya putuskan untuk jadi salesman sebab saya nak belajar ilmu menjual. Tak boleh berniaga kalau tak tahu menjual. Kerja salesman ni mmg best sbb langsung tiada basic. Kalau tak jual dan malas, saya tak ada duit utk makan. Alhamdulillah saya survive dan belajar sgt byk.

- Lepas kerja sebagai salesman, saya dapat kerja di bank. Saya pilih untuk kerja di bank sbb nak belajar ilmu duit dan kewangan. Gaji RM2,500 sebulan, dan lepas saya dapat conformation, saya terus beli rumah pertama. Modal saya cuma RM2,000 tapi saya iktiarkan cari modal cara lain. Loan RM155,000 lepas tanpa masalah sebab saya tiada komitmen lain dan tiada kereta (gaji saya RM2,500 memang tiada kaitan dgn kekecohan gaji permulaan

- Waktu berkerja di bank, mcm mcm business saya buat. Renovation kecil-kecilan, sublet (zaman 2006 org tak tahu pun pasal sublet), carwash. Bukan semua pun berjaya tapi saya byk belajar. Saya biasanya tak sampai rumah sebelum jam 12 mlm sbb ada kerja 9-5 dan business.

- Ketika saya kahwin, saya tak hutang satu sen pun. Semua dibayar guna duit simpanan sendiri dan pendapatan dari pelaburan dan business. Saya masih menaiki motor yang sama (saya beli waktu saya belajar) ketiaka berkahwin dan terus terang ramai yang bertanya mentua saya kenapa menatu tak bawak kereta. Beliau jawab, menantu saya mmg takde kereta, tetapi rumah dah ada 3 bijik sebelum kahwin. Ex-GF saya (skrg dah jadi isteri) pun sikit pun tak kisah saya tiada kereta. Bawak motor lebih romantik.

- Kereta pertama saya beli lepas saya dah dapat pendapatan 5-angka dari pekerjaan dan pelaburan. Bagi saya kalau pendapatan saya tak cukup RM10,000, saya memang tak mampu nak pakai kereta (Saya pernah kira installment, parking, minyak, tol untuk bawa kancil pun dah seribu. Saya nak kereta yang elok jadi saya tunggu sampai saya mampu). Dan saya dah kongsikan yang saya beli kereta pertama selepas saya dah beli berbelas rumah. Bukan saya nak riak tetapi saya rasa membazir sgt membeli kereta sbb ia akan membuatkan saya kurang mampu untuk melabur. Jadi saya utamakan pelaburan dulu sebelum kehendak hati.

- Sebelum kahwin, saya tak pernah pergi bercuti sewaktu bekerja yang saya kena bayar sendiri. Percutian pertama yang saya bayar sendiri adalah honeymoon saya. Saya lebih suka jimatkan duit untuk buat pelaburan.

Inilah sedikit kisah hidup yang boleh saya kongsikan. Saya bermula bukan sebagai orang senang tapi saya jenis yang tak suka nak merungut dan suka fikir apa lagi yang saya boleh buat. Tambahan bila tgk ramai lagi orang yang lebih susah dari saya, apa pula hak saya nak merungut berlebihan? Saya tak nak sempit rezeki…..dan Allah beri saya badan sihat, akal, dan cukup sifat. Tiada alasan untuk saya tak berusaha dan tak bersyukur. Alhamduliilah saya belajar ilmu pelaburan hartanah dan kerana ilmu ini hari ni saya mampu nak buat banyak benda yang saya tak pernah fikir saya boleh buat 10 tahun lepas.

Subsidi minyak skrg ni pun tidak akan kekal selamanya. Kita boleh terus merungut dan buat benda yang sama bila subsidi dikurangkan kelak atau kita boleh plan dan iktiarkan untuk ubah hidup kita. Kalau budak carwash macam saya boleh buat, saya yakin ramai kawan saya diluar boleh buat lebih baik. Cari ilmu, dan iktiar. Rezeki itu ada kat luar kalau kita berusaha dan Allah nak bagi.

Bukan semua orang bernasib-baik untuk lahir sebagai orang senang. Semangat kita, tak semestinya kena miskin juga.

Sumber: Facebook Tuan Faizul Ridzuan

Cara mengetahui ayam/pisang goreng dicampur plastik

Peniaga yang tidak bertanggungjawab menggunakan pelbagai cara untuk mendapat keuntungan maksima dengan apa cara sekalipun. Ada yang sengaja menggunakan teknik mencampur plastik ke dalam tepung goreng semata-mata mahu menghasilkan kerangupan kepada ayam dan pisang goreng yang dijual.

