Tuesday, 30 September 2014

Siapa sebenarnya Gadis terima Ph.D pada usia 24 Tahun


Hazzirah Izzati Mat Hassim dilahirkan pada 18 Mei 1990 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua daripada 8 orang adik beradik, anak kepada pasangan Mat Hassim bin Daud, seorang Penolong Pegawai Perubatan di Unit Kecemasan, Hospital Tumpat, Kelantan dan Martinawati bt. Salleh, seorang guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1.

Hazzirah memulakan pengajian peringkat awal di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) pada tahun 1997. Pada tahun 1999, beliau menduduki peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang membolehkannya melangkau ke Tahun 5 pada usia 10 tahun. Kelulusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah melayakkannya untuk diterima masuk bagi meneruskan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai pada tahun 2002 selama 3 tahun. Selepas tamat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dengan keputusan 8A, beliau memohon untuk ke MRSM Bitara Pengkalan Chepa bagi meneruskan pengajian tingkatan 4 dan 5. Peluang belajar di MRSM Bitara Pengkalan Chepa dimanfaatkan sepenuhnya sehingga ditawarkan untuk turut serta dalam Program Ekspress UTM-MARA di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru : sebaik sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2006 dalam usia 16 tahun. Pemilihan pelajar untuk mengikuti program ini adalah berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM. Beliau kemudiannya mengikuti Program Persediaan Pra-Ijazah selama enam (6) bulan di UTM Johor Bahru bermula Januari 2007 hingga Jun 2007. Berdasarkan keputusan SPM (7A1, 3A2) dan keputusan peperiksaan akhir Program Ekspress UTM-MARA beliau berjaya untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan mendapat pinjaman boleh ubah dari MARA.

Selepas tiga (3) tahun mengharungi pengajian, beliau berjaya menamatkan pengajian dan bergraduasi pada Oktober 2010 dan telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Kepujian Kelas Pertama dalam usia 20 tahun. Ekoran daripada itu, pihak MARA telah menukarkan pinjaman boleh ubah kepada biasiswa penuh. Beliau kemudiannya ditawarkan pula oleh UTM untuk melanjutkan pengajian terus ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di bawah program Ph.D Fast Track UTM. Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh pihak KPT. Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh pihak KPT.

Di bawah seliaan Prof. Dr Nor Haniza Sarmin dan Dr Nor Muhainiah Mohd Ali, objektif utama tesis Ph.D beliau yang bertajuk “The Homological Functors of Bieberbach Groups with Cyclic Point Groups of Order Two, Three and Five” adalah untuk menentukan beberapa struktur matematik baru bagi kumpulan kristalografi bebas kilasan yang dikenali sebagai kumpulan Bieberbach. Sepanjang pengajian, beliau telah berjaya menerbitkan beberapa kertas kerja dalam jurnal-jurnal berindeks dan tidak berindeks (lihat lampiran untuk senarai penerbitan beliau). Selain itu, beliau turut menyumbang dalam penerbitan buku “Advances in Group Theory, DNA Splicing and Complex Analysis” melalui dua bab bertajuk “The Nonabelian Tensor Squares of Some 2-Engel Groups” serta “Homological Functors of Some Finite Two-Generator Two-Groups of Nilpotency Class Two”. Beliau juga telah berjaya mendapatkan hakcipta dari UTM untuk projek beliau yang bertajuk “GAP Algorithms on the Computation of the Nonabelian Tensor Squares and Homological Functors of 2-Engel Groups of Order at Most 16 (GAP_NTS&HF2E)”.

Bagi meluaskan jaringan penyelidikan yang dijalankan, beliau terlibat secara aktif dalam kolaborasi penyelidikan bersama penyelidik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Di samping itu, dalam menyempurnakan kajian projek Ph.D, beliau telah mengikuti Penyelidikan Sangkutan (Research Attachment) di bawah penyeliaan penyelidik ternama dari universiti di dalam dan luar negara termasuk UPSI, Perak pada April 2012, Januari 2013 dan April 2013; Ferdowsi University of Masshad, Iran pada Januari – Februari 2012, University of Palermo, Itali pada April 2012 dan University of Brasilia, Brazil pada Mei 2013. Beliau juga telah membentangkan hasil penyelidikannya di persidangan antarabangsa seperti Iranian Algebra Seminar di Sabzevar, Iran pada Januari 2012 , Biennial International Group Theory Conference di Istanbul, Turki pada Februari 2013, Asian Mathematical Conference di Busan, Korea pada Julai 2013, Algebra Seminar di University of Brasilia, Brazil pada Mei 2013 dan Algebra Seminar di Bandung, Indonesia November 2013. Tidak hanya tertumpu pada akademik dan penyelidikan, beliau turut bergiat aktif dalam persatuan Pasca Siswazah di peringkat Jabatan dan Fakulti serta terlibat dalam penganjuran beberapa program seperti Bengkel LATEX, Bengkel Groups, Algorithms and Programming (GAP), Bengkel Penyediaan Tesis dan Jurnal serta persidangan peringkat antarabangsa termasuk Biennal International Group Theory Conference (BIGTC) yang diadakan pada Februari 2011 dan International Science Postgraduate Conference (ISPC) pada November 2012. Di samping itu, beliau turut melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa pelaksana beberapa program anjuran Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) seperti Olimpiad Matematik Kebangsaan (2010-2014) dan Anugerah PERSAMA (2010-2012).

Tidak hanya tertumpu pada akademik dan penyelidikan, beliau turut bergiat aktif dalam persatuan Pasca Siswazah di peringkat Jabatan dan Fakulti serta terlibat dalam penganjuran beberapa program seperti Bengkel LATEX, Bengkel Groups, Algorithms and Programming (GAP), Bengkel Penyediaan Tesis dan Jurnal serta persidangan peringkat antarabangsa termasuk Biennal International Group Theory Conference (BIGTC) yang diadakan pada Februari 2011 dan International Science Postgraduate Conference (ISPC) pada November 2012. Di samping itu, beliau turut melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa pelaksana beberapa program anjuran Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) seperti Olimpiad Matematik Kebangsaan (2010-2014) dan Anugerah PERSAMA (2010-2012).

Pada 1 April 2014, Hazzirah telah menjalani Peperiksaan Lisan bagi pengajian Doktor Falsafahnya dan tesis Ph.D beliau telah diluluskan dengan pembetulan kecil. Setelah menyiap dan menghantar pembetulan tesis, beliau telah diperakukan oleh Jawatankuasa Senat UTM dan lulus Ijazah Doktor Falsafah pada usia 24 tahun 2 bulan.

Sumber: News UTM

Luahan hati Aliff Aziz didapati bersalah curi 2 telefon bimbit


Heboh dunia hiburan hari ini apabila rata-rata media melaporkan berita mengenai penyanyi kelahiran seberang, Aliff Aziz yang dijatuhkan hukuman denda $2,000 setelah didapati mencuri dua telefon bimbit.

Ekoran tersebarnya berita tersebut, ramai yang ternanti-nanti ulasan daripada Aliff Aziz sendiri. Melalui Twitter rasmi @Aliffaziz, dia memuatnaik beberapa status seolah-olah tuduhan mencuri itu tidak betul dan media tidak mengetahui cerita sebenar.


Kelab Penyokong Aliff Aziz (@aliffAziz_FC) juga turut mempertahankan artis tersebut melalui ruangan twitter. Mereka menyeru para peminat agar tidak mempercayai berita fitnah itu dan menunggu penjelasan sebenar yang akan dibuat oleh Aliff Aziz sendiri.


Sebelum ini, desas desus kes kecurian ini dapat dihidu oleh media hiburan. Menurut sumber, Aliff berhadapan dengan tuduhan mencuri telefon bimbit, Tetapi bukanlah bermakna dia yang melakukan jenayah tersebut. Dengar cerita akibat terlalu percaya dengan rakan Aliff pula yang kena tuduh.

Mungkin pada waktu pemeriksaan pihak berkuasa, barang bukti itu berada di badan Alif, mahu tidak mahu terpaksa jugalah dia disiasat kini.

Apapun, kita tunggu sahaja lah apakah penjelasan yang akan dibuat oleh Aliff Aziz dalam masa terdekat kerana kes seperti ini pasti akan menjatuhkan maruah beliau. Malah, karier sebagai artis juga mungkin akan berkubur. -Tengoktvonline

Jijik- Tikus ditemui dalam rak sayur di Aeon Big, Midvalley (2 Gambar)


Seorang pengguna media sosial, Chia Yoke Fong memuatnaik dua gambar jijik penemuan tikus dalam rak sayuran di Aeon Big, Midvalley.

Masalah kebersihan ini suatu yang serius kerana ramai rakyat Malaysia maut akibat kencing tikus. Semoga ada tindakan pihak berkuasa bukan sahaja di premis-premis kecil malah di pasaraya-pasaray besar. -Tengoktvonline





Saturday, 27 September 2014

Penduduk Kampung gempar temui 18 CoIi saiz besar!


Klaten: Penduduk sebuah kampung di daerah Jawa Tengah ini gempar apabila 18 coIi ditemui tersidai di jemuran belakang rumah seorang penduduk, kelmarin.

Sehubungan itu, ketua polis daerah berkenaan, Suginoto berkata, pihaknya akan menyiasat dan menjejaki pemilik pakaian dalam itu.

“Kami sudah menerima laporan dan sudah mengambil coIi itu untuk menjalankan siasatan.

“Kami juga ingin tahu motif orang yang meletakkan coIi itu di rumah berkenaan,” katanya.. seperti yang dipetik akhbar tempatan, Jateng Pos.

Polis mengambil coIi berkenaan untuk memastikan tidak ada perkara buruk berlaku. Selain itu, beberapa kenyataan daripada penduduk juga diambil.

Penemuan coIi itu menggemparkan penduduk kampung berkenaan kerana khabar angin mendakwa ia milik puntianak.

Seorang penduduk, Eko, 22, yang mendiami sebelah rumah tempat coIi itu ditemui berkata, sebelum ini, 17 coIi bersaiz besar ditemui di tempat sama.

“Ini kejadian kedua. Sebelum ini pernah berlaku. Dulu jumlahnya 17 dan saiznya juga besar. Penduduk membakar semuanya,” kata Eko.



Menurutnya, coIi itu berada di ampaian jirannya secara tiba-tiba.

“Ada penduduk mendakwa melihat wanita tua, berkuku dan berambut panjang di kawasan itu,” katanya.

Cerita penemuan coIi itu tersebar begitu pantas, termasuk ke kampung berhampiran menyebabkan ramai yang datang ke rumah terbabit untuk melihat sendiri coIi yang tergantung itu.

Mulanya jumlah coIi yang ditemui 18. Tetapi, ketika polis tiba, jumlah berkurangan kepada 17.

“Mungkin ada yang datang untuk melihat mengambil satu coIi itu,” kata Eko. - JPNN

Friday, 26 September 2014

8 Gambar Cara Kreatif Sindir YB Makan Gaji Buta!


Sememangnya, tidak semua pemimpin yang menjadi wakil rakyat menjalankan tugas dengan baik. Baik pembangkang mahupun kerajaan. Kadang-kadang, walaupun telah dimaklumkan beberapa kali mengenai masalah rakyat, pemimpin jenis ini seakan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Mungkin sudah tiba masanya kita mencuba cara lain supaya dapat menyedarkan mereka. Seperti contoh yang berlaku di negara orang putih, rakyatnya mencipta gambar kreatif dengan menyindir pihak berkuasa mengenai masalah jalan raya mereka yang berlopak dan berlubang. 









Jadi, sekiranya anda ada idea seperti gambar-gambar dibawah, apa salahnya anda juga mencipta gambar kreatif. Selalunya bila ada gambar yang menjadi viral di media sosial, barulah pemimpin itu tergesa-gesa menjalankan kerjanya.

Thursday, 25 September 2014

Penemuan - Cium Pisang turun berat badan!


Bentuk tubuh lansing dan menawan menjadi idaman kebanyakan wanita di luar sana. Malah, ramai yang sanggup berabis ribuan ringgit semata-mata mahu mencapat matlamat menjadi kurus.

Namun kini ada cara lebih mudah ditemui oleh sekumpulan pengkaji berpangkalan di Chicago, Amerika Syarikat. Mereka mendakwa bahawa hanya dengan mencium pisang sahaja boleh menurunkan berat badan.

Menurut laman web seriousfacts.com kajian telah dibuat oleh Smell and Taste Treatment and Research Foaundation dengan melibatkan seramai 3,193 wanita yang berlebihan berat badannya berusia 18 hingga 64 tahun.

Para Peserta diminta mencium (Menghidu bau) buah pisang, epal hijau, pudina dan vanilla sebanyak tiga kali ketika lapar.

Hasil kajian mendapati, bau buah pisang dan epal hijau menjadi aroma yang boleh membantu menurunkan berat badan.

Kajian selama enam bulan itu membuktikan responden boleh kehilangan 2 hingga 3 kilogram berat setiap bulan sekiranya menghidu bau buah-buahan tersebut.

Penyelidik turut menguji manfaaat daripada bau makanan dan ternyata terdapat bau tertentu yang dapat mengurangkan rasa lapar…

Mesti ramai yang mempertikaikan kajian ini kerana seakan tidak masuk akal. Namun, tidak salah mencuba mungkin ada yang berjaya menjadi kurus dengan hanya mencium pisang. Ingat, buah pisang sahaja. Tiada kaitan dengan "pisang itu" dan sewaktu dengannya. -TengokTVonline

Lelaki acu pisau, tampar isteri kerap bermain telefon bimbit


Ipoh: Cemburu dengan tindakan isterinya sering bermain telefon bimbit, seorang suami tergamak mengacukan pisau serta menampar wanita itu kerana mengesyaki isterinya ada hubungan sulit dengan lelaki lain.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang kelmarin di Taman Pakatan, Ulu Kinta, di sini, mangsa berusia 23 tahun yang sedang bermain telefon bimbitnya terkejut apabila disergah suaminya yang berusia 38 tahun dalam keadaan marah sebelum menuduh mangsa bermain kayu tiga.

Sumber berkata, mangsa kemudian ditampar sebelum suaminya itu mengambil pisau untuk mengugut agar mangsa tidak keluar rumah tanpa kebenarannya.

Katanya, suaminya juga mengingatkan mangsa agar tidak lagi bermain telefon bimbit sekiranya tidak mahu sesuatu berlaku terhadapnya.“Mangsa memberitahu hanya bermain mesej dengan rakan-rakan wanitanya, namun timbul salah faham sehingga menyebabkan suaminya berprasangka buruk.

Mangsa ditempeleng di kepala sehingga menyebabkan kepalanya sakit.

“Tindakan suami mangsa mengeluarkan pisau menyebabkan mangsa takut berlaku sesuatu tidak diingini dan bertindak membuat laporan di Balai Polis Bercham sejurus selepas kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

Luahan hati - ramai Kakitangan Awam makan Gaji Buta!


SAYA bersetuju dengan luahan hati Akmar Hayati dari Putrajaya mengenai sikap kaki tangan awam yang makan dan minum tidak tentu masa pada waktu bekerja. Saya juga merasa terpanggil untuk berbicara tentang etika kerja kakitangan awam yang dilihat teruk berbanding dengan pekerja-pekerja swasta.

Mereka ini bukan sahaja makan, minum tidak tentu masa, malah turut melakukan urusan-urusan peribadi di waktu pejabat. Contohnya, berniaga, menjual pakaian, kuih pada waktu pejabat.

Juga datang kerja lewat, balik awal, ponteng kerja dan pelbagai lagi. Malah sesetengah kakitangan awam turut keluar pejabat pada pukul 12.00 tengah hari dengan alasan untuk mengambil anak sekolah dan masuk pada pukul 2.30 petang selepas selesai menghantar anak ke sekolah KAFA.

Tidak bolehkah urusan persekolahan anak ini diselesaikan dengan menggunakan khidmat bas atau van sekolah untuk menghantar dan mengambil anak sekolah?

Sekiranya perkara ini dilakukan pada setiap hari, ditolak waktu makan dan minum, bersembang dan berbual kosong, membaca surat khabar, berapa jam sangatkah waktu kerja yang berkualiti buat golongan ini?

Sesetengah kakitangan awam juga sangat berkira apabila kebetulan datang awal setengah jam dan balik lambat setengah jam, terus dibuat tuntutan kerja lebih masa. Tidak fikirkah berapa banyak waktu yang telah dihabiskan untuk urusan peribadi?

Mengkhianati amanah dengan menghabiskan banyak masa dengan minum atau membuat kerja tidak berfaedah bermaksud makan gaji buta. Bila makan gaji buta ia akan menyentuh pula persoalan apakah gaji yang diterima itu setimpal dengan kerja dan usaha yang dilaksanakan?

Saya tidak nafikan bukan semua anggota perkhidmatan awam bersikap begitu. Namun jika sebahagiannya bersikap sambil lewa dan acuh tidak acuh, maka sudah pasti ia akan menjejaskan imej dan integriti keseluruhan kakitangan awam itu sendiri.

Dicadangkan juga agar ketua-ketua jabatan bersikap tegas menangani masalah-masalah yang berlaku di kalangan kakitangannya sendiri.

Kita perlu fikirkan adakah sumber pendapatan yang diperoleh halal untuk digunakan bagi menyara kehidupan diri, isteri dan anak-anak? Bila sumber tidak halal menjadi tunjang menyara kehidupan, maka keberkatan hidup itu secara automatiknya ditarik oleh Allah SWT dan mengundang berlakunya gejala-gejala negatif dalam diri seorang dan kelangsungan hidup keluarga yang ditanggungnya.

Perubahan minda dan membuang sikap-sikap negatif amat perlu bagi seluruh warga perkhidmatan awam. Barulah nanti kita layak dipanggil warga perkhidmatan awam yang berintegriti, produktif, efisyen dan memiliki minda kelas pertama.

PENCINTA NEGARA

Kuala Lumpur

Wednesday, 24 September 2014

Perhatian: Malware serang pengguna Maybank2U & CIMB Clicks Pada Android

MyCert sering memantau pelbagai jenis masalah sekuriti yang dihadapi oleh pengguna tempatan, dan terkini mereka mendapati terdapat suatu malware baru yang menyasarkan pengguna perkhidmatan perbankan internet tempatan – terutamanya Maybank2U dan CIMB Clicks.

Malware yang dari keluarga “Zitmo Banker Malware” ini akan menyuntik kandungan berbentuk halaman dan kandungan palsu untuk laman perbankan pada komputer pengguna, dan seterusnya akan menghantar SMS kepada peranti mudah-alih pengguna untuk memuat-turun sebuah APK khusus (fail pemasangan Android).



Melalui APK yang dipasang pada peranti Android pengguna tersebut kelak, ia akan mengumpulkan data, dan seterusnya cuba log masuk ke akaun perbankan milik pengguna.

Malware ini telah dikenal pasti sejak daripada tahun 2010 yang lepas, tetapi buat pertama kalinya didapati digunakan untuk menyasarkan pengguna perbankan di Malaysia.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak MyCert meminta pengguna untuk mengemaskini perisian antivirus mereka, dan pada masa yang sama memastikan URL yang sedang dilayari. Pengguna peranti mudah-alih juga dinasihatkan untuk membaca dan mengesahkan setiap kebenaran dan akses yang diminta sesuatu aplikasi sebelum memasangnya.

Bacaan Lanjut di laman MyCert

SUMBER RUJUKAN: RAHMAT , AMANZ NETWORK

3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain


Bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? Saya biasa alami situasi ini, saya dapat rungkaikan. 3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain.


Pertama

Allah sedang beritahu makanan kita, hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.


Kedua

Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.


Ketiga

Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas, bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.


Kredit: Ustaz Shukri Harun

Gambar gadis terlebih mesra dengan kucing tersebar

Semenangnya, kucing merupakan binatang peliharaan yang comel dan manja. Selain jinak, kucing amat suka dibelai terutama oleh tuannya sendiri.

Itulah apa yang berlaku apabila sekeping gambar seorang gadis dilihat bermain dengan kucing peliharaan dengan amat mesra sekali apabila memasukkan kucing itu di dalam bajunya. 


Gambar itu menjadi viral namun ramai memberi komen tidak senonoh seperti mahu menggantikan tempat kucing itu pula. -TengokTVonline


Gambar suspek tutup muka guna ‘spender’ jadi bahan lawak (Spenderman)


PETALING JAYA - Amat mengelikan hati. Gara-gara ingin menutup malu, beberapa suspek yang diiringi oleh pihak polis setelah selesai menghadiri satu prosiding perbicaraan di sebuah mahkamah disini hari ini dilihat ‘menyembunyikan’ wajah mereka menggunakan seluar dalam lelaki (spender).

Portal, Berita Harian hari ini memuat naik laporan bertajuk “Reman 15 Anggota, Pegawai Kastam Dilanjut Lima Hari” dimana foto yang disertakan bersama laporan tersebut telah menimbulkan unsur jenaka kepada ribuan pengikut portal berita tersebut.

Suspek yang ditahan berhubung kes penyeludupan arak dan rokok yang tidak dibayar duti dan cukai kastam sehingga menyebabkan negara mengalami kerugian RM4 bilion dilihat menggunakan kaedah yang ‘bijak’ untuk menutup wajah mereka dengan menggunakan seluar dalam berjenama Renoma.

Tindakan mereka secara langsung telah mencuit hati ribuan pengguna dilaman sosial tersebut yang menyifatkan ia suatu tindakan yang sangat kelakar.


Bagaimanapun, segelintir pengguna dilaman sosial tersebut turut menasihati pengguna laman sosial yang lain agar tidak mengaibkan mereka memandangkan suspek masih belum diputuskan samada bersalah ataupun sebaliknya- Malaysian Digest

Tuesday, 23 September 2014

Kisah pakcik berpakaian lusuh dapat 87,000 Share di Facebook



Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?

Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia, dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...

Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

***Gambar hiasan semata-mata..

Sebarkan.. Seburuk mana pun luaran seseorang jangan sesekali menghina kerana siapa tahu dia lebih mulia dari kita di sisi Allah swt

Penjawat awam terima kenaikan Gaji pada awal Januari 2015


Berita hangat yang tersebar hari ini dimana dikatakan gaji penjawat awam akan dinaikkan pada 1 Januari 2015. Berita yang tersebar seperti berikut:
Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak telah mengumumkan penjawat awam bakal menerima kenaikan gaji yang akan dilaksanakan pada 1 Januari 2015 dengan kadar kenaikan sebanyak RM500 untuk semua kakitangan sokongan dan RM1000 untuk pegawai beserta pertambahan elaun risiko sebanyak RM300.

Selain itu, kerajaan juga akan mewujudkan sistem Band to Band 7 jika keadaan mendesak apabila pelaksanaan GST yang bakal dilaksanakan bermula pada April 2015.

Pengumuman ini telah disahkan Ketua Setiausaha dalam mesyuarat kabinet pada pagi semalam. Kenaikan ini berkaitan dengan hal-hal kebajikan kakitangan awam akan dinaiktaraf dan mengikut dari pandangan CEUPACS dan JPA sebulat suara menyatakan supaya kebajikan terhadap kakitangan awam akan dinaik taraf sama seperti kelebihan yang ada pada peringkat JUSA.

Usul ini telah diluluskan dalam pembentangan kertas kerja JPA dan CEUPACS bertarikh 21 September 2014 dan pelaksanaan akan dikuatkuasakan mengikut tarikh yang dinyatakan.
Walaubagaimanapun, berita ini seperti ada yang tidak kena memandangkan Perdana Menteri bersama delegasi ketika ini sedang berada di New York, Amerika Syarikat selama 9 hari bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekaligus menyampaikan ucaptamanya pada 26 September 2014 ini.

Berita ini sudah tentu memberi khabar baik kepada para penjawat awam.  Sekiranya tidak betulpun, semoga ada bantuan dan insentif lain diberikan kepada para penjawat awam.

Pengasas Laman Web Alibaba kini orang terkaya di China


Shanghai: Pengasas laman sesawang e-dagang Alibaba kini menjadi orang paling kaya di China ekoran sahamnya kini bernilai AS$25 bilion (RM81 bilion), lapor firma penganalisis semalam.

Penerbit majalah ekonomi Hurun Report, 2014 adalah tahun yang cemerlang untuk ahli perniagaan China ekoran perkembangan ekonomi negara itu yang rancak.

Sebelum membuta Alibaba, Ma adalah lelaki biasa yang tidak mendapat pendidikan istimewa kerana kemiskinan ibu bapanya.

Bapa Ma terpaksa bergantung kepada elaun persaraan bulaan kerajaan yang bernilai AS$40 (RM130) bagi menyara keluarga.

Untuk memulakan perniagaan, dia terpaksa meyakinkan rakannya untuk meminjamkan AS$60,000 (RM195,000) bagi memulakan perniagaan itu 15 tahun lalu.

Permohonan awal Ma kepada pemodal AS ditolak sebelumnya.

Kini syarikat itu mempunyai nilai lebih daripada AS$200 bilion (RM650 bilion) selepas tersenarai dalam Bursa Saham New York Jumaat lalu.

Penyenaraian laman sesawang Alibaba membolehkan Ma meraih lebih daripada AS$800 juta (RM260 bilion) melalui tawaran awam awal (IPO).

Tahun lalu nilai kekayaan Ma dianggarkan hanya AS$4 bilion (RM13 bilion) dan gagal menempatkan dirinya dalam kelompok 20 hartawan China. - AFP

Suami belasah Isteri tak bagi pergi kerja



KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki layak digelar suami dayus apabila tergamak memukul dan menyepak isterinya hanya kerana tidak membenarkan mangsa bekerja, dalam satu kejadian di sebuah rumah di Jalan Sultan Zainal Abidin, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa berusia 23 tahun dan bekerja sebagai jurujual menjadi mangsa belasah si suaminya selepas enggan mendengar kata-kata lelaki itu yang menghalangnya untuk pergi bekerja.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, pertengkaran antara pasangan itu bermula apabila suspek berusia 24 tahun menghalang mangsa yang ketika itu ingin keluar bekerja.

Beliau berkata, mangsa merayu kepada suspek agar membenarkannya keluar kerana sudah terlewat dan permintaan itu menyebabkan suspek semakin naik angin.

“Tidak cukup dengan maki hamun, suspek turut memukul mangsa sambil menyuruh isterinya berhenti kerja.

“Namun, mangsa tetap berkeras tidak mahu berhenti kerja dan jawapan diberikan wanita itu menyebabkan suspek semakin naik hantu apabila bertindak memukul kepala, tangan dan kaki tanpa mengendahkan rayuan mangsa,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, semalam.

Wan Abd Aziz berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami sakit di kepala, tengkuk dan belakang badan akibat dipukul dan ditendang suspek.

Katanya, mangsa yang tidak dapat menahan kesakitan akibat dibelasah suspek mengambil keputusan menghubungi dan meminta majikannya memaklumkan perbuatan suaminya kepada polis.

“Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu untuk rujukan bagi proses penceraian kerana tidak sanggup menjadi mangsa suaminya.

“Malah, mangsa turut memaklumkan yang dia berasa tidak selamat untuk terus bersama suaminya kerana kerap dipukul.

“Identiti suspek sudah dikenal pasti dan usaha memburunya giat dijalankan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.

Monday, 22 September 2014

Kisah benar pasangan suami isteri tawar hati kembali bahagia dikongsi 3,600 di Facebook


Seorang suami kerja jurutera jumpa saya sedih kerana katanya dia sayang isterinya tapi segalanya dah tawar, hambar, dan masing bawa diri masing-masing. Sebumbung dan sebantal tapi mimpi lain-lain. Lebih malang jadi macam musuh.

4 tahun bersama isterinya malas, tak solat dan isterinya asyik mengamuk jer. Dia rasa nak lari dari rumah..

Abang ada berapa orang anak? 1 orang.

Saya dah buat pelbagai usaha. Saya rajin pergi kuliah agama..ajak dia tapi dia tak nak ustaz. Dah merata doa dan air penawar saya minta. Saya tegur semua tak mahu dengar.

Allah sayang saudara. Pasti saudara sayangkan isteri..

Saudara buat beberapa amal ini. Hati ini segalanya..Hati manusia dalam genggaman Allah. Bila-bila masa Allah boleh tukar hatinya dan jauh lebih baik dari kita. Hati ini raja. Bila dapat hati kita dapat semuanya..saya pernah praktikkan dan ramai yang ada masalah begini Allah mudahkan buat mereka..Itulah harga hidup ini Redha Allah

Dulu saudara mengorat dan dah dapat anak seorang. Sekarang saudara mengorat ,menawan, menggoda dia kerana Allah. Kerana dakwah. Ini semua dapat pahala korban. Berjuang itu manis buat seorang daie yang ikhlas

1) saudara selalu beli hadiah atau bunga buatnya..buat kejutan..beli bunga bagi masa di pejabatnya. Depan orang ramai..saya pernah bagi di luar dugaan isteri saya. Dia ingat ulang tahun perkahwinan mesti dapat 1 bunga besar..saya bagi 2...satu beri di rumah mertua..1 bagi di tempat kerjanya..sekali sekala masuk rumah suh dia pejam mata dan pakaikan gelang untuknya..kadang-kadang masa tiada duit beli sekuntum jer bunga..

2) Bagi dia duit bulan-bulan ikut kemampuan saudara..bagi secara mengejut jika dapat bonus...

3) Buat-buat macam lupa tarikh penting tarikh lahir dan anniversary. Buat-buat tak tahu rupanya kita telah siap sedia buatnya. Wanita teruja begitu

4) Hargai ibubapanya dan adik beradiknya. Ambil cuti hantar ibuayahnya jika sakit. Beri khidmat..buat seperti mak ayah kita..

5) Picit kaki dan tangannya...terima kasih sayang jaga anak-anak dan uruskan rumah buat abang..

6) Beri paling kurang 7 pujian dan 7 pelukan sehari...wanita terutamanya dahagakan kasih sayang dan belaian....

7) Hidupkan Ta'lim rumah bersama isteri pada waktu tetap..

8) Banyak menangis waktu malam doakannya..sekali sekala doa kuat sikit dengan bersungguh dan menangis supaya dia tahu.kita serius nak dia berubah..

9) Masuk rumah senyum, bagi salam, terus peluk dukung isteri dan anak-anak

10) Tolong kerja berat seperti buang sampah yang berat atau pindahkan barang berat.

11) Sediakan telinga dengar apa dia cakap...jangan jawab atau tambah..wanita selalu jatuh hati pada orang suka mendengar..

12) Ajak makan berdua di bawah bulan purnama..hee..candle light Dinner..suap-suap sikit. Lagi elok masa rindu sgt..nanti bahasa lagi manis yang keluar masa tu.
Selepas itu insyaAllah abang ajak dia.belajar agama, berada di jalan Allah, menangis dalam tahajud semuanya mudah..

Dia mulakan dalam masa 1 bulan isterinya berubah. Kini isterinya yang baca hadis dan ajak beliau berjuang di jalan Allah.Buat wanita pun sama jika suami kurang kesedaran...isteri pula buat seperti di atas. Jika benar ikhlas cinta kerana Allah..Orang berjaya ialah mereka yang bermuhasabah diri.Hidup ini bertolak ansur satu sama lain.Pegang tangan mereka dan bawa masuk syurga

Tulisan: Ustaz Ebit Lew

Jurugambar malu besar silap taip "porn0graphy" pada foto pengantin

Parit Buntar: Seorang jurugambar perkahwinan tidak menyangka sekeping gambar pasangan pengantin bergambar bersama seekor kuda yang asalnya bertujuan mempromosikan perniagaan bertukar menjadi viral di laman sosial apabila perkataan ‘untuk sesi fotografi’ tersilap ditulis sebagai ‘untuk sesi porn0grafi’ hingga menimbulkan pandangan buruk masyarakat dan pelanggannya.

Jurugambar terbabit yang enggan dikenali berkata, pada awalnya dia tidak menyedari kesilapan ejaan itu sehinggalah ditegur beberapa kenalan mengenainya dan segera memadamnya tidak lama kemudian.

Menurutnya, kesilapan berlaku kira-kira jam jam 12 tengah malam kelmarin ketika dia sibuk memuat naik gambar pasangan pengantin yang diambilnya bersama seekor kuda dengan tujuan mempromosi perniagaan, namun tidak memeriksa perkataan ditulis pada gambar berkenaan.



“Selepas lima minit gambar itu dimuat naik dan disiarkan dalam laman Facebook, beberapa rakan dalam laman sosial menegur saya terhadap perkataan ditulis dan saya segera memeriksanya dan terkejut apabila menyedari kesilapan dilakukan.

“Saya segera menukar perkataan itu tetapi tidak menyangka ada pihak sempat membuat ‘print screen’ gambar itu serta menyebarkannya di laman sosial hari ini (semalam),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Jurugambar itu berkata, dia sememangnya tidak berniat berbuat demikian, apatah lagi melakukan perniagaan perkhidmatan gambar porn0grafi kerana masih waras dan apa yang berlaku disebabkan kesilapan menaip perkataan. -Hmetro

Sunday, 21 September 2014

7 Gambar pakaian Pramugari Vietjet Air yang terlampau!



Syarikat Vietjet Air, sebuah syarikat kapal tambang murah yang berpangkalan di Vietnam menjadi bualan hangat di seluruh dunia berikutan tersebarnya gambar pakaian mencolok mata yang dikenakan oleh Pramugari mereka.

Gambar-gambar tersebut sebenarnya adalah satu bentuk kempen yang dijalankan oleh syarikat itu. Dengan hanya memakai bikinl, sudah tentu mampu menarik ramai untuk menempah tiket pesawat itu terutamanya bagi kaum lelaki.








Gambar lelaki pakai Baju Melayu terlampau tersebar


Gambar seorang lelaki lengkap berpakaian baju melayu lengkap menjadi viral di media sosial. Ini berikutan rekabentuk baju melayu itu telah diubahsuai dengan amat ektrim sekali. 

Bahagian bahu Baju Melayu itu telah dipotong untuk menampakkan lengan kepada si pemakainya. Ramai yang marah kerana dikatakan menghina baju tradisional orang Melayu. 

Sejak beberapa tahun ini, pelbagai rekaan Baju Melayu yang pelik dikenakan terutama di pagi raya dengan alasan mahukan keunikan sehinggakan nilai-nilai asli ciri-ciri kemalayuan telah hilang begitu sahaja.

Azizi Ali (Jutawan Hartanah) belasah Puan Masayu (Pegasus Bullion)


Saya telah menulis satu post semalam mengexposekan Pegasus Bullion. Seperti yang dijangkakan, adalah beberapa orang yang melenting. Salah seorang daripadanya ialah Puan Masayu.

Berikut adalah komen beliau:
Jgn kerana nila setitik rosak susu setempayan,jangan cube mempegaruhi org dgn cerita yg x pasti,jangan jadikan bangsa kite ini mundur dan sentiasa hidup dlm kemiskinan,sedangkan Allah dah bagitahu rezeki dr meniaga itu adalah 9/10 pelaburan emas ini,konsepnye pelaburan pernahkah anda buat kajian atau ambil tahu.. bukan kah pelaburan itu berkaitrapat dgn perniagaan,jike sendiri x mahu beri peluang pd diri sendiri jangan hasut org supaya sama seperti anda,orglain telah mendapat pendapatan ratusan ribu tiap2 bulan,anda bagaimana...jgn jadi khurafat moden rezeki Allah taala yang tentukan kite cuma usha cume cara kite berbeza2...jadi jgn terpengaruh dgn cerite ini kaji selidik dulu perniagaan ini terpulang pd individu buat keputusan jika perniagaan ini benar2 terbukti dpt mengubah cara hidup kite alangkah ruginye kite ada peluang x mahu berhijrah....hidup lah kite dlm desakan..

Berikut adalah jawapan saya:
(Klik LIKE dan SHARE supaya lebih ramai orang yang terbuka mata.)

Puan Masayu,

If I say that Pegasus Bullion is the best investment in the world, would it make everything alright?
But how can I say such a thing when all the signs are showing that it is a Ponzi and a scam? How can I say it when all the alarm bells are ringing and red flags are showing that it is a scam? So I cannot and will not say it because I know scams and Ponzi schemes will not do anyone good.
Here, you are either part of the problem or you are part of the solution. If you ‘invest' in Ponzi schemes (even though the money may be just a token amount), then you are part of the problem. By staying out, then you are part of the solution.

In many ways, the Ponzi schemes operating today are pretty much like the Superman movies. Everyone - except the actors in the movie - knows that Clark Kent is Superman. The signs are obvious: Kent and Superman are the same height, same size and heck, they even look the same. What's more, every time Kent is missing, Superman shows up. And every time Superman is around, Kent is not there. So the signs are obvious to everyone, except to the actors in the movie. They do not, cannot and will not see the signs.

Similarly, the signs showing that the Ponzi schemes operating today are scams are obvious to everyone, except to the voluntary victims. Just as the actors are blind to the fact that Clark Kent is Superman, the voluntary victims are blind to the fact that the Ponzi schemes are scams. They do not, cannot and will not see the signs.

1. Laman web Bank Negara menyatakan nama syarikat Pegasus Bullion sebagai salah satu daripada syarikat yang tidak mendapat kebenaran atau approval under the relevant laws and regulations administered by BNM. Ini bermakna bisnes emas Pegasus Bullion adalah menyalahi undang-undang Negara Malaysia. Fakta ini sebenarnya lebih daripada cukup untuk membuktikan siapa yang sebenarnya memundurkan bangsanya. Clue – bukan saya.

http://www.bnm.gov.my/documents/2014/20140725_FCA_EN.pdf

2. Semua scam dan skim Ponzi akan menggalakkan ‘pelaburnya' merekrut ‘pelabur' baru, kerana itulah cara utama mereka mendapatkan wang baru. (Itulah yang puan sedang lakukan sekarang dengan meminta saya dan orang lain melabur dalam skim ini.) Tanpa ‘pelabur-pelabur' baru, skim tersebut akan berkubur dengan cepat.

3. Pulangan yang dijanjikan oleh Pegasus Bullion adalah 10% sebulan, yang bermakna 120% setahun! Pelabur-pelabur world class seperti Warren Buffett dan George Soros pun ‘hanya' memberi pulangan 20-34% setahun! Adakah masuk akal orang yang tidak pernah dikenali dapat memberikan pulangan yang sebegitu tinggi? Kalau betul pula, sudah tentu semua media di dunia termasuk CNN, Fortune dan Forbes akan memberi liputan yang menyeluruh kepada syarikat tersebut. Kenapa tak ada? Takkanlah media dunia (yang tahu semua pelaburan lain) begitu buta dan tidak pernah mendengar pulangan yang sebegitu hebat?

4. Adakah masuk akal yang pelaburan yang baru dibuat satu bulan sudah boleh mendapat pulangan 10% bulan berikutnya? Semua pelaburan, termasuk yang paling untung sekalipun, memerlukan masa. Jadi kalau syarikat sendiri tidak dapat hasil pulangan malah mungkin menanggung kerugian kerana harga emas sekarang adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan 6 bulan, setahun atau dua tahun dulu, bagaimana ia hendak bayar orang lain? Dari mana datangnya wang tersebut? Jawapannya dari poin 12 di bawah.

5. Puan sendiri baru beberapa bulan membuat ‘pelaburan' (ehm, ehm) dan ‘berniaga’ dalam skim tersebut. Adakah itu bermakna puan seorang pakar dalam pelaburan emas dan orang lain yang tidak melabur dangkal?

6. Pendapat dan kata-kata puan bermakna ratusan pakar kewangan di Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Azizi Ali dan juga media massa Malaysia adalah salah! Saya tidak fikir kami salah.

7. Sebagai seorang Chartered Financial Consultant, saya telah belajar tentang semua pelaburan di dunia. Saya juga telah membaca lebih 900 buah buku tentang kewangan dan telah belajar tentang wang dan pelaburan sejak 20 tahun kebelakangan. Saya juga telah membuat kajian yang terperinci tentang pelaburan ini di Malaysia. Jadi saya bukan main teka saja.

8. Jika puan fikir saya salah dan masih tak puas hati, puan boleh tanya kepada mereka yang sudah bertahun-tahun berniaga emas – Tauke Poh Kong, Wah Chan, Habib Jewels, bank Al-Rahji, bank UOB, Maybank, Tauke Public Gold dan malah pengeluar produk-produk emas seperti PAMP Suisse dan American Eagles – dan BUKAN sesiapa yang ada kepentingan dalam syarikat Pegasus Bullion. Saya boleh beri jaminan yang mereka semua akan berkata saya betul dan sistem syarikat Pegasus Bullion itu salah.

9. Oleh kerana Pegasus Bullion menjanjikan jaminan pulangan keuntungan tetap (10% dan sebagainya) kepada ‘pelabur-pelaburnya’, ini menjadikannya riba ad-duyun’ daripada jenis al-qard dan oleh itu haram dalam Islam (rujuk muka surat 33 dan 235 buku Wang Anda Dan Islam tulisan Uztaz Zaharuddin). (Sila betulkan jika saya tersilap di sini.)
Ini bermakna sistem Pegasus Bullion bukan saja menyalahi undang-undang Malaysia tetapi juga haram.

10. Semua ‘pelabur' scam dan skim Ponzi akan berkata "Cuba dulu. Sikit saja. Belum cuba, belum tahu." Jawapan saya: Kenapa nak cuba jika anda tahu benda itu merbahaya? Kenapa nak cuba jika anda tahu benda itu membawa penyakit? Kita tak perlu mencuba heroin untuk mengetahui ianya akan membawa masalah yang besar kepada diri dan keluarga. Kita tak perlu mendekati ular senduk untuk mengetahui ianya merbahaya, walaupun anda belum pernah kena patuk ular tersebut.

11. Jawapan yang diberikan oleh ‘pelabur' Pegasus Bullion adalah sama sahaja seperti apa yang diberikan oleh ‘pelabur' skim Pak Man Telo di tahun 1980an dan Swisscash di tahun 2007. The exact same answers - the local banks are jealous, the government don't understand the investment, the non-investors are blind and anyone exposing the scam as ignorant or dumb.

12. Anda mendapat pulangannya kerana wang itu datang daripada pelaburan orang-orang yang baru masuk dalam skim tersebut. The money is being recycled. Just as your ‘investment' is being used to pay others before you. Situasi ini mungkin akan bertahan satu, dua atau tiga tahun, tetapi apa yang pasti ialah ianya akan berkubur juga apabila tiada ‘pelabur' baru dan/atau (whichever comes first) apabila ianya diserbu oleh Bank Negara. Apabila ia berlaku, anda akan kehilangan semua wang anda.

13. Jika ada orang mendapat pendapatan ratusan ribu tiap-tiap bulan daripada skim itu ialah kerana wang itu datang dari poket orang lain (poin 12). Lagipun ini bukan bukti perniagaan itu sah. Untuk pengetahuan puan, ramai juga orang yang mendapat pendapatan ratusan ribu tiap-tiap bulan daripada skim Pak Man Telo dan Swisscash dulu!

14. Jika rakan anda memberikan anda wang daripada hasil rompakan, apakah anda akan terima wang tersebut? Jika rakan anda memberikan anda wang hasil daripada jualan dadah, apakah anda akan terima wang tersebut? Saya jangka anda akan menolak wang tersebut kerana tahu ianya hasil daripada kerja yang haram. Well, wang daripada scam dan skim Ponzi juga adalah salah dan pada pendapat saya adalah haram.

15. Anda boleh ambil harta anak kecil yatim piatu - kerana dia tidak berdaya untuk menghalang anda dan dia juga mungkin tidak faham situasi sebenar - tetapi apakah tindakan anda itu betul? Jika anda tahu benda itu tidak betul, apakah anda akan melakukannya kerana peluangnya ada di depan mata? Wang daripada skim-skim tersebut adalah daripada poket orang lain. Tiada usaha, tiada kerja dan tiada apa yang di ‘value-added'. Apa yang pasti ialah semua mereka akan kehilangan wang akhirnya. Kini anda tahu situasi sebenar, adakah anda masih mahu melabur di skim sebegitu?

16. At the end of the day, it is your money. You do what you want with it. Just don't drag others into it. Are we men of steel and character or are we made of straws that can be crushed by the flimsiest wind? I'd like to think the former, where we think and act rationally, especially when it comes to investments. Kita melabur hanya selepas membuat kajian yang teliti tentang pelaburan tersebut dan risiko-risikonya, dan juga mengambil kira keadaan kewangan kita. Of course we will make mistakes along the way (I made a few myself) but that is the very nature of investments. They come with risks. So it is no shame to lose.

But it is another story altogether when it comes to scams. All the signs are there and all the alarm bells are ringing – including warnings from Bank Negara and now Azizi Ali.

Are we so blind not to see the obvious signs? Are we so desperate that we are willing to lose our money and even our dignity in the process?

Saya boleh menceritakan 1,001 sebab lagi mengapa pelaburan yang dibincangkan adalah satu scam, tetapi saya tahu ia merupakan usaha yang sia-sia – kerana anda sudah membuat keputusannya. So I will not confuse you with the facts further since your mind is already made up.

While I can warn people about the dangers, I cannot stop anyone from throwing their money away. Again, at the end of the day, it is your money.

You can do whatever you want with it, including giving it to con man.

Allahualam.

Friday, 19 September 2014

Kisah derita suami beristerikan wanita cantik


Kisah ini kami terima daripada seorang sahabat, semoga kisah ini menjadi satu pedoman kepada bakal suami di luar sana.

Whatsapp dengan kawan lama. Lama tak tanya khabar. Malas sikit nak tegur dia ni sebab dia super kacak. Anti orang kacak ke apa aku ni. Hee

Aku: “Kau apa cerita sekarang?”

Member: “Dah kahwin. Dua tahun dah. Kau?”

Aku: “Aku masih membongak membujang. Koh koh koh.”

Member: “Nikah-nikahlah. Sian anak kau nanti, kau dah tua nak KO dia baru darjah satu. Kurang kasih sayang bapak nanti.”

Aku: “Best ke kahwin?”

Member: “Bergantung pada siapa yang kau pilihlah.”

Aku: “Err..maksud kau?”

Member: “Aku cakap directlah boleh?”

Aku: “Sila, sila..”

Member: “Kau kenal aku. Kau tahu aku macam mana. Orang kata aku playboy. Orang kata aku kasanova sebab rupa aku ni. Ya lah. Aku cerewet. Nak kenal perempuan yang lawa-lawa je. Model tak model, janji dahi licin. Ramai dah aku kenal. And, orang rumah aku pun alhamdulillah cun melecun.

Memang best dapat perempuan cun. Bila bawa keluar dating, banyak mata yang melihat. Bangga. Sampai ada yang snap gambar. Ramai puji aku bertuah dapat bini lawa. Orang kata nanti anak-anak semua comel-comel sebab mak bapak dah ada rupa.

Tapi, mereka tak tahu, tiap bulan aku habis berapa hanya untuk kekalkan kecantikan bini aku tu. Beribu. Dari alat make-up, supplements, skincare dari hujung rambut sampai hujung kaki, pakaian yang up-to-date, vogue dan fashionista bagai semua tu. Bayangkan kalau gaji aku cuma RM2k ke bawah? Teruk jugaklah.

High maintenance. Macam jaga kereta tapi kereta pun tak macam ni.

Jadi, aku cadangkan kau pilih yang solehahlah kalau boleh.”

Aku: “Kenapa? Sebab aku tak gaji besar macam kau ke, so aku tak boleh afford?”

Member: “Bukan sebab kemampuan gaji. Tu memang satu faktor gak. Tapi, yang lebih susah untuk diatasi adalah sikap dan perangai.

Bro, kau kenal aku takdelah alim. Agama so-so je lah. Kau tahu, betapa sukarnya nak suruh isteri sendiri berhenti atau kurangkan post gambar-gambar sendiri di instagram dan facebook? Orang lawa ni dia memang suka expose diri. Aku dah cuba slow-talk tapi mungkin makan masa lama lagilah. Sebab manusia suka dipuji. Aku pun suka bila orang duk puji-puji bini aku cantik. Memang aku tahu dayus macam tu, tapi susahlah nak buang sikap sendiri.

Bini aku pun ada perangainya sendiri. Kadang melawan. Kadang tinggi suara. Kadang marah merajuk melampau-lampau. Kadang-kadang, dia melebihkan penjagaan dirinya melebihi menjaga suami sendiri. Upgrade kecantikan saja tahu. Upgrade skill memasak ke menjahit ke, tak berapa suka. Nanti tangan jadi kasarlah apa lah.

Susah sebab aku kurang ilmu agama, nak didik orang ke arah agama. Baru sekarang aku faham. Dulu, aku ingat, kerja didik isteri ni mudah saja. Perlu tegas saja, perlu tengking saja, ugut nak nikah lagi satu ke. Tapi, meleset beb.

Aku nakkan kecantikan, aku dapat. Tapi, ketenangan dalam hati tu susah sikitlah. Nak tenang macam mana asyik nak cemburu buta je bila lelaki lain usyar bini sendiri.

Nak suruh dia tutup aurat lengan dan kaki pun masih tak berjaya. Apatah lagi nak suruh labuhkan tudung. Bukan mudah rupanya nak didik tutup aurat.”
Aku: “Hmmm..”

Member: “So, kesimpulannya, kau fokus pada yang solehah. Buat apa untung kat dunia macam aku, tapi rugi banyak di akhirat. Cari yang menguntungkan kau dunia dan akhirat.

Fikir dalam-dalam. Sekarang, aku gigih timba ilmu balik. Baca sendiri buku-buku agama. Sebab nak didik isteri. Kau jadikan cerita aku sebagai iktibar. Bukan mudah hidup berkeluarga. Banyak till neraka dari till jannah bila salah cara.”

Aku termenung lama…

Luahan hati wanita diabai suami ketagih main game "CoC"


Printscreen seorang wanita di Facebook  menjadi viral di media sosial berikutan luahan hatinya mengenai sikap si suami mengabaikan hal rumahtangga mereka angkara ketagih permainan Clash Of Clans (CoC).


CoC sememangnya satu permainan yang amat popular di dunia di mana si pemainnya memerlukan jangka masa yang lama untuk memperkuatkan kubu dan tentera masing-masing.

Permainan CoC ini juga tidak dinafikan akan membuatkan seseorang menjadi amat ketagih sehinggakan ada yang sanggup membelanjakan ribuan ringgit semata-mata mahu mengambil jalan singkat mengatasi kubu dan tentera pemain lain.

Semoga para suami di luar sana menjadikan luahan hati Puan Syeera ini sebagai pengajaran agar tidak mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga.


Kisah sayu Pomen putus tunang dapat 1600 Share di Facebook!


"Kau okay ke?"

Aku menyapa sepupuku. Seorang pomen. Dengan muka tak bermaya, dia membuka mulut,

"Tak lama lagi dah nak nikah. Persiapan semua dah buat. Kad pun dah tempah.

Tapi, beberapa hari ni aku sedih sangat. Kadang-kadang, macam nak gila pun ada rasanya. Kerja apa pun tak boleh buat. Bengkel terpaksa tutup selama dua hari. Fikiran entah ke mana.

Tunang aku minta putus. Dia dah ada orang lain."

Aku terkejut.

"Biar betul? Kan dah 3 tahun kau kenal dia? Takkan senang-senang saja dia tinggalkan kau."

"Betullah ni. Aku pun tak percaya dia tergamak buat aku macam ni."

Aku suruh dia ceritakan apa sebenarnya dah berlaku. Dari awal sampai akhir. Pada mulanya dia agak berat hati, tak nak nanti disangka memburukkan tunangnya sendiri. Tapi, akhirnya dia mengalah juga. Tak dapat pendam lagi.

"Tiga tahun dulu, aku kenal dia. Dia biasa-biasa saja. Berbadan gempal tak macam orang lain. Taklah lawa macam orang lain. Aku bukannya memilih. Aku sedar diri aku siapa, kerja apa. Dia terima aku senang hati masa tu. Aku pun terima dia seadanya dia. Dia pun orang miskin macam aku. Jiwa yang sama.

Masuk tahun kedua, dia selalu mengadu kawan-kawan tempat kerja dan orang sekeliling prejudis padanya. Selalu mengata obesiti dia. Selalu kritik tubuh badannya. Aku suruh dia bersabar. Jangan peduli kata orang. Bagi dia kata-kata semangat. Buat apa dengar cakap orang, aku kan ada selalu sayangi dirinya. Sekurang-kurangnya dia ada aku.

Lama-lama, aku rasa tercabar. Aku niat nak transform dia jadi macam wanita lain juga. Cantik macam orang lain. Dari saat tu, aku kerja rajin-rajin siang malam. Tak banyak pun aku dapat kerja pomen. Untung kadang-kadang atas barang, selebihnya atas perkhidmatan. Kalau dengan geng-geng datang repair, tak bolehlah nak caj banyak. Harga sedara-mara je lah. Akhirnya, selepas 3 bulan bertungkus lumus, dah macam orang minyak dah siang malam tangan dan muka penuh minyak hitam, cukuplah bajet aku.

Aku hantar dia pusat kecantikan. Khas untuk kuruskan badan. Beribu jugalah habis untuk set kecantikan hujung rambut sampai hujung kaki. Kos untuk gym dan lain-lain.

Aku buat semua ni sebab aku sayang. Aku taknak dia terhina dan rasa rendah diri. Kalau dia happy, aku pun happy.

Hasilnya, lepas enam bulan, aku pun tak sangka. Dia akhirnya berjaya kurus slim dan cantik menawan. Dah macam model. Cantik sangat. Siapa kata perempuan gemuk tak boleh cantik? Sekarang, yang mengutuk tiada lagi, diganti dengan pujian. Dia pun tambah sayang dekat aku. Kemudian, kitorang bertunang.

Masa bertunang, aku kerja makin rajin. Aku nak beli kereta untuk dia. Wira je pun. Senang dia nak pergi kerja. Awal tahun ni, aku pun berjaya belikan kereta. Atas nama dia. Second hand je pun. Tapi, aku dah repair semua macam baru. Modified full set.

Tapi minggu lepas, dia datang ke bengkel aku. Betul-betul buat hati aku hancur berkecai. Dia nak putus. Dia pulangkan balik cincin tunang.

Aku merayu dia semampu hati. Tapi, lagi mencalarkan hati aku. Dia bukan datang sendirian. Dia datang dengan teman lelaki baru. Segak bergaya. Nampak macam orang kerja pejabat. Aku tak mampu kawal kemarahan aku, aku terajang lelaki tu. Dasar lelaki tak boleh tengok perempuan cantik sikit! Tak fikir ke perempuan tu tunang orang. Last2, aku gak yang dimaki perempuan tu. Aku gak yang disalahkan."

Dia dah menitiskan air mata lelakinya. Aku cuba menenangkannya. Tapi, dia menyambung kata,

"Minggu ni, aku suruh dia kembalikan kereta yang aku bagi. Buat apa kereta tu lagi, dah ada kereta yang lagi mewah, kan? Dia tak nak bagi. Dia kata, kereta tu atas nama dia. Dia maki aku mengungkit jasa dan pengorbanan. Dia maki hamun aku cukup-cukup.

Dia lupa ke, selama ni aku yang berdiri di belakang dia support segala-galanya? Lelaki yang sanggup berkorban apa saja untuk dia?"

Aku terdiam. Tak sangka dalam dunia ni, manusia boleh berubah 360 darjah sekelip mata.

"Kau nanti berhati-hatilah. Jangan jadi macam aku, tak perlulah kau berkorban harta dan segalanya untuk orang yang belum sah jadi isteri kau. Pesanlah pada semua baik laki atau perempuan. Jangan kerana sayang, segalanya sanggup. Tak perlu berhabis untuk awek atau pakwe. Manusia masa susah, cari kita. Bila senang, tinggalkan kita.

Aku pun terfikir, kenapa aku tak berhabis untuk masjid ke, untuk agama ke. Untuk Allah, tak pula aku sanggup berkorban apa saja. Untuk Allah yang lebih patut aku cinta, aku tak buat begitu pula. Tapi, untuk orang yang aku cinta, sebaliknya. Patutlah Allah duga aku macam ni. Supaya aku ingat balik dekat Dia. Malunya aku. Alhamdulillah. Aku reda segalanya walaupun hati aku sedih."

Aku pun sebak dengar ceritanya.

Dua tahun kemudian, Allah hadirkan pengganti padanya. Benarlah, bila kita kembali pada Allah, dia akan datangkan yang lebih baik. Lebih cantik, solehah dan boleh hidup susah dan senang bersama. Dah kahwin pun akhirnya. Allah tidak pernah menemukan kita dengan orang yang salah melainkan untuk hikmah. Kita saja yang selalu salah buat pilihan.

--
Kisah benar ini diceritakan kepada penulis oleh si sepupu pomen itu sendiri. Moga ada manfaat kepada kita semua.

Oleh:  Muhammad Rusydi 

Thursday, 18 September 2014

Perkahwinan Pasangan ini mendapat pujian Penulis terkenal



Setiap pasangan yang mahu berkahwin sudah tentu menginginkan sebuah majlis yang penuh gilang gemilang dan meriah memandangkan perkahwinan adalah satu majlis yang dilakukan seumur hidup.

Walaubagaimanapun, ramai pasangan yang tidak berkemampuan tetap mahu mengadakan majlis yang melibatkan perbelanjaan yang besar. Di tambah lagi dengan faktor kemahuan keluarga. Sudah tentu ramai yang terbeban apabila sanggup berhutang keliling pinggang.

Menariknya, seorang pengguna Facebook, Puan Aishah Rashid memuatnaik gambar di sekitar perkahwinannya yang mana seharusnya membuka mata pasangan dan keluarga lain untuk mengadakan majlis seringkas itu.


Puan Aishah yang mengikuti saranan daripada buku yang dibacanya turut mendapat pujian daripada penulis buku itu sendiri.


Semoga kisah ini menjadi contoh kepada para pasangan diluar sana yang masih runsing memikirkan tentang masalah perbelanjaan perkahwinan mereka kelak. Tapi ingatlah perkahwinan itu juga akan membuka pintu rezeki seperti Firman Allah: