Tuesday, 30 December 2014

Kadar Kelayakan Baharu Pinjaman Perumahan dinaikkan kuatkuasa 1/1/2015 (Jadual)





Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan jadual kadar baharu pinjaman perumahan perbendaharaan Malaysia. Selain itu, turut diumumkan ialah pemansuhan wang proses sebanyak RM100. Kedua-dua perkara itu berkuatkuasa pada 1 Januari 2015.

Lihat jadual kelayakan mengikut gaji hakiki:


Monday, 29 December 2014

9 Gambar & Biodata Pramugari Airasia QZ8501 Surabaya-Singapura


Pesawat AirAsia QZ8501 dalam penerbangan Surabaya-Singapura yang terputus hubungan pada ahad pagi (28 Desember 2014) membawa 115 penumpang, 2 pilot, 4 kru kabin dan 1 orang jurutera.

Salah satu kru kabinnya adalah pramugari Khairunisa Haidir Fauzi (Nisa), berasal dari Palembang, Indonesia. Khairunisa dilahirkan pada 11 Mei 1992. Ketika ini, Nisa masih berstatus sebagai mahasiswi di Fakulti Hukum Universitas Sriwijaya (Unsri) Palembang. Beliau merupakan anak bongsu daripada 3 adik beradik dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarganya. Dikenali sebagai seorang yang peramah, riang dan kerap kali dikatakan wajahnya mirip selebriti Indonesia.

Nisa ketika dalam latihan Pramugari

Ibu Nisa, Rohana ketika ditemui tampak tabah menunggu khabar berita mengenai puterinya. Dia mengatakan bahawa Adek (panggilan akrab Nisa dalam keluarga), sudah menjadi pramugari selama hampir 2 tahun.



Nisa bersama ibunya





Sunday, 28 December 2014

Punca sebenar Pesawat Airasia QZ8501 tidak dibenarkan naik 38,000 kaki didedahkan


TANGERANG (Indonesia): Pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia sempat meminta kebenaran untuk naik ke ketinggian 38,000 kaki di udara dari paras 32,000 kaki namun permintaan itu ditolak oleh Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC).

"Pesawat terbang 32,000 kaki dan ke kiri, naik ke 38,000 kaki. Tetapi untuk naik 38,000 kaki, belum diizinkan kerana di atasnya masih ada pesawat," kata Pengarah Perhubungan Udara Kementerian Perhubungan, Djoko Murjatmodjo di Bandara Soekarno-Hatta, di sini.

Beliau berkata, pada awalnya, pesawat sempat meminta membelok ke kiri untuk menghindari awan dan dibenarkan, namun selepas itu permintaan juruterbang untuk naik ke paras ketinggian baharu ditolak.

"Dari lokasi, berdasarkan radar cuaca, keadaannya memang tidak bagus. Ada awan comulonimbus (CB)," kata Djoko.

Lokasi terakhir QZ8501 (Radar Cuaca)

Pesawat QZ8501 yang berlepas dari Surabaya menuju Singapura itu terputus hubungan jam 7.55 pagi waktu tempatan semalam.

Berdasarkan waktu ia terputus hubungan, pesawat mungkin berada di sekitar wilayah Tanjung Pandan, Bangka Belitung dan Pontianak.

Pesawat sempat menghubungi ATC Lapangan Terbang Antarabangsa Bandara Soekarno-Hatta untuk meminta kebenaran bergerak ke kiri dan naik ke ketinggian 38,000 kaki dari 32,000 kaki.

Permintaan untuk ke kiri dipersetujui, namun untuk menaikkan ketinggian ditolak sebelum pesawat kemudian terputus hubungan. - Kompas.com

Gara-gara potong barisan, Wanita China 'Ditomoi' Wanita Thailand (Video)



BANGKOK 28 Dis – Gara-gara tidak berpuas hati dengan sikap biadap seorang wanita warga China yang bertindak memotong barisan di kaunter pengesahan penerbangan di sebuah lapangan terbang di sini menyebabkan seorang wanita warga Thailand naik berang dan memarahi wanita China berkenaan.