Berikut Cara mengetahui samaada ayam goreng atau goreng pisang dicampur plastik ataupun tidak.
Cuba anda bakar pisang atau ayam goreng, jika terbakar besar kemungkinan ayam atau pisang terbabit dicampur plastik. Kesan kepada mereka yang makan akan mengakibatkan mereka mengalami masalah kesihatan terutama kepada organ dalaman.


Monday, 6 October 2014

Misteri rumah pelajar perempuan UiTM diganggu "Ninja bogeI"


Puluhan pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam yang tinggal menyewa di Pangsapuri Astana Alam 3 dekat sini bukan sahaja hidup dalam ketakutan malah diselubungi seribu misteri apabila kawasan perumahan itu diganggu ‘ninja bogeI’.

‘Ninja bogeI’ yang menimbulkan ketakutan dalam kalangan pelajar itu dikatakan akan muncul secara tiba-tiba di depan pelajar perempuan yang pulang lewat malam ke pangsapuri itu.

Dalam beberapa kes, ‘ninja bogeI’ itu pernah mengetuk pintu rumah yang disewa pelajar-pelajar wanita terbabit pada lewat malam. ‘Ninja bogeI’ itu dikatakan hanya berhenti mengetuk pintu sehingga penghuninya membuka pintu rumah.

Semasa kemunculan ‘ninja bogeI’ yang digambarkan tanpa seurat benang kecuali bahagian muka dan kepala ditutup dengan baju-T berwarna hitam, ‘ninja bogeI’ itu hanya berdiri kaku dan melihat gelagat mangsa-mangsanya yang menjerit ketakutan dan lari lintang-pukang.

‘Ninja bogeI’ itu hanya meninggalkan lokasi selepas mangsanya lari akibat ketakutan.

Kejadian itu dikatakan sudah berlarutan sejak tahun 2012 sebelum dalam tempoh dua minggu lalu ‘ninja bogeI’ itu semakin kerap menunjukkan diri kepada pelajar institusi pengajian tinggi itu (IPT).

Penuntut IPT terbabit mendakwa gangguan itu disyaki dilakukan oleh seorang lelaki yang tinggal di kawasan berkenaan. Ini kerana ketika kemunculannya, ‘ninja bogeI’ itu seolah-olah mengetahui masa pengawal keselamatan atau ahli persatuan penduduk membuat rondaan. -Kosmo

Wednesday, 1 October 2014

Cerita sebenar tangan adik adam hancur main mercun


Tiap kali hari raya menjelang tiba, pasti ada berita dan gambar ngeri tersebar kanak-kanak yang terkena letupan mercun. Baru-baru ini pula tersebar sekeping gambar seorang budak lelaki dengan tangan kirinya hancur dikatakan terkena mercun bola. Punca sebenar kejadian ini diceritakan oleh seorang pengguna Facebook seperti dibawah:

Anor Hidayah Macam-macam saya baca... Tapi tahu kak kita keadaan sebenar??? Nama adik ni adam...darjah 3 dari keratong 1 pahang. ... kejadian terjadi apa bila adik ini bermain dan jumpa mercun bola yg belum di bakar. .. lalu bawa balik ke rumah. Tampa pengetahuan ayah ibu mahu pun datuk nenek nya. Dia mengajak adik nya turun sama main mercun itu di dalam bilik... Dia membakar mercun itu... apa bila bakar... takut kena marah sebap main dalam rumah dia cuba padam mercun itu.... malang tak berbau mercun itu meletup di tangan... mendengar letup an kuat keluarga mereka bergegas pergi. .. nasib adik nya selamat... Ibu bapa atuk nenek nya tak tahu. .. sekarang adik ni ada di hospital kuantan . Kita buat ini sebagai tauladan. .. bukan buruk kan sesiapa. .. Kesian adik ni.. kita doa kan terbaik untuk adik ni . Jaga sikit hati mak ayah adik ni... Dia pun ada perasaan. .. atok dia...sampai sekarang sedih ....

Malang tidak berbau, semoga para ibu bapa mengawasi anak-anak dengan lebih kerap agar tidak mengalami nasib yang sama seperti adik Adam ini. -Tengoktvonline

Luahan hati Ustaz Kazim Elias RON95 naik 20 sen dapat 20,000 likes!



Berikutan kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen yang menjadikan harga minyak naik daripada RM2.10 sebelum ini menjadi RM2.30 pada tengah malam ini, 12.01 am, Ustaz Kazim Elias tampil meluahkan pendapatnya.

Beliau jelas menempelak barisan penasihat kerajaan yang menggunakan cara ini tanpa mengambil alternatif lain seperti memotong BR1M... Jom ikuti luahan hati beliau: