Monday, 24 August 2015

"Mak... adik dah jadi cikgu. adik dah ada kerja" mak Al-fatihah..

Tulisan ini dikongsikan oleh Cikgu Razak Rahim yang menceritakan kisah perjalanan hidupnya yang penuh liku. Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit pengajaran kepada kita semua. Baca lagi:


14 tahun dah aku hidup sendiri.. berdikari.. Sejak mak ayah meninggal semasa aku masih di tingkatan 1.. Sakit aku.. Gembira aku.. Sedih aku.. Semua aku tanggung sendiri.. Ambil report card sendiri.. Dapat anugerah pelajar melayu terbaik stpm di sekolah pun aku raikan sendiri.. Dapat top 5 pelajar terbaik upsi batch aku.. Tapi tak mng.. Pun raikan sendiri.. Hehe .. Ingat lagi dulu.. Masuk asrama.. Cuba utk berdikari.. Sebab kakak bukan orang senang.. Anaknya ramai.. aku tak nak susahkan dia..

Aku dengan tekad dan matangnya.. mohon asrama kat sekolah.. isi borang sendiri.. dan bermulalah kehidupan aku di asrama..kat asrama best.. ada kawan.. tapi sedih sebab tak ada family datang melawat.. Kakak adalh dtg. Tp dis pun busy... sabtu ahad bila kawan2 keluar dengan family.. aku hanya pandang dari tingkap sambil menyapu air mata.. bila mereka pulang.. aku tgk mrk bawa kotak kfc.. bag baru.. baju baru.. macam macam lah.. aku hanya pandang dari jauh.. panjang lg kisah di asrama.. namun.. aku stop disini shj.. Kalau nak cerita lagi.. Pasti aku akan menangis..

Alam remaja ku bermula.. Dapat masuk universiti.. Persediaan nak masuk UPSI .. Semua aku uruskan sendiri.. Naik turun bas.. Nak pergi beli barang.. Excitednya.. Paling aku banggakan.. Aku Bayar yuran pertama UPSI guna duit keje cuci pinggan.. Siang malam aku basuh pinggan.. Tekad sebelum masuk upsi.. Aku nak belajar betul2.. Nak dapat first class.. tak nak bayar ptptn.. Yes.. Aku berjaya lakukan.. Rm34000 tak perlu bayar 1 sen pun.. Waktu Kat sekolah aku tak akan cari pasal.. Org buli aku.. Ejek aku.. Kacau aku.. Aku biarkan je.. Nape? Sbb tak ada orang nak backup aku lau aku bergaduh. Cikgu akan panggil parent.. Mak ayah mrk akan dtg sekolah.. Mak ayah aku mana boleh dtgkan.. Sejak sekolah lagi Tinggal di asrama.. Bila Masuk u.. Sewa bilik. Dah kerja skrg pun Menyewa bilik sendiri.. Ramai tanya nape tak kahwin? Maaf.. Jodoh saya belum sampai..

Bila tak ada parent.. Macam ni lah.. tak ada orang nak uruskan.. Nak tolong fikirkan majlis ku.. In sya Allah.. Jodohku dalam perjalanan.. Sejak di bangku sekolah.. Aku Dah pandai kerja.. Sapu sampah... Cabut rumput.. Cuci pinggan.. Cuci sayur.. Bancuh air.. Jual kerepek.. Nak cari duit untuk belajar.. Makan tak boleh memilih.. Kalau memilih... Pasti lapar.. Pernah dimarahi kerana membuka tutup saji di dapur.. Aku tidur dengan kelaparan.. Aku tidak marah.. Cuba be positif.. Pujuk diri.. Menumpang orang yang susah.. Mereka pun tak cukup makan .. Sbb tu mereka marah.. Aku sayang mereka.. Tiada dendam.. Masih berhubungan baik hingga ke hari ini.. Anggap peristiwa tutup saji tidak disengajakan.. Dan aku rasa tenang beranggapan begitu..Aku tak dimanjakan.. Aku tak dimewahkan..

Apa aku nak.. Aku kena usaha sendiri.. Itu dugaan dan cabaran hidup aku.. Menjadikan aku seseorang pada hari ini.. Hari ini aku seorang guru.. Aku gembira.. Itu cita-cita aku.. Bila dikenang Apalah sangat kesusahan lalu.. Susah payah aku dahulu.. Mendewasakan aku .. menjadi kan aku insan yang tabah.. Terima kasih semua sebahagian dari kenangan hidup ku.. Maaf andai ada menyakiti.. Ber tabah lah kita.. Allah menguji insan yang mampu sahaja.. Itu tandanya kita insan yang kuat..

Setiap kali pulang ke kampung.. aku melawat pusara ibu dan ayah.. Pernah aku titipkan satu kata "mak.. adik dah jadi cikgu.. adik dah ada kerja.. maaf sebab tak dapat jadi doktor.. adik tak minat fizik bio kimia.. tapi adik janji.. adik akan ajar murid murid adik.. moga ada antara mereka menjadi doktor.. mak sehingga kita berjumpa lagi".. mak Al-fatihah.. moga adik menjadi kebanggaan mak.. sayang mak ...

Jangan di kira harta orang.. Rezeki orang.. jangan peduli kemewahan orang lain.. itu rezeki mereka.. rezeki kita in sya Allah.. akan ada lah.. lambat atau cepat je.. lau tak ada.. in sya Allah.. kat akhirat pasti ada nanti.. sentiasa belajar merasa cukup.. in sya Allah pasti bahagia dan gembira..

Pada yang terjatuh.. Bangun lah.. Dihadapan ada sesuatu yang indah.. Coretan ini untuk semua yang rasa hidup mereka malang.. Bukan untuk aku banggakan.. Ingatlah hidup ini sangat indah.. Kita yang pilih.. Mahu tersenyum ke.. Mahu menangis ke..

U can angry.. But until when.. U can sad.. But until when? Every second is ur change to be someone.. To Get what u want., rather than cry.. Better i smile.. Rather then look back better i run to my future.. Go go.. Life is wonderful..

Tq semua pada yang pernah menghulurkan bantuan.. Tq

Thursday, 20 August 2015

"Are you proud of me Abah?"

Tulisan ini dikongsikan oleh Tuan Nazali Noor yang menceritakan mengenai kisah anak ketiganya. Semoga perkongsian ini dapat dijadikan manfaat kepada setiap keluarga di luar sana. Baca lagi:


Najmi - Are you proud of me Abah?

Saya susul entri seterusnya. Kali ini tentang Najmi anak ketiga saya. Najmi tak sebijak Kakyongnya Najwa. Juga tak sepopular Najman anak kedua saya.

Jadi apa istimewanya Najmi? Di mana dia mencari identiti dirinya agar dia tahu akan potensi dan kekuatan dirinya yang dia juga anak yang unik dan penuh keistimewaan?

Jujurnya Najmi adalah klon saya. Wajahnya, fizikalnya, cara berjalannya persis saya. Tapi nalurinya, tindakannya, cara dia memahami dan melontar pandangan saling tak tumpah seperti Ain.

Dia tak banyak bicara tapi seorang pendengar yang sangat baik. Seorang yang sangat patuh dan bertanggungjawab. Dalam banyak keadaan dia yang banyak mengalah dari kakak dan abangnya. Dalam semua keadaan dia mendahulukan adik adiknya Adam dan Awwab.

Dalam kesemua anak anak saya Najmilah yang paling reliable dan paling matang. Disuruh apa sahaja dia tak pernah berkata 'Ahh' atau bertangguh tangguh. Tak kira macamana letih atau penatpun dia akan sentiasa buat apa yang diminta tanpa rungutan.

Dia anak yang paling pandai mengambil hati saya dan Ain. Dalam banyak keadaan acapkali kami rasa Najmilah yang jadi anak sulung dari anak kami berlima kerana sikap prihatin dan tanggungjawabnya.

Dia bukan antara pelajar yang senang dapat dan faham seperti Najwa kerana itu dia selalu kata pada saya.

"Abah, Najmi tak pandai macam Kakyong jadi Najmi kena usaha lebih kan Bah?"

Kerja sekolahnya sentiasa tip top dan sistematik kerana dia tahu dia harus usaha lebih untuk faham sesuatu.

Dia tak betah meminta minta atas apa juga yang dia korbankan untuk abang, kakak mahupun adik adiknya.

Reward pada Najmi sangat mudah. Cukup dengan ucapan terima kasih dan ciuman di pipi dan ubun ubunnya.

Berbanding Najman yang sentiasa suka populariti dan dipuji puji, Najmi lebih senang jika dia dihargai dengan hanya segaris senyuman di bibir kami. Dia yang paling kerap membantu Ain di homestay milik kami. Ke kedai membeli itu ini dan abang yang paling disayangi Adam dan Awwab.

Pernah dalam sembang saya bersama Najmi saya kata

"Najmi.. Abah nak mintak tolong tau kat Najmi"
"Tolong apa bah?"
"Kalaulah abah dah takda kan nanti, Najmi janji dengan abah Najmi akan jaga mama dan adik adik ya Najmi?"

Tanpa berfikir lama dia balas pertanyaan saya

" I promise abah. Najmi anak lelaki kan? I will look after mama, Adam, Awwab and the family. But I am sure you going to live longgggg very very longggg time. Abah jangan risaulah ya?"

Najmi anak saya yang paling suka memeluk saya dan pada usia remajanya kini dia masih senang dipeluk cium oleh saya da. Ain tanpa rasa segan dan malu.

Dia anak remaja yang sentiasa mencari masa untuk menempel dengan kami walau sekadar bergebang kosong.

Seringkali datang menawarkan diri untuk mengurut dan memijak belakang Ain dan saya hampir setiap malam tanpa jemu.

Pernah sekali saya minta dia pijak dan urut belakang dari usai solat isyak kerana keletihan sampai saya tertidur. Bila saya terjaga sudah hampir tengah malam Najmi masih setia mengurut walau dia dah tersangap sangap kepenatan.

"Eh laaa kenapa tak tidur lagi ni? Bila abah dah tertidur Najmi berhenti ajalah urut abah."
"Takpalah abah penat kan bah? Kesian kat abah letih sakit badan"

Di sekolah Najmi disenangi semua guru gurunya. Dia seorang yang sangat aktif bersukan dan mewakili Liverpool dalam pertandingan bola keranjang.

Baru baru ini dia menerima anugerah di sekolahnya sebagai "most valuable player" di anugerah sukan di sekolah. Kerana dia kapten pasukan bola keranjang dan bermain untuk pasukan sekolah dan daerah untuk year 9 walau dia masih di year 8.

Pencapaian akademiknya juga sangat baik. Dia sentiasa mendaoat pujian dari kesemua guru dan digekar "Mr reliable" oleh guru guru sekolah.

Saat paling emosi pada saya bila Najmi tanyakan saya satu soalan

"Abah can I ask you a question bah?"

Saya pandang wajahnya dengan dahi yang berkerut

"Of course Najmi? Ada yang tak kena ke Najmi?"
"Takdalah bah. I just want to ask you this"

Dia diam seketika menyusun ayat saya kira

" Bah.. You know that I am not as clever as Kakyong nor as glamourous and confident as Najman kan bah? I just want to know if you are proud of me? If you are not takpa bah. Show me the way how to improve bah. I will work hard to make you and mama proud of me. I promise"

Tekak saya kering dan mata saya berkaca.

Saya pandang Najmi.

"Can I hug you Najmi?"

Dia hampiri saya dan kami berpelukan.

" I am so proud of you Najmi. You are a perfect son to abah and mama. A son that any parent will be proud and wishing for. Always proud of you Najmi.
Always"

Najmi lepaskan pelukan saya. Dia kata

"That is the best gift I ever had from you abah. Thank you. I love you so much"

Anak anak adalah talian hayat kita kan teman?
Sayanglah mereka sepenuh hati ya?
Setiap mereka istimewa dengan cara tersendiri.
Jangan beza bezakan kasih sayang antara mereka ya?

"Dear Najmi Afiff Nazali, Bila abah dah takda nanti abah nak Najmi baca semula coretan dari hati abah ni ya nak? Show this entry to your children that you are an amazing kid. And tell all of them that I am so proud of you. Always will... And always be...."


Nazali Noor - Ulu Yam Di Liverpool
ANAK ANAK ABAH (#AAA - Buku Terbaru Nazali Noor PenulisTravelog BEST SELLER Ulu Yam Di Liverpool)

Tuesday, 18 August 2015

" Abah... Najman ni memang bodoh ya bah?"

Tulisan ini dikongsikan oleh Tuan Nazali Noor, rakyat Malaysia yang kini menetap di Liverpool menceritakan perbandingan pemikiran masyarakat terhadap kanak-kanak yang cukup berbeza di negara kita dan di UK. Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit pengajaran kepada semua. Baca lagi: 


NAJMAN - Am I stupid Abah?


Najman anak saya yang kedua. A typical second child syndrome kid he was. Najman dulu masa di Malaysia sering rasa rendah diri terutamanya jika dibandingkan dengan kakyongnya Najwa.

Dia tersepit antara sering dibayangi dan dibandingkan dengan kakaknya. Dalam pada itu dia seakan rasa tidak berapa dimanjakan kerana punyai adik dibawahnya Najmi (Masa di Malaysia kami hanya punyai 3 anak kerana Adam dan Awwab dilahirkan selepas hijrah kami di UK).

Barangkali benar juga budaya kebanyakan kita ditanahair yang seringkali menanda aras kepandaian dan keistimewaan anak anak berpaksikan IQ semata mata.

Kalau pandai di sekolah dan periksa nombor 1 dianggap pandai. Kalau tak berapa menyinar akademiknya maka dipandang lesu dan biasa biasa sahaja. Maka di tanahair dulu anak seperti Najman dianggap tidak istimewa kerana akademiknya tidak begitu 'outstanding'

Apatah lagi dia sering ditanda aras guru guru dan jiran tetangga dengan Najwa. Najman pernah menangis pulang dari sekolah di Ulu Yam dulu bila dia dimomok kawan kawan dan guru.

Masa itu usianya 8 tahun. Balik sekolah dia murung dan sebik. Saya jadi terperanjat.

"Eh kenapa ni Najman?" Bila ditanya makin deras airmatanya. Lama dia diam lalu dia pandang saya dan kata

" Abah... Najman ni memang bodoh ya bah?" Saya terperanjat!

" Eh kenapa cakap macam tu??"

Dalam sebiknya Najman jawab. "Tadi kat sekolah kawan Kakyong kata kat Najman. Kau ni betul ke adik Najwa?

Bila Najman kata haah dia kata lagi Dah tu apasal kau tak pandai macam Najwapun? Hari tupun ada cikgu tanya kat kelas. Kata kenapalah Najman tak pandai macam Kakyong? Agaknya memang Najman bodoh kan bah?"

Saya peluk Najman.

" Anak anak abah semuanya pandai pandai. Najman tak bodohpun. Pandaiiii. Lain orang lain istimewanya. Mungkin Kakyong pandai dari Najman tapi Najman special sebab Najman caring, pandai ambik hati orang, tengok kat taman kita ni ramai kawan kan? Kakyong pendiam tak banyak kawan betul tak?"

"Tapi orang tak kata tu specialpun abah. Orang kata kalau tak pandai macam Kakyong tak special"

Saya terdiam. Memang seringkali persepsi ini adalah sesuatu yang normal dalam masyarakat kita kan? Kalau berderet A dalam peperiksaan maka semua memuji dan menyanjung seolah olah inilah penanda aras kejayaan dalam kehidupan anak anak itu nanti.

Ironinya anak anak seperti Najman bukanlah tidak pandai. Purata markah dalam matapelajarannya pada 85% dan masih di tangga A.

Cuma bila dia dibanding bandingkan dengan Najwa yang kesemua sabjeknya diperoleh 100% maka dia secara automatik dianggap tidak pandai.

Persepsi sebegini wajar dikikis dari budaya kita. Setiap anak adalah istimewa dengan kehebatan mereka sendiri.

Kita sebagai ibu bapa mesti menjadi pendorong dan penyokong kuat untuk mengenalpasti keistimewaan anak anak kita dan bukan bersekongkol dengan fikiran masyarakat yang jumud minda menilai kehebatan seseirang pada lensa mata yang sempit!

Semenjak itu saya sentiasa beri keyakinan pada Najman yang dia istimewa dengan keistimewaannya sendiri.

Dan nyata bila kami berhijrah ke Liverpool keistimewaan Najman makin menyinar. Dia tidak lagi dibayangi kepandaian Kakyongnya. Di sekolah semua guru kenal Najwa dan Najman sebagai dua identiti yang berbeza.

Masa saya ke sekolah Najman dan Najwa saya sering disapa guru guru mereka dengan ayat yang menyenangkan

" ahhh so you are the dad's of Brilliant Najwa and the handsome and popular Najman.
Both of them are amazing kids"

Nampak tak bagaimana masyarakat di sini melihat 'intelligence' itu dari pelbagai aspek. Barangkali mereka hebat akademik di panggil IQ intelligence. Anak seperti Najman digelar social dan verbal intelligence kerana punyai personaliti yang popular dan menyenangkan

Ada anak kita yang bijak melukis dan mewarna mereka digekar sensual intelligence. Najman benar benar berbeza sekarang. Confidence levelnya sangat baik dan dia sangat sangat popular di kalangan teman teman.

Kalau di rumah tak henti henti rakan rakan datang menjenguk walau sekadar mahu berbual dan minta pandangan darinya.

" You are so popular eh sekarang? Tak henti henti kawan datang kat rumah ni ya Najman?"
Najman tersenyum.

Kita kena pupuk kehebatan anak anak dan kata pada mereka yang mereka istimewa dengan cara sendiri.

Anak anak adalah amanah Allah pada kita kan? Kalau tak kita kenal mereka dari pelbagai aspek nak harapkan siapa lagi jadi hero dan idola mereka?

I am so proud of Najman.

Walaupun dalam peperiksaan nilai A dalam sabjeknya tak bersusun setinggi KLCC!

I believe you are proud parents to your kids too kan? Kan?

Monday, 17 August 2015

"Dia tak sentuh saya dah selepas malam pertama kami"

Tulisan ini dikongsikan oleh seorang wanita yang sedih dengan keadaan rumahtangganya yang baru dibina hanya kerana keadaan fizikal semulajadinya dipandang jijik oleh suami. Baca lagi:


Assalam Admin. Saya ada benda nak berkongsi. Tapi macam malu sangat nak cerita kat orang. Harap kalau bagitau kat sini ada lah yang sudi dengar dan beri pendapat tanpa judge saya.

Saya baru berkahwin 6 bulan lepas. Isunya di sini, suami tak nak sentuh saya. Selepas malam pertama kami, dia tak sentuh saya dah. Masa honeymoon pun dia buat tak endah.

Bila saya tanya barulah saya dapat tahu. Rupanya suami geli dengan bulu roma pada badan saya. Katanya dia jijik. Tak sangka ada perempuan yang berbulu lebat macam saya. Saya memang berbulu di seluruh badan. Ya, seluruh badan!

Saya sedih sangat. Saya memang dilahirkan macam ni. Apa saya boleh buat? Bila saya jumpa doktor, doktor cakap saya takde masalah. Saya cuma ada sikit hormon imbalance yang mana hormon testosterone saya lebih sikit dari perempuan biasa. tapi doc kata tak lah sampai tahap teruk atau bahaya sebab dia kata kalau kes teruk perempuan tu memang dah macam lelaki dah - suara agak garau etc etc. Doc kata ini hirsutism tapi yang jadi kat saya ni adalah hirsutism paling minima. Kalau hirsutism teruk ada yang sampai boleh jadi mandul tapi doc kata saya tidak. Masih normal dan memang tak ada apa masalah.

Saya terangkan pada suami. Dia kata dia faham tapi dia tetap tak boleh buang rasa jijik tu. Kalau bahagian kaki dan bawah lengan memang takde masalah untuk saya nak cukur ke guna epilator semua. Dan memang saya sentiasa pastikan bahagian yang perlu shave ni saya shave sentiasa. Leceh memang leceh tapi saya anggap semua ni pengorbanan untuk suami. Sayangnya, dia tetap tak pandang pun. Dan dekat bahagian lain macam mana? Belakang badan saya pun berbulu. Walaupun bulu halus lembut dan bukannya kasar bergulung, tetap nampak kat mata. Dan sebab tu suami jijik.

Saya pernah tanya tempat yang ada laser. Katanya boleh buat tapi bayarannya cecah puluhan ribu. Dan hasilnya belum tentu permanent walaupun iklannya kata permanent. Mereka kata kalau bulu banyak sebab hormon, cuma boleh buang je lah. Sebab selagi hormon tak balance memang takkan hilang bulu. Kalau pergi buang selalu entah berapa lagi lah kosnya. Kalau saya berduit memang saya tak kisah. Tapi saya memang takde duit sebanyak tu. Dan sebelum kahwin saya dah resign kerja sebab suami tak bagi kerja. Dan lagi, suami pula hanya tahu complain tapi bila saya cakap dengan dia tentang kos takde pulak dia kata nak tolong bayarkan ke apa.

Saya tak faham perangai dia. Sebelum kahwin dia pernah nampak saya berlengan pendek dan nampak bulu roma lebat di tangan saya. Tapi dia tak kata apa. Di muka dan leher saya pun kalau duduk sebelah saya boleh nampak bulu roma halus. Dia nampak je selama ni tapi tetap teruskan masuk meminang dan kahwin dengan saya. Kalau jijik kenapa tak dari dulu jijik? Kenapa tiba2 nak jijik? Bila saya persoalkan dia diam je. Tak kata apa.

Maaf kalau terlalu open tapi orang yang dah pernah merasai hubungan intim mesti faham apa rasanya bila disentuh cuma sekali dan seterusnya tak dapat. Dan dengan hormon imbalance saya ni memang saya akui s*x drive saya lebih tinggi dari perempuan biasa. Sungguh saya terseksa bila jadi macam ni.
Saya cuba tutup kekurangan yang satu ni dengan cuba untuk jadi isteri terbaik. Masak untuk suami, sediakan makan pakai dia, give up kerjaya untuk jadi suri rumah sepenuh masa supaya boleh kejar syurga dengan melayan suami. Akhirnya hampa.

Suami makan pun tak pandang muka saya. Lepas saya salam dia lepas solat atau bila dia pergi dan balik kerja takde pun dia nak cium saya. Jijik sangat agaknya. Saya geram macam mana pun alhamdulillah tak pernah lagi tinggi suara pada dia. Bila saya marah atau sedih dengan kata2 dia yang menghina fizikal saya ni saya sabarkan hati. Berendam air mata sorang2. Takpelah asalkan saya tak berdosa marah atau tengking dia bila saya terasa hati.

Sampai satu tahap saya terfikir, kalau suami nak tinggalkan saya, saya redha. Tapi ada ke lelaki lain yang sudi nak terima orang macam saya ni? Jijik sangat ke bila berbulu sedangkan Allah yang cipta saya macamni. Sudahlah selama ni memang rendah diri dengan keadaan fizikal saya ni. Bila dah kahwin suami menjauh atas sebab kekurangan yang satu ni, memang membunuh keyakinan diri saya 100%. Rasa terhina sangat.

Dulu saya ada terfikir masalah macamni akan muncul kalau saya kahwin sampai saya takut nak kahwin. Tapi bila suami tunjukkan kesungguhan nak kahwin dengan saya, saya ingat dia tak kisah dengan kekurangan saya ni. Walhal bukannya bulu roma saya ni panjang kasar bergulung macam beruk. Cuma kuantiti lebih banyak dari perempuan lain. Salah saya ke? Tak sangka kerisauan saya jadi realiti. Sedih sungguh rasanya. Saya ingatkan dia sayang saya kerana diri saya. Tapi nampaknya dia lagi kisahkan fizikal saya dari hati saya dan segala apa yang saya telah buat dan korbankan untuk dia.

Saya tak pernah ambil kisah pun tentang betapa tak sempurnanya dia tu. Dia pun muka biasa2 saje. Kalau saya nak kutuk fizikal dia, macam2 saya boleh kutuk. Tapi pd saya semua tu tak perlu sebab saya memang sayangkan dia. Ikhlas cintakan dia. Dalam kebanyakan perkara dia memang calon suami terbaik. Maknanya bila hubungan jadi macamni memang salah saya lah agaknya. Memang berpunca dari kekurangan saya lah.

Dia tak 'dapat' dari saya mungkin dia boleh kahwin lain. Dapatkan dari perempuan lain. Tapi nasib saya ni macam mana? Adake lelaki yang boleh terima perempuan tanpa kisahkan fizikal dia? Saya pun nak ada zuriat sendiri. Nak merasai mengandung dan lahirkan anak sendiri. Tapi kalau dia tak sentuh saya macam mana? Sampaikan saya pernah cakap dengan dia, saya tak kisah saya ni puas atau tak tapi sentuh lah saya sampai dapat anak. Lepastu nak tinggalkan saya ke apa silakan. Kalau saya ni berduit memang saya buat ivf je. Senang. Biar dia tak perlu sentuh saya yang jijik ni.

Yang paling saya risau adalah kalau parents saya tahu tentang ni. Mesti kecewa mereka. Serahkan anak pada lelaki yang mereka sangka dapat sayangi saya dan jaga saya sebaik mana mereka jaga. Tapi rupanya anak mereka ni menderita. Saya tak nak parents saya tahu saya tak bahagia. Tak sanggup nak tengok mereka tempuhi hari tua dlm keadaan yang risaukan saya.

Entahlah. Serabut kepala jadinya. Isunya cuma satu tapi meleret sampai mewujudkan isu lain. Sedih sangat rasanya.

Agaknya kalau bulu ni adalah satu stigma negatif pada lelaki, sanggup ke diorang nak shave setiap 3 hari? Atau sanggup ke diorang nak wax sebulan sekali? Proses buang bulu ni makan masa, kadang2 sakit, penat. Entah lah. Saya tak tahu apa lagi nak buat.

"Bukan tugas jururawat untuk basuh kencing berak hangpa"

Tulisan ini dikongsikan oleh Anwari Hamzah, seorang jururawat yang mempertahankan profesion itu yang sering dipandang sinis oleh masyarakat yang tidak mengetahui tanggungjawab mereka. Baca lagi:


"Nurse, nurse. Sibuk nak tengok k*te pesakit lelaki." - Cham Cham.

"Memang nurse suka tengok k*te..." - Cham Cham.

"Dah bukak bab cebok taik lap muntah segale da, kat sini aku nak kabo dengan hormatnye memang aku takkan puji korang lap or cebok taik segale, sebab tu memang keje ko, kat hospital kalau aku yang kene buat tu semua baik korang duk rumah je bangang, da tau stress jangan mintak jadi doktor ke nurse." - Eastcoast Gaijin
- - - - - - - - - -
**Maafkan saya atas penggunaan kata-kata kesat untuk artikel kali ini.**

Sejujurnya, sebagai seorang jururawat, saya betul-betul rasa marah dan terkilan dengan komen-komen sebegini. Terus terang saya katakan, hampir setiap masa jururawat dihina dan dicaci, banyak lagi tohmahan yang lebih teruk daripada ini yang kami terima. Bukan sahaja didalam dunia maya ni, kat luar pun sama. Sampaikan tangan saya terketar-ketar nak taip artikel ini. Namun, apakan daya, orang macam saya sekadar mampu luah disini sahaja. Bertindak sikit, nama terus ‘naik’. Tak bertindak langsung, nama dipijak. Maka artikel kali ini berbentuk agak kasar dalam sopan, sesuai untuk mereka yang berkasar dengan kami. Namun saya akan cuba ‘maniskan’ kata-kata saya.

Namun, macam mana pun, saya harap semua jururawat di Malaysia yang betul-betul merasakan apa yang saya rasa ni, dapat perjuangkan nama karier kita kehadapan biarpun dihalang dan dicemuh oleh orang-orang tertentu.

Tujuan artikel ini dikarang, tak lain dan tak bukan, untuk membersihkan semula nama #‎JURURAWAT‬. Artikel ini khas buat para pejuang kesihatan seperti anda dan teguran kepada seluruh warga netizen Malaysia, yang hebat tarian jarinya pada papan kekunci.

Disclaimer : Segala apa yang dikarangkan disini, adalah suatu pendirian, pendapat, pengalaman dan pemerhatian diri saya sendiri. Segala apa yang dikarang adalah tidak melibatkan sebarang individu ataupun organisasi lain terutamanya pihak KKM, SPA dan LJM khususnya.

- - - - - - - - - -
1. JURURAWAT

Ramai yang tak faham tentang jururawat ini secara keseluruhannya. Apa yang depa tau, jururawat adalah kuli kepada doktor dan hamba / orang suruhan kepada pesakit / klien dan ahli keluarga. Pada saya, orang macam ni adalah orang yang layak saya gelarkan bodoh sombong. Depa tak tau apa pun pasal jururawat, namun depa secara bangganya nak melabelkan jururawat secara keseluruhan.
 

Jururawat tu, kata dasarnya datang daripada perkataan RAWAT. Kami ni adalah PAKAR DALAM MERAWAT. Tak pernah wujud lagi mana-mana bidang kerjaya atau professional yang layak untuk mendakwa atau mempunyai kepakaran dalam merawat, KECUALI JURURAWAT. Termasuk doktor. No offense, docs. Doktor sendiri tak mampu nak survive jaga puluhan pesakit tanpa kehadiran jururawat, akan tetapi seorang jururawat sahaja dah cukup nak jaga puluhan pesakit semasa ketiadaan doktor. I AM PROUD TO SAY THAT NURSES ARE THE REAL BACKBONE OF ANY HEALTH INSTITUTION.

Bila sebut pasal rawat, kita semua kena faham bahawa perawatan yang diberikan oleh seorang jururawat tu merangkumi pelbagai aspek, sebagai contoh ; kesihatan, pendidikan, kebersihan diri, rutin harian, pemakanan, gaya hidup, rehabilitasi, penjagaan dirumah, perancangan keluarga dan banyak lagi. Dan kami ada kepakaran, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam semua perkara ni.

- - - - - - - - - -
2. SALAH FAHAM


Ramai yang sangka bahawa jururawat ini terdiri daripada kaum perempuan sahaja. Oleh kerana itu, netizen cukup suka nak perlekehkan jururawat perempuan daripada isu pakaian lah, isu aurat lah sampailah ke isu 'gatal nak tengok kote'. Walhal, depa sendiri tak tahu yang wujudnya kaum lelaki dalam bidang ini. Walaupun hanya memegang 1% daripada jumlah keseluruhan jururawat, jururawat lelaki (male nurse) memainkan peranan besar dalam membantu jururawat perempuan (staff nurse) dalam kerjaya ini. Dan para lelaki ini bukanlah seperti dalam drama murah televisyen, yang suka sangat gambarkan Male Nurse ni sebagai lelaki lembut atau pondan.

Dan untuk pengetahuan brader-brader yang bajet 'k*te' depa tu besar sangat sampai kononnya tuduh jururawat 'gatal' nak tengok, sedar sikit bro. Melainkan p*n*s anda tu ada hypospadia (lubang kencing ada kat bawah shaft p*n*s), atau epispadia (lubang kencing timbul kat sebelah atas shaft p*n*s), atau berlaku phimosis (Google sendiri) sampai tahap p*n*s anda jadi gangrene, tak payah nak perasan. Besar mana pun p*n*s anda, tak ada seorang pun jururawat yang ambil kisah, asalkan tiub catheter dapat disumbat dalam lubang kencing tu. Kalau setakat besar, tapi catheter size 40Fr pun kencing berterabur lagi, takda guna.

To be honest, saya rasa brader-brader bajet sado kat luar sana, yang angkat dumbbell sambil mandi pun tak sehebat Staff Nurse kita. Bayangkan seorang SN yang dalam keadaan sarat mengandung, lagi seminggu nak due, masih mampu nak angkat pesakit seberat 200kg tanpa ada sebarang rungutan. SN yang berbadan kecil, yang anda panggil sebagai ‘ranting kayu’ ni, masih mampu nak buat 5 cycle CPR secara berterusan tanpa sebarang keluhan. Anda yang bajet sado, bajet macho dan bajet ayu tu, belum tentu dapat buat compression 100 beats per minit. Apatah lagi nak berdiri dan berlari-lari dalam wad Medikal yang 24 jam penuh dengan pesakit.

Truth be told, anda semua takkan mampu nak bertahan dengan tugas jururawat walaupun sekadar kerja 3 hari di wad.

- - - - - - - - - -
3. SKOP KERJA JURURAWAT

Tak. Tolong faham yang tugas jururawat TAK TERMASUK mencuci najis dan urin pesakit, tak kira lah pesakit tu anda ke, mak ayah anda ke atau siapa sekali pun. Tak pernah lagi saya jumpa Pekeliling atau Peraturan Am rasmi yang mengatakan cuci berak dan kencing tu tugas hakiki jururawat.
Untuk pengetahuan netizen yang cukup hebat bertandang dipapan kekunci sekalian, BUKAN TUGAS SEORANG JURURAWAT UNTUK BASUH KENCING BERAK HANGPA.

Dan untuk pengetahuan anda jugak, jururawat sebenarnya SIMPATI terhadap anda atau ahli keluarga anda yang terbaring kat atas katil wad, tak mampu nak uruskan kencing berak sendiri. Sebab itu kami buatkan untuk anda. Sebab kami ni bersifat TIDAK MELAKUKAN KEMUDARATAN kepada pesakit. Itulah dia sifat NONMALEFICIENCE. Kalau nak diikutkan, tugas membersihkan pesakit, daripada mandi, basuh kencing berak, syampu rambut, menguruskan muntah adalah tugas seorang ahli keluarga kepada pesakit. Kalau mak ayah anda yang sakit, terlantar atas katil tu, adalah tugas anda untuk basuh kencing berak, mandikan depa. Sebab tu keluarga anda. Jangan pandai hantar wad, pastu tinggalkan depa macam tu je. Kalau anda betul-betul bukan anak derhaka, yang ada akal sihat, anda akan bantu mak ayah anda. Bukan kami.

Kalau nak kami bersifat professional dalam mematuhi skop kerja kami, betul-betul ikut skop tanpa seleweng sedikit pun, boleh je kami call anda semua yang tengah duduk goyang kaki menghadap Facebook kat rumah untuk datang ke wad setiap kali mak ayah atau ahli keluarga anda kencing berak dsb. Sebab tu bukan dalam skop kerja kami. Tapi kami buat jugak atas dasar simpati, atas dasar memahami, atas dasar ingin membantu.

"Takpa lah, kesian kat pesakit, nak tunggu anak-anak depa datang, entah sampai bila. Mak bapak sendiri pun buat-buat lupa."

Itu pun anda masih cukup bangga lagi mengutuk dan menuduh kami tak buat kerja yang sepatutnya dah jatuh tanggungjawab kepada korang selaku anak-anak / ahli keluarga pesakit. Sebab tu aku kata, bodoh sombong. Hina orang lain sebab tak buat tanggungjawab diri sendiri.

Sebab itu ada pepatah, seorang ibu mampu jaga 10 orang anak, 10 orang anak belum tentu mampu jaga seorang ibu. Last-last terkedek-kedek si anak cari jururawat sebab mak sendiri diarrhea. Anak macam mana ni?

- - - - - - - - - -
4. AURAT PESAKIT

Yang ini paling best. Untuk pengetahuan anda semua, banyak sangat netizen mendakwa bahawa jururawat (dan doktor) sengaja nak tengok aurat pesakit, terutamanya bagi pesakit perempuan. Ada ke depa kata doktor dan jururawat sengaja nak tengok faraj isteri depa, walhal os dah bukak sampai 10cm, kepala bayi tak boleh nak push. Memang facepalm saya dibuatnya.

Untuk isu aurat, bagi seorang lelaki, adalah dari pusat ke lutut, tak kira yang melihatnya lelaki atau perempuan, kecuali mahram dia. Begitu juga perempuan, aurat dia seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan plantar atau dorsal bagi lelaki yang melihat, dan dari pusat ke lutut bagi sesama perempuan, kecuali mahram dia. (Tolong betulkan jika salah)

Ada ahli keluarga bising, katanya jururawat sengaja nak mendedahkan aurat pesakit (contohnya ketika basuh berak). Kata mereka, jururawat kena jaga aurat pesakit. Betul, tak dinafikan. Tapi kalau difikirkan balik, bukankah ahli keluarga pesakit tu sendiri adalah mahram bagi pesakit? Kalau betul-betul isu aurat adalah suatu permasalahan bagi mereka, kenapa tak mereka je yang tolong basuhkan berak pesakit tu? Bukankah dengan cara itu aurat pesakit akan terjaga dan jururawat dapat menjaga pandangan mereka daripada aurat pesakit? Kan lagi bagus macam tu??

Dah kalau mak ayah sendiri yang masuk wad, anda lah yang kena tolong basuhkan. Sekurang-kurangnya anda dah jaga maruah dan aurat mak ayah anda. Ini tidak. Bila time nak basuh berak (BO), time tu la anda sibuk nak keluar dari wad. Geli lah, tak biasa lah, malu lah. Macam-macam alasan anda bagi. Padahal tu mak ayah anda sendiri. Sibuk nak berhuhuhu di luar skrin padahal boleh je anda tolong masuk sekali, tolong mak ayah turning kalau tak pandai sekalipun. Anda tau tak setiap kali anda duk mengelak nak jaga mak ayah hangpa, depa menangis mengadu kat kami. Bayangkan anak yang ditatang sampai dah besar, dah berjaya dalam hidup, semudah itu je lupa kat mak ayah sendiri. Siap kata geli nak uruskan mak ayah. Wei, kalau depa meninggal, anda yang kena tolong bersihkan jenazah tau! Apa perasaan anda bila anda meninggal nanti, mak ayah dan anak-anak anak taknak tolong uruskan jenazah anda atas sebab geli dengan anda. Nak?

Begitu jugak dengan masalah dalam bilik labour room. Betul, memang anda boleh minta staf perempuan untuk kendalikan kelahiran anak anda di labour room. Tapi kalau keadaan dah darurat, nak taknak doktor yang on call atau on duty pada hari itu terpaksa masuk dan uruskan situasi. Dah nama lagi darurat. Kalau tak darurat sekalipun, ikut logik, semua staf hospital, baik lelaki baik perempuan sekalipun bukan mahram isteri anda. Kalau diikutkan, anda (suami) lah yang kena sambut anak tu, pasal si suami aje yang boleh tengok aurat isteri kan? Tapi ini soal keselamatan anak dan ibu. Nak taknak, staf yang ada kemahiran yang kena sambut. Lain la kalau anda dah ada kepakaran midwifery, ha anda boleh buat sendiri.

Bukan saya nak persoalkan isu aurat atau isu agama. Persoalan yang saya nak bangkitkan adalah, kalau isu aurat jadi suatu bahan untuk anda nak hina jururawat, baik anda sebagai ahli keluarga je yang uruskan soal aurat pesakit. Aurat pesakit terjaga. Maruah pesakit terjaga. Pandangan staf terjaga.
Tapi anda sekadar tahu bising, bising, bising dalam media sosial. Suruh buat laporan lanjut ke hospital yang berkaitan, taknak pulak.

Macam mana kalau suatu hari nanti, semua staf kesihatan cakap "Kami tak boleh nak uruskan pesakit. Kami juga nak jaga pandangan kami. Encik buatkan lah untuk keluarga Encik. Encik mahram mereka." Apa anda nak buat?

Kami jururawat ni sebenarnya kekurangan staf. Maka adalah sangat mustahil kalau nak bahagikan wad mengikut jantina, Male Nurse jaga pesakit lelaki, Staff Nurse jaga pesakit perempuan. Ratio pesakit lelaki dan perempuan juga adalah berbeza. Ada wad sekadar jaga 30 orang pesakit, ada yang jaga sampai 80 orang pesakit. Dan isu tak cukup staf ni bukan salah jururawat. Anda kena rujuk pada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Depa yang menggajikan staf. So jangan la nak salahkan staf, nak maki staf atas sebab tak cukup staf. Kalau anda rasa nak jadi penyelesaian masalah, mai join jadi jururawat. Kami mengalu-alukan sangat.

- - - - - - - - - -
5. ISU "MAKAN GAJI BUTA"

First thing first, benda ini adalah suatu dakwaan yang sangat tak masuk akal. Anda hanya bayar RM1 untuk dapatkan rawatan dan RM3/hari untuk berada di wad. Dan pulangannya, anda balik ke rumah dengan kesihatan yang baik, dibekalkan satu beg plastik penuh ubatan, setelah berpuluh kali jalankan ujian darah, kencing, kahak, ujian diagnostik X-Ray, CT Scan dan dapat makan 3 kali sehari didalam wad, sambil menghirup 15L oksigen setiap minit. Anda ingat dengan RM1 tu, mampu membiayai segala perawatan yang telah anda jalankan di hospital? Anda ingat dengan RM1 tu anda boleh arahkan orang lain seperti kuli dan hamba anda?

Yang peliknya, anda sanggup habiskan berpuluh-beratus-beribu duit keatas benda yang memudaratkan kesihatan anda, contohnya rokok, arak, pelacuran, seks rambang, makanan berlemak yang tak sihat, makanan fastfood, ubatan haram yang tak diiktiraf, semata-mata untuk kepuasan diri. Tapi masih bising bila kena bayar RM1 untuk dapatkan kesihatan yang baik? Bayangkan, berhabis beribu untuk cari maut, bayar RM1 untuk sihat pun dah bising bagai nak rak.

Dan nak tuduh anda mem"bayar" gaji kami melalui cukai? Bukan anda seorang yang bayar cukai, ok? Kami jururawat pun bayar cukai. Doktor dan semua staf kesihatan pun bayar cukai. Semua warganegara Malaysia bayar cukai masing-masing. Anda bayar cukai, lepas tu anda sakit, memang patut la cukai tu pusing balik untuk rawat diri anda dan gajikan staf kesihatan yang merawat anda. Sebab kami dah bekerja demi nyawa dan kesihatan anda. Kalau diikutkan logik, kami dan seluruh warganegara Malaysia ni sebenarnya yang dah rugi. Bayar cukai semata-mata nak selamatkan nyawa anda yang hisap 4 carton rokok sehari sambil lepak atas kerusi, obesekan diri. Bayar cukai untuk selamatkan anda yang jenis tak hargai nyawa sendiri. Tak hargai orang yang menolong anda. Jadi jangan memandai nak tuduh yang anda "menggajikan" kami. Sedar sikit yang seluruh warganegara Malaysia termasuk jururawat ni yang bayar cukai untuk anda terus hidup dan hidup dalam keadaan sia-sia dan memudaratkan.

Dan sedar sikit, kami dibayar gaji bukan untuk layan kerenah manjalitis anda, demand anda tu. Kami dibayar gaji untuk selamatkan nyawa dan kesihatan anda, tak kira apa jenis perangai yang anda ada. Kalau setakat bayar cukai dan demand lebih-lebih mengalahkan anak raja, kami pun boleh demand sebagai pembayar cukai untuk tak bazirkan duit cukai tersebut untuk rawat anda. Boleh je kan? Nasib baik lah jururawat seluruh Malaysia ni masih berfikiran waras dan rasional, tak merungut pasal 'cukai' anda yang 'besar gedabak' tu.

Dan satu lagi, kalau nak viralkan suatu gambar staf sedang 'makan gaji buta', alang-alang tolong viralkan sekali staf yang berlari-lari nak selamatkan nyawa anda tu. Dalam Facebook, masing-masing gempak nak cari kesalahan staf kesihatan, kononnya staf tidur berjam-jam lah, curi tulang lah. Padahal terlelap sekejap sementara tak ada pesakit atau tak ada masalah berlaku. Kami mungkin tak seperti anda, sebab kami manusia. Kami ada rasa penat, ada rasa letih, lapar dan dahaga. Ada rasa nak rehat sekejap, nak recharge. Kami bukan malaikat, tak rasa letih dan penat, tak perlu sumber tenaga pun. Anda ye la kot. Cukup bertuah la kalau kami dapat lelapkan mata sekejap walaupun 5 minit sementara ada peluang. Nak pergi tandas pun tak ada masa. Nak pergi teguk air masak pun terkial-kial cari peluang.

Lepas ni, viralkan lah jururawat yang berpeluh-peluh, menghela nafas pendek yang baru lepas commence CPR 1 jam pada pesakit. Yang termengah-mengah bagging pesakit tanpa ventilator. Barulah adil. Jangan yang negatif je anda nampak, yang positif anda tutup mata.

- - - - - - - - - -
6. KALAU TAK SUKA, JANGAN JADI JURURAWAT

Bro. Dengar sini.

Kerjaya jururawat tu tak ada masalah sebenarnya. Biarlah penat, biarlah termengah sekalipun. Biarlah muka ni terpercik darah dan muntah sekalipun. Biar badan dipenuhi kencing dan najis sekalipun. Kami tetap suka dan tetap akan jalankan tanggungjawab kami pada pesakit, pada kerjaya, pada amanah dan ibadah kecil kami ni. Kerjaya jururawat tak sekali pun buat kami rasa menyampah pada situasi kerja kami.

Masalahnya terletak pada masyarakat yang sentiasa pandang hina pada kami, yang sentiasa mencaci cerca kami, yang sentiasa ada stigma buruk pada kami, yang sentiasa pandang negatif pada kami, yang tak pernah nak hormati dan hargai kami.

Ya, kami berhadapan dengan tugas yang melibatkan human relation antara jururawat dan pesakit. Namun, anda perlu sedar bahawa human relation berfungsi secara dua hala. Segala interaksi memerlukan kerjasama dari kedua-dua pihak. Tak dinafikan ada jururawat yang berperangai teruk, namun begitu juga situasinya dengan pesakit, atau ahli keluarga pesakit sendiri. Namun tak pernah pula saya dengar rungutan jururawat terhadap pesakit yang berperangai teruk sehingga diviralkan dalam media sosial ini.

Dan saya yakin, tak sampai 1% (lebih kurang 1600 orang) pun jururawat yang bersikap teruk seperti yang anda katakan ni. Seandainya ada 50 orang jururawat yang bersikap kurang ajar, tak adil lah untuk anda melabel kami SEMUA JURURAWAT MALAYSIA sebagai kurang ajar. 50 orang jururawat ini hanya merangkumi 0.03% daripada jumlah keseluruhan jururawat di Malaysia. Maka adalah tak adil, dan agak melampau jika anda nak label semua jururawat kurang ajar berdasarkan sikap dari 50 orang jururawat yang anda jumpa tadi.

- - - - - - - - - -
Terus terang saya cakap, dah beberapa kali saya cuba karang artikel ini secara baik, menggunakan perkataan yang baik-baik belaka. Namun, saya rasa saya tak dapat nak sampaikan mesej yang berkesan dengan cara itu. Kerana bagi saya, isu ini dah semakin melampau. Menghina satu-satunya individu yang sudi dan sanggup menjaga dan merawat anda serta ahli keluarga, bagi saya amat kurang ajar dan tidak bertimbang rasa.

Kami jururawat tak minta pun anda ucap terima kasih pada kami. Kami taknak pun anda berikan hadiah, ganjaran dan sebagainya kepada kami. Dan kami taknak pun wang ehsan anda tu. Kami cuma harap anda boleh hormati dan hargai kami sebagai individu yang mengambil berat tentang kesihatan anda walaupun tiada sebarang pertalian darah.

Kesimpulannya, tolong fahamkan diri anda berkaitan apa itu JURURAWAT dan apa tugasan mereka. Jangan sekadar pandai mengucap perkara jahil, kemudian sombong dan bongkak apabila ditegur.

Hormati kami, hargai kami. Maka kami akan hormati anda dan hargai anda.

Saturday, 15 August 2015

"Betapa terseksanya hidup bersama ibu yang GILA MEROYAN"

Tulisan ini dikongsikan oleh Puan Siti Aishah mengenai kisah amalan berpantang dan kesan yang dialami oleh ibunya. Semoga memberi sedikit pengajaran kepada para wanita diluar sana. Baca lagi:


Kesekian kalinya air mata tak mampu ditahan.

Setiap kali bercerita perihal berpantang, akan berlarutan kepada cerita pengalaman saya hidup bersama ibu yang menghidap meroyan dan Endometriosis selama 10 tahun.

33 tahun dahulu, ketika saya dilahirkan secara pembedahan ibu tidak mampu berpantang dengan rapi akibat keadaan sekeliling yang keliru dengan penjagaan ibu yang bersalin selepas pembedahan.( kes c-sect sangat-sangat asing pada tahun 1982). Dan ibu juga menjalani classical c sect di mana luka pembedahan adalah secara menegak dan sangat-sangat melecehkan.

Semua aturan berpantang ibu turuti. Akan tetapi arwah nenek was-was samada perlu atau tidak ibu mengamalkan herba-herba dan jamu-jamu di dalam pantang. Disebabkan takut, ibu hanya makan antibiotik dan ubat tahan sakit dari hospital. Tiada ubatan herba diamalkan sepanjang tempoh berpantang. Darah nifasnya berhenti dalam tempoh singkat, lalu darah itu meracun kembali sistem dalaman badannya. Ibu mula mengalami masalah ketumbuhan rahim, jerawat batu kronik, obessiti dan meroyan selama 10 tahun (1982 - 1992).

IBU YANG MEROYAN

Hidup bersama-sama ibu yang gila (istilah selain meroyan) sangat-sangat menakutkan. Ibu penghidap meroyan api. Mood swing ibu sangat-sangat ketara.

Bila ibu marah, saya dan bapa akan memencilkan diri. Ibu pernah lumur muka saya dengan cili boh ketika usia saya 8 tahun. Bila ibu marah, ibu seakan orang asing. Orang lain. Saya rasa dibenci.

Lama kelamaan, perasaan takut menjadi benci dan dendam pada diri seorang anak. Saya panggil ibu; singa. Seorang ibu yang bila dalam keadaan waras, beliau sangat-sangat penyayang. Tetapi bila penyakit senggugut kronik (akibat endo) datang menyerang, meroyannya akan muncul dan mematikan segala tawa kami anak beranak.

SUAMI YANG HALIM

Apabila saya bercerita kepada pelanggan-pelanggan bagaimana saya, ibu dan bapa SURVIVE dengan penyakit ibu, saya akan menjadi sayu... dan menangis. Saya tahu... ramai yang pernah tengok saya menangis apabila bercerita perihal ibu yang sakit meroyan selama 10 tahun.

Saya sayu kerana..... selama 10 tahun ibu menghidap gila meroyan, selama 10 tahun bapak dimarah-marah, selama 10 tahun bapak terumbang ambing dalam kegilaan ibu, berkat kesabaran bapak, kami masih utuh bersama sehingga kini.

Setelah saya berkahwin, baru saya sedar betapa pentingnya kesihatan seorang ibu dan isteri kepada keluarga. Bukan sahaja sihat secara fizikal, sihat secara mental tersangatlah penting.

Penyakit endo ibu kadang-kadang membuatkan ibu didatangi haid secara berpanjangan dan banyak. Bila saya sudah berkahwin, saya pernah termenung memikirkan nasib bapa yang satu ketika dahulu masih muda (lewat 20an) dan isteri mengalami pendarahan yang teruk. Sebagai anak, saya terharu kerana bapak masih memiliki sifat ihsan pada ibu. Meskipun ibu kesakitan yang tidak memungkinkan ibu menzahirkan layanan batin buat bapak seperti isteri-isteri yang sihat, bapak masih utuh bersama dengan ibu. Dalam sakit dan dalam deritanya ibu.

Bapak tidak betah melatah berkahwin lagi demi mengadakan zuriat selain saya. Akibat endo kronik ibu, ibu tidak mampu melahirkan anak selain saya. Bila saya menjadi seorang ibu, baru saya tahu betapa beratnya perasaan yg ditanggung ibu dan bapa bila tidak mampu meramaikan zuriat.

Bapak sebagai pegawai di PETRONAS sentiasa dikelilingi wanita-wanita cantik dan anggun. Saya yakin, di pejabat; beliau dihampiri oleh beberapa orang wanita kerana bapa saya merupakan ikon Tall, Fair and Handsome. Sedangkan ketika itu ibu penghidap sakit meroyan, Endometriosis, jerawat batu sepanjang dagu dan leher, obessiti; sungguh tidak serasi dengan bapak pada pandangan mata anak yang naif.

Tetapi alhamdulillah... sehingga bapa berhenti dari PETRONAS, bapa masih bersama ibu. Dan yang lebih penting, kesetiaan bapak hanya buat ibu, dan saya. Semoga Allah membalas setinggi-tinggi Jannah buat bapa, yang kukuh menyayangi ibu saya sehingga kini.


PENTINGNYA UBATAN HERBA DALAM PANTANG

Ternyata, rata-rata ubatan moden hanya mampu menghilangkan kesakitan pembedahan dan jahitan, bertindak sebagai antibiotik untuk mencegah kuman. Tetapi tiada satupun ubatan moden yang boleh membantu melawaskan pengeluaran darah nifas, mengecut dan merapikan rahim dan mengimbangi hormon ibu selepas bersalin; sedangkan ketiga-tiga proses penyembuhan ini sangat penting dalam mengembalikan keseimbangan kesihatan mental dan fizikal ibu selepas bersalin.

Tetapi di zaman sekarang sungguh sayang.... seribu kali sayang..... Ramai memandang enteng perihal amalan herba yang rata-rata menganggapnya kolot dan ketinggalan zaman. Ramai mengatakan mereka moden. Lalu saya bertanya... sejauh manakah modennya kita?

Adakah sperma ayah kita dan ovum ibu kita dibancuh dalam koleh, lalu terbentuknya kita bila dituang di atas meja? Saya pasti fitrah kita masih sama sejak nabi Adam A.S. Kita dilahirkan dari kantung rahim wanita. Dan ubat yang diajar Allah kepada nabi Adam setiap kali Hawa A.S melahirkan anak juga bukanlah vitamin semata-mata (meskipun herba memilik vitamin) , tetapi lebih kepada herba-herba yang diturunkan oleh Allah ke tanah bumi.

Fitrah kita masih sama.

TANGISAN KESYUKURAN SEORANG ANAK


23 tahun lalu, ibu saya diberi pilihan oleh doktor pakar sama ada untuk dibuang rahim atau tidak, dan beliau memilih utk mencari perubatan alternatif sebelum menyerah kepada cadangan terakhir tersebut. Dan alhamdulillah penemuan beliau dengan Datin. Sh. Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy, membuka lembaran baru dalam diari kesihatan ibu saya.

Setelah 6 bulan berubat herba, berpantang makan, dan menjalani hidup lebih sihat, ibu saya sembuh sepenuhnya dari endometrisis dan meroyan selepas memgamalkan herba Nona Roguy. Ketika itu saya berusia 10 tahun, dan saya sudah diberi Nona Roguy oleh ibu sebagai langkah berjaga-jaga.

Setiap kali ada ibu yang tampil dengan simptom ketumbuhan rahim dan meroyan, saya hanya mampu memandang sedih kepada suami mereka dan anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa. Bersungguh saya mengajar si ibu agar mengamalkan herba Nona Roguy supaya mereka cepat sembuh.

Kerana saya sangat-sangat terkesan dengan pengalaman kami sekeluarga yang hidup bersama ibu yang sakit. Sehingga setiap kali saya bercerita kepada anda bagaimana pentingnya kesihatan seorang ibu, saya berharap anda tidak akan melalui apa yang ibu saya rasa, dan supaya anak-anak anda terpelihara dari apa yang saya rasa.....bahawa betapa terseksanya hidup bersama ibu yang GILA MEROYAN.

Jagalah kesihatan anda.
Jika anda sakit, orang sekeliling akan turut merana.
Love yourself in order to be able to love others.

Sayangi rahim anda.
Berpantang jangan lewa.
Dan jangan pandang enteng amalan herba selepas bersalin.

Dari tanah kita datang. Dari tanah juga sebaik-baik ubat.

* Sejak ibu sembuh, ibu sangat berhati-hati dalam pemilihan makanan. Pengalaman penghidap penyakit sakit puan selama 10 tahun menjadikan keluarga kami lebih berhati-hati dalam memilih makanan harian, menjalani aktiviti luar yang sihat (ibu dan bapak sy masih memanjat Broga Hill di usia 60an), dan mengamalkan herba Nona Roguy sehingga kini (23 tahun). Gambar dibawah ialah gambar ibu bapa saya ketika mereka di ambang late 50's. Anak mana yang tidak gembira melihat ibu dan bapa masih utuh bersama sehingga usia emas. Semoga cerita ini memberi semangat dan kesedaran buat ibu2 muda utk tampil lebih sihat demi keluarga tercinta.

Disclaimer: Saya TIDAK IZINKAN mana2 pihak copy paste mana2 status saya atas tujuan pemasaran jualan produk kesihatan anda. Boleh kongsi sebagai perkongsian ilmu berpantang dan kesihatan wanita. Terima kasih.

Friday, 14 August 2015

"Saya belum gaji, duit saya ada 10 ringgit je ni"

Tulisan ini dikongsikan oleh Pnut Syafinaz mengenai kejadian di sebuah stesen minyak. Semoga menjadi iktibar kepada kita bahawa "tiap rezeki kita ada rezeki orang lain". Baca lagi



Sejak petrol naik harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam cik bibah. Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 rggt je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila rm42 dah penuh.. saya pump juga sampai rm45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah2 keluar petrol.

Saya malas nak gi masuk dalam minta refund lagi rm5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot2 ada motor masuk.. takde pon. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle tu sambil tutup lubang minyak tu.. buat lambat sikit. Niat nak tunggu kot2 ada motor masuk.

Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20an saya kira. Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada rm5 lagi, ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah, saya pass nozzle ke dia.

Saya cakap ..

“ambillah akak malas nak refund ke dalam..”

Dia cakap terima kasih. Dia tunduk, nampak sedih. Dia tunduk betul2 macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk syukur pada Allah gitu. Cam speechlesss gitu..

Saya tanya dia, “eh apesal?”

Dia jawab dalam menahan sebak.

“Saya doa akak murah rezeki, tak tau nak cakap macam mana. sebenarnya saya belum gaji, duit sy ada 10 ringgit je ni, dok fikir isi minyak 3rggt, tinggal 7 rggt. Dok atas motor tadi saya dok fikir pasal duit je.. saya serah pada Allah je. Rupanya Allah nak bagi rezeki saya dapat minyak motor free,”

Saya pula sedih.. saya senyum je dan cakap. “Dah tertulis rezeki awak,”

Saya masuk kereta, terus jalan. Dari jauh nampak dia lambai tangan tanda terima kasih. Saya yang cengeng dah ‘banjir’ dlm kereta. YA Allah.. bila hambaMu tawakal padaMu. Ada rezeki yang dah KAU janjikan.

Dan rencana Allah tu pasti. Saya sepatutnya nak drive terus balik Putrajaya, dan isi minyak di Petronas, sebaliknya Allah gerakkan hati saya belok ke Petron di Besraya. Jarang saya berhenti di situ isi minyak, hari ni tergerak hati nak isi kat situ..

Dan patutnya tadi saya guna debit kad, isi penuh ja.. tetapi saya pi masuk bayar rm50 kat dalam, teragak nak isi rm45 sahaja, tapi hati kata rm50 baru penuh.. rupanya betul cuma rm45 sahaja.. rm5 tu bukan hak saya, hak orang lain. Allah dah susun dan atur cantik2.

Itulah yang dikatakan dalam rezeki kita ada hak orang lain, yang kita kena kembalikan semula. Teratur hari ini dalam bahagian saya ada bahagian adik itu. Semuanya dari Allah. Niat kita juga penting.. saya benar niatkan nak kasi je baki petrol dah bayar tu pada sesiapa pun, dan dalam hati terdetik, biarlah dapat pada orang benar-benar layak. Maka Allah temukan kami.

Saya menangis sambil drive sebab saya semakin kuat dan yakin konsep tawakal pada Allah. Benar2 serahkan segala-galanya padaNya. Menulis ini pun saya sebak.