Akhbar Daily Mail melaporkan insiden kedua-dua wanita itu bertengkar menggemparkan penumpang dan orang ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Thailand, kelmarin.

Ekoran insiden itu, beberapa pengguna di lapangan terbang tersebut sempat merakamkan video dan gambar pergaduhan itu menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Menurut seorang saksi, ketika penumpang beratur di sebuah kaunter pengesahan syarikat penerbangan tambang murah, Lion Air Thailand, seorang penumpang warga Thailand naik berang apabila seorang penumpang wanita warga China bertindak memotong barisan.

Bangkok Post melaporkan, pelancong dari China dan wanita Thailand itu mula bertengkar dan tercetus pergelutan kecil sebelum dileraikan oleh beberapa orang penumpang lelaki yang turut berbaris.

Namun kedua-dua wanita itu didapati terus menjerit ke arah satu sama lain.

Kejadian di lapangan terbang itu merupakan beberapa insiden pertengkaran dan gangguan yang membabitkan penumpang warga China pada bulan ini.

VIDEO:

Sebelum ini seorang penumpang wanita warga China yang kecewa kerana dia tidak dapat duduk disebelah teman lelakinya di dalam pesawat bertindak membaling secawan air panas dan mi ke muka seorang pramugari syarikat penerbangan AirAsia Thailand.

Susulan itu, teman lelaki wanita tersebut melompat keluar dari kerusinya dan mengugut untuk meletupkan pesawat berkenaan yang dalam perjalanan ke Nanjing, sebelum pesawat itu dipaksa perpatah balik dan melakukan pendaratan cemas.

Ekoran insiden itu, menyebabkan pelancong China dikecam oleh media tempatan di China yang menggelar mereka sebagai tidak bertamadun dan kerajaan China berjanji akan mengenakan hukuman berat kepada pasangan tersebut dan dua teman mereka.

Dalam satu kenyataan pedas yang dikeluarkan Jabatan Pentadbiran Kebangsaan Pelancongan menyatakan kejadian pelancong China mengganggu penerbangan dan mencederakan penumpang telah ‘secara teruk merosakkan imej keseluruhan orang China.’ -Utusan

Pesawat Airasia QZ8501 mungkin disambar petir


Laporan Terkini yang dipetik dari TribunNews menyatakan Pesawat AirAsia QZ8501 yang dilaporkan terputus hubungan sebelum ini disambar kilat berdekatan Perairan Pulau Belitung.

Laporan yang dipetik dari Portal Tribun News

Kemungkinan tersebut, disebabkan adanya data jaringan Weatherbug yang menyebut terjadi sambaran petir di dekat lokasi hilangnya pesawat nahas tersebut.

“Menurut real-time monitoring UTC (United Technologies Corporation), terdeteksi jaringan sambaran petir dekat jalur penerbangan AirAsia QZ8501, yakni antara 2309hrs dan 2320hrs,” begitu data yang dikutip dari laman berita Singapura, Todayonline.com.

Sebelum ini diberitakan, Menara Air Traffic Control (ATC) terputus hubungan dengan pesawat AirAsia dengan nombor pendaftaran QZ 8501, pada ahad (28/12/2014). Badan SAR Nasional menjangkakan pesawat itu jatuh terhempas di perairan Bangka Belitung.

Saturday, 27 December 2014

Pesawat Airasia Surabaya-Singapura terputus hubungan pagi ini

Pesawat AirAsia QZ 8501 dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pagi ini (28/12/2014).

Pengarah di Kementerian Perhubungan Indonesia, Djoko Murjatmojo mengesahkan bahawa pesawat tersebut hilang dalam radar. "Saat ini saya sedang di pos pemantauan untuk menunggu berbagai laporan yang masuk," menurut beliau dalam pengesahan oleh Kompas.com.

Dia mengatakan, pihak Kementerian Perhubungan akan memberikan keterangan rasmi mengenai kehilangan pesawat AirAsia tersebut.

Sementara itu merujuk data penerbangan dari Flightradar, pesawat AirAsia yang hilang adalah Airbus A320 dengan nomor pendaftaran PK-AXC. Pesawat tersebut berlepas dari Surabaya pada pukul 05.20 pagi dan dijangka sampai di Singapura pasa pukul 08.30 pagi.

Selama ini, Syarikat Penerbangan AirAsia memiliki rekod keselamatan yang baik.


Pesawat Airasia Surabaya-Singapura terputus hubungan pagi ini

Pesawat AirAsia QZ 8501 dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pagi ini, Sabtu (28/12/2014).

Pengarah di Kementerian Perhubungan Indonesia, Djoko Murjatmojo mengesahkan bahawa pesawat tersebut hilang dalam radar. "Saat ini saya sedang di pos pemantauan untuk menunggu berbagai laporan yang masuk," menurut beliau dalam pengesahan oleh Kompas.com.

Dia mengatakan, pihak Kementerian Perhubungan akan memberikan keterangan rasmi mengenai kehilangan pesawat AirAsia tersebut.

Sementara itu merujuk data penerbangan dari Flightradar, pesawat AirAsia yang hilang adalah Airbus A320 dengan nomor pendaftaran PK-AXC. Pesawat tersebut berlepas dari Surabaya pada pukul 05.20 pagi dan dijangka sampai di Singapura pasa pukul 08.30 pagi.

Selama ini, Syarikat Penerbangan AirAsia memiliki rekod keselamatan yang baik.


Thursday, 25 December 2014

Inilah Majikan paling tidak berhati perut ketika banjir Pantai Timur


Satu salinan whatsapp tersebar di media sosial menunjukkan perbualan di antara majikan dan pekerjanya. Dalam perbualan yang tersebar, majikan itu memarahi pekerjanya kerana tidak masuk kerja setelah bercuti akibat menghadapi kesulitan terhadap bencana banjir yang berlaku di kampung halamannya di Pantai Timur.

Majikan itu tetap berkeras dan mengugut pekerjanya itu untuk memberhentikan kerja dan tidak mahu menerima apa juga alasan yang diberikan kepadanya.

Inilah contoh salah seorang majikan yang amat tidak berhati perut dengan kesusahan yang dialami oleh pekerja sendiri.

Perbualan majikan dan pekerja. (Syarikat majikan tidak didedahkan)

Screenshot itu turut membangkitkan kemarahan ramai pengguna media sosial.

Wednesday, 24 December 2014

Flat ini sudah uzur tapi ramai terkejut setelah melihatnya (4 Gambar)


Pembinaan sebuah lif mewah di sebuah kawasan kejiranan miskin di Zhuji, Wilayah Zheijiang, China telah mengejutkan ramai orang. 

Ini kerana lif itu sebenarnya dibina dari bawah hanya untuk naik ke Tingkat 5 sahaja. Dan ia dibina semata-mata untuk kegunaan satu keluarga yang tinggal di tingkat flat tersebut. 

Apabila beberapa keping gambar tersebar di laman sosial China, ramai yang mengkritik pemilik lif persendirian itu kerana disifatkan tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri. Malah, menyusahkan ramai penduduk lain di kejiranan itu apabila tapak lif itu menggunakan kawasan tempat letak kenderaan awam.

“Ia mengabaikan kepentingan orang lain demi keselesaan keluarga mereka. Persoalannya, adakah bangunan seperti ini benar-benar bernilai untuk sebuah lif persendirian seperti itu?” Kata seorang penduduk lagi.




Gambar uniform Jururawat nampak "seluar dalam" tersebar di Media Sosial


Gambar seorang jururawat dengan uniform yang menampakkan seluar dalamnya tersebar di media sosial facebook dan twitter.

Walaubagaimanapun, lokasi hospital di tempat jururawat itu bertugas tidak pula dinyatakan dan menurut komen-komen lain mengatakan jururawat itu bukan bekerja di Hospital kerajaan, sebaliknya adalah seorang jururawat pelatih di Hospital Swasta.


Ini kerana uniform yang dikenakan mempunyai zip dibelakang manakala zip bagi uniform jururawat kerajaan berada di hadapan.


Ramai yang mempersoalkan motif sebenar individu yang mengambil gambar itu. Namun, ada juga yang mengatakan perkara ini sebagai pengajaran dan berharap perubahan dapat dilakukan seperti melabuhkan pakaian uniform jururawat yang sedia ada.




Tuesday, 23 December 2014

Pesawat MH370 digodam & ditembak jatuh tentera AS dekat Diego Garcia (Pendedahan)


KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah syarikat penerbangan Perancis mendakwa tentera Amerika Syarikat (AS) dipercayai menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH370 dan menyembunyikan perkara itu.

Marc Dugain yang pernah mengetuai Proteus Airlines dan seorang penulis terkenal berkata, AS menjadikan pesawat berkenaan sebagai sasaran kerana mereka bimbang serangan seperti 11 September di pangkalan tentera di Lautan Hindi.

Dalam artikel yang diterbitkan dalam sebuah majalah Perancis, Paris Match, beliau mendakwa pesawat Boeing 777 itu terhempas berhampiran lokasi di mana pasukan carian antarabangsa menjelajah lautan untuk mengesan bangkai pesawat berkenaan, tetapi berdekatan pangkalan tentera AS di wilayah milik British iaitu Diego Garcia.

"Ia adalah satu pangkalan tentera yang sangat kuat. Sangat mengejutkan apabila AS gagal menjejaki pesawat ini. Tanpa mengaitkan tragedi berkenaan dengan teori konspirasi, ada kemungkinan AS telah menjatuhkan pesawat ini," katanya.

Dugain kemudian mempersoalkan bagaimana dalam dunia teknologi serba canggih ini, objek sepanjang 63 meter hilang tanpa dapat dikesan, sambil mengandaikan bahawa terdapat usaha oleh sesetengah pihak untuk menyembunyikan bukti.

Pangkalan tentera berkenaan, yang terletak kira-kira 4,828 kilometer di barat laut Australia, digunakan sebagai pangkalan tentera AS sejak tahun 1970-an dan kini menempatkan kira-kira 1,700 anggota tentera.

Banyak teori konspirasi mengenai Diego Garcia disiarkan sejak kehilangan MH370, namun kerajaan AS berulang kali menafikan bahawa pesawat MH370 terbang berhampiran dengan pangkalan berkenaan.

Dugain merujuk kepada saksi di Maldives yang memberitahunya bahawa mereka melihat sebuah pesawat besar yang terdapat logo Malaysia Airlines terbang pada altitud rendah ke arah pulau berkenaan.

Tidak lama selepas laporan kehilangan pesawat yang membawa 239 orang daripada 15 negara itu pada 8 Mac, media tempatan di Maldives melaporkan bahawa terdapat objek dipercayai alat pemadam api dari pesawat berkenaan terdampar di pantai di Baarah. Bagaimanapun, penemuan itu tidak pernah disahkan.

Beliau mendakwa MH370 kemungkinan dirampas oleh penggodam dan kemudian diterbangkan ke Diego Garcia, yang mana jauh dari laluan penerbangan asal iaitu dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Bagi menjelaskan ketiadaan komunikasi elektronik ketika pesawat berkenaan hilang dari radar, beliau berkata, kebakaran mungkin memaksa anak kapal untuk mematikan semua peranti, tanpa merosakkan bahagian luar pesawat.

Laporan rasmi MH370 melaporkan bahawa penumpang mungkin terbunuh akibat sesak nafas kerana kabin kehabisan oksigen menyebabkan pesawat berkenaan berada dalam keadaan auto-pilot sehingga ia kehabisan bahan api dan terjunam ke dalam laut.

Dugain mendakwa, beliau telah diberi amaran oleh seorang pegawai perisikan British kerana sanggup mengambil "risiko" apabila menjalankan penyelidikan terhadap nasib MH370.

"Pasti seseorang tahu," katanya. - The Telegraph

Monday, 22 December 2014

Kisah benar - Suami menangis kenang pengorbanan isteri


Baca luahan hati suami yang menyentuh perasaan apabila melihat pengorbanan isterinya:


Walaupun ringkas, namun perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pasangan suami isteri yang lain, hargailah pasangan anda...

Sunday, 21 December 2014

Kisah benar Doktor Pakar didatangi ibu dan anak gadis yang hamil


Lelaki-lelaki jahat yang mengintai anak gadis

Beberapa hari lepas saya didatangi seorang ibu bersama anak gadisnya yang berumur 15 tahun, anak bongsu beliau. Daripada riak mukanya saya tahu ini bukan kes biasa-biasa tentang haid yang tidak teratur.

Namun saya sengaja bertanya, datang sebab haid tak teratur ke?

Wanita itu mungkin dalam lingkungan awal 50an. Bertudung hitam labuh. Malah anaknya juga datang dengan seragam sekolah agama dan tudung labuh hitam.

Dia kelihatan serba salah dan tidak tahu untuk memulakan kata. Entahlah doktor, entahlah doktor, saya tak tahu nak kata apa, katanya berulang-ulang kali. Wajahnya seperti mahu menangis, dadanya kelihatan sesak dan dia sangat gelisah.

Lalu saya menerjah - mengandung ke anak Puan?

Selepas itu kata-katanya keluar bagai empangan pecah - tak dapat dibendung lagi.

Bermacam-macam cerita keluar dari tingkatan satu ke tingkatan 2 dan kini di tingkatan 3.
Berbagai juga kata-kata pedih ditujukan pada anaknya yang kini menundukkan kepala saja.
Bodoh. Tak faham bahasa. Kurang IQ.

Rupa-rupanya anaknya ditangkap tidak hadir ke sekolah, tetapi telah keluar bersama lelaki. Anaknya jua telah mengaku kepada guru bahawa beliau telah berzina. Namun dia percaya anaknya tidak melakukan apa-apa. Tak sampai peringkat zina.
‘Dia tak tahu doktor. Dia tak faham. Mungkin sekadar sentuh-sentuh dia fikir sudah melakukan. Dia ni bukannya pandai. Saya rasa dia tak buat doktor. Dia tak tahu..”

Saya minta wanita itu keluar dan saya bersemuka dengan anaknya. Ternyata anak yang ‘tidak pandai’ ini telah melakukan zina sejak di Tingkatan 1-tanpa disedari ibubapa. Dengan ramai lelaki. Berbagai bangsa. Berbagai umur.

Dia tidak kelihatan seperti anak nakal dan liar. Dia kelihatan baik dan ya, mungkin sedikit naif-atau bodoh seperti kata ibunya.

Namun di sinilah lelaki-lelaki jahat mula memasukkan jarumnya.

Saya tanyakan bagaimana permulaannya. Saya tanyakan apakah beliau menonton video lucah.

Lalu dia menceritakan kepada saya awal mula penglibatannya menjadi seorang ‘pelacur’.

Tinggal di kawasan Kampung Pandan yang terdiri dari majoriti Melayu, lelaki jahat pertama yang membawanya mengenali dunia seks dalam keadaan akal dan jiwanya belum bersedia dan belum disediakan adalah seorang lelaki Indonesia. Bermula dengan mengajak menonton video Iucah. Pastinya didahulukan dengan kata-kata manis dan pujian. Hingga akhirnya mahu melakukannya dan sehingga merasa ketagihan.

Kemudian disambut oleh lelaki-lelaki jahat yang lain sambung menyambung sehingga yang terakhir ini.

Ada yang mengambil kesempatan merakam dirinya dan kemudian mengugut untuk menyebarkan videonya. Sehingga anak baik yang tidak tahu apa-apa ini terpaksa mencuri sejumlah wang ibubapanya untuk diberikan kepada lelaki tersebut.

Lelaki terakhir ini, sebelum perbuatannya diketahui adalah seorang lelaki berumur 30 tahun yang sudahpun ada 2 isteri.

Kata anak malang ini, --walaupun saya sudah tidak suka melakukannya, tetapi lelaki itu selalu merayunya sehingga dia merasa kasihan, lalu menurut kemahuan lelaki tersebut-----dapat saya bayangkan bagaimana lelaki jahat ini menggunakan kelebihan akalnya memanipulasi anak ini untuk memuaskan nafsu binatangnya.

Setelah saya kisahkan pada ibunya, longlai tubuhnya dan tersepuk dia di kerusi. Tidak disangkanya langsung anak bongsu manjanya telah jauh melangkah dalam keadaan dia sentiasa dalam ‘denial’- pura-pura tidak nampak atau tidak mahu percaya.

Pecah lagi empangan rasanya buat kali kedua. Menceritakan bagaimana sibuknya dia dan semua terletak atas bahunya. Anak yang ramai, ada yang punya masalah jiwa sedang dalam rawatan, anak dan menantu yang silih berganti bersalin dan beliau yang menjaga.

Tentang malunya sedangkan dia adalah ketua wanita di dalam sebuah NGO Islam. Suaminya pengerusi surau. Bagaimana dia merasakan tuntutan dakwah untuk menyampaikan kepada masyarakat.

Dalam kesibukannya, dia tidak sedar anaknya sedang mengalami perubahan hormon. Dada anaknya sudah memutik dan ada rasa yang tidak difahami dalam dirinya. Namun, dia tidak perasan itu semua. Baginya anak bongsunya ini masih ‘baby’.

Namun ada mata-mata liar yang perasan. Yang boleh menghidu naluri semulajadi remaja ini. Yang akalnya sudah masak dan matang.

Kita melihat anak kita sebagai baby, namun ada mata lelaki jahat yang melihatnya seperti kucing melihat hidangan menggiurkan di depan mata……yang melihat sampai ke dalam-dalamnya….baginya ini ada daging baru yang enak…

Lalu lelaki jahat ini akan memulakan jarumnya. Kenal-kenal dulu. Puji-puji. Minta nombor handphone. Memasang ayat-ayat….

Dan anak yang hidup dalam keluarga besar yang sentiasa sibuk ini, serta sudah dianggap tidak pandai ini, yang barangkali tidak pernah menerima pujian dari kedua ibubapanya, sangat mudah termakan pujuk rayu…dan selebihnya adalah sejarah…

Anak ini tidak jahat. Dia tidak liar. Dia lahir dari keluarga baik-baik , keluarga pendakwah.

Namun kerana adanya lelaki-lelaki jahat yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak ini, dia menjadi mangsa.

Beberapa ingatan yang melintas di kepala sebagai peringatan buat ibubapa.

  1. Bila anak meningkat remaja - perhati-perhatikan dia. Dia ada keperluan/needs. Jadilah temannya. Bersembang dengannya. 
  2. Jangan mengutuk anak sendiri. Berilah pujian. Terutama bapa dan abang. Puaskan dia dengan pujian dari lelaki dari keluarganya, supaya dia tak layu lentok dengan pujian lelaki jahat. Ingat wahai bapa, kalau berat sangat mulut dan memuji, tangan berat sangat nak membelai, ada orang lain yang akan mengisi kekosongan itu nanti
  3. Keterlaluan dalam kesibukan - walaupun untuk tujuan dakwah. Wahai ibu, tempatmu di rumah. Perhatikan dulu anak daramu sebelum kamu ingin berdakwah.
  4. Pendidikan - berikan sedikit pendidikan seksual bila tiba masanya. Biarkan dia mendengar dari mulut kita bukan dari mulut gatal lelaki jahat. Terkadang kerana ‘soleh’nya kita, nak menyebut seks pun kita tak tersebut. Bahkan dalam program reproduksi pun ada yang tak senang bila diajar tentang alat reproduktif kepada kanak-kanak - tak sesuai katanya.
  5. Anak-anak perlu diberi pendidikan dan tanggungjawab. Jangan jadikan dia ‘pets’. Yang kita manjakan dan belai-belai selalu tanpa kita beri didikan. Jangan sesekali menyangka anak kita tak akan melakukannya…….ia akan memberikan kita rasa selamat yang palsu.
  6. Bila anak kita telah jadi anak dara, seolah-olah ada bauan atau haruman yang tersebar keluar dari rumah kita - lalu menarik banyak ‘bugs’. Fahamkan dia tentang nilai dirinya. Banyak anak gadis hari ini, termasuk anak gadis kita juga, kadang tergedik-gedik dihadapan kamera. Fahamilah wahai ibu, wanita itu seluruhnya adalah aurat. Sangat menarik perhatian. Sangat menggoda. Beritahulah pada anak kita. Tanamkan sifat malu pada dirinya.
  7. Perbetulkan pakaiannya.
  8. Jagalah dia.

Sedikit nukilan dan ibrah untuk dikongsi bersama.

Yang ada anak lelaki tolonglah ajarkan supaya menghormati perempuan, belas dan kasih padanya dan sentiasa melindunginya.

Ya Allah lindungilah anak-anak gadis kami!

Dr Ariza Mohamed
Pakar O&G Hospital Pakar Ampang Puteri
AJK Wanita Ikram WP

Wednesday, 17 December 2014

9 Gambar & Biodata Pemain Bolasepak Thailand No.7 jadi kegilaan wanita...TAPI


Pemain Bolasepak Thailand No. 7 dalam Piala AFF SUZUKI menjadi kegilaan ramai wanita. Walaupun dalam perlawanan semalam menentang Malaysia yang berkesudahan Thailand menang 2-0, apa yang menjadi trending di media sosial adalah Pemain No. 7 ini.

Berikut adalah biodata pemain bolasepak ini:

Nama: Charyl Chappuis
Tarikh Lahir: 12 Januari 1992 (Umur 22 Tahun)
Tempat Lahir: Kloten, Switzerland
Bangsa: Kacukan (Bapa: Switzerland, Ibu: Thailand)

Karier awal:
-Pernah mewakili Switzerland dalam kejohanan Piala Dunia Fifa bawah 17 tahun

Laman Sosial:
Instagram: 230 ribu followers
Facebook: 68 ribu likers

Trivia:
-Impian bermain dengan kelab Barcelona
-Wajah dikatakan mirip Cristiano Ronaldo (Pemain Real Madrid)
-Penjaring Gol pertama dalam sepakan penalti Final Pertama di Thailand ketika menentang Malaysia
-Sudah mempunyai Teman Wanita... TAPI
-Dikatakan seorang Gay melalui satu gambar yang tersebar... NAMUN
-Sebenarnya gambar lelaki yang dicium itu adalah adiknya sendiri:)

Gambar-gambar Charyl:




Gambar kontroversi tapi sebenarnya bersama adik beliau

Teman Wanita Charyl




Pernah Mewakili Switzerland Piala Dunia bawah 17 tahun

Peristiwa Ajaib berlaku selepas amalkan Sedekah Subuh! (Wajib baca)


Alhamdulillah..saya akan mulakan sedekah subuh esok hari...nak tahu apa tu sedekah subuh...jom kta baca sama2..semoga Allah meluaskan rezeki kita semua..

FADILAT SEDEKAH SUBUH...

sememangnya kita hidup ini penuh dengan dugaan, dan banyak perkara yang menjadikan kita stres. masalah kewangan, kerja dan sebagainya.
bagi saya ...ingin sekali berkongsi pengalaman agar dapat menjadi salah satu jalan keluar bagi sahabat-sahabat di fb,whatapps

sedekah subuh ini telah lama kami (penulis dan group laksanakan) hampir 10 tahun lamanya, cuma baru-baru ini sahaja saya berani berkongsi dengan sahabat kerana sebaiknya amalan disembunyikan. Namun kerana ingin menjadikan perkara ini amal jariah kami, maka saya mewar-warkan di sini.

saya terbaca satu hadis hampir 10 tahun lalu tentang, malaikat keluar bersama mentari pagi dan mendoakan mereka yang bersedekah dengan limpahan rezeki dan mendoakan orang yang tidak bersedekah dengan ancaman kemusnahan harta benda dan laknat. Sangat menakutkan ketika saya membaca tulisan tersebut terus saya memulakan sedekah subuh keesokkannya.

oleh kerana zaman yang menuntut segala-galanya hendak pantas, maka sukar bagi kita yang bekerja hendak mencari fakir miskin atau anak yatim pada subuh-subuh hari sebagaimana Zainal Abidin (Sydina Ali) melaksanakannya di Madinah.

oleh itu, setiap pagi saya memasukkan wang ke dalam sebuah bekas kuih sebaik sahaja sudah solat subuh, dan apabila sampai masa 30 hari atau 40 hari saya akan serahkan kepada kakak saya untuk memasak sarapan pagi untuk diberi kepada anak yatim dan fakir miskin setiap hari. kami memberi makan hampir 30-40 orang fakir miskin sarapan pagi setiap hari sejak 10 tahun yang lalu dan kami telah menemui pelbagai PERISTIWA AJAIB yang tidak mampu saya ceritakan di sini.

sejak 4-5 bulan yang lalu saya telah mula menyebarkan amalan ini, dan pada hari Rabu lepas semasa saya di Kuching saya telah memberitahu rakan-rakan ketika makan malam, dan salah seorang dari mereka "pick up" apa yang saya katakan.

pada hari Jumaat, dia sibuk mencari saya di pejabat, kerana ingin mengucapkan terima kasih, kerana baru sahaja sekali dia melakukan sedekah subuh ini dia sudah dianugerahkan rezeki, iaitu menantunya mendapat pekerjaan.

tadi dia bercerita lagi, claim kerja luarnya sudah diperoleh sedangkan pada kebiasaanya claim akan mengambil masa satu tahun baru dibayar.

seorang lagi sahabat menyatakan, "apa yang aku tidak mintak pun dapat, sampai perkara yang aku fikir tak logik pun aku dapat" itulah kata-katanya...

seorang sahabat lain, mempunyai anak istimewa, dan anaknya kini sudah boleh bercakap....memanggil namanya IBU...setelah 5 tahun tidak mampu berkata-kata.

seorang sahabat lagi berkata, dia berasa sangat tenang, walaupun ada banyak masalah, tuntutan kerja dan sebagainya...tenang setenang-tenangnya. Ini adalah kali ke-10 dia memberikan sedekah selama hampir setahun.

CARANYA?...mudah sekali

pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL....iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM SYURUK..dan masukkanlah tak kira berapa sen/rm ke dalam tabung sedekah subuh itu, semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk anda dan keluarga....dan masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan, agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa. Bagi kumpulan saya, kami menyediakan sarapan pagi untuk anak yatim dan fakir miskin.

setiap ahli dalam rumah perlu mempunyai tabung sedekah subuh mereka sendiri, walaupun anak itu berusia 6 bulan...

seperkara lagi sekiranya kita out station,tetapi diteruskan dengan memasukkan duit sedekah subuh itu ke dalam wallet kecil atau sampul surat duit raya setiap subuh, selepas balik dari out station pindahkan duit dalam sampul duit raya tadi ke dalam tabung sedekah subuh kita...

Jom kita sama-sama amalkan

Credit to : kak Sharifah Fazilah....
Perkongsian dari kak noorul Via Kak Rosleena

Thursday, 11 December 2014

Kemalangan ngeri dedah jari Ustaz yang maut dalam keadaan berzikir (5 Gambar)


12.12.2014- Kemalangan ngeri berlaku pada petang semalam di antara sebuah kereta dan motosikal di Simpang Tol Chenor.

Mangsa yang maut merupakan seorang ustaz yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang, Temerloh, Pahang.

Namun satu perkara yang mengejutkan berlaku ketika kemalangan itu apabila gambar ustaz yang maut di tempat kejadian menunjukkan tangan kiri beliau seperti dalam keadaan tahiyat manakala tangan kanan beliau pula seperti sedang berzikir mengikut ruas jari.

Mungkin Ustaz dalam keadaan sebelum dijemput Ilahi masih sedar dan sempat mengingati Tuhan yang satu.  Wallahualam...

Semoga Ustaz ditempatkan dikalangan orang yang beriman... Al-Fatihah




Gambar ini turut disedari oleh ramai pengguna media sosial yang lain.