Friday, 30 May 2014

Punca Sebenar budak 2 tahun dipenggal kepala sampai putus (7 Gambar)


Penemuan mayat kanak-kanak dua tahun dengan leher terputus dipenggal lelaki dewasa mengejutkan ramai pihak. Namun, Kosmo! dalam satu artikel bertarikh 31hb Mei mendedahkan bahawa dendam dipercayai merupakan punca kanak-kanak itu dibunuh kejam.

Satu sumber berkata sebelum dibunuh, mangsa Siti Soffea Emelda, 2 tahun 6 bulan dilarikan daripada jagaan ibunya yang bertemu rakan-rakan di Kompleks Kota Raya.

Namun kanak-kanak itu itu hilang dipercayai dilarikan sebelum ditemui mati di tebing sungai Klang

Sumber memberitahu, polis tidak menolak kemungkinan pembunuhan mangsa ada kaitan dengan dendam ibu kenalan ibu mangsa. Ibu mangsa merupakan seorang gelandangan dan juga dipercayai penagih dadah.

Maklumat ada mendakwa, ibu mangsa yang hidup merempat di ibu negara kerap menimbulkan rasa sakit hati dalam kalangan kenalan kerana kerap menipu dan tidak menepati janji dalam banyak perkara.
Dalam artikel pendedahan Kosmo! lagi, bapa kanak-kanak malang itu juga sedang menjalani hukuman  di penjara.

Rakaman CCTV mangsa dilarikan lelaki


Gambar adik Soffea

FAKTA KES:

Pada 29.5.14 jam lebih kurang 2100 hrs, telah terima maklumat brkenaan telah terjumpa satu mayat di kawasan tepi sungai Klang dipercayai seorang kanak-kanak.

2. Siasatan Awal


Pihak polis telah menjalankan siasatan awal dan mendapati satu mayat dipercayai perempuan dijumpai tertiarap dan kepalanya putus dan berada berdekatan kakinya.

Pemeriksaan pihak Forensik mendapati mayat tersebut adalah kanak-kanak perempuan dan semasa dijumpai masih memakai seluar panjang putih dgn pampers dan tidak berbaju. Terdapat kesan potong di leher dan belakang tengkorak pecah. Tiada luka luaran yang lain.

Dijumpai di tempat kejadian adalah:
  • Sandal hitam (dipercayai milik saspek) 
  • Sepasang sandal kanak-kanak berwarna hitam dan hijau 
  • Baju kanak-kanak tidak berlengan berwarna putih 
  • Tali pengikat rambut 
  • Serpihan ceramic (dipercayai digunakan untuk memotong leher mangsa) 

3. Maklumat seterusnya telah membawa seorang perempuan melayu dipercayai ibu mangsa dikenali sebagai SALMY.

Menurut SALMY, dia lepak bersama kawan-kawannya di tingkat 4 Kota Raya lebih kurang jam 3-4 petang. SALMY kemudiannya telah pergi ke tandas dan meminta kawan-kawannya jagakan anaknya sebentar.

Apabila keluar 5 minit kemudian dia mendapati anaknya tiada. Mreka telah mencari tetapi tidak jumpa, sehinggalah pnemuan mayat kanak-kanak ini

Soalsiasat ke atas SALMY telah dijalankan dan dia telah berikan deskripsi anaknya. (didapati bersamaan dengan mangsa).

Menurut SALMY, anaknya bernama SITI SOFFEA EMELDA berumur 2 tahun 6 bulan.


Keterangan Saksi


Saksi dua orang Sabahan mngatakan mereka ternampak seorang lelaki warganegara asing mendukung mangsa berjalan meredah rumput di tebing sungai l, mangsa tidak berbaju dan masih hidup.

Kemudian, saksi nampak saspek telah mencekik mangsa menekan ke tanah dan kmudiannya mengambil objek seperti ceramic dan memukul ke arah kepala mangsa. Saksi telah panggil Polis Bantuan Public Bank berdekatan dan apabila menyedari kedatangan Polis Bantuan, saspek telah terjun ke sungai Klang dan dibawa arus.

Suspek



Sumber turut memberitahu Polis sudah mengenalpasti suspek yang juga bekas banduan baru dibebaskan dari penjara Kajang pada 26 Mei lalu atas kesalah dadah.

"Suspek berusia 27 tahun berasal dari Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur itu sudah beberapa kali dipenjarakan atas pelbagai kesalahan sejak tahun 2000 antaranya curi kereta dan dadah" -Sumber /Kredit:Berita Harian


Lagi Gambar:



Lokasi penemuan, Tebing Sungai Klang

Thursday, 29 May 2014

"Dia terlalu muda untuk bersama saya..." kata Abby Abadi

Keretakan hubungan selebriti politik Abby Abadi bersama suaminya, Muhammad Noor Farhan, kini semakin nyata setelah pasangan tersebut hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi memfailkan penceraian.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, berkata, keretakan hubungan mereka berpunca daripada suaminya yang lebih muda dan tidak matang .


"Saya nampak dia terlalu muda untuk meletakkan dirinya bersama saya, saya rasa macam itu... Pada saya kalau dalam usia saya waktu berumur macam dia, banyak benda yang saya masih tidak faham. Saya nampak lelaki lagi lambat matang," katanya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini.

Dalam masa sama Abby memberitahu bahawa Muhammad Noor Farhan merupakan seorang lelaki yang baik.

"Kalau nampak dia dah tak nak sangat, saya tidak mahu memaksa.... Sejujurnya dia lelaki yang sangat baik, namun dengan usia dan dengan siapa disekeliling dia, saya gagal untuk perbaiki keadaan dalam masa terdekat," ujar beliau yang berpakaian serba hitam.

Ketika prosiding berlangsung, mahkamah diberitahu sebanyak dua kali lafaz cerai dibuat oleh Muhammad Noor Farhan kepada Abby termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.

Lantas yang demikian Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat Abby kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.

Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelang Ramadan di Selatan Thailand. Sebelum berkahwin dengan pemuda dari Kelantan itu, Abby pernah bernikah dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak. -RakyatNews.my

VIDEO:

Wednesday, 28 May 2014

Sayu- 2 Gambar budak mati dipukul & disimbah air panas oleh ibu kandung


"Mak, adik tak buat dah, sakit".

Itu raungan terakhir Mohammad AKhil Mustaqim Rashidy, 6, ahad yang lalu.

Jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Maria, 40-an berkata mangsa sekeluarga baru berpindah ke kawasan perumahan itu empat bulan yang lalu.

Bagaimanapun, sejak berpindah, Maria selalu mendengar anak-anak pasangan itu termasuk mangsa menangis akibat dipukul.

"Petang ahad lalu, saya mendengar suara mangsa meraung kesakitan lebih sejam akibat dipukul emaknya tanpa henti.

"Dia menangis dan meminta emaknya berhenti memukul, tetapi tidak dipedulikan oleh wanita itu." jelas Maria.

Mohammad Akhil disahkan meninggal dunia jam 6 petang kelmarin di Hospital Ampang kerana kecederaan parah di seluruh badan akibat dipukul dan melecur tahap satu dipercayai disimbah air panas.


Kaki kiri mangsa patah, seluruh badan lebam dan melecur. Ada kesan baru dan lama. Hasil pemeriksaan doktor, mangsa sudah didera sejak 6 bulan lalu.

Kanak-kanak malang itu dibawa ke Hospital Ampang oleh bapa tirinya jam 2 petang sebelum disahkan meninggal dunia selepas empat jam menjalani rawatan.

Bapa tiri mangsa yang berusia 35 tahun itu kemudiannya menghilangkan diri selepas menghantar anak tirinya itu ke hospital.

Jelas Maria lagi, pada malam kejadian, dia ada ternampak mangsa berjalan longlai dan kelihatan lemah.

"Pada Isnin, saya melihat datuk mangsa yang menghantar salah seorang cucunya pulang dari sekolah mengetuk pintu rumah mangsa, tetapi selepas lama mengetuk baru dibuka" katanya.

Ketika itu, dia mendengar ibu mangsa menangis memberitahu mahu ke hospital dan mereka mendukung mangsa yang kelihatan sudah tidak sedarkan diri keluar dari rumah berkenaan.

Malah, Maria mendakwa kakak kepada mangsa yang masih bersekolah rendah juga sering menjadi mangsa dera ibu bapanya.

Mayat mangsa dibawa ke Masjid Bandar Baru Ampang untuk disembahyang sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Teratai Ampang selepas waktu Zuhur.

Sementara itu, bapa kandung mangsa, Rashidy Nordah, 37, dia berpisah dengan isterinya pada 2009 dan lima anak termasuk mangsa berada di bawah penjagaan bekas isterinya.

Dia mendakwa tidak dapat berjumpa dengan semua anaknya berusia 13,11, 9,6 & 5 tahun itu kerana isterinya berpindah.

Rashidy berkata, dia mendapat tahu mengenai kejadian malang ini melalui bekas isterinya yang menghubunginya pada jam 2.30 petang kelmarin.

"Saya terkejut menerima berita malang ini bagaimanapun redha dengan pemergian Akhil," katanya.

Bapa tiri dan ibu mangsa dera seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditahan di rumah mereka di Ampang bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Berita Milik Harian Metro

Giliran Abby Abadi fail penceraian esok (Khamis)!


PETALING JAYA: Keretakan rumah tangga pelakon Abby Abadi nampaknya tidak dapat diselamatkan lagi apabila pelakon itu akan memfailkan perceraiannya pada Khamis (esok).

mStar Online dimaklumkan, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, akan memfailkan perceraian terhadap Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini kira-kira pukul 9 pagi.

Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan. Mereka bernikah di Selatan Thailand.

Terdahulu pada 17 Mei lalu Abby menulis status di laman Instagram miliknya meminta agar para peminat mendoakan keadaan rumah tangganya itu.

Sebelum berkahwin dengan pemuda dari Kelantan itu, Abby pernah bernikah dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak.

Tuesday, 27 May 2014

Pengarah Drama dedah sikap sebenar Artis wanita di lokasi pengembaraan


Sebut saja nama Lana Nordin, pastinya anda sudah terbayangkan gelaran Pamela Anderson yang diberikan kepadanya. Begitu juga dengan Rita Rudaini, yang mendapat gelaran janda hot walaupun tidak dipinta gelaran sedemikian.

Namun siapa sangka, dengan penampilan mereka seperti itu, mereka sebenarnya amat menjaga waktu solat biarpun ketika berada di lokasi pengambaran.

Ikuti pendedahan Shahrulezad Mohameddin, seorang pengarah Drama tempatan:

Bila lihat Lana Nordin kat skrin tv skrg buat saya rasa sedikit kagum dgn dia. Dalam segala kutukan yg dia terima disebabkan imej seksi nya itu tapi bila di set lokasi saya dia amat menjaga waktu solatnya walaupun terpaksa dimekapkan berulang ulang kali siap dgn bulu mata palsu setiap kali hendak masuk set selepas solat. Sedikit pun dia tak komplen. Rita Rudaini pun sama. Seorang yg sgt menjaga solatnya. Dia akan gelisah bila waktu solat hampir berlalu. Yer lah waktu shooting kan tak menentu dan sentiasa terkejar kejar scene. So yg selalu jadi masalah ialah artis wanita ler sbb terpaksa tergesa gesa nak buang mekap dan pakai semula.Oh yer Rosnah Mat Aris pun sama jugak dan beberapa artis artis yg lain.

Kalau artis lelaki senang jer. Boleh solat di mana saja. Tapi artis perempuan ni sedikit susah. Kadang kadang terkial kial mereka fikir nak solat di mana sekiranya set ditepi jalan atau di dalam hutan. Tu yg kadang kadang ada sesetengah artis wanita terpaksa mengqadakan solat mereka bila balik rumah. Bayangkan bila penat seharian di set shoot sampai lewat malam. Balik umah kena qada solat pulak. Ada tu yg cerita dekat saya pernah sampai tertidur tidur derang dalam solat sebab keletihan. Dah tak pasal pasal kena qada balik. Kesian kan.

Sebab tu saya dah pesan dengan krew saya terutamanya mekap artis supaya beri laluan pada artis artis perempuan yg nak bersolat. Memang leceh sebab nak buang mekap dan pakai semula berulang ulang kali tapi demi membantu mereka menjalankan kewajiban itu adalah tanggungjawab dan keutamaan kita. Kita akan tunggu mereka bersiap tanpa syarat walaupun kita cemas mengejar waktu.

Apa apa pun saya senang dgn perubahan ini. Telah mula ramai artis artis kita yg mula menjaga solat mereka meskipun keadaan kerja mereka yang tak menentu dan selesa...

Alhamdullilah... - SUMBER

MasyaAllah, siapalah kita untuk menilai dan menghina manusia-manusia ini? Semoga kita terus dikurniakan hidayah dari Allah SWT. - MyMediaHubOnline

Banduan paling ganas mengamuk Arsenal juara Piala FA


BANDUAN paling ganas di Britain mengamuk di dalam penjara selepas berang dengan kemenangan Arsenal pada saingan Piala FA hujung minggu lalu.

Charles Bronson, 61, yang merupakan penyokong tegar Tottenham Hotspur dilaporkan mahu Hull City menang dalam perlawanan tersebut.

Dia yang dipenjara seumur hidup di Penjara Sutton kerana menculik dan merompak bertindak berlumur dirinya dengan mentega sebelum mengamuk.


Bronson merupakan seorang samseng yang digeruni sebelum ditahan dan dipenjarakan.

Bronson bertindak demikian bagi menyukarkan warden penjara untuk menangkapnya ketika mengamuk.

Berikutan kejadian itu, seramai 12 warden mengalami kecederaan.

Dalam surat yang ditulis kepada bekas isterinya, Kate Kray, Bronson menceritakan kejadian yang menyebabkan tulang rusuknya patah.

Banduan itu berkata, "Saya mahu Hull menang sebab saya penyokong Spurs, saya benci melihat Arsenal dan kegembiraan mereka." - mStar

Monday, 26 May 2014

Ada 15 lagi produk Coklat Cadbury kandungi DNA Babi- PPIM

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempertikaikan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendedahkan keputusan ujian tiga sampel coklat Cadbury hanya selepas tiga bulan analisis itu dilakukan.

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, keputusan itu juga hanya dimaklumkan secara rasmi selepas maklumat berkenaan bocor dan tersebar luas melalui media sosial dan ia disifatkan sebagai penganiayaan kepada pengguna.

Beliau turut mendakwa, pihaknya dimaklumkan masih terdapat kira-kira 15 produk lain dipercayai mengandungi asid deoksiribonulkleik (DNA) khinzir namun belum didedahkan KKM kepada umum.

“Kenapa baru sekarang maklumat ini didedahkan sedangkan ujian dibuat pada Februari lagi.

Dan jika benar ada 15 produk lain turut mengandungi DNA Khinzir, kenapa masih dirahsiakan?” katanya, semalam.


Sehubungan itu, beliau mendesak supaya Akta Halal yang pernah dicadangkan kerajaan 15 tahun lalu diwujudkan bagi mengendalikan hal seumpama ini, bukannya sekadar bergantung kepada Akta Perihal Dagangan 2011.

“Insya-Allah Selasa ini (esok) kami (PPIM) akan panggil semua NGO (badan bukan kerajaan) Islam untuk bersama menyatakan bantahan serta mengambil tindakan terhadap Cadbury mewakili seluruh umat Islam di Malaysia.

“Ini kerana mereka gagal memastikan produk yang dihasilkan halal walaupun sudah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Kami juga mahu produk Cadbury disita semuanya, bukan hanya yang disahkan ada DNA Khinzir kerana mengikut Akta Makanan 1983 pun, jika ada keraguan boleh sita semua sekali.

Kita tak mahu kelak ada manipulasi untuk tukar pembungkusan atau sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Yusof Abdul Rahman meminta pengeluar coklat itu memberikan penjelasan kepada orang ramai mengenai keputusan analisis itu jika mereka tidak tahu mengenainya.

“Isu ini seolah-olah didiamkan."

Jika ujian dilakukan pada Februari, adakah Cadbury juga tidak tahu mengenainya atau mereka mengambil langkah berdiam diri untuk menyelamatkan pasaran? Kami mahukan penjelasan. - Harian Metro

Sunday, 25 May 2014

Terkejut temui tahi tikus dalam kerepek dijual di Serikin, Sarawak


Seorang ibu terkejut apabila mendapat tahu anaknya menemui tahi tikus dalam kerepek yang dijual di Sarikin, Sarawak. Puan Haslina Muji itu memuatnaik gambar keropok dan tahi tikus tersebut di dalam akaun Facebooknya.

Tulis Puan Haslina:

"Semalam kmk serikin.. beli keropok bandung sos..nyaman2 anak aku makan terjumpa taik tikus..hati2lah beli makanan di serikin..sebarkan"

Respon KJ gambar sokongan Piala Thomas diphotoshopkan jadi Super Saiya



MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin antara tetamu kenamaan yang paling ‘havoc’ di stadium sewaktu pertandingan akhir Piala Thomas di New Delhi, India malam tadi.

Kelibatnya yang sama-sama menjerit dan melompat ketika pasukan badminton negara bertarung sering mencuri perhatian lensa kamera.

Yang pasti, beliau sudah tentu orang yang cukup kecewa kerana Malaysia masih gagal mengakhiri kemarau kemenangan piala yang cukup berprestij itu.


Pun begitu, beliau sempat berbuat lawak bila imejnya digarap dalam bentuk komik dalam internet.

Steady KJ!

Sumber: Twitter Khairy / My News Hub

Kejam - Kucing mirip wajah Hitler dipukul sampai buta (9 Gambar)





Seekor kucing malang telah dibutakan sebelah mata kirinya dipercayai dilakukan oleh samseng hanya kerana mukanya mirip wajah pemimpin tertinggi Nazi, Adolf Hitler.

Baz, kucing jantan yang berusia tujuh tahun mempunyai 'misai' di bawah hidungnya yang menyerupai diktator Nazi itu.

Baz didapati tidak pulang ke rumah selepas hujung minggu yang lalu dan dipercayai berkeliaran di kawasan Tredworth, Gloucestershire.

Bagaimanapun, beberapa hari kemudian jiran Kristy Sparrow menemui Baz di dalam tong sampah yang mengalami kecederaan yang teruk.

Sparrow terus bergegas membawa kucingnya itu ke klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Doktor terpaksa membuang mata kiri Baz kerana matanya rosak teruk dan tidak dapat diselamatkan lagi.

Sungguhpun Baz kelihatan seperti Hitler, tetapi dia seekor kucing yang pemalu dan lembut. - Daily Mail / Sumber

























Friday, 23 May 2014

Wanita ditemui berkeliaran tanpa seurat benang pula di Negeri Sembilan! (2 Gambar)



Berita ini diterima dari sumber dan rasanya masih belum masuk di mana-mana dada akhbar.

Menurut sumber, wanita berumur dalam lingkungan 20an ini dikatakan telah menagih syabu sehinggakan hayal tahap gaban. Erti kata lain overdose dadah jenis syabu sebelum keluar dari tempat menagih dadah dalam keadaan separuh bo-gel seterusnya bertindak menanggalkan kesemua pakaiannya dan berjalan di khalayak umum tanpa seurat benang.


Wanita ini sudah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata. Apa yang menyedihkan lagi, dikatakan suami wanita ini tidak berkerja dan salah seorang penagih dadah tegar.

Dikatakan juga suami beliau ini telah melarikan diri dan besar kemungkin disebabkan ini wanita ini telah nekad menagih dadah tahap overdose sebelum keluar mencari suaminya. - Sumber: Mymediahubonline, myinfo.net

2 Gambar guru ditumbuk murid gara-gara tegur tidak ke surau!



2 keping gambar kesan pergaduhan antara murid dan guru tersebar di media sosial hari ini. Melalui gambar tersebut, jelas menunjukkan mulut guru lelaki berdarah didakwa ditumbuk oleh seorang murid.

Kejadian dilaporkan berlaku di SMK Kota Kulai, Johor. Namun sehingga kini tiada penjelasan yang dibuat oleh pihak pengurusan sekolah berkenaan.

Kejadian pelajar menumbuk guru bukanlah suatu yang baru di Malaysia, namun perkembangan tidak sihat ini amat mendukacitakan dalam landskap pendidikan di negara kita. Apakah sudah sampai masanya satu undang-undang baru diwujudkan untuk mempertahankan warga pendidik? - TengokTVonline

Lagi Gambar:


INFO dan Gambar: SUMBER

Pencarian MH370: H20 konsisten, elak bermain emosi, elak percaya rumors!


Saya mendapati laporan The Malaysian Insider ini amat meragukan malah tidak dapat diterima bulat-bulat kerana dapatannya hanya mengambil kesempatan daripada emosi segelintir keluarga penumpang MH70. Harus diingat, masih ramai keluarga penumpang yang masih berharap agar kerajaan Malaysia tidak berputus asa sebaliknya konsisten meneruskan pencarian tersebut.

Di dalam hal-hal keselamatan rakyat dan negara, kita tidak boleh bersandarkan emosi dan andaian untuk membuat keputusan yang tepat.

Jika terdapat 3 konsultan kardiologi (cardiologis) berjuang untuk menyelamatkan nyawa seorang patient. Ketiga-tiga cardiologis tersebut sudah pasti memiliki pengalaman dan knowledge yang berbeza-beza, management yang tidak sama, tetapi mereka mempunyai harapan yang sama iaitu menyelamatkan nyawa patient tersebut.

Begitu juga, pasukan tentera (ATM), DCA dan agensi-agensi keselamatan negara sudah pasti memiliki pemikiran dan pendekatan yang berbeza, namun sudah pasti mereka mempunyai satu tujuan yang sama, iaitu menyelamatkan secepat mungkin penumpang pesawat MH370.

Kita harus ingat, tragedi ini adalah pengalaman pertama negara kita Malaysia, tetapi kita beruntung kerana mendapat sokongan seluruh dunia dalam usaha pencarian pesawat MH370. Ia suatu rekod dan pencapaian yang menakjubkan, dan ianya bukan mudah untuk meyakinkan negara lain membantu negara kita. Dalam hal ini, DS Hishammuddin telah berjaya dan ianya turut diakui oleh pemimpin-pemimpin pembangkang dalam negara kita.

JANJI DS HISHAMMUDDIN

Janji DS Hishammuddin sebagai Menteri yang bertangggungjawab ialah akan meneruskan pencarian ke atas pesawat MH370 sehingga berjaya, walaupun mengambil masa yang lebih lama berbanding kes Air France yang mengambil masa dua tahun itu.

Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa pencarian akan diteruskan sehingga pesawat MH370 tersebut ditemui. Jaminan oleh kerajaan ini hendaklah diterima dengan rasa syukur dan kerajaan tidak meminta apa-apa balasan, melainkan bagi saya marilah kita pula memberi sokongan yang sewajarnya.

Kita juga harus ingat, DS Hishammuddin sebagai Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan telah berusaha siang dan malam, dalam negara dan luar negara, 30 hari pertama beliau tidak pernah memperdulikan rehat dan kesihatan, malah tidak balik ke rumah semata-mata untuk memastikan setiap maklumat terkini dapat diguna dan disalurkan, supaya nasib penumpang dan krew MH370 dapat diusahakan.

Jika kerajaan atau pun DS Hishammuddin berniat untuk menyembunyikan maklumat-maklumat penting kepada keluarga penumpang, saya percaya DS Hishammuddin tidak perlu membuat pengumuman bahawa pesawat tersebut membuat 'turning back'. Bukankah pada ketika maklumat tersebut diumumkan oleh pihak tentera, ramai orang tidak mahu mempercayainya sehinggalah satelit Immarsat dan data-data dari satelit antarabangsa membuktikan kebenarannya.

Pesawat pejuang tentera, di mana-mana negara pun adalah mustahil untuk mengambil keputusan menembak jatuh mana-mana pesawat awam yang dipenuhi oleh penumpang awam. Dalam sejarah moden, pesawat tentera kuasa-kuasa besar seperti Amerika, China, Britain, Perancis dan Russia tidak akan menembak pesawat awam sewenang-wenangnya apatah lagi ianya pesawat sendiri malah bukannya pesawat tentera musuh.

Di titik pesawat MH370 dikesan hilang dari radar, dan tatkala dikesan oleh radar tentera membuat turning back, kapten MH370 tidak membuat sepatahpun komunikasi dengan mana-mana menara kawalan dengan mana-mana negara yang dilaluinya, atau dengan mana-mana pesawat yang lalu lalang di sekitarnya.

Sekiranya pesawat tentera Amerika atau China berada di kawasan tersebut, dan mengesan kondisi pesawat tersebut, apakah anda memikirkan pesawat itu (MH370) perlu ditembak? Apakah keluarga penumpang pesawat MH370 mengharapkan supaya mana-mana pesawat tentera menembak pesawat MH370 yang tidak diketahui apa kejadiannya ketika itu?

Hishamuddin simpati dengan mangsa pesawat MH370


ELAK PRASANGKA BURUK, NEGARA JIRAN TERSINGGUNG LAPORAN RUMORS MEDIA

Kita tidak harus wujud prasangka buruk kononnya ianya suatu 'pelan' untuk menghilangkan pesawat MH370 itu. Jika teori itu ada logiknya, mengapa pula pasukan tentera di negara-negara yang pesawat MH370 itu lalui turut tidak dapat dikesan oleh radar mereka? Apakah anda juga bermaksud negara Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Indonesia, Singapura dan Australia turut bersekongkol dengan Malaysia untuk menghilangkan pesawat MH370 itu?

Satu perkara yang saya sangat yakin DS Hishammuddin tidak akan lakukan, iaitu mengarahkan pihak tentera menembak pesawat MH370 sedangkan pada masa itu kita yakin ianya bukan pesawat musuh.

Pada ketika itu, kita yakin ianya adalah pesawat komersial yang sedang terbang dengan operasi biasa, pihak tentera sudah pasti mempunyai alasan kukuh untuk tidak mengganggu operasi terbang pesawat itu. Sekiranya setiap kali pesawat komersial membuat turning back, adakah setiap kali itu pesawat tentera kena mengekori pesawat komersial tersebut?

Jika anda mempunyai fikiran kerajaan Malaysia menyembunyikan maklumat tentang pesawat MH370, adakah anda juga menuduh negara-negara sekeliling seperti Thailand, Filiphina, Indonesia, Amerika Syarikat dan China turut menyembunyikan maklumat kepada keluarga penumpang?

Sudahkah anda membaca artikel terbaharu Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau mahukan anda tujukan soalan kepada CIA dan Boeing. Ternyata tidak ada jawapan kerana CIA dan Boeing pun turut tidak ada jawapannya! Misteri kehilangan pesawat MH370 ini adalah yang pertama kali berlaku di dalam dunia ini, di mana pakar-pakar penerbangan, pakar-pakar keselamatan turut kebingunan. Namun mereka tidak pernah 'fed up' berusaha, malah mereka juga tidak termakan dengan teori-teori yang bersifat spekulatif dan andaian semata-mata.

Pemimpin kerajaan Indonesia sendiri melahirkan rasa marah apabila terdapat media yang tidak bertanggungjawab melaporkan bahawa "radar tentera Indonesia patut dapat mengesan dan mengetahui pesawat itu terbang di ruang udara mereka", walaupun jika dengan mata kepala logik anda radar tentera Indonesia patut dapat mengesannya kerana perjalanan pesawat itu ke Lautan Hindi melalui ruang udara berdekatan negara Indonesia.

Kerajaan Singapura turut tidak melayan rumors media kononnya "Singapura patut dapat mengesan laluan pesawat tersebut semasa membuat turning back". Kerajaan Thailand dan Vietnam sendiri tidak mempunyai jawapan walaupun titik hilang dan titik turning back pesawat tersebut berada di dalam lingkungan ruang udara mereka.

Sebagaimana yang ditunjukkan oleh DS Hishammuddin, jika beliau mempunyai maklumat terkini, walau dengan hanya sehelai kertas, beliau akan memaklumkannya dengan segera. Malangnya, seperti kata pakar-pakar penerbangan dan pakar-pakar keselamatan dalam negara dan dunia luar, para penumpang mahukan sesuatu maklumat yang tidaka ada. Mereka mahukan maklumat yang advanced sedangkan kerajaan Malaysia tidak mungkin akan menyalurkan maklumat yang samar-samar, maklumat "google search" dan "hear say".

Semasa ditanya dalam program Four Corners, wartawan tersebut bertanya dalam konteks tentera dan DS Hishammuddin menjawabnya dalam konteks ketenteraan itu, yakni tentera tidak menghantar jet pejuang untuk menembak pesawat yang diketahui pesawat komersial.

Pada 8 Mac 2014, sekitar jam 1:21 pagi itu, apabila transponder berhenti memancar signal semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, anda harus tahu DCA dan agensi keselamatan negara kita bukannya tidur, tetapi mereka menghubungi semua menara kawalan dan pesawat-pesawat yang berada di laluan MH370 jikalau mereka ada membuat komunikasi.

Saya bersetuju dengan pandangan DS Hishammudin bahawa, jika DS Hishammudin mengambil keputusan mengeluarkan arahan menembak pesawat komersial MH370 itu, dan semuanya pasti akan mati terbunuh, sudah tentu tidak ada harapan lagi untuk mencari. Dan kesilapan ini akan lebih membunuh masa hadapan negara kita.

Mari kita bertanya diri sendiri, apakah anda bersetuju pesawat pejuang kita menembak pesawat MH370 yang ketika itu membuat turning back dan tidak diketahui pergerakannya hendak ke mana dan tidak diketahui apa yang sedang berlegar dalam minda kaptennya! Bagi saya, DS Hishammuddin memberi jawapan yang sesuai sebagai seorang Menteri Pertahanan.

Sudah pastilah dalam keadaan gawat, dalam kondisi keselamatan penumpang MH370 diutamakan, pelbagai idea dan langkah dicadangkan dan dilaksanakan secepat yang mungkin.

Sudah pastilah DCA turut meminta bantuan pihak tentera selepas segala mekanisme dan prosedur asal keselamatan awam dan antarabangsa telah digunakan. Bukan sahaja kepada pihak tentera, kita turut meminta bantuan para nelayan, pemancing ikan dan orang-orang kampung sekiranya mereka ada melihat kejadian pelik pada subuh 8 Mac itu.

KESIMPULAN

Kepada keluarga penumpang MH370, yakinlah bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah berhenti walau sesaat pun dalam usaha mencari pesawat MH370 dan penumpangnya. Kerajaan Malaysia tidak pernah memikirkan soal kewangan kerana keutamaan kerajaan sekarang ialah mencari pesawat MH370 tersebut sehingga ditemui.

Rumors yang meragukan boleh membunuh harapan anda. Ketua pembangkang Malaysia pernah membuat rumors dan tuduhan kononnya kerajaan memadamkan data kargo pesawat MH370, apabila kerajaan mendedahkan data-data kargo pesawat MH370 itu baru-baru ini, beliau sudah tidak boleh bercakap lagi.

Begitu juga tinjauan oleh Merdeka Centre tidaklah boleh dipakai 100% kerana mereka adalah entiti yang tidak bebas sebaliknya sejarah menunjukkan mereka sering memberi laporan yang berat sebelah dan tidak adil. Terdapat banyak laporan negatif mengenai Merdeka Centre, maka kebolehpercayaannya adalah dipertikaikan.

Memainkan sentimen dan emosi keluarga pesawat MH370 yang hilang memang mudah membakarnya, namun sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, melayan rumors dan spekulasi yang tidak bersandarkan fakta lebih buruk kesannya kepada keluarga penumpang MH370 dan masa hadapan negara kita.

Bagi saya, DS Hishammuddin telah berusaha sebaik yang terdaya, sebagai seorang manusia biasa beliau memahami emosi dan harapan keluarga penumpang pesawat MH370, sebagai seorang Menteri beliau membawa nama baik negara dan rakyat Malaysia. Jika baru dalam tempoh tiga bulan kita belum berjaya menemui MH370, adalah tidak bertanggungjawab jika sebuah portal menyalahgunakan emosi keluarga penumpang untuk memberi gambaran awal kononnya usaha tersebut sudah gagal sedangkan kerajaan tidak pernah berhenti.

Sepatutnya, sebagai sebuah warganegara yang bertatanegara, patriotik dan dan mempunyai semangat 'a sense of ownership', kita hendaklah bersatu hati memberi sokongan kepada usaha pencarian pesawat yang paling sukar dalam sejarah dunia ini sehingga berjaya.

Nasehat saya, janganlah mendahului ketentuan Tuhan. Kita bukan Tuhan untuk mengetahui dengan detail apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Tangggungjawab kita ialah meneruskan pencarian sehingga berjaya menemui penumpang dan pesawat MH370.

Oleh: JENTAYU ABAKA

Jawapan awal Cadbury coklat Hazel Nut kandungi DNA Khinzir dikesan


Satu Laporan daripada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia tersebar menunjukkan produk terkenal Coklat Cadbury Hazel Nut didakwa mempunyai DNA KHINZIR.

Surat yang tersebar itu menunjukkan tarikh analisis pada 27 Februari 2014 iaitu 3 bulan yang lalu. Namun sumber asal penyebaran ini tidak diketahui dan kepala laporan juga tidak ditunjukkan. Malah terdapat kesalahan pada nama sampel yang tertulis CABBURY dan bukannya CADBURY.


Penyebaran laporan ini mencetuskan panik dikalangan peminat coklat tersebut di media sosial. Ramai yang mengajukan pertanyaan di laman facebook page Cadbury dan ini jawapan awal mereka.


Apapun sebagai pengguna dan masyarakat Islam khususnya, anda memang berhak untuk merasa bimbang kerana ia melibatkan penggunaan bahan yang haram disisi agama. Semoga ada jawapan yang lebih terperinci dikemukakan oleh Cadbury kelak untuk menjernihkan perkara ini. -Tengoktvonline

Thursday, 22 May 2014

Doa sayu Dayana Lokman buat madu dan Ashraf Muslim

Siapa sangka disebalik perkahwinan secara sembunyi Ashraf Muslim dengan Wan Sakinah ada kebahagian di penghujungnya. Kini, isteri pertama Ashraf, Noor Dayana Lokman dilihat bahagia bersama madunya dan ditambah lagi dengan kehadiran anggota baru dalam keluarga itu.

Melalui instagram, Dayana memuatnaik gambar bersama Wan Sakinah dan menulis doa sayu untuk keluarga mereka itu.

"Ya Allah..satukanlah hati kami.. jadikanlah kami isteri solehah yg terbaik buat suami kami..jadikanlah kami ibu yg terbaik buat sarah ashraf..jadikanlah kami anak yg terbaik buat ibu dan ayah kami..berilah kami kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat..aamiin."



Nor Dayana sememangnya seorang wanita yang cekal, rata-rata peminat memuji peribadi beliau dan berharap agar Dayana dikurniakan zuriat satu masa nanti.

Wednesday, 21 May 2014

Tindakan Norman Hakim selepas tahu rumah tangga Abby Abadi goyah



PETALING JAYA: Pelakon Norman Hakim terkejut apabila mengetahui rumah tangga bekas isterinya iaitu Abby Abadi dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang baru dibina sedang bergolak.

Norman berkata, sebaik sahaja mendapat tahu masalah itu dia segera menghubungi Abby untuk bertanya khabar selain mendoakan agar kedua-dua pihak menemui jalan penyelesaian terhadap masalah yang timbul.

"Saya sangat terkejut apabila isteri saya, Memey memberitahu dia terbaca kapsyen foto di Instagram Abby seolah-olah perkahwinan Abby sedang berhadapan dengan masalah.

"Sebagai bekas suami dan ayah kepada anak-anak Abby, sudah pasti saya mengambil berat terhadap masalahnya. Saya terus menghubunginya dan bertanya 'awak ok?' 

"Dan Abby pula balas; 'Ok! Saya ada Allah...' Apabila dia hantar mesej seperti itu, saya tidak bertanya banyak perkara kerana menghormati privasinya," kata Norman yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Terdahulu pada Sabtu lalu Abby memuat naik status pada Instagram miliknya seolah-olah rumah tangga dia berhadapan dengan ujian selain memohon peminat mendoakan kebahagiaan dia dan suami.

Status tersebut membuatkan ramai yang mengandaikan hubungan Abby dan Muhammad Noor Farhan sedang bergolak.

Dalam pada itu, tambah Norman, dia juga meminta orang ramai untuk berdoa agar pasangan berkenaan dapat menyelesaikan masalah dengan sebaik mungkin.

"Diharap kita semua berdoa sahaja untuk kebahagiaan Abby dan Farhan. Saya pun tidak mahu masuk campur urusannya. Moga masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik," ujarnya.

Abby atau nama sebenarnya  Arbaiyah Abdul Manan, 37, bernikah dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, pemuda yang 12 tahun lebih muda daripadanya pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan.

Sebelum itu Abby pernah berkahwin dengan  Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak.

Norman kini suami kepada pelakon Memey Suhaiza. -mStar

Doktor sahkan isteri maut kerana air mani suami 'expired'!


SEORANG wanita yang berumur 29 tahun ditemui mati didalam bilik tidurnya semalam. Mengikut penduduk setempat, wanita itu baru sahaja melangsungkan perkahwinannya bersama seorang lelaki tua berumur 70 tahun, sehari sebelum dia meninggal dunia (kelmarin).

Menurut suaminyanya, arwah si mati tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ganjil yang mencurigakan sewaktu mereka mula masuk ke bilik tidur pada malam pertama dan menikmati malam pertama itu sebagaimana pasangan-pasangan lain.

Dia berkata dia hanya menyedari kematian isterinya itu pada keesokan harinya (pada hari kedua perkawinannya bersama wanita itu) setelah isterinya tidak bangkit dari tidur sehingga ke tengahari.

Suaminya yang menyangka isterinya keletihan mula mengesyaki sesuatu apabila tubuh isterinya hanya kaku tidak bergerak apabila dia cuba mengejutkannya. ‘Saya cepat-cepat panggil jiran dan ketua kampung’, kata suami si mangsa itu lagi.

Menurut Doktor Arman dari Hospital Putra Jaya, yang melakukan bedah siasat sewaktu dihubungi semalam, berdasarkan kepada siasatan awal beliau mengatakan bahawa mangsa dikhuatiri telah terminum sesuatu yang beracun atau sesuatu yang telah tamat tempoh dan siasatan pihak polis pula telah mengesahkan yang si mati telah terminum air mani yang telah luput tempohnya.

Tuesday, 20 May 2014

Astro mohon maaf cuai siar mesej berunsur Iucah dalam Oh My English

PETALING JAYA: Stesen penyiaran Astro memohon maaf atas kecuaian pihaknya sehingga mesej Twitter berunsur Iucah terlepas untuk tontonan umum dalam rancangan Oh My English musim ketiga (OME) pada Ahad lalu.

Jurucakap Astro berkata, akaun Twitter peminat telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan bagi mencemarkan stesen televisyen berkenaan.

Kami kesal apabila dimaklumkan beberapa mesej akaun Twitter yang dikirim penonton dalam OME telah digodam sehingga menyebabkan mesej yang tidak diingini itu muncul dalam rancangan tersebut.

Screenshot yang tersebar

"Biasanya kami menerima puluhan ribu mesej Twitter setiap hari. Kami memohon maaf kerana mesej berkenaan dikeluarkan secara tidak sengaja,” kata jurucakap itu dalam satu mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online di sini pada Selasa.

Dalam kejadian Ahad lalu, seorang individu telah mengirimkan mesej menerusi Twitter untuk sairan Oh My English musim ketiga berbau Iucah yang ditujukan kepada Jibam, salah satu watak lakonan Akhmal Rizal.

Sementara itu Astro berkata, berikutan kejadian itu pihaknya akan mengawal dengan lebih ketat penyiaran mesej Twitter pada masa akan datang.

Astro juga turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan penggodam yang mungkin cuba mengambil kesempatan untuk melakukan sesuatu perkara buruk.


"Kepada semua peminat, kami ingin menasihati mereka supaya menjaga akaun Twitter masing-masing dengan selamat," katanya.

Shila Amzah dedah perangai buruk bekas teman lelaki di rancangan TV China!


Dalam sebuah rancangan tempatan yang ditayangkan di channel AES Astro, Shila Amzah dengan beraninya mendedahkan perangai bekas teman lelakinya suka mengongkong kehidupannya.

Shila Amzah dalam rancangan Chat with VVIP musim ke-5 itu mendedahkan bekas teman lelakinya itu jauh lebih teruk dari kongkongan ahli keluarganya sendiri.

Tonton dari minit ke 19.50

Ini seperti dalam soal pemakaian, jika tidak kena pada citarasa bekas teman lelakinya itu, pasti dia akan disuruh tukar pakaian lain.

Bukan itu sahaja, Shila turut mendedahkan bahawa bekas teman lelakinya itu tidak menyokong kariernya sebagai penyanyi.

Persoalan di sini, bekas teman lelaki yang manakah dimaksudkan oleh Shila Amzah? -MyMediaHubOnline